Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Thursday, November 1, 2012

Rambut serabai

Masalah rambut serabai bukanlah masalah ibu malas nak menjaga rambut anaknya. Lagi la rambut anak perempuan pasti ibu-ibu inginkan rambut anak yang rapi. Betul tak? Tapi kennn menjadi tanya tanya kenapa rambut amani iman ni mmg tak terurus. Nampak lurus tapi bergulung2 di hujung rambut. Kalau ikut aku mmg freezy tapi aku kecik2 rambut lurus tau... Hahah kena angin pun mcm tuuuu jugak.


Tak mungkin la aku kan? Hhahah... Mak ngah pun rambut lurus der....

Aku tak la syak zamani, sbb dia lelaki. Plus aku tak pernah tengok rambut dia. Hahaha apa pun kanda tetap di hati dinda *flying kiss*

Tapi arintu aku terlihat gambar lama zamani kat facebook... Ha! Baru dapat pastikan ini masalah keturunan ni...


See sbb dia lelaki so takkan la mak mertua aku nak tocangkan rambut dia plakkan? Sangat sesuatu jadinya. Hahaha


Ini bole di maafkan lagilahkan, bole di katakan 10 minit sekali mmg aku betulkan dengan jari aku... Kalau tak lagi jahanam... Hahaha

Lagi2 kalau dia panas...

Amani org kata kecantikan perempuan tu di nilai bila dia bangun dari tido nakkkk.... Hahaha...

Ha ini la yang korang puji dia comel. Pagi2 sblm turun ini la wajah anak kesayanngan hamba...






















Zamani dan anyah... Mmg jenis rambut zamani freezykan.


Tebal jugak rambut amani ini, dia panjang bahagian bawah, atas masih lagi pendek. So plan aku nak kasi rambut atas tu panjang so bila dah sama panjang maka senang la kita potong. Ken?...
























Anak dan abak sama je kan?

Wednesday, October 31, 2012

Umar qayyum and amani iman

Umar qayyum mmg tak boleh jumpa amani iman... Hahah

Aniiiiii.... Ha pangilan manja abang umar yang super macho. Amani iman agak garang. Bukan hagak, tapi mmg garang.

Muke umar macam zamani kecik2... Erk nak tunjuk bukti jugak ke?


Mummy umar banyak tengok muke pak long ni? Hahaha... Tetiba plak...apa hal? Dah nama pun darah yang sama.

Amani pulak org kata dah besar ni muke aku. Ha elok la tu. gambar di bawah adalah cara dak ana norzamani tekel si cida rusli. Hahahah


Umar dulu baik dengan humayraa... Asik kena cium je budak tu. dengan amani dia asik nak gaduh je, tapi kecik2 muke amani banyak muke zamani, so umar yang mmg muke pak long kalau dengan amani dah macam abang adik. Mmg abang adik pun, apa la aku ni... Maksud aku dah macam kembar. Tapi bila cinta hati umar pindah kuantan, maka dia baik dengan amani.

Tapi!

Kalau dia tengah main game, amani lalu pun umar buat dekkkkk...


Amani pulak dengan umar tak suke, tapi kalau umar tak layan tercari jugak la... Mula2 tengok pak teh bagi umar main game, dia menyelit


Pastu tak puas hati... Kena kacau jugak


Belum tengok abang umar marah or pukul amani... Harap jangan la,kan... Tapi paling tak, sakit hati sure nangis... Hahaha

Tell you mcm pak long mu juga... Hahahaha... Tetiba...

Tuesday, October 30, 2012

Happy Birthday my Dear Aliya


Cepat masa berlalu... Diam tak diam budak ni dah berusia 4 tahun. First day aku jumpa dia adakah first time aku jumpa family zamani pada 1 jan 2009. Seorg budak budak yang mata sepet, bulat je... Sekarang masa berlalu begitu pantas dan dia dah 4 tahun hari ni.

Ok... Mak long very buzy, but since mak long mc today, so bole la karang blog entry. Itu pun rasa sikit sihat lepas makan ubat. Ermmm

So mak long ingat nak buat something special for you... Entry yang tak seberapa tapi sekurang2nya, satu hari nanti liya baca blog mak long (siapa tahukan?) mak long nak liya tahu mak long juga sayangkan liya sama seperti anak buah mak long yang lain. Macam mak long cakap mungkin sbb mak long dah ada gaget di hujung jari so nak update blog tak ada masalah nak di compare dengan yang lain. May be next year semua anak buah mak long bole baca entry special yang mak long dedicate tuk korang semua ;) insya allah yer.


To my cheeky, adorable niece....

Happy 4th birthday Nur Aliya Farhana...mak long sentiasa doa Aliya menjadi anak yang soleha buat mummy dan abak. Semoga Aliya menjadi kakak yang baik, yang adil serta menyayangi adik2 dan kak long.

Tak mau nangis2... Tak mau marah2 yer... Rajin belajar dan jadi hamba yang soleha. Insya Allah. Mak long, pak long sentiasa sayangkan aliya.

Ok hujung minggu ni bole claim hadiah kat mak long and pak long yer...tak ada la istimewa sangat tapi cukupkah sekadar ingatan di hari jadi mu yang ke 4 ni...

So abak buat kek ke ari ni? Mummy jangan lupa calling2 mak long sekeluarga yer... Hahaha....

Susu puteh Susu Coklat

Erm susu puteh ke susu coklat?

Ikut rasa aku dengan zamani mmg susu coklat la kan? Amani iman dah bertukar to sustegen since bulan lepas bila dia mencapai setahun. S26 tu buat dia gemuk je la... Sejak tukar pada sustegen, dia mmg kurang makan, mungkin sbb sustegen mmg ada piramid makanan yang lengkap.

Ada 4 perasa...coklat, vanilla, madu dan original. So as ibu yang konon faham selera anak, tentu sahaja tak nak ambik original. Memula ambik vanilla, tengok coklat tukar la pada coklat. Padahal anak tu bukan apa punkan?

Mcm pelik nak bagi dia susu coklat. Tapi zamani nak juga bagi anak dia rasa perisa lain. Knowing me yang malas ni, tak pernah pulak aku pikir pasal kebersihan bila minum susu coklat ni. Mungkin sbb selama ni susu puteh, so kalau kena baju pun kira halal la, tak nampak kesan. Tapi first day je dah buat aku jadi hijau... Amani iman sajer luahkan susu kalau dia rasa kenyang. Perangai betul... Jadi apa lagi, first day je dah berpasang2 baju la nenek tukarkan. Nenek pun jadi jinga. Hahaha...

Malam selalunya aku akan bagi amani iman botol susu dan dia akan pegang sendiri. Bangun pagi!!!

Ini yang jadi!


Opss ini gambar dia terantuk... Hahaha...


Ko nampak apa aku nampak? Nampak tak stain susu coklat tu?

Yang paling best!


Yerrr kesan peta di cadar puteh ku!!! Terus emo... Hahah abang zamani terus cakap

' erk malam kita bagi dia susu puteh, susu coklat bagi sekali sekala la so dia tak bosan.'

Senang je statement diakan? Well abang zamani selagi dia tak nampak benda2 yang nak jadi, dia mmg keras kepala. Nasihat aku ni dia letak kat hujung jalan jer.

Sekarang siapa yang nak tukar cadar ni? Tatakkkkk jugak. Since dua tiga hari ni hujan je, so postpone. Cik tipah cakap sabo dulu, esok lusa boleh basuh.

Monday, October 29, 2012

Mc on monday

Normally kalau org cakap mc on monday sakit mengada2 lepas weekend yang panjang. Ekceli badan ni dah tua la. Sakit2 badan plus kepala berat. Baring kejap. Tak boleh jadi ni. Ambik mc atau ko baring kat opis nanti.

So sms bos and kawan2 bagitau aku mc hari ni. Tapi kalau perlukan apa2 just text/ call or email, on spot i will reply. Pekerja yang sangat dedikasikan? Opis mmg banyak kerja. Kalau cuti atau mc namanya mengundang bahaya diri sendiri.

Tp amani iman ni kalau aku ada runah dia mulalah nak memerap. Memula bagi kat nenek dia, tapi dia nangis sukati dia je, nampak kelibat aku baru sengeh2. Nenek cakap dia ta mak dia tak kerja. Sbb kalau hari kerja dia biasa je tak banyak perangai. Sakit2 pun terpaksa main dengan dia. Sampai aku tertido dengan dia dari pukul 11 pagi sampai la ke 130 petang. Bila bangun rasa mcm batu menghempap kepala. Sakit sangat.

Amani bangun pukul 2 lebih, bagi dia makan nasi than tengok dia main. Kali ni mengada, dia bole ke sana ke sini, aku tak bole bangun. Melalak je kerjanya. Sampai aku hilang sabar cakap macam ni ibu pergi kerja! Bole? Faham pulak, siap tunjuk isyarat tangan jangan / tak nak.

Ni baru dia tido. Baru la nak berehat sekejap. Itu pun buat perangai. Nenek nak tukar pampers pun dia tak nak, sudahnya aku yang tukar. Macam tu jugak nak susu. Bagai susu coklat dia tolak. Nangis macam org pukul. Mungkin hanya mak sahaja yang memahani anak. Puaslah kita pikir asal dia nangis je ni. Perut semua ok. Sekali aku bangun buat susu puteh, minum sampai tertido. Ermmmm banyak akal la amani iman ni...

See budak kecik ni, manja. Ibu sakit la sayang. Dia nak aku buatkan susu, dia nak aku yang mandikan dia. Nasib baik aku tak sakit kritikal. Gigih bangun jugaklah sbb bising sangat tangisan dia.

Sian jugak tengok. Nak manja. Kalau abak ada sikit pun ko tak heran ibu yer.



















Budak yang manja... Sangat manja. Ibu sayang kamu....


Ok now dengar suara dia nangis lagi! Uhhhh gtg.


Nasib baik sempat update blogkan? Kalau tak tertunda lagi.

One day with mak ngah

Lama tak keluar dengan my sister. Last week sblm raya haji, dia nak balik klang. Tapi di sebabkan adik ipar aku balik lambat, dia minta aku tolong ambik kat rumah dia. So we all lunch kat luar... Cik puan mau belanja! Jangan di tolak rezekikan.

Lepas time kerja aku terus ke damansara ambik fida. Rayyan org yang paling excited. Rindu nak jumpa amani, KATAnya. Tapi bila jumpa amani iman, dia lebih berminat dengan ipad amani compare amani. Haisemen tengok macammana abang ambik ipaD amani. Tak kasi chan or share tau. Puaslah mak dia bising.

Amani pulak tak nak ipad rayyan. Wah wah budak sekarang eh? Ber ipad bagai. Time kita dulu hanphone tikam pun belum tentu dapat tau. Hahaha eh silap hanfon botol air pun payah nak dpt. kalau ada dulu dah kira hebat la kau... Haha siapa ingat eh?

Abang yang konon rindu dengan adik... Sekadar cubit pipi je la...

Mak ngah pun tak ketinggalan nak membuli amani iman.


Juling mata amani iman tengok rantai mak ngah. Kalau dah pompuan tu pompuan jugakkan?



Kitaorg makan kat kenny rogers. Malas nak makan nasi ni. Sblm balik rumah, kita makan kat bukit raja jerk. Anyway fida nak cari barang baby. Yup she pregnant dah nak masuk 6 month. And akan dapat anak buah tambahan lagi! Hep hep horey. Insya Allah bulan 2 ni nanti.


Kalau jalan dengan abang rayyan, mesti mewah. Heheh amani iman tumpang sekaki. Apa abang rayyan beli, dia pun dapat sama.akak sori la nak beli kalau tak bagi apa faedah. Or dengar erti kata lain, kita tak mampu. Hua hua hua... Tunggu aku kerja dengan bank eh.

Tq mak ngah....


Lunch sponser by fidah rusli...


Macam aku cakap la, kalau fida ni mmg suke belikan amani macam2. Dalam dia nak cari barang2 anak dia, sempat lagi belikan amani mainan. Dan mainan telah di pilih oleh abang long.


Kerja org lelaki....


Dah siap, apa lagi... Abang long try dulu la... Sian amani iman kejar abang long yang tolak troli cepat... Hahaha...

But its good, training amani iman tuk berkongsi mainan. Kalau korang nak tahu cek mek ni mmg kedekut kalau barang mainan dia. Sampai org terpaksa rampas. Jangan cakap org lain, ibu dengan abak dia pegang je, dia dah bebel or nak main sama. Kalau idok dia buat dekkkk je ok...

Selamat hari raya Aryssa

Tak sepatutnya aku bercerita di sini... Aku tahu dia dah tak ada, and ada segelintir akan bercakap denganku yang hidup perlu di teruskan... Yes we did...

Kalau sebelum amani, masa akan di habiskan menjenguk pusara bidadari syurga... Sebulan tah berapa kali tah aku pergi. Kadang2 dengan zamani, kadang2 sendiri. Malam jumaat di serikan dengan bacaan yasin... Tapi kini semakin jarang. Tapi rindu tetap seperti dulu. Sometime bila rindu baru teringat sedekahkan fatiha dan yasin.

Aryssa pergi hampir tiga tahuun dulu... Dia pergi dalam musim haji... The day we sent mak and abak kat kelana jaya dulu that is the last time aku rasa dia bergerak. After that mmg tak ada...

Uhhh sehingga sekarang hati mmg sebak bila mula bercerita tentang dia...

Kalau la dia ada, usianya 3 tahun sekarang ni...

Kalau dia ada, pasti riuh rendah rumah ku....

Kalau dia ada pasti amani jadi kak ngah....

Tapi kalau dia ada juga, amani iman mungkin tiada lagi. Siapa tahukan? Aku dok buat family plan?

Tapi yang pasti 'kalau' itu satu kenyataan pasti aku org yang paling bahagia... Tuhan lebih memahaminyakan?

Semalam kali ke dua kami bawak amani iman pergi kubur aryssa, sangat buas la mak cik sorang tu. sayangnya kubur bidadari kecil ku di penuhi lalang... Semut api merata di tanah, nyamuk dah macam agas menghurung amani, lebah pun terbang macam cari mangsa.... Sedih hati ku tapi apa yang aku boleh buat? Penjagaan kubur tak terurus. Kubur2 yang lama dah hilang di tutpi lalang...

Maafkan ibu aryssa... Semua di lakukan dengan pantas. Ibu takut amani iman di gigit nyamuk atau lebah. Amani macam biasa tak mengerti, tapi bila tengok kami baca doa, dia ikut sama. Dulu time raya boleh jugak duduk mencangkung, tapi sekarang mmg berdiri. Amani pun macam tak selesa.


Ekceli aku dah lama tak bukak page ni. Suke sangat baca artikel perkembangan anak2 aku... Tapi sayang, everytime aku nampak usia aryssa aku jadi sebak... Sampai la sekarang. Mungkin itu la bezanya anak bagi seorg ibu.

Sbb itu aku jadi emo dulu bila dapat nasihat dari kawan2 yang aku tahu niat mereka sebenarnya baik, tapi cara penyampaian mereka tu agak salah bagi aku... Akupernah menangis bila baca msg seorg kawan...

'Dont be sad... Try lagi yer... Lepas tu jaga betul2'

Aku jadi blur di situ...

Apa yang cube di sampaikan di sini? Im not doing experiment or try and error... Ini nyawa. Dan aku tak pertaruhkan bagi satu kejayaan maupun kegagalan. Than ayat jaga betul2 tu pulak, macam aku pulak punca segalanya...

Anyway cerita dah pun berlalu... Diam tak diam dah hampir 3 tahun dah pun. Luka tu mmg ada. Aku hanya nak korang tahu yang aku tak sekuat mereka yang di luar sana. Dan akukan Jenis sensitip punya org...Sbb tu aku ignore mereka yang aku rasa bole menyakiti hati aku. Sbb aku tahu niat korg mmg iklas, tapi aku pilih untuk tidak menyakitkan hati ku sendiri.

Buat bidadari ibu yang jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati.... Ibu sentiasa doa tuk bertemu aryssa walaupun seketika di dalam mimpi ibu. Tapi tidak berkesempatan. Maafkan ibu kalau setiap luahan ibu membuat kamu sedih tapi ibu redha kerana tahu kamu bahagia di sana bersama denganNya...ibu tau kamu akan menanti kami di sana kelak.

Insya Allah...

esok kerja...

Sunday, October 28, 2012

Little Amani Iman

Budak yang setahun sebulan ni dah semakin banyak ragam. As for me mmg menguji kesabaran aku yang terkenal dengan 'tak sabar' but apa pun sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah ni. Dulu kau minta, merintih, sekarang ko nak mengeluh?

Ada je sifat baru amani yang mencuit hati. Jalan tak lagi. Cume meniti... Sebulan dua jalan la nanti. Sekarang sifat manja terlebih lebih. Kalau aku or zamani ada, dia mmg nak memerap je. Gaduh dengan aku selalu sangat. Zamani yang pening kepala dan tuduh aku tak sabar dengan anak. Tah la... Memimbing anak bukan pekara yang mudah. Lagi la sekarang dia cepat sangat melenting. Yes! Amani iman garang sangat. Kalau dia tak dapat apa dia nak, mula la. So as mother aku tak nak ikutkan sangat keinginan dia. But its not easy i tell you.

Aku dah mula tunjuk isyarat tangan nak pukul, tarik telinga, jentik tangan. Ermmm aku terpaksa buat sbb tak nak biasakan kita ikut cakap dia. And again its not easy, duduk dengan nenek dengan atuk especially. Dan amani iman kalau nampak atuk and nenek dia jadi lebih menjadi2. Tapi lepas marah dia, aku rasa sangat sedih. Dia mungkin tak tahu apa2. Tapi aku hanya nak dia tahu bila marah, kita mmg marah. Kalau salah dia mmg salah.

Macam kalau jalan2, dia kalau bosan tak dapat nak kacau segala button radio, gear ke apa ke, dia akan mengamuk. So biasalah kalau zamani ada tak boleh marah, jap lagi kami yang gaduh. Hahaha so pujuk cara baik. Nakal terus tinggal rumah. Tapi dia faham.... Takut punya hal nak tinggal rumah senyap kejap. Alaaa 10 minit je paling lama.

And being a paranoid mom, aku mmg tak ajar dia to explore new thing macam makan sendiri, minum sendiri. Leceh la kang ajar, kat umah org dia buat benda yang sama. Org suke tak suke kita tak tahukan? Anak org pun kalau 'lain macam' perangai datang umah kita pun, kita tak suke. Ekceli me and zamani admire dengan cara my cozen bro dan wife ajar anak dia. Look like the kids macam tak berdikari. Tapi perlu ke kisah? lain org lain cara didik anak,kan? Anak sulung 7 tahun, yang kedua 5 tahun dan yang bongsu 3 tahun, all boys. Main kat rumah sendiri pun tak bersepah, makan apa lagi, mmg agak pelik mak tu terus suapkan anak makan, tapi semua puji kalau diorg datang diorg sangat behave. Kalau gi rumah org main adik beradik jer. My cozen wife tak perlu jerit2' marah2 anak depan org, just panggil nama je anak dia dah mode natural. Padahal parents diorg bukan la garang mana pun. Ok may be org akan cakap ' esh sian budak tu tak macam budak biasa' tapi to me itu cara mengajar anak beradap sebenarnya. Betul tak? Dan aku percaya mereka akan belajar sendiri satu hari nanti.

Well itu pendapat aku. Sbb aku suke cara cozen brother aku dan isteri dia layan anak2. Jangan salah faham.

Alhamdulillah amani iman buat masa ni BELUM mengada nak makan sendiri. Tapii kadang2 bengang jugak, makan depan mata tapi nak suruh org suapkan juga... Hahah eh bukan tu ke yang ko nak. I mean mcm biskut ke, coklat ke kita bagi dia, dia akan bagi kita balik minta suap.

Kadang2 zamani argue jugak dengan aku. Aku terlalu xpect tinggi pada amani iman sedangkan she only one years old. Mana ada budak makan tak comot? Bukan aku kata aku ni pembersih, tapi aku la ibu yang malas, malas nak tukar2 baju anak, malas nak bersungguh2 nak cuci baju. Anyway aku kesiankan mak aku, kalau baju amani iman ada tanda mmg dia sental sampai ilang, kang tak ilang ko boleh tengok nenek bengang bebel hampir seminggu. Hehehe. Tapi mostly aku sentap je la. Mau tak sentap, ko nak kasi anak ko explore makan coklat bagai, bila kotor ko tak nak tukar, akak juga la kena tukarkan? So sendiri ingat la. Hang sendiri malu anak kotor2.

Ekceli dah 2 kali jadi la... Satu kedai mamak, boleh plak ari tu lupa nak pakaikan bib tuk amani iman, selalu ada dalam handbeg ni, baju puteh yang best that it MY fav baju tuk amani iman, dan kaler dia white and coklat. Knowing me, aku mmg malas nak beli baju anak mahal2, yer saya tak mampu, gaji kecik je. Org bagi baju jenama haruslah ko sayang, aku dah cakap dengan zamani, nanti! biar aku bg dia minum, laki aku ni eksen teror bagi jugak...ermmm mmg cun la kena baju tu. aku nak kata apa? Tahan geram la. Pastu dia plak marah amani iman sbb tak minum betul2.

Second plak time kat jusco. Bagi amani iman makan MM. Again, dah cakap, bagi dia makan baik2, yer kita bagi baik2 tapi anak diakan air liur meleleh2. Mmg lekit la baju, mulut semua... Sendiri mengelabah. Terus masuk watson beli tisu basah padahal tisu basah ada dlm beg amani iman. Hahah takut bini bising. Opcoz, bini kokan malas nak basuh baju! And now abang zamani i guess at last agree dengan aku. Sbb apa? Sendiri malukan tengok anak comot?

Aku rasa amani iman pun tahu mak dia yang fussy nikan. Bagi dia apa2 mmg dia geleng kepala atau tunjuk isyarat tak nak. Tapi dia akan tarik tangan org tu terus masuk makan tu kat mulut dia. Kalau baju kotor, dia siap suruh org senyap hahaha... Anak pun takut perangai ibu yang tah apa2 ni... Kih kih kih

Than aku cube gune isyarat tangan tuk katakan tidak pada dia. Sekarang dah buas, keinginan naik tangga, pantang jumpa plug, nak pasang plug, pantang jumpa laci nak menyelongkar. Aku tak kisah dia punggah barang tapi aku risau tangan tersepit. Tahu la akukan bz nak tahu dunia luar. Tangan mmg berkepit dengan smart phone der....anak jadi apa pun tak tahu.

Tu pun amani iman pandai main laci sbb abang zamani biarkan. Biarkan biarkan... Ada sekali tu aku solat, risau dia jatuh katil, letak dia kat bawah, tak khusyuk aku bila dengar bunyi gedegang gedegung. Tetiba dengar dia nangis pelan... Mcm merengek... Ah sudah. Aku teruskan solat, lepas bagi salam bukan main ligat nangis, tengok tangan tersepit. Ha ini yang aku tak suke. Abang zamani ni nak tengok bad thing happen baru la nak halang anak tu.

Im not a perfect mother. Bukan cakap aku hebat dalam jaga anak. Bila tengok amani makin lasak, aku pikir banyak kali nak bagi dia adik dalam tempoh terdekat ni. Sbb aku nak tengok dia membesar aku takut aku tak pandai nak bahagikan masa tuk dia, tuk adik dia nanti. Tapikannn kalau dah rezeki Allah, tak boleh la nak tolak. Kitakan manusia. Rancangan kita hanya la rancangan, Allah menentukan segalanya.

Now aku tengah nak ajar amani iman cara nak berkongsi. Cara tuk hormat harta org. Means kalau barang org jangan la buat barang sendiri, kalau barang sendiri kongsi dengan org lain. haha knowing myself as anak sulung, normally kami akan gunekan kuasa veto anak sulung tuk dapat apa yang kami nak... Hahaha kami tu me and zamani la. Tapi kalau tengok cara zamani dan dari cerita my Mil, dia mmg mengalah dan pandai kongsi. Tapi kalau ikut aku? Tanya la adik aku si fidah. Hahaha... Siapa banyak give and take?

Yer la sbb dah tahu perangai sendiri ler, kalau boleh tak nak amani ikut perangai mak dia ni. sbb apa bila dia mengikut perangai buruk kita, kita yang sakit. Baru je Ku mengadu dengan zamani, lately aku perasan amani ni baran tak tentu pasal. Dah pandai nak melawan walaupun belum tahu cakap. Even ari tu aku marah dia, dia tenung aku... Imagine ok? Esh rasa nak lempang pun ada. Sampai aku tunjuk nak jentik baru dia tunduk mata dia ke bawah. Oh hati kena kental time macam ni. Zamani cume cakap itulah you,kalau u nak tahu. Tetiba terasa... Yer ker? Eh buat2 tak perasan pulak. Zamani sambung, lagi2 kalau dia merajuk... Ha lagi sebijik, dia buat org tak wujud je depan mata dia.

Glub!

Eh i buat gitu sbb malas nak gaduh dengan you. Hahahah... Yer la sangat.

Ha bila kena sound gitu, apa ko rasa? Ok sambung la next entry nanti....


Entry bosan tanpa gambar...

Salam AidilAdha....

Salam AidilAdha buat semua...payah amani nak pakai tudung.... 😣


Korg buat apa pagi raya ni?


We all nak ke pusara aryssa dania. Lama tak jengguk tempatnya. Dan kali ke dua puteri pucuk kelompang saya melawat pusara kakaknya... Tersentuh lagii tengok amani iman turut sibuk bacakan doa dan lambai tempat kakakbila nak balik...

Ok aku yg suruh dia bye2 and fkying kiss so jgn buat spekulasi... As long dia x nangis should be oklakan?

Insya allah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails