Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Friday, December 21, 2012

Milik saya

Last week, sepupu amani iman balik umah tok mama...

Sian humayraa... Terkejut la dia tengok sepupu2 dia kat Klang ni ganas2 belaka... Terdiam dia tengok cara diorg ni main. Si amani iman pulak buat perangai belagak dia... Konon dia tak takut dengan family sini (my in law).

Since humayraa jarang balik, so dia malu2 dengan few family members yang dia tak kenal. So bila diorg panggil humayraa, anak dara aku yang datang... Tak padan yang belum jalan, merangkak laju je eksen konon dia sampai dulu. Especially dengan pak teh dia! Dan dan hari tu dia manja dengan pak teh over2.

So amani iman ni perangai dia satu... Semua dalam umah tok tu, dia ingat dia punya. Plssssss anak ku! Bila di rumah tok, itu hak bersama.

So malam tu amani iman macam dah penat. Mengantuk. Gosok2 mata. My mil bangun turunkan buai nak tidokan amani... Panggil amani iman, humayraa pantas bangun arah tok... Dia nak naik... So amani yang leka main dengan sepupu lain, tak perasan humayraa nak buai.


Humayraa yang mmg tak tido buai terasa nak naik buai. Tok pun layan la... Hayun humayraa...


Ha! Ni service first class nama dia! Umar qayyum datang volunteer nak hiburkan humayraa.


Aliya pun sama... Tengok layanan best! Mana boleh jadi... Cepat dia duduk dengan my mother in law... Tak puas hati... Hahaha semua gelak... Esh jeles...


Tok... Bila turn amani iman?

Rasanya dekat berapa kali la si amani iman tengok muke tok dia.



Renungan tajam budak kedekutttt....

Thursday, December 20, 2012

Thank you Tok mama



Ok video ni aku ambik time amani iman sakit. Dia ni sakit tapi syukur la dia nak makan. Time ni dia dua hari dalam hospital. Kalau korang tengok bengkak mata dia... tak tahu la... org tanya aku pun tak tahu sbb apa bengkak...

Nak kata dia bengkak sbb demam... mungkin jugak

Nak kata dia bengkak sbb drip... mungkin jugak sbb dua hari kat hospital dua setengah botol drip masuk dalam badan dia.

Nak kata dia bengkak sbb tido...mungkin jugak. Sakitkan? so bangun sekejap tido memanjang.

So im not sure... hari tu mmg dia tido je. Badan tak larat. Dengan mak dia badan tak larat. Makanan hospital mmg amani iman tak sentuh. Perangai macam bapak dia. Memilih makanan. Tak nak makan sepital. Tak nak minum air puteh. Susu pun kurang. So mak mertua buat bubur nasik yang di blend. Memula dia tak nak makan. Tapi aku paksa jugak... agaknya sedap... banyak dia makan.

Sudahnya, tok mama bawak bekal sepanjang dia kat sepital. Makan bubur tu je la. Oklahkan... dokor pun teruja!

Ini budak sakit tapi kalau dia makan banyak bagus lor....

They not so worry la kira. Susu kurang pun tapi banyak makan bubur dah ok lah tu...

tengok video ni sedih sangat... siankan? Lapar anak aku... org sakit. Selera makan tak ada. Tapi sedap mmg dia makan banyak la...

Tuk tok mama.... Amani dengan mak abak amani ucapkan terima kasih... tok mmg the best! time amani masuk sepital, mak dia pun tumpang sekali dapat bekal makan... hua hua... bertambah terus berat badan. Cancel terus diet aku... habis apa ko nak buat kat sepital tu? dah la line internet tak ada... balik2 aku makan je la...

Makan bekal mak bagi

Makan bekal mak aku bagi

Makan bekal hospital bagi

Makan bekas makanan yang zamani bungkus tuk bini tersayang... hahahah bukan salah aku sbb dia tak tanya dah makan ke lum. Beli wa bedal jerk... kih kih kih...



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Wednesday, December 19, 2012

Besday Sultan Selangor

SELAMAT HARI JADI TUANKU... SEMOGA DI PANJANGKAN UMUR DAN DI LIMPAHKAN REZEKI DAN KESIHATAN KE ATAS TUANKU...

Wahhh mcm nak buat entry besday plak... Macam pergi je pun... Padahal aku lalu kat depan istana klang, ada acara. Bole pulak buat2 tanya Zamani...

'Ada apa eh kat istana sultan ni?'

Zamani pun....jawapannya????

'Entah... Ada la tu upacara rasmi hari ni.'

Wah kalau cuti hidup ko laki bini... Kalau tanya kenapa cuti hari ni. Pandai jawab besday sultan selangor. Bukan main lagi! Tapiii apa da kat istana? Ko punya besday je ko kena ingat sambut ka??? Hahaha... Dah balik baru terpikir...

'Ohhhh hari nikan besday sultan selangor. So tu la kot ada acara'

' oooooo yer yer...' Hahaha bengong!

Tapi nak cerita lain... Pestime bawak amani jalan2 kat taman tu... Selalu lalu je... Kali ni menyinggah. Nak berjalan window shopping, tengah bulan tak syok... Lagi anak dah pandai minta... Erkkk idok la... Makan hati. Bini pun dah pandai jugak... Hahaha ambik segala barang claim cukup bulan.


Malas nak pergi taman rakyat. Tak syok... Tunggu amani iman jalan baru la syok nak bawak jalan.


My baby yang syok main buai....


Alhamdulilla dia bukan la gayat sangat..


Budak ni hapy sungguh dapat naik buai...


Abak yang melayan anak kesayangan.


Playgroundyang sangat besar... Malas nak temankan amani iman main. Sbbnya dia tak pandai jalan. So mcm payah nak lepaskan dia main sendiri.


End up bawak dia ke air pancut. Memula dia suke tengok dari jauh tak tentu arah nak terjah. Dah dekat jadi takut dengan air pancut tu. Mungkin bunyi air tu yang buat dia jadi seram... So abak adalah mentor yang hebat... Ajar anak tuk pegang air tu...


Tersuka plak...


Terus confiden nak pegang air tu... Sudahnya tak nak turun dah... Heheh amani amani...

My small family...

Me, hubby and amani iman zulaikha... It will be nice if aryssa ada... May be akan lebih lengkap. Tak banyak sangat gambar family... Selalunya me and amani, amani dengan zamani... Dah setelah sekian lama dapat jugak...

Ramai puji amani nampak besar... Mmg besar pun budak ni... Macam kak nam tujuh.

Tengah syok berjalan- jalan, bahagian operation opis zamani call minya datang opis tuk approvedkan barang. Cuti2 pun kena kerja. Haiz... Dia bagi tau org kat opis dia, malam dia datang, but since we all tak ada benda nak buat pun kat rumah, aku cakap kalau tak keberatan, pergi je terus. Aku tak kisah. At least dapat jalan2... So we all ke opis zamani lepas tu... Sekejap je. Dia kena approvedkan kerja dia Than bole la balik... Kalau malam nak keluar lagi. Dah alang2 kata luar punkan?


Cik abang parking belakang kilang je... Sbb dia cakap senang sbb dia akan keluar belakang kilang ni nanti, cume dia msuk pintu depan sbb nak punch in jer... So terima la gambar buruk opis abang zamani korang yer... Hahaha...


Cik kakak kita menemani ibu dalam kereta... Main la kau!ho ho

Monday, December 17, 2012

Amani IMan first step

Gila golojoh update blog pasal anak...

Akhirnya 1setahun 3 bulan 4 hari! Amani mula langkah pertama dia. Sangat comei (bagiaku laaaaa) sbb dia sendiri teruja yang dia boleh nak berjalan. Kalau selama ni dia berdiri je. Tapi belagak, siap joget, tapi jalan tak boleh.

Semalam tengah buat air, tetiba dengar Zamani dengan Nenek tipah sorak lebih2. Amani iman pun terjerit2. Macam budak besar je bila dia cube tahan diri nak balance. Siap cakap jap!!! yes!!! hahah yup she said yes!!! siap dengan tangan2 lagi... adoi laaa... kecoh umah.

Dah tu dia cium me and Zamani lebih2... macam dia happy kita org tahu jalan.

Video untuk tatapan sendiri. Sok dia dah besar can show her... Her First Step.

Maap ler, teruja sikit... bukan apa anak org lain dah berlari dah. Anak sendiri nanti2. So bila dah boleh harus la teruja.

Lepas ni me and Zamani kena beli harness la... kang makin panjang kaki....

jom tengok video dia... and one more this!!! Dia dah pandai panggil me BU...

no Cida macam biasa dia panggil... hehehe. Ok sila abaikan suara mak dia yang terober tu yer!











Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Sunday, December 16, 2012

Baby Bop


Amani new toy... Mak ngah fidah belikan lagi... Sebab masuk hospital, mak ngah sefamily tak dtp nak dtg. Tapi tak pa mak ngah tak pernah miss call ibu amani tiap hari nak tahu progress amani iman kat sepital.

So weekend mak ngah datang dan abang rayyan pilihkan mainan tuk amani iman. Sweet abang long...abang long tak kasi mak dia beli barney. Sbb dia kata itu dia punya. Hahaha

Aku seram tengok baby Bop ni. Hahah dah rupa iguana. Kan kan kan... Tapi itu la anak oden suke. Tak pa la as long its not barbie... Oh tak boleh la... Aku geli tengok rambut dan rupa patung yang macam manusia ni... Me not like!


Teman tido amani iman... Dan boleh jadi tempat lepas geram amani iman jugak... Kalau dia marah dia campak baby bop. Itu kira oklah... Ada sekali dia tendang... Hahaha... Apa pun, mak ngah Fidah tq yer...

Next nak beli apa pulak? Hahaha

Eshhh adik aku nak bersalin tengah bulan 2 ni... Ingat nak siapkan kelengkapan bersalin dia... Itu je la aku boleh buat. Esh tak sabar nak tengok baby lagi... After si baby tua amani iman zulaikha!

Saturday, December 15, 2012

Hanya dengan pandang....

Macam mana nak cerita yer... ermmm mungkin dua kisah yang berbeza tapi berkait... dan terpikir, ini lah rancangan Allah yang kita tak mampu nak tahu.

Padahal aku tak kenal pun mamat ni... hanya nampak dia beberapa kali di hosp putrajaya bahagian kaunter pendaftaran. Setiap kali aku ke hospital putrajaya (check Amani Iman dan Zamani) aku selalu perhatikan mamat ni... dia tak la hansem mana... perwatakkan dia pun bukan la mcm lelaki yang wajib di tonton oleh semua wanita. Tapi terpanggil tuk aku tengok dia yang serius memanjang...

Kadang2 merungut dalam hati sbb org ramai tapi bila dia buat kerja sambil lewa...

Kadang2 aku puji dia sbb dia cepat melayan org, mean kaunter dia jadi laju tuk pendaftaran....

Kadang2 aku tertanya... dia ni ada masalah ke, muke tu senyum la sikit... org tanya pun macam tak nak jawab je...

 Kadang2 aku doa, bila kaunter2 lain penuh, than tiba pulak nombor giliran kami, aku doa supaya tak dapat dia... sbb muke masam.

Ada jugak bagitahu Zamani, tapi u know la my husband tu... bukan masalah dia nak ambik tahu lebih2. Paling tak kalau lambat pun dia bz main game.

Tapi dua hari lepas, aku ada terbaca blog blogger ni... kisah adik dia... aku tengok entry tu baru jugak dalam 2012... dalam bulan 8 macam tu... entry seorg kakak buat seorg adik yang meninggal. So terpanggil tuk baca.

Bila tengok gambar2 tu aku masih lagi tak perasaan. Tapikan.. bila kakak dia mention dia berkerja di kaunter hospital (tak sebut putrajaya) tetiba bayang mamat tadi tu aku nampak dulu... tanpa hint apa-apa yang perlu aku kaitkan dengan mamat tu... yer la kita tak kenal pun seseorg tukan?

Masih tak rasa org yang sama... kebetulan kot... bukan mamat kat putrajaya tu... tapi kakak dia mention peribadi dia, macam yang aku cakap la... dia nampak serius, garang. So sekali lagi macam tak sedap hati... eh takkan la... apa ni tetiba jantung aku degup kencang... pasal apa pulak?

Tapi bila dia sebut hospital putrajaya... aku jadi sedih...

Ya Allah... rasanya org yang sama... aku tengok balik gambar itu... mmg sama... tiba2 je aku jadi sedih. Tetiba je aku jadi berdosa... i dont know him... ko merunggut setiap kali tengok dia... but he is nice guy... nice adik... dah itu diri dia yang sebenar... Lagi la bila baca entry tu, ko terus tahu dia macammana... macammana dia meninggal.

Tapi betul ke org yang aku cakap dengan aku tengok /baca ni org yang sama? Atau pelanduk dua serupa?

Kalau la benar... Al-fatiha buat insan yang bernama "SHA***" tu... aku tahu pun dari entry kakak dia... Semoga dia tenang di sana...

Ini la manusia... hanya dengan PANDANGAN kita menilai baik buruk org....walaupun kita tak kenal org tu...walaupun kita kenal seseorg tu berpuluh tahun sekali pun kita tetap nak menilai, kita tetap nak cakap buruk, kita tetap tak bersyukur.

Tanpa pernah berbicara, kita nilaikan peribadi seseorg itu. Aku tak pernah berbual atau bercakap dengan mamat ni... i mean sepanjang menjalani rawatan  kat sepital tu, dia masih belum pernah panggil nombor aku. Habis bila nombor dekat, aku dok doa jangan dapat kaunter tu sbb takut tengok gaya dia. Hehehe... u know la zamani, malas bertanya harapkan bini dia yang berat mulut bertanya...kang kena marah tengking macammana?

Ajal dan maut tak kira usia... gitu juga dengan pertemuan dan perpisahan. Mengajar aku erti sabar. Dan jangan mudah memberi tanggapan pada org sama ada kenal mahupun tak kenal. Adat la kadang2 duduk sorg2 tu kita dok perhatikan org itu ini... pastu ringgan je nak tweet, nak update status fb cakap itu ini... mungkin itu rancangan Allah buat aku... Bukan pertemuan sbb Jodo sahaja. Ada tersirat di sebalik pertemuan dan mungkin juga lepas ni, bila kita buat salah pada org yang kita tak kenal, terlanggar bahu ke, org tersentuh kita ke, terjeling kita dengan benci ke, kita doakan yang baik tuk mereka...

Allah kalau nak tarik nikmat yang di beri sekejap jekan? tak perlu hint atau amaran... ermmm

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Friday, December 14, 2012

Menari pak maun

Siapa nak bawak amani iman ke majlis tari menari???



Zamani ada dinner malam ni... aku warning dia kot ada majlis tari menari jangan la lupa diri... ni bagi kebenaran ni... hahah yer ke? bole percaya ke ko ni cida?

Abg Zamani cakap dia nak menari macam ni... hahah sila kan...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us CidaZam bercerita lagi

Tua ke?

Terasa tua dah... dulu bukan main lagi di tegur jejaka2 (time blm kawin la). Dah kawin plak mostly kawan-kawan dan bekas2 scandle yang sibuk nak tahu perkembangan hidup... hahahah tak bole bla... but they are good one! dont worry... kalau niat tak baik dah lama wa blok kasi tak nampak bayang wa pun! Chewah...

Me and Zamani no secret. Kadang2 aku cerita, dia menyampah pun aku suruh dia dengar. Kang tak nak la dengar dari mulut org.

Tapi jangan risau la... sejak beranak ni, saham mmg jatuh merundum. Bayang2 nak masuk pasaran  pun tak layak... hahaha... tapi sekarang di tegur oleh???

ANAK KAWAN ok.....comei je rasa... dan terasa aku dah tua dah... hahaha

My friend ni mmg kawin awal. Kawan pertama masuk sekolah. Ingat lagi time masuk darjah satu. Aku mmg tak suke nak pergi sekolah. Nak duduk bawah ketiak mak je. Melalak2 la walaupun pernah je masuk tadika. Mengada! amani iman ko jangan ikut ibu dahhh....

So my friend ni la kawan yang pertama... terasa sangat di jaga bila ada dia... sampai la sekarang, we still friend. Tergelak2 bila ingatkan balik saat tukan... cis selalu perli aku kalau citer lama2 ni berulang lagi...

Sometime aku senyum tengok FB wall anak kawan aku ni... dia anak no 2... yang sulung dah 12 tahun dah umur. Ni yang adik. Mmg ramah. Kalau datang rumah aku pun tak segan nak berbual dan bergurau senda compare dengan abang sulung dia...sangat manja.

AZEAN!!! kau buat aku tua!!!! Y!!!! hahaha... Dia pulak jadi muda sbb semua kata dia bawak adik dia jalan2... cis! anak mu panggil ku auntie... panggil kakak terasa sangat syurga!


NAMPAK???ok kasi zoommmm



Well aku kat opis mmg on line, sbb FBkan boleh online. Kadang2 mereka yang tak ada YM or MSN tegur aku kat sini. Kadang2 jugak malas nak log in kat YM or MSN so peluang pada kawan2 tuk tegur saya di sini... wakaka...

Betul ini bukan la alasannnnn.... satu kebenaran... tak ada masa la nak update bagai. Kalau update pun aku akan update dr phone.

Ok menipu! sometime... so bila org tegur! oii makan gaji buta this and that... lantak korang la... uhuhu... sememangnya aku bz... update blog pun weekend MALAM!!!!! LEPAS AMANI IMAN TIDO! So cerita ada sikit kebasian...janji update... yer tak???

Free Image Hosting at www.ImageShack.us



Kasut baru


Budak ni tak reti nak jalan lagi... Tapi kasut kena tukar saiz... Sigh...

Saiz 5... Giant kaki ko ni nak... Agaknya sbb kaki tu saiz besar ko takut nak jalan eh????

Take time... Ni ko meniarap pun payah nak kejar... Kalau ada kaki??? Sedia la kena tambat nak oiiii

Thursday, December 13, 2012

Wipes

Pengunaan wipes pun boleh jadi isukan? To me nak lap bontot baby je. So tak perlulah nak mahal2... Nak beli kat mothercare bagai. Tapi opcoslah kalau wipes mahal ni adalah protection tuk protect baby skin bagai. Hygne kena jaga. Air kencing dan najis baby ni tajam. Tapi sejak amani iman dah mula makan, aku mmg gunekan wipes hanya untuk tanggalkan kotor kat bontot dia sajer. Lepas tu angkat ke singki basuh. Kena didik la, lagi la kita islam. Rasanya dah mula ajar anak tentang kebersihan dan cara bersuci.

Kita nak solat pun tak was was. walaupun najis budak ni tak berat tapi aku tetap was was. Kalau travel aku beli spry sajer. Tapi kat rumah mmg angkat amani basuh terus. Kalau dia tido pun aku gune spray je tuk bersihkan.

So kalau pasal penggunaan wipes aku tak kisah sangat.


Dalam banyak wipes, aku suka pakai anakku, prureen dan sbb dua2 jenama yang mahal ( aku boleh consider mahal la) 2 bungkus RM 13 to RM 15, agak mahal. Tapi aku suke sbb ada bau. So kalau sesak napas at least wipes ni membantu mengelakkan bau taik yang mencucuk2 hidung. Hahaha

Tapi try tesco choise ni, elok la... Wangi pun wangi. Murah jugak la serendah RM 8 dua bungkus. Lagi satu aku suke sbb ada penutup. Tak la kering jadinya.


Tapi kalau suruh cik tipah beli. Dia suke johnson and johnson ni. Aku dengan adik2 aku membesar dengan product johnson and johnson ni. Yer la zaman kitaorg mana la ada jenama lain. Sekarang bersepah2. Akibatnya mmg wipes yang paling atas tu kering sbb tak di tutup baik2. Oh ni lagi mahal... Dua bungkus RM 19 lebih?? Boleh beli tesco choise wipes tu 5 kot...

Tak ada bezanya punkan... Bukan jenama menjadi ukuran tapi kualiti barang. Mahal tak semestinya bagus.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails