Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Wednesday, October 24, 2012

Hari jadi amani iman yang pertama

Dah sebulan lebih baru nak terhegeh2 cerita kat blog... Tak pa janji adokan? Amani iman dah 13 bulan... Cepat sungguh masa berjalan. Luka cser pun tak baik sangat. Kadang2 terasa ngilu dan sakit kalau mengeliat ke apa.

Well jadi perempuan kenalah kebal tahan sakit,kan?

Macam aku cerita dalam entry2 yang lepas... Kami nak sambut kesyukuran dan berkongsi dengan keluarga dan kawan2 haru yang bahagia ni... Amani iman mungkin tak faham lagi, tapi aku takkan lupakan tarikh keramat itu... Amani iman, ibu nak kamu tahu yang kamu adalah segalanya... Dan demi kamu ibu dan abak sanggup lakukan apa sahaja...

Majlis yang kecik dan ringkas, tapi cukup bermakna. Terima kasih la pada yang sudi hadir yer.


Aik tetiba kek lain? Lupa jugak nak cerita... Or im not sure dah ada kot cerita? Ini sambutan on 12 sept dekat umah tok dan wan. Sambut dengan family jer... On the day its self mestilah sambutkan?


First time tengok lilin... Menangis ketakutan... Apa daaa adik! Dia mmg takut api... Kek yang simple je... RM 38 kot rasanya. Boleh la sebagai syaratkan?

Aku kalau birthday ni mmg otak banyak nak buat. Selalu aku ambik upah (wakaka ayat tak bole bla) selalu aku jadi birthday planner si rayyan. Adik aku yang super bz selalu minta tolong aku buat goodies la, banner la, kek deco la, macam2. So sepanjang 3 tahun jadi org belakang tabir ni, tipulah kalau aku tak pasang angan2 tuk anak sendirikan? Tapi sebab ni majlis harijadi yang pertama so kita buat alar kadar je. Walaupun niat di hati nak buat tema puteri la... Tema badut la,bintang la, bulan la... Macam2 terpikir nak buat.

Zamani mmg tak kisah. Tapi dalam tak kisah dia yang pilih kek tuk amani iman. Haisemennnn... Tak pa bagi peluang, org kata biar involve jangan nak bantah je. Itu menjadi pantang aku sebenarnya. Yer la kita excited plan tetiba masuk dewan mesyuarat nak cancel itu ini jawapannya hang plan la sendiri. Hehehe.

Antara goodies yang aku beli tuk tetamu kecik...syok main ambik je... Hahah tak ramai pun aku buat. Dalam 24 org je. Memula ingat nak buat princess. Tapi aku pikir kalau budak lelaki cam no la pulak?takkan nak di galas paper beg princess tu? Maka ambik 12 princess dan 12 ben 10 tuk lelaki.


Coklat, gula-gula dan belon...


Goodies tuk budak2 perempuan.


Ben 10 for the boys. Syukur aku beli sunglas tuk budak2, rata2 semua budak bukan main bergaya. Memula zamani mcm tak setuju sbb sayang je kalau budak tak pakai, tapi bagi aku, i wantbthem to have fun ajer...so bebudak yang dah 3-4 tahun ni dah pandaikan, so nampak majlis tu budak bergaya, bIk lelaki atau perempuan. Hehehe... So i think its worth it. Ala tak yah la nak kira pasal duit, kita anggap semua tukan sedekah.



Ini pulak invitation kad tuk email dan facebook invitation. Buat sesimple yang bole... Gigih nak buat jugakkan?


Yang ni pulak invitation card tuk family and friend. Dah macam nak kawin dah anak aku. Kih kih kih. Tema mmg campur2 dahkan? Goodies princess and ben 10. Kad invitation mickey mouse...heheh caca merba dah jadi.

So inilah kek birthday yang pertama buat amani iman... Snow white... Sedap nak mati kek ni. Tapi ini first and last la. Sbb susah gila dow nak potong. Icing je tebal. Separuh je potong, rumah dah runtuh. Hahahah....

Nasib baik aku tak jemput ramai org. Yang tetamu lambat sampai siap tanya, ini kek apa? Hahah mmg buruk jadinya.

Tapi yang penting ambik gambo lawakan? Yer la... Tahun depan sila buat kek 2 tingkat. Tapi rasa kek mmg sedap. Secret resepi. Mmg berbaloi rasanya. Gambar credit to auntie norish yer.


Menu pulak aku buat ( bukan la aku yang masak tp kawan mak aku) nasi ayam dengan bihun je... Nak buat nasi bryani semua takut budak2 tak makan. So kalau nasi ayam budak makankan? Ni pun majlis tuk budak2. Tapi ada pulak insiden yangvtak di ingini, sampai nasi semua lambat siap tetamu dah datang... Haisemen... Next year kita sambut kat kfc, mcdonal, anw atau hotel lima bintang...hahahah...

Gambar majlis aku tak ambik lagi dr adik ipar aku... Ermmmm nanti la bila2 senang. Ipad plak dah jadi mainan budak2 yang datang. So tak ada yang boleg tolong ambikkan gambar. Tapi manage to take pic bukak hadiah... So here we goooo


Antara hadiah yang amani iman dapat. Tq so much. Than yang lain amani iman banyak dapat duit, so takkan nak snap pic bagaikan? Tq so much. Susah2 je...


Gift from mak ngah, pak ngah ken dan abang rayyan... Baju rompers gap dengan seluar GAP


Since tuan punya diri ada... Maka kita ambik gambar yer, tq so much.


Hadiah dari mak long ana, dari gombak.


Small bear bear dari unknown... Ermmm siapa yer?


Baju dress dari auntie norish, uncle madi dengan abang dani... Hoyeahhh raya ko tak yah beli baju anak ku...save duit ibu...kih kih


Baju lagi dari autie ismalina, uncle syam dan kak adriyana


Hadiah dari jiran sebelah rumah. Cik fatimah dan cik hisyam


Oh baju yang tahan... Dari mak ngah azita, pak ngah azizi, kak aisyah, kak liya, abang umar dan adik aydira... Siap beg tuh... Kuh kih kih so nice... And talking tom. Tq so much.


Picnic basket from mak ngah nadiah, pakngah nizam, abang naufal, nazmi dan firas. Hehe lawak the first present yang di bukak sbb abang nazmi nak tahu apa hadiah tu sbb mak dia beli tak ajak dia, maka benda ni jadi rebutan budak2.

Ini set masak2 yang lertama buat amani iman... Dapat je pandai berlakon anak aku... Ingat tak tahu main, kalau cawan minum, kalau biskut/ kek iyo iyo dia mengunyah... Hahaha.


And this penguin ball ni dari mak long marina, pak long amir, abang mirin dan kak mirah. So nice, tapi diorg tak datang sbb jauhkan? Tapi terima kasih sbb tak lupa bagi hadiah. Susah2 je. Memuka amani takut dengan penguin ni tapi lama2 dia main hentam je penguin ni. Amyway mmg purpose benda ni pun tuk tolak so that penguin ni jatuh bangun balik.


Dan yang best dr budak opis... Hahah skuter pink! Bukan main bergaya si amani dengan tak tahu kayuhnya. Poyo je tolak dengan kaki...

Ermmm mmg happy... Heheh aku la happy. Dia masih tak faham apa2kan?

Rasanya itu je la pasal birthday amani iman... Terima kasih buat semua yang sudi dtg. Ada terkurang harap maafkan... Sebagai host tuk majlis yang pertama ni mmg banyak sangat kurang. Tapi tak pa, next year dua bulan seblum besday kita plan yer?

Eh apa pulak? En zamani kenalah buat kejutan istimewakan? Kan kan...ok til here... Gue dah mengantuk mau beradu... Daaaaa....

Malam di Ict

Oh mek tak ado masa nak update belog after i promise you all akan update isnin lopeh! Hati mmg berbunga nak update. Tapi si amani iman asal nampak ipad je dia mula la dengki nak tengok mtv dia la, gambar dia la, game la... Baru je sethun lebihkan? Kids now day. Very the technology! Ni yang macam nak beli ipad mini tuk diri sendiri. Wakakak.... *kena belasah dengan suami*

Lately mmg super bz... Kerja opis jangan ko cakap la. Balik konon nak tidokan amani iman than bole ler gune ipad. Tak ada maknaya beb... Akak ternganga sama tido lepas tidokan dia. Cis!

Ni plak si zamani kejut awal tanya sama ada nak dia hantar gi kerja atau tak sbb my dad ada gotong royong kat masjid seawal 8 pagi. Gigih tau bapak ai ni. Sanggup tak nak hantar anak gi kerja. Sob sob sob. Nasib baik budak opis duduk area umah ni. Pagi2 dia selalu merempit, tp aku minta dia bawak kereta. Nanti duit parking aku dahulukan ler...

Ok cerita pasal ict... Last pergi time tu amani iman umur 4 bulan. Dia teruja tapi ternganga2 je la mulut dia. Tapi sekarang setahun lebih lagi syok bawak. Plus anak2 buah zamani nak pergi ict sama. Kami janji dengan diaorg tiap2 minggu, baru la tlaksana nak pi....


When entering ict... Budak ni dah bulat mata memandang lampu2...

5 minitlepas tu suara dia je... Hahah malu omaknya... Terjerit2 macam cave gurl!


Tersengeh2... Happy ler tukan?


Ha! Gambar pakai ipad je... Tak secantik mana ler. Sbb no flashkan? Redha je la. Nak pakai phone, bole plak phone mak cik non ada bateri. amani iman terbatas sikit ler sbb dia duduk dalam stroller. Tunggu gambar dr camera canggih pak teh nanti yer... Hua hua hua.


Happy tengok pokok berlampu.


Rusa berlampu...


With #cozenlovely abang umar M.I.A


Suke gambar ni... Menumpang flash camera pakteh. Bijak tak mak long?


Sian gajah ni... Semua pakat naik sampai senget2 dah... Aliya farhana yang sekarang ni dah pandai sangat nak posing...


Umar qayyum yang feeling as pelakon 'ong bak' bukan ombak rindu yer... Hahah. Pelakon kanak2 yang paling tak da perasaan... Cume kalau dia marah dia nangis! Hehehe. Kena pukul ke, tangan luka ke, yang jerit lebih org keliling dia. Dia maintain okeyyyy aje.


Lagi gambar amani iman...


#cozenlovely....


#doterlovely. Cubaan nak jakan sendiri... Nice view tau kat sini. I terasa kat korea je... Haha tetiba la aku kan?


Us... Amani iman susah nak pandang camera sbb teruja dengan lampu2 ni... Tention pakteh yang ambik gambar... Hahahaha


Abaikan muke aku yang separa siap tu.... *mata ke atas*


#dadygurl.... Manja dengan abak lebih2 adalah satu kemestian.


Sorang lagi #dadygurl... Adyra farhana si mata galak...owww dah besar nanti boleh lawan mata rozita che wan, but of coz more original eh dyra! Tak perlukan macara, bulu mata pelsu, eye liner setebal2 tuk betulkan mata tu... Mata tu dah cantik daaaa.

Kalau pergi ict, terasa kesian pulak kat budak2 ni kalau tak main satu game. Yup ict dah macam fund fair or you can said dah macam sunway lagoon or genting... Ada mainan outdoor ni, tapi mahal nak mammmm... Satu game RM 5 dan sekali masuk ok... Botak juga laala kalau pergi reramai. Jangan ko volunteer nak belanja... Hahaha...

Kalau nama budak tu biasalah kalau singgah tengok org main mesti merengek nak main. Tapi mmg tak berbaloi la! Main dia kejap je... Tapi bayar RM 5... Budak ke org dewasa ke kena bayar sama tau... Cume ikut ketinggian tuk game budak2 mak bayo anak free.

Bila budak2 dah mula merengek nak naik, kesian pulakkan?nama je duduk kelang tapi nak pergi ict ni macam kami duduk perlis... Hehehe. So bagilah depa rasa. So yang anak kecik taktahu apa2 yang syok mak2 ni yang tumpang syok... Macam aku ler... Amani iman heran pun tak sebenarnya... Aku pun sbb segan tak kose. Tapi abak amani so kesian kan anak dia, paksa2 aku naik... Hang la naik.. Pandai pulak tak anak... Hehehe... Bila tengok ada mak2 yang feeling jadi puteri gunung sahara (dengan baju kebaya duduk atas kude ok) feeling anak dara, me and che ta tercabar la,! Hahah ok drama je lebih... Tapi seyes mmg ada... So apa nak malukan takat ko pegang anak... Jangan ko sama naik dengan anak ko sudah.


Aliya jadi penunggang kuda dan kami menumpang... Umar qayyum jadi pengiring di belakang... Hahah aisyah minta aku naik kude sebelah dia. Oh akak tak yakin dengan kemampuan akak yang nak jaga budak lasak ni. So pilih tempat yang akak boleh duduk... Hahah kata nak merasakan?


Harap2 tak mabuk laaa....


Itu dia kuda ku gagah berlari laju.... Goooo aliya farhana! Hahaha tak ada kena mengena.

Tapi mmg fun... Macam aku cakap kejap sangat... Kalau lama pun mau aku mabuk seminggu... Hehehe... Turun bawak anak pun terhuyung hayang... Itu pun lepas main si aliya cakap nak main lagi... Ohhh sayang... Satu kelemahan sbb tiket game kena beli kat luar sblm masuk taman... Kat game tu sendiri tak jual. So bagus jugak teknik ni, so kalau anak melalak bole bagi alasan... Kih kih kih... Teruskan cara ni... Tadi kata kelemahan pastu teruskan... So we all cakap kat aliya, nak beli tiket kena beratur kat depan pintu masuk tadi... Adira dah selamat tido dah... Amani dah garu2 kepala mengantuk sudah...

'Nanti bila2 kita datang lagi kita main ok?'

' oh okkk... TAHUN DEPAN kita datang lagi la mak long...' Dia nak cakap minggu depan sebenarnya... Hahaha

Ha? Tahun depan?? Alhamdulilaaaaaa.... Belasah je la ko ni aliya oiii....

T.A.M.A.T


Uittt terupload gambar apa ni? Next kita story mory pasal ni pulak yer....

Monday, October 22, 2012

Babies



Amani and two other cozen.... Si Adyra yang mata galak... Si umar qayyum dah sebijik kembar amani iman kalau bersama... Umar dah dua tahun... Imagine anak aku yang setahun sebesar umar... Hahaha...

Amani iman biasa kalau ambik gambar, biar bergaya walaupun air liuq meleleh2... Seyes mencurah2 air liuq turun... Sampai basah baju macam kena simbah dengan air... Ppl said aku ada mengidam apa2 ni... But not really... Time mengandung abaknya yang banyak mengidam... Hahaha lawakkan? Tah apa la zamani tak dapat makan.

Tapi tok mama cakap ikut bapak dia...

Kecik2 time babies ni keluar la banyak mana... Kesat kat baju aku pun baunya shedappp aje... Dah besar keluar! Harus ibu selotip mulut mu amani iman....

Gambar ni jelaskan? Control tak nak keluar tapi terrsembur jua tak banyak pun... Mak ngah pidah cakap amani iman look so english... Alaaa darah melayu tak ilang... Dengan kecangihan tech sekarang, anak ko biasa2 kata darah mat salleh pun org percaya...

Topi yang amani iman pakai, its another story... Malam ni kalau amani dah tido, kita gebang pasal topi fav dia. Hanya topi tu yang di benarkan bertengek atas kepala dia, knowing her yang tak suke nak ikat rambut, tak suke nak sikat rambut, pakaikan apa sahaj di kepala dia... Tapi topi tu tah apa serapah org kedai tu baca, jadi fav dia.

Ermmmm kata abak dia, kalau mahal sekali pun, kalau anak dara dia suke, dia bole beli.... Chewahhhh... Abak kalau cerita pasal anak dara dia... Bukan main lagi hebat ceritanya... Tak gitu?

Another story

Hai best fulak application ni.... Sayangnya vedio nan bole upload... Tak pa tu gune destop jerk...

Ok nak cerita pasal apa yer?


Bila tengok gallary mmg banyak gambar yang aku nak ceritakan.... Hehehe... Ok new application 'find friend' yang di install oleh encik somi sendiri. Itu namanya pasang jerat sendiri. Hahahah...

I dont mind nak find kawan2...benda ni sangat berguna bila nak tahu mana en suami berada.... Suke sangat keluar tanpa pengetahuan bini... Tahu2 je hilang... Now tak bising dah... Just on the application dan anda akan tahu lokasi suami anda... Kah kah kah... But ramai yang tanya me, as i know ini application iphone to any device mac...

Dan2 noteII keluar dia nak tukar tak nak pakai iphone... Pang sat lagi... Wahhh berani ko nak pang laki ko? Kelulusan hanya akan di beri kalau noteII ada application ni yer kanda.



Bukan main suke la ada application ni.... Tak yah nak ber sms bagai to know mana dia berada... Tapi kadang2 benda ni ting tong sikit... Pernah sekali tunjuk kat hosp klang... Fanik jugak la tatak korang... Nak call kang nampak sangat sekodeng laki sendiri... Kahkahkah... On off berukang kali tau.. Lokasi kat hosp klang... Otak dah pikir macam2....

Bila application tu tahu dia buat silap maka lokasi dah betul.... Haha

Ada sekali tunjuk kat bandar klang...



Pernah tengok herry potter? Pasal map yang nak tahu mana lokasi setiap org? Haaaa mcm gitu ler dengan application ni... Pernah try kat opis nak tahu mana zamani... Ha! Bergerak2 la benda warna pink tu sampai ke opis... Mmg lawak... Kawan2 opis aku pun teruja sampai bengong tak buat kerja.

Tapi benda ni on setting la... Abang zamani korg pernah off buat akak jadi gila jap ingat something wrong dengan application ni...

Berani sungguh diakan??

Oklah nak stop... Mau tido sbb esok ada big meeting...

Nanti esok akan ku update pasal lain eh...promise la. Cerita besday parti amani iman tak kongsi kat sini... Aku tahu korg tak heran nak tahu, tapi this my blogkan? Sok amani iman baca, bole la dia baca dengan senyuman manis dia...

Kan manis senyuman itu..... Hehehe

Kan kan kan....

Cubaan blogging

Sebenarnya aku cube mencari application tuk blogging terus dr gajet yg zamani beli tuk besday aku. Nampaknya amani iman yg byk gune. Asal aku pegang je benda ni dia mula nak tengok vedio la, lagu la apa sajer... Budak2 zaman sekarangkan? Main masak2 pun tru technology. Silap2 main seremban pun on line. Uhhhh...

Im trying this application... Klu user friendly and family ok la insta Allah saya akan rajin berblogging. Hahah hot2 chicken shit jer ni... Uhuhu...

Amani dah tido... Ini je la masa pun.

Ini gambar ari tu bercuti one day kat bagan lalang... Nak pergi jauh2 buang masa, duit dan tenaga... Kita gi tempat yang dekat. Org lain nak ke gold coast naik kapal terbang... I bawak my Wkd jer... Hahaha...


Umar dan amani dah macam pasangan bercinta... Ekceli its first time for amani iman jejak kaki ke pantai... Perak anak ibu nampak pasir... Memula geli lama- lama kemain syok...


Being mother yang paranoid... Aku tak suke bila amani main pasir walaupun my brother in law semua nasihatkan biarkan she having fun, being like other kids explore benda2 baru, tapi hakak adalah ibu yang malas sbb malas nak basuh baju anak nanti... Dengan pantas ko tukar baju ko amani iman... Swimming suit bagus sbb pasir tak melekat2... Senang kerja aku... Uhuhu

Beautiful mariaaaa.... Hahaha



Guess who.... Hahaha... Ganas tak?


Mmg bosan... Pergi tak rancang... So bawak diri je... Sampai sana air tengah surut. So beli bola tuk bebudak, tapi tengok la siapa yang main... Kih kih kih



First time jejak kaki di pantai... Knowing amani iman, dia mmg kaki air...


Ibu yang lupa nak bukak pampers... Hahaha... Dah masuk air angkat nak bukak pampers mmg menangis la... Si abak terpaksa pujuk anak sambil menjeling mata pada bini yang tak peka dengan keadaan sekeliling... Halo! Ibu bz lanak snap gambar... Hahaha


Di apit oleh kakak2 yang perihatin... Aliya and aisyah



Pak teh biasalah... Dia jadi pemerhati yang hansem dan bergaya... Bebudak ni lain mcm sikit, mmg suara komander keluar... Kui kui kui



Memalas nak mandi.... So basahkan kakisebagai syarat....

Agak bestlah shot trip macam ni... Amani pun nampak happy dengan cozen dan activiti...



Nah!rupa anak dara aku balik dr bagan lalang....terkangkang ko kepenatan


Love you baby... Insya Allah... Abak dah janji kalau dah pandai jalan, abak nak bawak jalan2... Hehehe ibu tak sabar... Now amani dah mula imbang badan tuk berdiri. Insya Allah sebulan lagi? Abak siapkan duit nanti ibu buat reservation kita buat family trip yer... Hehehe...

Monday, October 8, 2012

Diet arkins - 1st day

Rasanya berat badan ni dah semakin susah nak turun. Tapi tak pa la ( ayat nak sedapkan ati) at least anak dua baru naik mendadak! Tapi i miss myself dulu2. Yah yah, my mistake for not continue breast feeding tuk amani iman. Dia berhenti menyusu bila aku dahmula berkerja. Dah tu kat opis ada plak kawan nak makan lunch. Ermmm apa lagi. Mencanak2 la jarum penimbang. Ais belan tu tiap dua hari sekali beli. Imagin la korg...

Nak beli product pelangsingan, gua berkira. Beli murah sok effect buah pinggang, beli mahal plak terasa duit tu mengalir. Sok stop apa jadi? Confirm ke tak ada apa2?

Maka teringat kak pnut ada buat diet.dulu selalu tau order kek dengan kak pnut than sekali tu aku tengok dia mmg kurus ok! Time tu aku mengandungkan amani iman so tak heran sangat la nak tahu pasal diet ni. Now baru teringat. And kak pnut plak bergerak secara active. So apa kata kita torai. Bila baca blog dia, tak la teruk sangat diet ni.

Secara ringkas diet ni sebenarnya mengurangkan kabohidrat dalam badan. Sbb pembakar lemak adalah karbohidratkan? So bila kabohidrat kita kurang secara automatik tenaga akan di bakar dengan membakar lenak tang bertepu bertapa dalam badan.

Betul ke apa yang aku tulis tu? Belasah je la... Aku bukan dietitian.

So sehari kita kena makan less than 20-30 g sehari. Ha jadi biol jap dok kira carb dalam makanan. Hahaha. Siap buat nota kira2 nak tahu supaya tak lebih dari 20g sehari. Tapikan..... Diet ni 2 minggu je. Lepas tu ikut la nak teruskan atau control je makan. Klu masih tak dpt berat yg di idamkan maka continue je lakan?

So berikut adalah makanan yg aku ambik ari ni. Patutnya aku kena ambik berat aku pagi tadi. Tp lupa. Balik jerja ambik berat aku 64 kg.... Hua hua hua. Mencik number tu. target aku tak la banyak. 55 kg pun jadi ler. 10 kg???? Wahhhh very the tak percaya. Kan?alah turun 60 kg dua minggu ni pun tak pa la. Semangat sikit.

Breakfast aku mkn sosej. Nak beli satu mcm pelik plakkan? Beli la dua. And air suam. Jum carb dlm sosej ayam adalah 2g ( klau tak silap)... So ada balance 16g

Lunch aku mkn paru dengan sayur goreng. Abang kedai tu pun feliks dah. Ekceli nak makan tomyam hirup2 je. Tp aku x bole nampak der sayur n paru. Hoping gak paru tu 1g. Google tak dpt ler carb dia berapa. Sayur 2g. And jangan terpedaya. Ku oder tom yam sup yg kira2 4g carb. So 7g tuk lunch. Jadi balance yg ado 11g.

Gi kedai konin nak beli biskut kot lapar. Ternampak biskut jacob yg apple. Ambik kandungan carb 12.4 sepeket. Bole ke beli. Sumpah sedap koooo! Dah 'terlanjur' tak pkkan bahana. Akhirnya carb yg ambik ari ni 21.4g hua hua hua.

Tapi sifu ckp mlm mkn telur rebus je. Telo rebus carb 1g... Aku baru tahu ni. Org dok kata tak elok mkn telo rupanya tak la byk carbnya. Nasihat ambik sebijik tp balik kerja my mom mcm bole dengar rintihan anaknya msk sambal tumis telo. Ha! Dosa llagi bukan ambik sebijik tp 2 bijik. Itupun nasib tak jilat pinggan kah kah kah. Tp uols sblm nak buat muke tu ( ahh diet tah apa2) teman nak bg tau teman mmg tak mkn telur kuning. Bkn pasal diet tp mmg tak suke telo kuning tu. so adil la 2 bijikkan? Hahah.

Tetiba teringat nak buat coslow mcm Mil buat last week. Sedap dow! Mkn dengan telo. Bole buat bfast. Baru 5 g tuk pagi. 2g tuk kobis, 2g mayo and 1 g tuk sebijik telo.

Mungkin ada cakap diet ni mengarut. Nak kira2... Eh nak cantik susah sikit apa salahnyakan (cantik ker kau???) ayat abang zamani 'kalau u tak cantik takkan i nak kat you' gelek2 funggung!
Ha memain dengan statement brad pit malaya...

Well kenapa aku tulis kat blog, facebok semua? Hasil belum nampak dah cerita kehebatannya. Ha tujuannya biar jadi motivasi pada aku. So aku malu dengan diri sendiri sbb hot hot chicken shit. Bukan masalah tak berjaya, tapi usaha tu. tiap kali update facebook sbb nak alihkan pandangan atau nafsu makan secara pukal tu.

So sila la bagi semangat. Tak payah la nak kutuk2 saya yer. Kalau saya kurus pun bukan bole jadi miss malaysia pun... Sekurang2nya bole la dengar pujian suami lagi. Ni puji gak... Tapi pujinya begini

'Eeesshhh sayang dia....' Cubit pipi ku yang gebu

'Aik!' Tetiba cubit pipi amani iman

Bila ku tanya kenapa

'Ehhh sama la pipi korang anak beranak' sentap! Sentap!

Ok esok aku update lagi. Hahah excited... 21 oct ni kita tengok result. Elok la tu, dalam diet badan, diet foket sama eh

(Sorry kalau susunan gambar berlari. Using iphone application so no mouse to drag... Wakakak. Drag pakai jari manjang terkeluar je dr application)




Friday, October 5, 2012

Demam setahun

Lately amani iman sangat la cengeng. Budak yang selalu ok ok now tak bole kena sikit.

Ibu gi toilet nangis

Ibu ambik susu nangis

Ibu mengadap hanpon pun nangis.

Kalau marah dia dah tentu2 la melalak. Sedih mcm kena pukul. Nenek cerita abak dia yang sabar pun ilang sabar. Mandi pun ko nak nangis. Bengang bila abak angkat dia tak puas mandi lagi. Macam buat peel nak dapat adik. Hua hua hua... Dah tak yah spekulasi. Kalau nak ada adik dan ini perangainya, aku pitam....

So selalu la kena marah. Org cakap dia tak faham bahasa dan kecik lagi. Tapi aku rasa ini la time dia tahu apa salah dan apa yang betul. Lagi la dia duduk dengan nenek and atuk. And aku tahu she is spoil kid esok kalau mak ayah dia tak tegah.

Amani iman pulak cepat sangat belajar. And of coz age dia, dia tak dapat nak bezakan. Aku syak dia banyak belajar sejak raya hari tu. banyak sepupu sepapat kumpulkan? Before this dia ok je. Suke wat hal sendiri. Sekarang ko cakap 'NO' kau boleh tengok dia banting2 diri. Dia takkisah terantik ke apa. So far dia belum rasa sakit sbb setiap kali dia mengamuk, me or her dad sure bagi apa dia nak or sambut sebelum dia terantuk ke apa. Tak adanya aku or zamani nak bg dia rasa yang terantuk tu sakit. So esok2 tahu la berhenti mengamuk. Ermmm not yet.

Ni da tukar tektik lak. Kalau sentap rebah badan meniarap or more sujud. Aduhhh. Dah tak bole nangis dia buat macam tu plak.

But that one better la. Kalau gi beli barang dia dah pandai nak mintak. Ko bagi dia satu pek kopi pun tak pa. Dah bosan dia buang la dari stroller or troli tu. macam abak dia ada share kat situ!

Jap setahun tak demam. Tapi a week after that demam. Kena plak semalam aku balik kerja sakit kepala. Dia plak melalak2 tak tahu apa sbb. Dengan marah angkat dia masuk balik so ibu dan anak tido. Amani senang je, ko tutup lampu lelap la dia. So aku pun tido sekejap.

Bangun nak mandi and solat tetiba badan dia panas. Dia mengigil. Dan dan menangis. Nak bagi makan ubat pub azab! Muntah terus. Habis baju aku. Tak pa la. Kesian aku rasa. Dia terus menangis. Ekceli kalau dia demam kitaorg bawak gi umah mak mertua aku je. So aku jaga dia pun mak mertua aku pantau sama. Demam budak ni jangan ko buat main. Biar la org nak kata aku ni menantu or anak tak gune, anak sakit pos sana sini. Sok kalau anak tu ada apa2 sendiri menyesal.

Tapi sebab semalam pun dah malam. And cukup rasanya tunjuk ajar mak mertua selama ni,so try handle my own baby. Cranky sesangat. Haha habis abak dengan ibu demam pun bole tahan anak ikut la. So aku compress badan dia dengan tuala basah. Dia tak selesa sebab sejukkan. Badan dah bau masam kena muntah. Dengan aku sekali. Baru perasan amani iman tak ada stokin!!! Pakai stokin raya yang renda2 tu buat tido.

Malam dia tak bole tido. Aku yang tak bole tido sebenarnya. Kejap2 bangun check temp badan dia. Sampai abang zamani ko terjaga2 sama. Semalam tah berapa kali aku jaga basuh tuala. Yang lawaknya subuh si amani bangun korek lubang hidung aku. Hahaha. Pastu senyum. Sekali badan bahang ko! Gelabah aku sbb dia patut makan unat pukul 5 pagi. So kecoh bangun ambik ubat. Amani iman drama dia bila makan ubat mmg tip top. Pecah gegendang telinga. Baru nampak aku pegang botol ubat dia dah melalak. Kasi minum, nahhhhhh muntah!

Sudahnya satu katil kena muntah dia. Padahal nak bagi dia makan ubat tu, aku alas tikar getah, aku alas tuala tapi kena jugak cadar, kena jugak aku. Panas betul muntah mak cik ni. Macam mana? Ubat tak masuk lagi dah keluar balik. Nangis dekat 15 min. Dapat pujuk bila bagi thermometer buat main. Aku cucuk kat telinga aku, warna hijau. So cucuk telinga dia,warna merah. Dah sudah dia syok plak nak main doktor2. Dekat 10 minit dia buat kat telinga aku, telinga zamani. Tak bole jadi. Kasi ubat 1.5 lagi. Tadi yang 2.5 pun dia kasi keluar. Melalak lagi! Pening kepala sbb tak tidokan. Dah makan ubat nak tunggu lagi dia berhenti nangis. Ha terpaksa bukak video mickey mouse. Punyalah leceh. Tukar baju dia. Pastu aku mandi sbb badan dah kena muntah dia. Tukar cadar pagi2 buta. Pastu dia tak nak tido. Tepuk2 lelap kejap. Mak bapak nya sambung tido. Lepas tu terjaga bila dia bangun duduk, ambik cermin mata abak dia dia pakaikan aku. Tercucuk tepi mata, langsung terrjaga.... Geram dengan abang zamani sbb tak jaga barang sendiri sampai anak ambik bawak main. Nasib baik mata aku, kalau mata dia??? Terus terjaga.

Itu kisah malam tadi. Sure bos aku bising sbb banyak sangat cuti. Tapi apa nak buatkan bukan suke2. Aku ada meeting dengan sales manager. Tapi postpone to monday.

Dia sempat cakap ' ko buat bodo je uruskan anak ko dulu. Sok anak ko apa2 susah je'

Betul jugak. Apa pun now she ok already. Panas pun kurang. Tido since 12 pm til now tak bangun lagi. Hahah. Ok nak solat jap. Later kejutkan dia. Lama tido pun tak bole kang malam jadi burung hantu. Itukan best friend amani iman??? Hehehe

Gambar dia gi jap on monday ari tu

Tuesday, October 2, 2012

Update

Wake me up when september end. Weee...

It my besday on sept, and its my doter birthday as well. Since raya jatuh middle of august, maka besday amani iman di tunda ke hujung bulan. Kalau di teruskan mmg mati kekeringan.

Lama juga aku tak update blogkan? Work makin teruk... Rasa its time for me to moved on... Tp tu la selalu tak sampai hati sbb dah selesa kat sini. But lately management dah teruk. And sometime rasa tak seronok. Bila kerja macam org gila, credit nan ado. Habis aku kerja tuk apa?

Anyway malas nak crita pasal kerja.

Progress amani iman agak mengejutkan. Korang taukan dia tak pandai merangkak even nak setahun. Dia tahu meniarap tapi mengengsot pun tak. Aku jadi risau sbb baya dia semua dah nak berjalan. So rasanya mmg lambat la dia jalan.

Tapi genap setahun baru pandai mengengsot. Selama ni kalau dia nak gerak dia guling2 je. Aku tanya my cozen bro tp dia cakap selagi tak 3 tahun tak payah risau. After 3 years tak pandai jalan kena risau... Hahah anyway kata dia elok budak jalan lambat sbb menguatkan kaki. So dont complain or merungut sbb budak2 masing2 ada kelebihan dan kelemahan.

Semua gelakkan amani iman bila dia mengengsot. Macam aku cakap baya dia semua dah berjalan berlari dah. But dua hari lepas tu dia angkat mumtut dan merangkak. Aikkk so cepat? Dah habis training ke mengengsot? Dua hari meniarap sudah... Than seminggu lepas tu dia dah meniti. Dah mula bangun jalan tepi2 kerusi, kalau aku duduk ke zamani duduk ke dia dah boleh paut dan berdiri. Oh before dia merangkak tu dia belajar duduk. Hahah org merangkak baru dudukkan?

So tengok progress dia, macam sebulan dua je jalan? Hahaha pujuk ati sendiri anak aku ni setahun 6 bulan kot jalan? Tapi mmg dia demam sikit la sbb nak bijak buat semua all in onekan?

Bila tahu meniarap ni, asik ilang. Ke dapur la, ke dining hall la... Kalau pintu bukak hati2 sbb dia tahu nak keluar. Imagine kalau dia tahu jalan??? Abang zamani dah bagi tahu nak beli harness or amani iman kena biasa naik stroller. Suke tak suke, lasak tak lasak, tuk kesenangan semua dia kena duduk dalam stroller. Sbb dari gaya dia, dia suke sangat berjalan2 dalam rumah sorang diri... Buat road tour. Cume kalau dia dah penat baru nak bunyi minta org angkat dia.

Oklah nak tido daaa. Ohh bila pikir pasal kerja aku naik bosan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails