Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Friday, August 19, 2011

Cium anak dapat pahala


Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Persediaan raya tahun ni

Ermm... dua minggu lagi raya eh?

Aku?? tah... persediaan raya tu mcm tak ada. Sbb umah baru siap. Patutnya lagi ler semangat nak raya, yer dak? Tapi tak la... umah masih lagi bersepah2. Mungkin esok panggil org lagi tuk bersihkan tuk final. Kabinet dah pasang, makin berpintu makin menjadi mak aku sumbat barang. Kalau masuk setiap bilik aku jadi mabuk dengan plastik2 barang2.

So kena buat something la. Makin besar umah, makin banyak barang plak.

Me semakin tak larat. Tu yang sanggup upah org. Sejam RM 10. Oklah tapi dia kerja mmg cepat gila ko!Kecik je badan. Tapi tah... mmg laju la. Dulu nak kemas tu panggil dia, aku upah dia RM 100 tuk 10 jam. Start kerja dr kul 9 sampai kul 7 malam. Settle umah ko! Siap sempat basuh ais box.

So kuih2 semua tak beli. Hahah nak order baru sedar ni dah minggu ke tiga puasa. Sob sob. Melaka pun kami tak balik. Ate umah macammana?

RAya tahun ni mmg tak ke mana. Abang Zamani kena kerja tahun ni. Dia yang volunteer. Sbb lepas raya insya Allah dengan izin Allah kami laki bni cuti panjang. Yahoooo... so tu yang masing2 mengalah dengan tempat kerja masing2. Tak pa kerja...

Bagi ku raya kat mana2 pun sama. Janji dengan suami. Zamani concern sikit seram nak tinggalkan bini dia kat umah. Suke nak post2 aku tau. Dia cakap lepas balik kerja dia akan terus je ke destinasi. Tak nak la! Tak syok. Ala tinggal umah bukan melalak nangis hentak kepala kat dinding punkan? Paling tak aku tido kat umah.

Next week gaji... baru la cari kuih raya kat mana-mana. Last year beli kat Subang Prade. Sedap kuih2nya... So beli la few jeniskan? Jadilah....

Baju raya pun tak ada. Memula kami macam malas la nak beli. Pakai je yang ada. Mana leh?? Aku boleh la. Lagi pun nan ado saiz. Zamani kena kerja pagi raya. So macam tak elok plak. Apa kata kawan2 dia plak. Tak happy nak sambut raya. Kan sunat berbaju baru? Ok minggu depan cari la mana2 kedai. At least beli baju melayu pun jadi la.

Banyak nak pakai duit sebenarnya. Beli benda yang LEBIH PENTING. So raya tahun ni macam so so je la. Yang penting bagi aku tahun ni aku dapat beraya dengan suami. Tak jauh dengan dia. Ibu ayah pun duduk Klang je tahun ni... pertama kali dalam sejarah hidup mak ayah aku kot! Tahun ni raya Selangor. Hahah duit habis buat umah so sembunyi!

Pang!!! sukati aku je. Diorg nak rasa raya umah baru. Tak ada org yang datang. Itu sudah pasti sbb kami tak ada sedara kat selangor ni. Ada tu ada la. Tapi diorg pun ada kampungkan? So pastinya tahun ni tengok Tv je la.

My family in law pun balik kampung may be raya ke dua atau ke tiga. So first raya bole la lepak umah MIL. Mungkin petang or malam raya pertama my parents balik Melaka jugak kot. Mungkin je la. As for me, ku ikut je Zamani. Dia nak raya umah family dia, ku ikut. Nak balik melaka pun ku ikut. Tak nak presure dia. Im ok. With my condition rite now mana2 pun boleh janji dengan dia.

Aku kesian tengok dia nak pikir pasal raya ni. Takut aku serba salah bagai. Dah banyak kali jugak aku cakap i dont mind. Tak raya mana2 pun tak ada. You nak duduk umah tido pun tak pa. Sbb aku bukan jenis isteri yang nak paksa suami kena raya sini sana. Cume sentap kalau tak dapat duit raya je. Hahahah

Tema tahun ni apa ye? Nak jugak la beli baju raya. Jubah ke apa. Abang Zamani reserve merah tahun depan, so merah tak leh ambik tahun ni...

Hijau nak b???

Sure Mama liya suke!!! Antik mak long dengan pak long.

Oh duit raya... agihan kena pecah ni. Anak buah makin ramai. Tu tak pikir pun lagi. Rayyan raya perak. So boring. Aisyah, Aliya dan Qayyum pun raya kedah tahun ni. Yang ada hanya Humayraa je la... hahaha yang tak ada tak leh collect duit raya ye... lepas raya baru collect. Tapi ada term and condition. Hanya valid beberapa hari... hahaha

Ok aku kebosanan sebenarnya... bye!

Thursday, August 18, 2011

Tiada alasan untuk tidak solat

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Salah kiblat pun tak pa...

Tak pakai telkung pun tak pa...

Beralasankan kulit buku pun tak pa...

Janji solatkan?

Selagi boleh Aliya cube muatkan dirinya supaya masuk dalam saf solat tu...hahahah

Dengar2 dia cakap "ALLAHUAKBAR!"



Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Kalau aku tengok pun sejuk ati... apa tah lagi kalau mak abak dia. Sejuk perut si ibu mengandung tengok anak yang di kandung tahu dan kenali apa itu solat. Kenapa kita solat all that. Kan?

Tak perlu la nak tunggu dia masuk sekolah. Bagi aku pendidikan awal ni bermula dari rumah. Kalau mak apak tak solat, macammana nak didik anak menjadi seorg muslimah/muslim yer dak?

Bebudak ni suke perhatikan apa jua mak ayah diaorg buat. So secara automatik diorg belajar secara tak langsung WALAUPUN mereka tak tahu macammana nak solat, bagi je sejadah tahu ler nak buat apa. Takkan nak buat alasan kaki plak? Silap2 alas kaki jadi sejadah.

Itu minda kanak2 sekarang. Org kata makin advance!

Ok Aliya mmg layak jadi MAMA LIA... ahahahah... ( sibuk dia panggil diri dia MAMA... )


Nur Humairah 'Adlina Bt Ana Nur'Afifi

Nak ambik napas dulu... panjang sungguh nama. Tetiba teringat kat nama Aryssa...

Aryssa Dania Zulaikha Bt Ana NorZamani. Panjang? Panjang tak? Heheh tak pa ada makna semua tu. Bukan nak letak suka2kan? Salahkan bapak sbb nama diorg yang panjang2... wakakaka... bertambah la panjang nama si anak.

Ok tarikh 13 Aug 2011 tambahlah ahli keluarga Hj Anwar. Jeng jeng jeng... my biras yang bersalin, aku yang kecut perut. Aku plak yang countdown. Mmg Humairah over cooked dalam mummy tummy. Itu yang pipi naik sampai menutup hidung... heheh... geram... rasa nak cubit2 je. Nanti mak long org pertama geget eh???

On the way to office sabtu lepas, Zamani sms bagitahu my biras selamat melahirkan bayi perempuan. Aku lak nak nangis... tah perasaan tu tetiba ada. Rasa nak ambik EL je... hahaha... tetiba jekan? Alasan sebenarnya tak mo gi kerja... lalalala...

So kul 3 macam tu gerak ke sungai buluh. Cari Hosp Sungai Buluh dan hati berdebar2. Hopefully baby ok. Bila nampak baby... alaaaa luruh hati mak long...comeinya...

Pak long mak long nak jugak!!! sob sob...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tadaaaaa..... geram tak? Sleeping beauty. Org tegur dia bukak mata sikit2 je. Yang penting Humairah sihat, dan sempurna. 'Terlebih masak' pun tak pa la... geram pipi dia tukan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ni hari yang ke -4... still sleeping. Bagusnya. Ibu dia kejut2 pun dia tak larat nak buke mata. Penat sungguhkan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Apa-apa mummy and baby selamat. Alhamdulilla...

Bila turn aku eh?? nebes nebes!

Wednesday, August 17, 2011

Berbuke di luar

Buke puasa kat luar ari ni. Sian abg Zamani. First time since pose mkn luar.



Selamat berbuke semua

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Tuesday, August 16, 2011

makin menjadi-jadi

Sometime aku rasa Zamani ni cute. Hehe. Dia mmg cute pun, if not tak kawin derrr dengan dia,kan? Well dia la penghibur ati. Kalau tensi tu dia jugakla yg buat aku cool.

Ari ni appointment kat HPJ. Ayah tak dpt hantar sbb dia nak g KL ada urusan. Incik rusli sgt concern dr dulukan? Dalam byk2 anak, yg payah dia nak lepaskan aku je. Adik2 aku jenis ati kering. So dia tak bimbang. Aku dia kata lembek! Cheh! Ini kak long der! Bikin malu je TAN??? Apa nak buat dady's gurl. Always be,kan? So bersyukur juga hubby yg perihatin. Nak drive sdri ke HPJ tapi zamani menentang keras. Blm kawin kena kawal dgn ayah dan kawin suami plak... Tak baik ingar. Hal2 mcm ni biaq diorg pk mcm ner ye. Akak dah suggest tak mo dgr pk. Janji appoiment tu kena gak gi...

Panjangnya cerita??? Ok time nak ambik ubat.

Farmasi : Puan ni ubat 'cair' darah. Puan pernah makan?

Me : aah pernah.

Farmasi : potong suku yer. Ambik tiap hari sampai doktor saran berhenti.

Abang zamani kalau bab g doktor, ambik ubat, dia suke celah sama. Bagus jugak. Kang kat umag dia take over jadi doktor plak.

Lepas semua selesai...

Zamani : ubat apa tu yang? Tu asprinkan? Ubat CEKIK DARAH?

Aku gelak kat situ juga. Makin menjadi sound trouble laki aku.

Zamani : gelak plak! Ubat cekik darah tu apa?

Me : B! Ubat cair darah... Ubat cekik darah i tak perlu sbb u ada... Dah cukup buat i cekik darah... Wakakak

zamani : gelakkan suami ko eh?! Balik makan ubat cekik darah ko tu. Haha tu i blur jap tu. Tengok mcm ubat asprin tp tukar lak fungsi.

Adoi aku gelak sepanjang jalan. Tapi muke abg zamani korg muke slumber je. Apa pun itu la suami saya....

Monday, August 15, 2011

Ramadan Buffet

Kan aku cerita aku berbuke kat Hotel Primer kat Klang ni? So jumaat tu kami telah pergi beramai2 kat sana. Bos belanja siapa tak nak.

Hagak meriah jugak la. Budak2 baru ni semua nampak lembut, sopan je dalam opis. Dah jumpa macam ni, masya Allah... sorang2 buat lawak, bual pun tak formal termasuk bos aku. Wah wah my bos siap boleh gurau2 ok dengan kitaorg. Yang operation side pun bole tahan jugak menyampuk. Nice la... great dinner. Boleh buat lagi.

Satu kepala RM 80... food ok tapi geramnya diorg tak top up makan yang dah habis. Bengang betul! Boleh je nak ajak abang Zamani feeling2 makan sini. Tapi dia tu kan tengah berdiet... ha! sok raya korang leh tengok abang Zamani pakai kebaya... wakaka

PITAM!!!

Boleh la nampak dagu runcing dia tuh... tetiba akak jeles tau dia kurus. Korang tengok gambar baru akak ni jangan pengsan plak... mengambil 3 hari tuk berpijak di bumi nyata yang aku sihat membesar bagaikan juara!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kitaorg sampai awal. Sementara nak tunggu azan semua beratur ambik makanan. Oklah tak panas ati sbb diorg semua tak macam org lain. Bagi kita muslim ambik makanan. And plus diorg ambikkan tuk kita sama... sweetkan bebudak opis saya?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

I memalu nak jadi bloger tegar...hahah tetiba! So sipi-sipi

Memula agak frust sbb nak sangat ambik gambar dengan diorgkan? Selalu kalau keluar diorg tak excited nak ambik gambar. Tapi new babies of NLSB wahhh terasa macam NKOTB (New Kids On the Block) lak...tak kenal NKOTB sila terjun sungai...wakakak...

Ke akak je veteran ni???

Ok the new babies NLSB sangat2 sporting dengan nak ambik gambar... sampai setengah jam tu ambik gambar je... layannkan je!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

NLSB new babies... kena jaga bebaik. Kena warning dengan my bos dah! Diorg lari mmg nan ado assistant tuk kamu! Cantikkan? From bawah(since dah terbalik gambar) Susi, Carmen dan Farah

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sibuk nak bergambar dengan akak garang kat opis nikan? Yer pengsan semua dengan kenaikan ku yang mendadak...wakakak tapi ada aku kisah??


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

This is my assistant. Carmen. Terbaik dari ladang. Gud assistant ok! Gue mmg jaga dia baik. If siapa buli dia, sila berhadapan dengan saya.



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Susi, me and Vanessa. Ok Vanessa is my bos wife. Cunkan? terasa huduh bila di apit dua wanita chantik! mencik!!! apa pun syukur at least tak ler cacat...kan kan kan kan? Admire dengan my wife punya bos... sbb dia mmg pandai jaga badan ok. Anak sorang but badan dia lagi kurus dari sblm kawin. Org kata dia stress... wakaka... pedulik la...janji cantikkan? Suami pun tak lari. Tapi we all banyak share la info pasal ni. Mana tahu boleh jadi tips di kemudian harikan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Korang leh tengok la betapa meriah or kecohnya bebudak ni. Gelak2 sakan. Akak yang tua pun perasan la mude... diorg 10 years younger than me la! Of coz la tak leh nak masukkan? Tak sedar diri namanya. Hahaha

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Another gambar kandit. Hahah benci aku yang bulat tu kan???

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Youngster la konon...aku paling tua... nangis!!! Bila semua nak ambik gambar dengan "kak cida' aku terasa... terasa... sangat popular? wakakak tak ada makna. Diorg takut nak gurau2 dengan aku sbb aku terlalu seyes sangat kot during kerja. Have to la... sbb susah kalau handle HR and Account. Kang baik menjadi2 plak... sendiri susahkan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ok kami yang ada malam tu... ermm tak nampak sangat gambar ni! Kita pakai gambar from my camera eh?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Bos saya yang paling hansem dalam gambar ni... he he he... setelah 5 tahun kerja di sini saya tak rasa dia hansem dah pun...hahaha... apa pun aku mmg admire bos aku. Bukan admire apa la... since aku dah lama dengan dia, aku faham sangat cara dia kerja. Dan dia mude lagi kot? apa dia hasil pun duit dia sendiri. Kini dia nak besarkan empire NLSB. And aku betul kagum dengan dia.

Apa pun to my bos... terima kasih atas belanja makan malam tu ye... jangan potong bonus kami plak...wakakaka...

Saturday, August 13, 2011

Aku di dera....

Ingat tak my entry pasal awal pose? Yang aku pergi hospital Putrajaya sbb nak ambik darah? ok dah dekat dua minggukan?

Tangan aku jadi sakit dan bengkak. Gara2 abang budus yang tah bertauliah atau tak aku pun tak tahu.Kesan dari cucukan itu, tangan kiri dan kanan jadi lebam... dan tempat yang ambik darah tu jadi birat... OMG so scary tau!


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Lebam hijau tu aku tak kisah sangat la... walaupun sakit. Tetiba jadi unggu. Zoommmmm sikit tengok tangan aku ni

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Seminggu lepas tu terus jadi macam ni. Now dekat dua minggu susut sikit tapi lebam masih nampak. Haizzzz.... payah la macam gini. Tetiba teringat la pulak kes2 budak2 di cucuk yang sampai tangan reput tu? Ingat tak? Scray tau... kenapa benda2 macam ni nak suruh budak2 baru buat? Kan buat org sakit?? Yang kes budak cine tangan reput sbb terima suntikkan tu lagi la sedih, doktor pelatih tu dapat arahan doktor pakar melalui PHONE! Phone ok... aku baca berita tu macam.................................................

Ko doktor tapi tak ada otak???

Tak pa la... aku sorg check up kat sepital kerajaan cukup la yer. Sok ada anak, tak pa la berhabis duit, janji anak aku tak jadi mangsa kelalaian pihak yang tak bertanggungjawab.Walaupun aku akui pemeriksaan kerajaan ni terperinci sikit. Sbb dia pantau semua, tapi tah... tang tu je la aku tabik spring...

Dan satu aku tengok, kalau kat kerajaan ni, aku lebig prefer nurse handle dr doktor... mcm sengal je... betul! bukan nak kutuk. Ko tahu macam main doktor2 time kecik2 dulu. Tanya alar kadar je. Mungkin before that nurse dah periksa ke apa. Mcm aku check wall fibroid kat rahim akukan? Nurse yang gelabah check sana sini, tekan sana sini. Siap bagi refer kat doktor. Than jumpa doktor??? Pegang kita pun idok. Just said ohhhh tak bahaya...

Nak tunggu bahaya kot baru gelabah??? Bukan nak kondem tapi betul. Apa pun nasib baik tangan ku beransur pulih... kalau aku tuntut RM 500k boleh dak?? hahahah veranggan!!!

Friday, August 12, 2011

Drama Kucing lagi

Kisah si ipin dan upin... mmg selalu nak buat aku sakit kepala. Diorg ni mcm anjing ko tahu. Bukan kucing. Kalau nampak 'kaki' jalan suke nak bergayut tau. Sakit la sbb dia cengkam pastu gigit. Kadang2 kesian sampai terpaksa campak. Tapi jenis tak reti bahasa. Datang lagi gigit.

Kak rose sbb dia perempuan maka dia sopan dan malu2. Tu satu hal plak. Org lalu pun lari menyorok. Siapa nak pinang ko ni? hahaha... lawak la. Ni kisah si Upin. Si ekor panjang sbb tu kami panggil dia Upin. Ari tu beli durian. Sibuk yang amat... geram sungguh. Sibuk sangat nak makan, kami letak la bijik durian kat situ... tengok apa dia buat???


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ermmm sedap bau ni... apa ni???

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Jilat jilat sikit...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

2 ulas durian habis! Sila tahu. Ko ni kucing ke apa ni? Tetiba teringat cerita Upin dan Ipin yang hantu durian. Apa nama binantang yang makan buah durian tu? Kan??? Mmg dia makan uols... licin kalah manusia makan. terus kena sound dengan zamani...

"Kucing pun tahu makan durian... manusia tak suke durian pelik kan?"

Suka hati nak kuar statement berbau dengkikan? Tapi yang pasti lepas dia makan 2 bijik, dia kemabukan... lari2 langar meja.Langar kerusi. Last2 tido. Cik Tipah dah seram takut anak kucing dia mati. Hahah.. lawak, ibu dok monitor dia bernafas ke tak. Pi jamu dia sampai dua ulas siapa suruh? Ayah siap buat lawak...

"Bagi dia minum dalam bekas durian tu..." hahaha. Ini la family aku yang suke buat drama kucing.Dialong sorg2 cipta.

Than itu kish Upin. Ni Ipin. Lagi tak faham bahasa. Upin tu takut la jugak. Ipin ni masya Allah... rasa monyet kot. Kuat memanjat. Apa pun nak panjat. Puas la jentik semua mmg tak jalan. Lagi dia serang kita adalah. Kalau aku pakai seliper kat umah, dia gayut seliper tu, bole? Berapa kali terpijak. Mak aku lak dia mmg keturunan raja mesir la... anggap kucing berkuasa kot. Tiap kali Ipin ni menjerit, dia marah aku suruh mintak maaf sbb terpijak.

Apasallll plak?? bukan aku sajer pijak. Dia yang menyelit suke sangat bau kaki aku nikan? Dah semua langgar dia kena minta maaf... mak aku siap usap2 tangan ke kaki ipin ni...

"Maaf yer... tu laaa siapa suruh duduk bawah kaki org? Kan terpijak..." Ekelehhhh... nak je aku humban si Ipin ni kat tong sampah belakang umah. Bagi si Mamat (Kucing jantan depan umah) belasah ko pun bagus jugak.

Since umah dah siap, cik tipah memulakan tender dia mengosok baju... ha... malas punya kes dia letak tangga kiri kanan, than letak kayu supaya boleh sidai baju2. Mak aku tak suke gosok baju satu2. Dia suke gosok sekali gus! Ha gitu... jadi ini kucing tak reti bahasa telah bersungguh panjat naik tangga dan cube aksi 'akrobatik'. Patah riuk senang aku siapkan kain batik lepas je. Geram sungguh! Noti tahap apa je

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Korang tahu tak dia cube nak jalan atas kayu tu... dan dengan hati yang busuk dia nak jatuhkan hanger2 tu sebenarnya.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Cobaan tuk tengok setebal mana kaki nak melangkah atas tu...

Haiyooo... kucing2 ni semua nak kena lempang dengan aku. Nak lepaskan diorg tak leh sbb ada kucing jantan besar yang selalu bertengek kat luar nunnn... mati jugak bebudak ni. Tapi tu la. Kalah beruk sekor2.

Tapi mak aku sayang si Ipin ni sbb sepanjang ramadhan dia kejutkan mak aku kul 4 pagi supaya siap sahur. baguskan??? Nak mengacau sebenarnya!!!!

Buke di Premiere Hotel

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ok hari ni aku berbuke kat Premiere Hotel dengan bebudak opis. Bos aku la... seronok sbb staff melayu kat opis ni dah ramai. Kalau tak, akak la wanita melayu tunggal dalam opis. Jadi beruk jap kalau kuar dengan diorg... chong cheng chong cheng tak faham. Diorg gelak aku gelak... mcm apa je... so now opis aku melayu lebih kurang 5 org... yang lain still cino. Tapikan semua di jemput.

Aku berat ati sebenarnya. Puasakan? Takkan nak tinggalkan suami kat uma? Bukan tunjuk baik tapi tah... mcm tak adil je dia pun kalau opis buat event dia rasa berat nak tinggalkan aku. Walaupun aku tahu aku bukan hebat sangat masak pun.

Patutnya hari rabu. Tapi banyak sangat kontrovesi. Bagus jugak. Ada yang mogok tak nak pergi... cino la expecially. So aku di arah oleh boss tuk arrange majlis buke kat situ. Satu org RM 80... sebanyak 150 jenis makanan. Tah apa aku nak makan hagaknya. So aku pun buat muke simpati / bengang kat boss konon merajuk tak nak gi... ahahah susah kalau semua tak berkerjasama. Ada nak pergi ada tak nak. Yang buat aku sakit ati yang staff baru semua melibatkan diri. Staff lama lak mengada. Mengada sikit tak pa, ni jenis mengada buget kalau ko tak pergi majlis ni batal

Boss aku nak jugak buat. Bagi arahan, siapa tak nak pergi tak payah pergi... so malay kena pergi. Dengan hati yang lara ku terpaksa buat reservation. Sob sob...again terpaksa la meninggalkan abang Zamani. Silap patut memula bos suggest nak buat tu, aku patut tolak... should said im married la boss... walaupun saya tak masak kat umah, but still kena mengadap suami... walaupun suami saya tak selera tengok muke saya... hahaha...

Paling tak pun bos boleh cakap, u can bring your husband. Tapi mcm tak syok sbb ada staff yang dah kawin jugakkan? ada yang ada anak. Kalau bini gi, anak2??? Sbb aku kang yang lain kata aku pilih kasih plak. Sob sob

Tapi ini bukan isu... kan aku cerita pasal Rintihan Ramadhan??? Ingat tak?? Ni budak melayu tu masuk blik aku tanya pukul berapa aku nak gi. Aku cakap by 7 pm akak sampai. Dia mcm frust sikit...

"Sempat ke kak?" Dia tanya aku... aku sempat la... umah depan Premiere hotel je. Lupa diorg jauh

"Kenapa?"

"Diorg nak bertolak sorang2 pukul 7?"

"Alaaa awak tak tumpang diorgkan? Gi sana nanti cakap atas nama company. Tunggu situ."

Persoalannya!!! Jangan la aku naik hangin... ada non muslimkan? Diorg bukan tahu kita macammana yer tak? Dah tu ni kawan2 opis lak tu. Uhuhu...nak sound serba salah plak... hahah. Buat dosa je.

Apa pun pergi je la sekadar menghadirkan diri... salam ramadhan ke 12 semua... hahaha


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails