Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Friday, August 5, 2011

Cerita lawak

Ayah akukan pendiam... semua tahukan? Tah aku lupa lak... berbual dengan mak aku ari tu... sajer la cerita pasal anak2 buah ni... anak dia ni panggil mummy la...yang ni mama... yang ini ibu... so tetiba encik Rusli bersuara...

Ayah :- Sok anak along suruh la anak panggil 'bonda'

Berkerut dahi aku... sangat sesuatu... BONDA???

Ibu :- Habis zamani apa? Ayahda?

Ayah :- Dah bonda mestila ayahda...

tetiba ada org menyampuk... laki aku tu la kan???

Zamani :- Kalau Along (Panggilan aku kat umah) Bonda, anak2 saya kena panggil saya TuanKu!

Aku mcm.... plssssss...

Tetiba beranggan kejap.

Anak :- Bonda nak duit beli buku

Aku :- Mintak tuanku...

Elehhh financial Tuanku pun aku simpan tau... jegil mata kat dia dah takut...ewahhhh... perasan. Tunggu la Tuanku tinggi suara. Baru ko tahu yang mengalir tu ayor mato duyung ke dugung! kan?

Hahahah sangat sengalkan??? sian anak aku... hehehe... mmg layan zamani boleh sakit jantung, kencing manis, darah tinggi!

Dapat barang baru

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ok happy dapat barang ni. Setelah lama ku tunggu. Sbb seller dia ada buat due date nak beli benda alah ni, terpaksalah aku beli walaupun time or tempoh tu jauh la sangat. Tanpa perbincangan abang Jamani terus order. Tak tahan dengan kaler dia yang banyak2 tu. Tah rajin tah tak aku ni. Mana boleh order2, kenalah bayar deposit sbb tempahkan? Payah nak buat keputusan. Harga dah mmg habis baik dah ni. Rugi tak beli. Aku tak kisah la apa org nak cakap, rugi duit ke apa. Sbb Insya Allah sesak2 mmg aku akan gune benda ni jugakkan?

Silap2 aku je yang pakai esok... wakakak

Tah la terpanggil tuk beli benda ni tuk jimat. Sbb saya sedar diri yang saya makan gaji. Tak kaya. Suami bukan datok atau tan sri. So insya Allah nekad mengunakan kederat diri tuk menjadi insan yang cemerlang, terbilang dan gemilang... jeng jeng jeng!

Zamani ok je... dia mmg mengalakkan. Bila benda ni sampai dia yang excited terlebih2. Tak sabar. Cute je aku tengok dia belek2 satu2 kaler. Harap dapat la pemiliknya pakai ye. Bab2 ni aku tak excited tapi melihat dia excited aku yang terharu nak nangis. Aku bukan tak excited. Org kata kaber diri.

Tapi aku suke... cantikkan? Sungguh kalerpul!

Thursday, August 4, 2011

? Tak tahu la tajuk apa nak letak!

Ok nak emo ni... korang sedia tak nak dengar rintihan akak ni? Wahhh terlebih.

Well biasalah, aku suke emo lebih2kan? Sebenarnya hati ni sentiasa rindukan insan yang kini menjadi bidadari syurga. Tambahan pulak sekarang Ramadhan,semua blog aku baca mengambil kesempatan ini tuk melawat kubur. Tapi aku tak berkesempatan. Aku harapkan Zamani je pergi. Tapi since Zamani pun bz lately. Asik terlupa aje.

Aku malas nak cakap ulang2.

Lagi la sekarang bz dengan persiapan yang bakal jelang, terasa sangat hiba. Hati seorg mak eh? Walaupun anak jauh di mata tapi tak pernah lupa. setiap khamis mmg aku tak lupa untuk baca Yassin tuk arwah anak aku. Walaupun dia tak perlukan doa ibu bapa dia sbb dia semenang sehelai kain bersih. Bah kan dia yang mendoakan ibu bapanya, tapi aku rasa itu tanggungjawab aku. Sebagai ibu yang PERNAH mengandungkan dia WALAUPUN hanya 6 bulan.

Oklah bukan nak buat ayat simpati ke apa. Tapi semalam aku bersuara jugak dengan Zamani

Me :- I nak beli la batu2 kecik tu, tuk kubur anak. Mana nak beli eh?

Zamani :- I think area kubur tu jugak la. May be kat tempahan batu nisan tu ada jual kot.

Dalam hati ni nangis!!! sbb yer la aku dok sibuk buat persiapan tapi terasa aku abaikan anak aku yang sorg nunnn...

Me :- Bila you nak bersihkan kubur Aryssa? I rasa lama kita tak jengukkan?

Zamani :- Let me do... i uruskan semua nanti. Dont worry. Cume I tak ada masa nak pergi.

Kalau gi umah MIL... pasti jeling kat kubur tepi tu.

Zamani :- Tapi Ateh dah bersihkan ari tu sebelum dia pergi Langkawi

Aku macam terkedu. Ateh? Awie? Salah dengar ke?

Me :- Siapa?

Zamani :- Awie...

Me :- Oh... baiknya dia...

(Tak terkata... sbb sebak, nasib baik kat kedai minum semalam... so control lagi rasa sebak tu. )

Zamani :- Dia tanya i bila buat batu nisan tuk Aryssa. Sbb dia pergi sekali je time kebumi tukan? So ari tu dia singgah sekejap naik tengok than bersihkan sekali...

OMG, til now aku tulis entry ni pun air mata aku mengalir. Terima Kasih Awie. Me and Along terharu sangat. Terima kasih sangat sangat.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Al- Fatihah

(Im not suppose to share this pic here...abang Zamani dah lama bagi arahan not to share apa pun gambar kubur/batu nisan anak dara dia kat blog aku, cerita ok, benda2 fizikal ni hanya tuk tatapan sendiri sahaja. Tapi ni pun aku dah di edit... tah... ini blog peribadi aku, so kalau boleh aku nak share sebagai kenangan aku sendiri. Bukan niat nak simpati ke apa)

Dear Aryssa

Walaupun anak ibu jauh di sana... tapi kamu tetap menjadi ingatan kami di sini. Not to me and Abak, tapi tuk semua. Doakan kami di sini ye. Kamu adalah amanah Allah yang indah yang di pinjam untuk kami walaupun seketika. Aryssa mungkin hilang di mata kami. Tapi tetap bersemadi di hati kami. And walaupun pertemuan itu seketika, ibu akan pastikan adik2 Aryssa tahu akan kewujudan Aryssa. Insya Allah, dengan izin Allah kita akan jumpa di sana kelak

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

And to Ana Norzawawi.... Terima kasih banyak2. Atas ingatan dan doa. Sempat jugak sms dia pagi tadi ucapkan terima kasih. Lagi la air mata duyung akak mengalir bila dia balas
"Dia juga waris kami...." tapi biasalah awie tak pernah serious. Kalau serious dalam percaya tak percaya je... lepas tu dia buat lawak buat aku tersenyum balik.

Aku bersyukur sangat2 kerana di beri keluarga yang sentiasa ada di sini baik dalam senang mau pun susah. Thanks alot :)

Wednesday, August 3, 2011

Puasa

Erm sana sini org citer pasal pose yer? Saya???

Oklah... dua hari tak pose sbb ada doktor appointment. So sebelum doktor suruh aku buat benda yang bukan2... (hahah macam apa je ayat!) baik jangan pose. Kang ambik darah aku berbotol2 siapa tahukan? Mabuk pengsan??? Dah la akak ni tak berupaya... semalam pun tak makan apa-apa tapi bodo sungguh pegawai yang ambik darah aku. Nak tampo je mukenya

Cucuk aku 3 tempat tak kuar darah! Yer bukan salah dia! tapi kalau ko pro tak akan jadi gitu la. Sbb selama ni aku dah bilang, ambil kat bahagian lengan aku yang kanan. Mmg situ tak miss darah kuar. Tak nak percaya sbb ko pegawai perubatan, tah doktor tah attendant hospital aku pun tak tahu. Ko tahu tak sakit. Aku dah tunjuk dah tempat yang senang kuar darah, dia cucuk tempat lain pas tu dia kata aku memandai... bakor darah.

Cucuk kanan tak dapat. Dia kata kena ambik kat tangan atas tu... aku tak suke ambik situ. Bole demam tau! Tak kuar satu hal.. dia boleh hala jarum tu kiri kanan. Perlukah aku menampornya??? Hahah aku tak pose! Nak ambi 2 botol ni. Bukan sikit!

Akhir di tangan kanan. Sama jugak, cucuk tak kuar dia adjust2 sesedap rasa kiri kanan. Akibat darah kuar terlebih2. Aku pun terkujat. Bengkak terus. Pastu kuar macam pesakit cedera parah. Kiri kanan tangan dan lengan di tampal kapas. Mesti org simpati kat aku... hahaha... biasalah aku ni manja terlebih. Mula la rasa nak pitam bagai.

Tapikan... bukan nak cerita tu. Jeles ni org sana sini blog masak itu ini. Walaupun tak sihat tapi aku vangga!!! dua hari ni alhamdulilla gue masak!!! Caiyok tak? Lepas masak tumis sakit gila2 sbb mungkin lantai baru dapur tak sesuai dengan kaki akak... wakakak...

Alaaaa semangat umah barukan? Ahad tu bertungkus lumus la aku bersihkan umah dengan abang Jamani. Heheh akak tak buat pun, upah org. Best arah2 org ni. Sudahnya 2 hari je nak RM 300 bayar upah org kerja.

3 bulan uloz!!! kami bernafas dalam lumpur dan debu. Masak apa lagi lakan? Dengan bau tanah semua. Tak sesuai. 3 bulan jugak la makan luar. Habis duit! Sekali beli makanan RM 20 lebih. Kira la... hampir tiap2 hari jugak telan nasik bungkus. Bila umah siap! Akak balas dendam la nak makan umah. Walaupun tak sedap mana.

Zamani kata peli kat Bazar je. Tapikan??? Ermmm bukan la nak cakap riak! Tapi bulan pose ni korang pun tahu ada certain peniaga nak buat untung je. Sama level je dengan masakan aku. Tu yang nekad tak adanya nak beli kat Bazar ni. Kecuali la ko nak murtabak ke kuih2 ke, tak pa la... cari la. Aku pun tak gheti nak buatkan? So kita masukkan pasal umah dulu yer...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pandangan dari belakang umah. Tinggal pasang grill je belakang ni.Mungkin dalam minggu ni jugak. Yang lain siap! Purple ko umah Cik Tipah. Nak pilih kaler pun susah. Mak aku tak nak sama dengan warna umah jiran! Bole??? Mengada nak lain dari yang lain.

Kami suggest Biru.............. Alaaaa sama dengan umah india hujung ni

Kami suggest Hijau............Alaaaa macam warna cik gu kamarul jiran aku

Kami suggest Kuning (Kaler depan umah sendiri ni) ....dah sama mcam umah kita kat depan. Biar org kompuse sikit...

Hahah lawak la mak aku ni. Sometime cakap tak logik! Tapi what to do... mak akukan? So sajer gurau...

Purple la ibu... tahu2 balik dah jadi lagu ni. Terus order kat org buat umah tu...pitam!!! Tak pa la... cantik jugak


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pemilik umah menyokong LIverpool and Arsenal. Maka kenalah merahkan? Aku suke Hall umah ni dah besih dan besar. Bole guling2. Kalau tak adoi laaaaaaa anak kucing aku si Ipin, Upin dan Kak Rose sorg2 tak nampak diorg. Payah sungguh. Nak duduk pun sedih tau! Banyak sangat barang. So sekarang ruang tamu hanya kerusi dan TV... hoyeh!!!!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dapur lama yang bertukar menjadi dining room. Sesuai tuk mereka yang tak pose. Wakakaka... tak la umum sangat. Tapi tak final lagi. Abaikan barang kat tepi tu. Nak tunggu pasang kipas je kat sini. Panas gila!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dan yang syok dapur! Siap jugak walaupun kelam kabut. Kabenet tak tertutup sbb kontraktor buat rumah dan table top sahaja. Pintu kabenet kena cari org. Nak survey bagai. Nan ado masa. Lantak la sumbatkan apa aje yang perlu kat bawah ni. Sila tutup mata bagi tetamu2 sekali.

Jadi aku semangat la nak masak. So malam puasa tu, sahur aku masak sambal tumis sardine dengan telur goreng je. Sedap2 tak dapat la. Umah habis kemas je tengah malam. Than siapa nak gi beli barang basah. Itu pun ayah nak beli nasi goreng tuk sahur.

Alaaa kembang la tekak! Tak pa la masak. Lepas solat, bersilat la kat dapur... macam syok je main masak2...lalalal... lepas masak masuk tido. Sekali bangun ikan sardin satu ekor je tinggal? Semalam masak ada 4 ekor tau. Ibu kata incik rusli dengan si Didi tak tahan lapar, lepas aku naik je diorg sebat. Adoiiii nasib baik sardine 2 tin ayah beli, aku masak satu tin ingat cukup la. So just add. Kalau tak semua makan sambal je la.

Ni gara2 sbb 3 bulan meluat makan luar! Percaya la mmg sadis ko! So suke la dapat sediakan makanan sahur tuk Zamani.

Buke plak... ibu masak hati masak kicap, dengan sambal sardine tu jadi terlebih2 plak...wakaka. Maka sajer gedik nak main masak2 jugak. Ayah beli ayam, aku goreng. Dengan ikan pari. So aku masak asam pedas ikan pari. Tapi Zamani tak makan asam pedas. Kureng la. Kalau masak dia ambik kuah. Bikin ati akak bengkak tak sanggup nak tengok dia makan berkuah kosong je. So aku gorengkan dia ayam. Pastu petang tu dia tanya aku nak masak apa. Aku cakap ayah nak makan ikan pari asam pedas. So banyak lauk... aku goreng ayam tuk dia dan didi. Dia request ayam sambal! Memula malas nak buat, lepas tu???? tak sampai ati la... org posekan?

Tapi frust ayam sambal ku tak pedas! Walaupun aku letak segengam cili padi. What the hack???! Bila rasa tu buat muke! Ermmm confirm dia makan ala kadar je... hahaha...janji ado... akak dapat kiss jugak ucapan terima kasih sbb masak... hahaha...

Ok korang jangan la kata aku belagak! Sbb aku masak pun jarang jarang... sometime sometime kadang kadang. So sian tak sian laki akukan?

So semalam lauk banyak gila. Semua tak habis. Ermmm kalau kami mmg tibai je lauk semalam. Tapi sian suami saya. Call la mak mertua. Ingat2 lupa la nak goreng kueh tiaw version cikgu yati. Otak jam bila terpikir bahan2... kena sama sbb zamani bab mee/bihun yang boleh dia makan 10 kali tambah versi mak dia je.

So gigih la akak ke kodai beli barang2... kul 6 sampai umah, siang2 barang... masak... biasalah kalau dah resepi mak mertua aku... dia masak jenis campak2 TAPI!! ada tapi... sangat leceh. Tauhu goreng dulu... telo pun goreng dulu... nan ado makna semua campak kasi satu. Tu yang anak sulung cik gu yati terlebih manja... muah muah muah. Jadi akak kena la belajar. Untuk siapa??? tuk laki akak jugakkan? Haruslah bangga org kutuk dia gemuk! wakakaka... alhamdulilla... alaaa masak baru 2-3 hari dah kata abang Zamani makan cukup eh? Belasah! Ada aku kisah?

So sahur plak goreng nasik dengan telo goreng jerk.

Buke ni plak tak tahu la... dahlah posekan? Tah larat tah tidak balik kerja ni nak masak... uhuhu. Insya Allah. Org kata niat baik di balas baik. Harap2 sampailah puasa ku ari ni... hahah mcm bebudakkan???

Monday, August 1, 2011

Aliya farhana

Si aliya sekarang ni dah pandai dan laju nak bercakap. Tiap2 ari aku dgn zamani dah terikut2 cara dia cakap dgn nanyi... Oh dia mmg suke menyanyi ooo....

Lagu hazama dgn meet uncle husin eh? Ke kumpulan mesin taip? Aku pun tak tahu la... Tapi cara dia nanyi tanpa segan dan silu...

' tanya sama POTOT.... Apa shebab DOYANG'

'Burung tatak tua, nenek tu tawin anak Daja'

Tetiba confuse lirik burung kakak tua dgn nenek2 si bongkok 3.

Tang gaduh dgn kak long pun best jugak.

' Halong! Kita tongsi-tongsi la!'

yang buat mak long tergolek gelak bila dia main masak2. Mulut dia bebel mcm mak2...

'Tatak! Meh tolong mama Matak!'

Kakak dengan masak sama je bunyi yer mama... Bila mak long sound gitu, dengan muke slumber dia...

'aah!' hhaha... Cute la kau ni aliya!

Takut

Sekarang ni mcm2 ceritakan pasal keretan hubungan rumahtangga, putus pertunangang semua ni. Biasalah kalau dah cerita mcm ni hangat di pasaran tak syak lagi la kisah2 artis. Itu artis yang kita kenal. Yang tak kenal??? Agaknya lebih banyak lagi kot?

Kalau tak ada ikatan rasmi nak putus, gue tak berapa nak pedulik la... tapi kalau dah tunang, rancangan perkahwinan dah buat bagai... than isu putus tunang semua ni membangkitkan rasa sedih jugak. Sbb tu la org kata tunang biarlah di rahsiakan. Kahwin heboh la satu dunia... hehe yer ke? Ke ayat aku je? Cukup pertunangan tu sekadar nak COP perempuan tu bakal milik kita. Yer dak?

Yang dah kawin pun, bercerai berai. Yang paling takut bila pasangan tu happy couple sangat2... tapi berakhir perkahwinan dengan perpisahan. Hanya kerana tak ada sefahaman.

Haizzzz... sememangnya aku rasa takut bab2 ni. Kita manusiakan? Macam aku cakap, kita canang kita bahagia satu dunia sbb bukan kita nak menutup kelemahan tapi itu adalah cerita dalaman umahtangga yang tak patut di hebohkan. YAng happy kita kongsi yang tak happy diam2 sendiri. Gitu la...

Tapi isu putus tunang semua ni. Ermmm bagi aku eloklah pasangan nak kawin ni buat solat istikarah. Bukan apa penentu masa depan kita. Kalau tak buat istikarah pun, dalam solat harian pun doa la selalu. Biar lambat tapi Allah maha mengetahui. Jangan la dalam doa tu kita paksa, kita merayu di jodohkan dengan org tu. Mmg Allah perkenankanlah... Allah tak kejamkan? Tapi esok terasa la sendiri. Dah satu umah semua tak seindah yang ko sangka. Mmg kena kongsi segala2nya. Bukan sehari dua, bertahun2 lamanya.

Perangai pun tak boleh ikut sesedap rasa. Kenapa jaga hati semua pihak. Bukan takat suami tapi keluarga mertua sama. Bukan takat keluarga mertua, tapi keluarga jauh dekat pun sama. Masa kena bahagi sama rata. Tak boleh nak merunggut ini itu kurang, itu sbb kita kena redha dengan pasangan kita.

Betul! Tanya la mereka yang kawin ni, kena pandai tarik tali dalam umahtangga walaupun benda tu buat kita sakit ati... dan aku tak kata perkahwinan aku seronok, bahagia. Dan aku tak kata aku sengsara dengan ikatan perkahwinan ni. Tapi tengok berita2 ni, soal putus tunang, soal cerai berai dah macam tak ada benda dalam masyarakat kitakan?

Suami pasang perempuan lain bukan isu biasa, yang menjadi luar biasa bila isteri pun nak join sama. Di mana plak letak maruah isteri, yang bergelar ibu layak ke tunjukkan contoh baik pada anak2? Wallahualam... mcm2 org dalam dunia ni. Apa yang bole aku katakan... apa-apa kita nak buat, kalau kita tak takut suami, tak takut pada keluarga, tak malu pada keluarga mertua.., sila segan dengan Pencipta kita... Takut dengan dia. Kalau dia turun atau tarik apa dia bagi, menangis air mata darah sekali pun tak dapat mengubah apa-apa. Kembali la pada yang asas.

Aku tulis ni.... vah vah.... ada macam calon Ustazah Pilihan tak? Wakakakak.... pui pui!

Sentap

Salam... hari ni saya cuti...

Bukan kerajaan negeri bagi tapi saya gune annual leave saya... sob sob sadis! Habis chuti aku. Tapi apa nak buat??? Esok pun cuti jugak. Ai jadi fofular sekejap. Hospital kerajaan nak jumpa muke ai yang chantik molek ni.

Cume nak cerita pasal sentap ni...

Zamani kalau bukak apa2 account like twitter ke, FB, email baru ke, akak selalu terasa tau... kenapa tak nak bagitahu??? mentang2 isteri dia ok! Dia diam je... selagi tak tanya selagi tu la menjadi rohsia... cube kalau dia... heheh tak pernah pun sbb saya isteri yang tak leh nak menipu suami. KONON tak nak dia tahu tapikan bagi hint2... hahahah gila sengal ko!

Hari ni tetiba kawan dia wish kat twitter nama Sang Lelabah plak!!! (Encik suami sentap ni!!!!)

Dah la tak follow akukan? sadis... ahhhh aku pun tak nak follow dia.. pedulik!

Tapikan... selalunya yang buat akak sejuk ati bila apa pun nama sure dia pun letak (ZAMCIDA) ok! akak cool sbb nama akak kat situ... hahaha... selalu jugak la perasan tu yang akak tak kisah sangat. Cube la tanpa nama aku! Mmg org puasa sebulan ko puasa setahun!!! wahhhhhhhh

Tetiba teringat ada kawan dia pernah la mengadu kat akak ni....

"Zamani ni ko kena hati2... dia suke add pompuan2 yang cantik je... yang buruk dia tak nak buat kawan pun"

Bole meroyan!!! marah2... satu je dia cakap

"Eh gi tanya mana2 lelaki... diorg suke ke add perempuan yang tak cantik? Janji ai tak BANYAK PEREMPUAN. You pun kalau kat FB ke, friendster ke, Myspace ke org add, muke lelaki tu percah rumah. MAu ke???"

Tak mauuuuuuu

Ha! lumrahla ye... well tah la... susah nak percaya lelaki. But no matter what. You need to trust your partner. Kalau tak puas hati cara terbaik tanya... kalau ada jawapan yang tak logic tu... ermmmm sendiri ingat la... buat masa ni Zamani mmg tak pandai penipu. Pernah la dia tipu, kantoi... akak jampi abang JAmani sampai dia tak leh tido... wakakaka... ok tipu.

Tak tahu la. Dia banyak diam. May be bagi dia kuasa mutlak di tangan somi??? mungkin.

HAhah teringat satu ketika dulu dia balik lambat belikan aku bunga... tapi suprise la... aku call tanya dia kat mana? dia jawab kat KEDAI MAMAK berhenti minum.

Aku dengar bunyi lift pastukan kat pasar rayakan ada bunyi lagu kalau nak buat annoucement??? tetiba mcam bengang, kedai mamak mana yang ada benda ala tu????

Ku tanya... kedai mamak mana??? asal tetiba berhenti minum?

Dia kata tengah2 jam... terus berhenti minum...

Yah??? all the way ke umah higway! Ada plak kedai mamak tepi highway... panas ati tuhan je tahu. Tp bali tersenyum cari bunga rupanya... hahaha...

Ermmm tak pandai nak tipu kan??? cube akak???

Hahah akak punya suprise selalu menjadi! Sampai abang Zamani tuduh akak ada jantan lain! wakakak... ingat lagi tak Encik Suami?? Sampai sekarang dia kena gelak... so dalam erti kata lain mana yang pandai bohong???

Me or him??? jeng jeng jeng...

Ok nak gi klinik now... tetiba je masuk cerita tah apa-apa ni eh? belasahhhhh....

Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Salam readers!

Chewahhhh... me and Zamani ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan tuk hari isnin ni. Diam tak diam, tahun ni alhamdulilla aku sambut dengan Zamani as isteri tuk kali ke -3. Wahhhh vangga vangga! Alhamdulillah...

So di kesempatan ni, aku nak minta maaf dan harap apa yang ku tulis di sini,kalau ada yang tersinggung, maaf ye. Wahh ucapan macam sambut raya terus ni! Apa pun harap dapat di mulakan ibadah dengan hati yang bersih. Jangan ponteng2 puasa suka2 ye. Gunakan bulan yang mulia ini tuk beramal dan beribadah. Mencuci segala kesilapan kita selama setahun.

Dan tuk cozen2 yang berada jauh nunnnnn di mana-mana... harap raya nanti kita masih boleh berjumpa. Walaupun puasa kita tak dapat nak berbuke sesama. And bulan puasa ni, me and Zamani dapat anak buah baru... yehhhhh...harap perjalanan baby selamat ye. Sajer nak kuar bulan puasa jugakkan? Tak pa...janji dia sihat umminya pun sihat. So ada ahli baru dalam family. Last year Umar Qayyum... tahun ni baby baru jugak. Alamak! Mak long dengan Pak long kena tambah duit raya ni...heheh. Tapi bebudakkan tak bagus pegang duit? Kih kih kih...dan dan je.

No spekulasi!!! Bukan my family side. Zamani punya. Tapi apa pun we still happykan?

Ok apa pun korang... selamat menjalani ibadah puasa. Now aku dah terbayang2 kuih makmur tau... tak suke bayang2... nak depan mata ni... heheh...

Friday, July 29, 2011

Fobia shopping???

Pernah rasa fobia tak shopping???

Mesti korang kata aku gila... benda yang paling best!! yah.. perasaan happy/keinginan tu ada. TAPI tah... setiap kali melangkah aku hanya mampu pegang... bukan sbb benda mahal ke apa. Tapi fobia.

Mereka yang sama dengan ku relex je letak2 barang dalam troli, dalam beg shopping. Tapi aku??? teragak2... nak beli ke idok? Dah beli ku simpan dalam bakul... keinginan ati nak tengok dan belai2 semua barang tu... tapi aku takut. I did that before but perasaan gembira bertukar hiba dan sedih. Tak nak rasa benda yang sama...

Setiap kali aku beli barang, aku makin takut... semakin takut semakin aku berdoa... jangan la di ambil segala kenikmatan itu sekali lagi. Izinkan dan permudahkan semuanya.

Ni nak pose... semalam abang Zamani pose ganti. Alaaa alaaa alaaa... macam budak 5 tahun puasa. Heheh tido sampai tak larat nak bukak mata. Anyway dia penat kerja sepanjang minggu ni.Sehari je tak pose last year sbb demam so ganti pun sehari je la... bayangkan tu sehari. 30 hari puasa... kalau aku bz nak beli2 barang, tah ok tah tak mudnya? Nak beribdah lagi bulan puasa ni, pengsan jugak la ko nak shopping sakankan bulan-bulan puasa ni?

Tak tahu la... survey dah berapa kali survey.

Pergi pun hanya melawat dan survey harga...

Bila Zamani tanya, beli la... aku terdiam jap...ok ke beli? Tak tahu la.

Heheh untung laki korang kalau korang macam aku, nak beli barang pikir banyak kali. Bukan aku tak suke. Tapi aku takut... bukan takut duit habis. Takut gembira sangat berakhir sedih. Jangan pikir bukan2? ermmm that is the bad side of me. Dulu pun aku tak pikir sedih dan kesan, terlalu happy kesan teramat dalam.

Sbb tu abang Zamani selalu cakap dalam dunia ni macam2 org

Ada yang dah terantuk baru nak sedar dan berjaga2.

Ada yang dah terantuk tapi tak sedar2 jugak

Normal feeling i guess?

Dia yang aku tahu

Semalam goship dengan suami... pasal isu scandle kat opis. Abang Zamani meluat dengan one gurl yang gedik tekel member opis dia yang dah beristeri. Well i know bout this jugak la... so ku tanya dia.

Me :-Alaaa biasalah. Cube you kalau i satu opis dengan you, sure i datang kat youkan? If not you cari I. Betul tak?

Zamani :- Esh... kalau you macam tu, mmg tak ada nak jadi gurlfrend i...bini jauh sekali. Seyes

Me :- Alaaa tak dapat lagi. Kalau ada pun you sama syok layan.

Tapi aku terpikir seketika... bukan nak puji laki sendiri. But Zamani jenis kalau kerja mmg dia tak suke di ganggu. Ia bukan berlaku lepas kawin yer. Dulu time kami bercinta pun sama jugak. Aku jenis sentapkan??? Hahah dulu baru2 cinta tu, biasalah sms. Email... try call jugak. Tapi yang aku tahu aku jadi sakit ati bila dia tak layan. Ha! So dari terus di sakiti than baik jangan kaco. Kan?

Mean kalau ko Sms dia, kalau dia bz, ko boleh baca 'bau' menyampah dia nak layan. Tu yang buat aku sentap. So kalau org kata kat aku "Eh ko tak report ke kat Zamani this and that" mmg tak ada. Semua lepas kerja ATAU dia cari aku. Hahaha... Jadi org perempuan! Anda perlu jual mahal. Biar lelaki cari kamu yer. Jangan sekali terhegeh. Walaupun di sebalik tabir anda mengigit ibu jari anda! tapi tak payah!!! dia pun bukan nampak pun...kan kan kan?

Actually aku mmg jenis nak perhatian lelaki or boyfriend kalau bercinta. Adat la, sesiapa punkan? jenis tak faham. But dengan Zamani, tah... aku selalu jadi sakit hati dengan dia bila dia tak layan, sibuk berkerja dari aku... hahahah so dengan erti kata lain!!! Jangan sakitkan ati kamu dengan mengantar SMS time dia tengah BZ!

So kat situkan aku terasa sangat selamat la... hahah at least aku tak la tercabar dengan perempuan2 gediks ni kan? Tapi manusiakan??? boleh berubah. Kalau jodo, ha tak leh kata apa la. Ustaz pun boleh tukar kalau iman tak kuat. Nikan pulak org biasa..yer dak?

So abang Zamani pun cakap

Zamani:- Kalau you gedik tak ada nak jadi Girlpren i... mmg tak suke perempuan gedik2 ni. Aku rimas.

Satu lagi...jangan la ko tanya dia 2-3 kali... mmg mampus... ko boleh tengok dia menyinga... Tu pun akak makan ati. Sometime tak fahamkan? Maklumlah akak darah jerman jugak,susah nak faham bahasa melayu . Tanya dua kali, mmg muke dia muke huduh... malas nak layan. Masuk tiga kali ko dengar dia menghembus napas macam badak nak serang org, langkah jaga2... tanduk dia tumbuh tuk sondol ko yang tak gheti bahasa. Hahaha...

Tapi kalau dia!!!!!!!

Tanya 80 kali tak pa... bila aku marah. Pandai plak dia jawab

"Kalau you tak jawab pun tak pakan?? kenapa nak marah2???"

Pandai lak jawab mcm tu... kalau dia??? tunjuk muke je kita fahamkan? Tapi itu la dia yang aku tahu. Perubahan yang akan datang tah... tak tahu a...sbb tu kalau tak penting aku tak pernah cari dia time kerja. Sms je... tu pun mention,'kalau bz tak yah balas'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails