Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Saturday, April 17, 2010

Saham akak masih tinggi ok!

Satu malam sewaktu balik umah MIL... akak berhenti kat trafic lite... pastu ada org pandang2... akak malas la nak layan,kan... i, kan isteri org... tapi mamat tu still tak putus asa... pandang aku pastu sengeh2...

Hansem jugak mamat ni... boleh la tahan... siapa agaknya nama dia yer?? Rasa2 dah kawin ke belum... esh hang ni cida... pantang betul... tapi sesekali perasan tak pa la kan??? Sempat jugak aku snap gambar mamat tu...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mana bule puji org lain... nak kena tampo kerat 18 dengan abang Jamani ai ke??? Sian kami terpisah...sob sob... malam tu ingat nak pulangkan balik kereta mak... dah dekat 3 minggu abang Jamani pakai sbb kereta tu adik Zamani pakai. So sekarang di 'over the sea' yakni Sabah, maka mak suruh pakai kereta tu... meleret sampai ke tiga minggu termasuk minggu ni...ingat Awie balik last week... tapi mak kata postpone... tu yang jadi macam ni... heheh gedik... kereta sebelah sebelah mesti ingat aku gatal to the max... siap ambik gambar bagai flash menyambo2 kat trafic lite...

Nanti akak tunjuk surat nikah alrite??? heheheh... layannnnn

Friday, April 16, 2010

Tersentap sekejap

Ku terima email dari beras ku...

Kak ngah perli kak long ka??? wakakak... baca petikan di bawah ini... ini yang buat aku takut sebenarnya... ini realiti... MIL pun ada cerita benda ni berlaku pada ahli keluarga PIL jugak... baca dan renungkan la... kalau sayang perkahwinan, kita perlu bertindak... bukan sbb nak menunjuk2 tapi macam yang dia tulis dlm ni, tuk kepuasan kita... supaya suami sentiasa confident dan bangga punyai isteri yang chantik dan bergaya, yang boleh di puji oleh setiap mata yang memandang...baca ok! kita share sesama info yang bergune

_________________________________________________________________

Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri...

Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.

Pembaca Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain. Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak.

Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa. Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.


Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik. Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.


Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakanseperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.


Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.


Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.


PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untukberseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita.


Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah . Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah.......

__________________________________________________________________

Rayyan yang Dermawann

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Rayyan sejak dah pandai jalan ni, tahu kerja nak menyelongkah je...jalan sana sini, nak kena prhatikan dia, takut dia buat benda yang membahayakan dia... sbb dia buat kerja bukan main pantas lagi... takut apa-apa jadi... tengok je la...aku tak tahu kenapa dia suke sangat masuk bakul tu... jangan plak dah besar suke angkat bakul sendiri yer Rayyan... kui kui kui...


Mak aku pun tak leh nak mengalah dengan cucu...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ini tabung ibu...dia letak tabung ni kat tepi katil. Mak aku ni dia suke kumpul duit syiling. Kalau dalam kereta ada duit syiling, confirm dia mmg rembat... hehehe... walaupun 5 sen... minat sangat dia kumpul duit syiling ni. Tapi ini Rayyan, budak gemukssss ni... jalan jalan jumpa tabung ni dah tu lihat la gelagat dia...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Rayyan dah pandai cakap sikit-sikit la...so dia ketuk2 tabung tu, cakap 'kak,kak' so kita assume dia suruh bukak... hehehe... lagi satu dia panggil mak aku akak... hahah bule? Budak degil... lagi kata tak leh lagi dia jerit... last last ibu tak kose nak bising dia suruh bukak... terus Rayyan senyap... cume Fida suruh perhatikan supaya dia tak masuk duit syiling dalam mulut.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

'Mak cu... nenek simpan duit kat tepi ni...'

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

'Ni tuk mak cu... mak cukan dah banyak habiskan harte nenek... ambik la... '

Rayyan dia rapat dengan adik aku si Didi... selalu gitulahkan, anak buah akan rapat dengan mak su... kalau dengan mak long cari pasal je...

Bukan main banyak dia bagi si didi... aku dok cakap bagi aku, tahu dia bagi aku berapa?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

50 sen... itu pun sbb mulut aku membebel... dah tu continue bagi Didi...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Suke mak cu ko eh...

Call dari Rayyan

Pukul 7.00 pagi tadi, aku dapat call... bunyik ring tone... UNGGU Andai ku tahu... mata dok pejam... belum time aku bangun ler gi kerja! Ni mesti bapak aku ni...ayah mmg kerja dia nak call pagi2... tengok nama 'angah'

Aku angkat fon... dengar suara Fida gelak2 kat belakang... tapi tak macam biasa dia suruh anak dia cakap dengan aku... kali ni suara dia berbual dengan sepol.

Oh Budak moksss nak cakap....

HA HA! Kap kap... aaaaa Ha! Ha! (Rayyan sebut hello HA HA, mungkin dengar mak dia kalau bual kat telifon ha? ha?)

Mata nak terpejam layan je la...

"Tayen nak gi umah umi dah eh... dah sarapan ke lum?" Aku tanya...

Ha Ha! Ooooo Kap! Kak! Opss OOooooo.... Da da... nek?

Erm bahasa ayam... tahu2 terputus... pastu bunyi fon lagi... dengar suara Fidah bual dengan Sepol lagi... yang best anak dia terus bercakap

Oiii ha ha... key, hahahah... eh oooo pak pak.... kak kap...

Apa hal si fidah ni??? Aku pun layan layan... sekali tu terdengar

"Wei... tekan number siapa tu???" Dengar suara rayyan nangis... confirm berebut fon dengan mak dia la tu... dengar suara sepol plak

"Apasal?"

"Tah dia call siapa tah, Tayen call siapa ni? lor dia dial number Along paaa... " Pappppp letak....

Aku terpinga pinga...last week aku terkejut tengok dia berlari... dan ari ni dia call aku??? esok apa lak? dia datang sendiri umah aku??? ha ha ha... very the cute... rayyannnn rayyannn

Oh nanti aku upload gambar dia berbual kat fon macam business besar... tulah anak tu mengikut cara mak apaknya... kalau berbual kat fon dah sebijik dah... ngeh ngeh ngeh... apa pun jangan ajo anak yang bukang bukang ye...

Thursday, April 15, 2010

Shopping lagi

Siapa tak suke shopping??? Hanya mereka yang duduk di utan je tak suke shopping... ngeh ngeh ngeh... tapi Zamani klasifikasi SHOPPING yerlah belian yang tak perlu... oklah kalau duit tu datang dari langit, tak memerlukan tenaga hanya dongak dan tunggu jatuh, aku rasa aku org pertama yang semangat nak beli belah,kan kan kan?



Ini yang lemah kalau kuar shopping... sampai Alamanda, ku masuk nichi... menyesal pun ado jugak... sekali tu berkena plak dengan baju ni!!!!



Free Image Hosting at www.ImageShack.us


I like! Bukan baju tido la... adoi yaaaiiiii... kain sejuk... warna ok sejuk mata memandang... harga??? Ermmm ni lemah sbb mahal... RM 49.90


Mahal la tu... aku beli baju Rm 30 ke bawah je... malas nak beli baju mahal2 ni... badan elergik... HA! ambik ko!!!! Kalau nak basuh pun idoklah aku terpikir 18 ribu kali boleh masuk mesin ke tak... kalau kicap sambal ka tumpah ke baju ke, idoklah teman terkilan sangat... macam aku cakap la... jenama berjuta sekali pun tak akan mengubah penampilan kita... kalau dah tak chantik idok la pakai baju tu tukar jadi chantik... kalau gemuk idak la kamu jadi kurus... kalau baju ghupo tu... acik confirm beli... mahal pun mahal la...


Ok jangan kecik ati, atau terasa... ini hanyalah pengakuan iklas dari org yang tak mampu nak beli baju mahal2... yer saya mmg tak mampu...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Aku suke sbb ada tali tali ni... senang nak abang Jamani nak bukak! wakakak dush dush! amboiii suke eh korang... Tak ada maknanya benda tu tak effect apa pun... tapi mcm uniq gitukan? Satu lagi yang bahagian getah... apa org panggil? Smoking? Smoker? Snorkeling? Larikssss.... Perut dengan peha dah rupa barney yang kaler purple tu... lagi nak pakai macam ni... kan?

So tutup mata je la bayar RM 50... laki ai dah jeling2... bulan ni dalam tak paka baju mahal2 ko beli berhelai2 plak...

Tengah jalan2... ternampak baju RM 10 henget!!! Oiiuuuu tu buget akak tu... terus je sambar!!!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Baju 10 henget... oklah ni... kalau koyak kali pertama pakai pun aku tak heran... kata 10 henget! kan???

Pastu tengok laki aku sian dia... asik bini dia je beli... dia baju lama je... sian kami kan kan kan... lalalala... so terus ku beli baju ni tuk dia... minat sangat baju kaler org tua tau... cube la ambik kaler ceria sikit, oren ke... hijau glosy tu ke... wakaka... kan? Dari jauh aku nampak ko...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Discount! from RM 70 jatuh RM 20++ hahaha macam aku cakap kami laki bini tak mampu... lalalala...padan muke org yang beli baju sma jenis tapi bayo RM 70 henget tu yer... sbb tu la fashion berubah la... tak sampai sebulan dua... ko update mcm mana pun buat apa buang duit... duit tu buat amal pun ada gunenya... tak pun bagi aku ke...

En suami biasalah... mmg baju dia semua

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Nak nampak kuruskan? Perut tu kasi masuk dulu ya... heheheh...

So monday tu, aku dah gediks nak pakai baju yang mahal tu... ahahah... gilo ko baju mahal tu!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ok boleh kaber peyut! Sori ku bukan foto gedik... kaku plak nak ambik gambo sendiri...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Chantik kan?????? Baju aku? Ermmm nak kata akak chantik pun ok juga... ku tak komplen... lalalala...

Baby harness...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mulakan entry dengan muke pak long and mak long... wakakak...Chewah background kedai baby... apakah??? Bukan la berita baik aku mengandung ke apa... tapi menemani Fida dah Sepol window shopping kat Alamanda last sunday.

Rayyan dah pandai jalan ooooo... org baru dpt kaki... kerja nak berlari je tak gheti nak jalan elok sangat. Yang pidah pun, anak baru je jalan seminggu... dia tak tahan... sbb Rayyan tak mo duduk kat stroler dia, tak nak dukung, nak berjalan...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Anak buah saya... comei macam saya jugakkan? Tak macam muke mak atau apak dia... wakakak comei je claim muke sendiri... gelak syaitonnn

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

See... boleh main kejar kejar dengan pak long... seyes wei... aku risau gila sbb Sepol dengan Fida kalau dah singgah satu tempat tengok barang, dia leh lupa anak dia... jangan memain sbb Rayyan dan pandai berjalan2... bukan takat jalan tapi berlari... penat nak kejar...

So fida geram! Terus masuk Mothercare... dan beli baby harness... adoiii dulu aku cukup sedih bila tengok mak apak ni tambat anak diorg... dah ghupa anjing pun ada... tapi kena kat anak buah sendiri... Sepol tak kasi, tapi Fida cakap tak larat nak kejar Rayyan... dah la semangat... dia dengan bapak dia nak la dengar cakap, takut... dengan Fida harammmmm nak faham bahasa...

Time beli tu... aku tengok je... siannya anak buah aku... itu jam beli... itu jam pakai...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Papa dan pak long bertungkus lumus memakaikan Harness tuk rayyan

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sorang je anak... kalau dua tiga aku rasa Fida beli kandang kot... wakaka larikssss...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Yang memegangnya si Didi... aku siap warning Didi lagi... jangan tarik dia... ikut dia... itu sebenarnya fungsi Harness tu... jangan budak sedap jalan ko tarik plak... dia bukan anjing... nak tarik2 kawal... benda tu berfunsi dia tak ilang itu je...Rayyan macam faham je... dia buat perangai dia lari sana sini... Didi 10 minit je pulang balik kat mak apak dia...

Anak ko buas... penat aku! hahahaha....

ok saksikan video ini yah

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Di akhiri juga dengan gambar terbaru kami... hahaha... sebagai penutup cerita... tetiba jekan??

Wednesday, April 14, 2010

Semangat Raya

Ku terima call dari adik ku...

Masa :- 12.45 tengahari...
Tarikh :- 13 April 2010
Hari :- SELASA .... cap lock lagi ni.... Hari berkerja tak ada cuti umum!

Bunyi lagu ungu 'Andai ku tahu'... haaaa ring tone aku tuk dia...syahdu sikit!

Aku :- Ha! baru free nak telefon tatak????

Fida :- Wei tatak... aku nak beli kain tuk ko ni... ko nak warne oren ke ungu??

Orennnn???? apa kelas... aku macam pelik sikit.... minah ni kat mana???

Aku :- Ko kat mana ni???

Fida : - Aku kat Jakel ni...

Aku :- Woiiii tak kerja ka???

Fida :- Ada training...

Aku :- Ko training kat Jakel ke???

Fida :- Otak ko! Kat area sini la... ko nak tak? aku belanja ni tuk raya... tapi laki ko sendirian Berhad eh...

Aku :- Awat ko baik sangat ni? Ni nak aku bayar ke? Ala aku gurau la ari tu

Ari sabtu tu dia balik Putrajaya, belikan kain baju raya tuk ibu dengan didi... aku saje je cakap... aku punya mana? Actually Fida kalau raya dia mmg semangat sikit...mcm aku aku tak pakai sangat baju kurung... so ulang pakai 10 kali baju pun tak kisah... tapi kalau dia tahu akak dia ni tak beli baju tuk raya, dia mesti belikan... kira dia sponser la... sweet tak adik saya?

Fida :- Cantik la kain kat sini... aku tak tahan... ha ha ha... aku punya dah banyak... tak pa aku belanja... nak warna apa? Oren ke ungu?

Aku :- Ungu la... laki aku macam nak pakai orenkan

Fida :- Alaaaa oren la... aku dah belikan ibu warna ungu...

Tanya org... org dah pilih banyak lak bunyik!

Aku :- Tanya aku lagi buat apa... eh jap... beli warna biru mude... lite blue...

Fida :- Ha?? Tak leh... aku anak beranak pakai biru mude tahun ni...

Aku :- Alaaaa aku nak pakai baju tuk majlis kawin laaaa... dah alang2 ko nak belikan?

Fida :- Lain lain kaler....

Aku :- Siol je... kang raya aku pakai la lain... adoiii baju hantaran kawin aku pun aku tak buat baju la... tu baju raya aku...

Fida :- Tak de tak de... aku dah cop biru!

Degil lak...

Aku :- Puteh???

Fida :- Orang nak sambut raya la... pilih warna ceria...

Aku :- Ikut ko la Pidah oiiii... oren ka... ungu ka... biru ka... merah ka...

Dia gelak...

Fida :- Ok ok eshhh banyak org ni... kang aku call

Fida fida... sweet... tak pernah lupakan family... tak macam akukan? Kih kih kih...mcm tu la kami... dari kecik sampai la besar. Nak bandingkan aku, aku ada sikit lupa daratan...compare to Fida, dia gi mana2... dia akan tanya nak apa... sampai sekarang pun... org dah ada lakikan... segan la walaupun dia niat nak bagi kang laki dia cakap apa plakkan?

Sbb tu kalau aku belikan barang tuk Rayyan, aku harap sangat Zamani faham... Alhamdulilla Zamani faham... kalau aku beli barang tuk Rayyan ke apa tak pernah la dia tarik muke masam ke apa... sbb dia tahu Fida banyak sangat tolong akak dia ni...lagipun adik beradik aku tak ramai... Didi pulak kecik sangat... darah remajakan... ada je la, nak minta tolong kena upah dia macam bagi pertolongan besar je...

Kami berdua mmg tak pandai nak minta ayah apa-apa...sbb kami tak di manjakan dengan barang2 mewah ni. Nak barang tunjuk result dulu...nampak gayanya tahun ni kira pakai oren la sayang yer... ha ha ha...

Di sebabkan Fida sponser aku tahun ni... kita tepek la muke dio kat sini yer...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Thanks mak ngah... sayang ko! Muaksss

Nak kena potong tangan nih!

Bengang pun ada! Geram jangan cakap la... nak marah, suami... tak masuk syurga lak aku kang... org dok jerit2 pasal anak... aku anak nan ado... tapi suami saya yang berusia 34 tahun ini, berperangai seperti 3 dan 4 tahun...

Sejak dah kawin ada babu kat umahkan??? Semalam balik kerja dah mandi bagai dia bukak almari... mmg la bukak almari, takkan bukak ais box nak ambik baju, yer dak??

Almari aku tak la besar mana, takat tuk aku dengan dia oklah... ada 4 pintu... satu tuk aku dan satu lagi mmg baju dia sahaja... baju duduk umah mmg ku letak dlm laci... asing!!! kalau campur rasanya aku jadi badang kot...mmg pantang kalau baju yang ku susun elok lintang pukang.

Time dia lepas mandi, aku baring atas katil sambil tengok facebook... than dia dah siap wangi, dia ajak makan... aku bangun... dan nampak laci baju tak tutup... padahal dia dah nak kuar bilik... this is not first time... banyak kali dah...aku pun tak tahu kenapa dia suke bebenor tak tutup laci almari yang dia bukak. Selalunya ku tegur kesalahan dia bila dia tengah pakai baju, sikat rambut (eh dia ada rambut ka???) pakai jam dan sewaktu dengannya la...so jawapan dia mesti

kejap la... B tengah pakai bajukan?

Kejap la... B tengah pakai jamkan?

Kali ni... dia dah kuar kat depan pintu bilik...peluang ku tuk sound tepek kat dia!

"Eshhhh ni laki siapa la yang PEMALAS nak tutup laci baju ni! Ada balachi eh yang kena buat... "

Habis marah la ni! Dia pandang aku semacam... tak senyum ni...muke habis confuse... ingat muke bersalah.....korang tahu apa dia jawab???

"Laki ko la... takkan laki mak cik sebelah lak masuk umah ni..." Wakakakak dia gelak!

Alamak salah soalan laaaaaa... so kami gelak2 turun bawah... since dia nak kuar lepas makan (konon nak gi main futsal) dia naik, ambik baju extra kot... aku pun tak tahu la... sbb aku kemas meja makan. Bila dia dah pergi aku naik sekali lagi!!!Ingat nak lepak bilik, seram duduk kat bawah sorg2... bila naik... ermmmm mmg nak kena potong tangan encik Zamani ni....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Keadaan laci baju dia bila aku naik bilik semalam. Korang tengok!!! tengok.. dah nama pun LAKI akukan...mcm dia cakap la, kalau laki mak cik umah sebelah dah lama aku bagi notis kuar umah dlm tempoh sejam... nak tak nak buat la... ni semua nak kena charge hujung2 bulan....kerja bertambah gaji hujung bulan pun bertambah la jugak ye... setuju En Zamani???

Pesanan buat en suami :- lepas ni kalau susah sangat nak tutup laci, nanti ku cabut laci tu ye! ini la susah manjakan suami ni... kalau anak ikut perangai abak! mmg ku piat telinga sorang2...

Bukan salah ku!

Semalamkan ku terpikir nak masak apa??? Pening kepala... last2 ku yakin dengan jawapan pada persoalan ku semalam nak masak ayam masak kicap dengan sup petola... welll akakkan diet... kena makan sup2 ni...

So balik berjuang la kat dapur... dengan penuh kesopanan dan kesusilaan akak pun potong bawang bagai... tetiba halia ku ilang... aik semalam rasa masak sup ada je halia tu... banyak wei! cari2 tak jumpa... mana aku letak? Akak masak very the seksi oooo... nak tukar baju ni yang malas... kang ada ilang ayam aku ni kang... so tinggalkan semua nak gi kedai beli halia...

Turun bawah balik ku rasa tak puas hati... saya yakin betul! saya tak buang halia tu... cheh cari lagi... pastu rupanya terselit dalam bakul bawang... aisemen... dah cun nak gi kedai ni... naik balik tukar baju...

Kelepangggg kelepunggggg kalau jiran dengar mesti cakap anak en rusli dah pandai masak... hahah dia tak tahu bunyi kena lebihhhh... masakkan sedap tak sedap belakang kira... wakakak...

Dah selesai masak... last masak nasi... terlupa lak nak masak nasi semalam... bule?!!! Semalam agak tak confident la dengan cara masakan... i dont know why... hahah siap sms adik ipo aku tu... masak sup petola letak apa??? wakakak... bukan apa... akak ni kalau masak banyak benda akak campak... org tak letak kentang akak sukati nak letak... org tak letak udang, sukaati aku la nak letak udang... TAPI! Tu kalau sorang makan, tak pa. Kang abang Jamani tak makan tak pa... dia mengadu kat mak dia??? ha... siapa nak jawab... ampunnnnn makkkk cida gurau jerk...(sewel lak ptg2 gini)

So di sebabkan akak ni Jembalang sayur... tak tahan nak tunggu abang Jamani korang balik... akak dengan vangga konon nak la makan sup petola tu... bau dah sedap ni... chechewah puji sendiri... masuk sayur dlm mulut... YA ALLAHHHHHH pahit nak mati... macam telan apa pa je terkial2 muke aku... so dlm ati cakap

oh may be part of sayur tu kot pahit... aku makan lagi sama... tak leh jadi... confirm petola ni tak elok... habis seperiuk ku buang... nak hirup kuah je pun, aku terasa kepahitan sudah merebak... mana tau tu racun ke apa... tak berani akak dik oiiiii...tau tau esok mati... siapa nak jwb???

Last2... bagi la kat makcik Sam... alah mak cik yang duduk kat pintu belakang umah aku tu... dia semua ambik... siapa lagi mak cik sampah la...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

oh jangan tengok gambar ini lama2... boleh mendatangkan mual dan pengsan... yuksss ampun... nak tunjuk je kat korang aku masak betul la weiiii... gud bye my petola... time tu lagi 45 minit lagi abang Jamani nak balik...kata isteri mithali... kan? periuk belanga acik dah kemas ni... berlari la goreng la teloq... jadilah... ayam masak kicap tu ku letak la jugak cili padi sampai 3 batang... tak pedassss pun... abang jamani hang hanya complain kalau tak pedas... cili mulut dia baru dia kata pedas kot... wakakak... so hasilnya??? semalam ku masak ayam kicap dengan telo goreng...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tadaaaa... very the shining telo goreng ku itu... sori telo tidak sempurna kerana nak terbalikkan jahanam jadinya... bukan salah ku jua ye... lalalala

Lepas tu berlari aku naik atas mandi... than baru nak update blog abang Jamani balik... balik balik je ajak aku main futsal... aku pandang dia penuh confuse... aku??? main futsal??? biar betul! Ajak la main lain...wakakaka... Rayyan sepak bola kat aku pun aku tampo dia... rupanya ajak teman main futsal... so sweet suami saya... dia takut nak tinggalkan aku sorg2 kat umah... aku suruh dia pergi sorg, tak kose aku... nak tengok dia main... kalau dia reti main tak pa... wakakaka... lariksss... yaribaaaa....

Banyak kali jugak dia pujuk... tapi seyes gue penat... have fun la dikau dengan kawan2 mu sayang... kul 8.45 dia kuar umah, kul 930 dia balik sbb??? tak jadi nak pergi dia patah balik dengan alasan nak beli barang kat pasar malam... but ku tahu...

Hang ghisaukan aku kat umah sengsorangkan kan kan??? Ha benda tu pun bukan salah aku... sbb aku bagi dia pergi... dia yang tak mo eh... kang ada lak cakap acik control laki... alaalalala

Nota tomei :- Aku tak ada mud la nak kerja!!!! why!!!!!

Minta di jauhkan....

Dengar topic pagi Sinar... aku tak tahu la apa topicnya but ada caller ni cerita tentang masalah kawan dia... dia ka kawan ka... aku tak tahu... but ceritanya gini...ku bezakan kawan tu dengan kaler la ye... kang pening plak korang nak faham

"Dia ada kawan... dan kawan dia punya kawan baik dan dia lelaki la... so kawan dia ni dah kematian suami... dia dengan kawan lelaki dia tu dah kawan hampir 18 tahun. So kawan lelaki dia ni nak jadikan dia isteri la sbb dia mmg suke kat kawan perempuan dia ni. Masalahnya kawan lelaki dia tu dah beristeri..."

I was like geram kat situ... kau kawan dengan perempuan tu for 18 tahun dan ko ada ati kat isteri orang?? Bukan dia nak kawin perempuan tu dengan alasan simpati tapi alasan sbb mmg dah lama ada hati... sempat jugak caller tu cerita, kawan perempuan dia ni dalam dilema sbb kawan lelaki dia tu suami org...

Adoii perlukah runtuh rumahtangga org? Dah ko kawan dia (the guy) im sure bini org tu pun ko kenal dan kawan rapat jugak betul tak? Cepat betul manusia berubahkan? i can not imagine if one day chinta abang Jamani berubah...yes tak kena batang idung sendiri kita tak leh nak cakap. Sekarang ni macam2 word yang kuar dari mulut kita... nak cincang la... nak potong 18 la... tapi bila benda dah jadi confirm yang boleh buat is dodok menangis meraung je la,kan?

Aku takut akan kehilangan... tapi aku tahu dalam dunia ni tiada yang kekal... masalah rumahtangga ni terlalu luas kalau nak di perkatakan... ada yang cari alasan tak ada anak, nak anak... yang ada anak pulak cari alasan isteri tak bagus... aku tak nafi semua tu... kalau bercinta, baru2 kawin boleh je menegur pasangan tu... kenapa sekarang tak boleh? Masalah anak pun bukan ko yang tentukan... what make you confident kalau kawin dengan perempuan tu, ko dapat anak??

I dont know... tapi pernah ke diorg fikir perasaan isteri tu? kita tolak cerita kalau isteri tu bermasalah... dah lama kawin tak mo jaga makan pakai... bagi syarat tak nak ada anak bagai... tolak semua tu... maksud ku sekarang pada isteri yang setia taat pada suami...susah senang sama-sama, tapi di akhir usia nak habiskan sisa usia dengan org lain. Tak terpikir ke pengorbanan isteri tu?

Aku juga tahu bukan masalah aku pun... masalah org lain... but biasalah akak suke dengar cerita2 gini... nasib baik yang call tu KAWAN pada si perempuan tu...tapi nak cakap tak leh jugak... cinta ni buta... sbb tu benda2 macam ni jadi,kan? jauhkan la diri sebelum rapat... time aku berurut kat Sepital Putrajaya... akak ni dah kawin, tapi tinggal jauh dengan suami... jumpa dua minggu sekali... dia menyewa dengan kawan dan semua dah kawin... dia kata lelaki-lelaki ni suke cari perempuan yang dah kawin, sbb apa? kalau perempuan mengandung pun, dia tak perlu bertanggungjawab... aku terperanjat sat kat situ... macam tu jugak dengan perempuan yang kawin, tak perlu risau kalau lelaki tu tak nak bertanggungjawab...

Alasan yang akak tu bagi pun macam tak leh nak di terima je... menyalahkan suami sbb suami tak menjalankan tanggungjawab tapi itu bukan alasan tuk kita curang pada suami... macam abang jamani cakap, ada jalan penyelesaian, islam tak kejam. Kalau rasa suami tak boleh nak jalankan tanggungjawab, undang2 islamkan ada? Kenapa nak jatuhkan maruah dan harga sendiri? Eshhh aku ni cakap je pandaikan... tapi apa pun minta sangat la di jauhkan... family main peranan jugak kot...maksud aku kalau family tu sentiasa menegur, betulkan apa yang salah insya Allah kita boleh la berfikir panjang. Bagi aku kalau ada segelintir suami yang jaga ketat pergaulan isterinya ada maknanya jugak sbb tak nak ini terjadi... setan sentiasa ada,kan?

Maafkan saya kalau saya hanya pandai berbicara... mungkin org kata saya tak faham, tak pernah lalui so jangan banyak cakap... ini peringatan tuk diri sendiri juga... sbb aku tahu aku juga jenis yang memberontak... kadang2 apa yang aku buat bukan atas keinginan sendiri tapi sengaja nak buat suami tu sakit hati. Akibatnya bertindak mengunakan emosi dan bukan akal fikiran. Wei aku tak kata isu ini aku pun buat eh... kang ada org lak ingat aku selingkuh... aku harap kalau aku terjerumus ke arah itu, tegurla...

Kih kih kih lepas ni abang Jamani kawal ketat la bini dia... base on trust sahaja pun tak leh jugak...1% perlu ada tuk kemungkinan-kemungkinan yang kecik... tapi kalau dah sampai email, FB account semua nak check aku rasa tu dah 50% percaya 50% tidak, itu bukan 1%... tapi kalau check fon SAHAJA consider 1% tak percaya... wakakaka... larikssss...

Pesanan penaja :- Akak selalu check fon abang Jamani... muah muah muah... opsss terkantoi sudahhhhhh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails