Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Tuesday, November 19, 2013

4 years


Al - fatihah....

To my beloved little princess..... 






Ini satu2nya kenangan yang ibu ada, untuk tatapan ibu di kala rindu.... Dari Dia kamu datang, kepada Dia kamu pergi.... pemergian yang mencecah 4 tahun... kasih sayang tetap tidak berkurang, malah bertambah setiap hari...








Al - Fatihah... we miss you... every day....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Saturday, November 9, 2013

Safety first

Tora datang lagi!!!!!

Heheh tetiba je ko ni.... well korang jenis mak yang macammana? semua mak sayang anak, tak ada sorg pun mak dalam dunia ni tak sayang anak diorg. Dan semua mak dalam dunia ni adalah pelindung yang paling baik. Betul tak? Anak pun rasa selamat/selesa dalam jagaan mak kalau mereka terasa tak selamat.

Sila la tahu, laki aku yang nak masuk 38 tahun tu pun, kalau sakit, kalau susah, dia cari mak dia jugak.... such a baby abang long tu... muke je ganas... kalau sakit, ayooooo pening!

Ok aku tak kisah la macammana pun korang nak jaga anak... masing2 ada cara. Well aku pun ada cara aku juga. Ada setengah parents tak kisah anak tu jatuh. Bagi diorg selagi anak ni tak jatuh, dia tak belajar dr kesilapan yang diorg buat. TAPIIII beringat la kengkawan, kalau takat jatuh ok tak ada kecederaan tak pa. Kalau dah patah riuk? tak ke ko jugak yang susah jugak. Pengajaran budak tu dapat, dengan ko sekali dapat pengajaran...

Zamani selalu suruh aku bertenang... aku jenis mak yang

Eh ok ke???

Eh tak ada apa-apa ke??

Eh bole ke?

EH EH EH??? hahahah banyak eh kalau anak tu nak buat sesuatu. Dan effectnya amani iman pun takut2... dia tak takut dengan air je, kalau bole lompat dia lompat dalam air. Tu pun bila pk2 nak pakai pelampung or baju yang boleh buat dia terapung... hahahah teruk dah mak amani iman ni....

Time dia bersuka ria kat KLCC tu, bila abang zamani cakap dia risau takut amani iman jatuh sbb licin, otak aku dah generate patut pakaikan dia helmet. Hahaha.... pakaikan sepanjang jalan-jalan (habis la ko amani iman). Punya sampai ke situ terpikir. Imagine letak kat status FB pasal safety ni, ada yang suggest belikan amani iman basikat or roller blade! oh can not.... kalau nak jugak perlu pakai helmet full face....

Ahak! mmg aku jamin amani sure elakkan aktiviti tu...buat malu kat org dan kawan2 je....

Tapi itu la mak, kan? tengok anak jatuh, nangis, hati ko macam di koyak2... yang best anak jatuh nangis pun belum, ko dah gaduh laki bini, dia salahkan dia, asal tak jaga anak... pernah la gaduh dengan abang zamani korang bila amani iman jatuh... jatuh kat jalan bertar...dia kebetulan pakai gaun plak tu....  aku punya bingit dengan zamani macam dia tolak anak dia... hahaha tu namanya tindakkan reflek yer anak anak. Abang zamani korang plak macam tak faham plak bini dia,kan? Amani iman pun senyap tak jadi nangis tengok mak dia mengila... sampai kena tengking la dengan bapak dia....

'Ko ingat aku tolak dia ke!' wahhhhh kami gaduh mmg kau aku... sila jangan terkejut. Terus insap... hahaha

So hari tu tak lengah terus cari knee pad tuk amani iman... sekali tengok kasut sport. Looking at seliper/sandle dia, semua licin. So dia pun tak ada kasut sport shoe. Rasa sesuai la kalau ko nak berlari pun.

Cume berat sikit kasut tu buat amani iman tak selesa



Sok dah tahu naik basikal, kena belikan sarung tangan... (hahah over mak ko)



Cari kat Toy R us... RM 29.90... knee pad and elbow pad.


Yah its barbie!!!! ko mampu! aku tak suke Barbie tapi ni je yang ada... tak yah nak berkira sangat. Beli je...




Sebelum aku cerita.... erk mmg sekarang zaman kaler blokkan? Tengok gambar ni, baju purple, seluar hijau, kasut pink... nasib baik ko comel... kalau tak???

Biru ka merah ka....

Dia agak tak selesa... memula tak nak... tapi lama2 dia redha... pakai la... siap hentak2 lutut kat bucu meja tu... hahaha.... tak pa! hentak la... mmg itu tujuannya...

Kenapa aku belikan dia benda ala ni??? sbb amani iman kalau kita lepaskan dia kat taman ke mana2... dia buat taman sendiri. Keja dia berlari je... lari dan terus lari.... tak ada break. Mak dia pulak had muatan lebih, nak kejar kereta mini ni mmg payah la.... kang dengan mak jatuh...

Pink is the best kaler la... kena gak mengaku... sob sob sob.... ada warna lain tapi anak perempuan comel kalau pakai pink...

Amani agak kekok nak pakai kasut ni... berat dan tertutup, so agak rimas. Dia sampai belek kasut time pakai... agaknya dia tertanya! BESARNYA STOKIN!!! DAH TU BERAT!!! hhehehe



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Friday, November 8, 2013

Aku Ada....

November.....

Kamu datang lagi.... aku mula la nak touching2....

November, bila kau datang, usia perkenalan aku dan en somi dah melangkah 'tua' setahun.... begitu juga permergian puteri sulung kami meningkat setahun... kau istimewa...

Tetiba je teringat saat perkenalan... masing2 nak luahkan rasa chinta tu melalui lagu... ate tak romentik nak buat ayat sendiri. So apa je lagu yang lirik menikam jantung, mula la tuju lagu... hahaha... salah satu yang tak mungkin lupa lagu Once Aku ada...

Kau boleh acuhkan diriku
Dan anggap ku tak ada
Tapi takkan merubah perasaanku
Kepadamu

Kuyakin pasti suatu saat
Semua kan terjadi
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Selalu bersedia bahagiakanmu 
Apapun terjadi
Kujanjikan aku ada

Kau boleh jauhi diriku
Namun kupercaya
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Aku yang rela terluka
Untuk masa lalu





Sekarang dengar pun tersenyum2... walaupun lagu ni kalau dengar sekarang tak ada maknanya pun... uhuhu... but aku bersyukur Zamani yang aku kenal dulu dan sekarang adalah org yang sama... romantik tetap ada walaupun perhatian tu ada sikit lari... heheh

Terima kasih tak terhingga sebab menjadi seorg suami yang memahami... sama ada dia malas nak gaduh dengan aku so ikut je apa aku suke, aku pasti dia menghormati my feeling and hargai hati kecil isteri... ahak! Zamani suami yang balance... Syukur dia tak mudah terikut2 dengan perangai org ke apa... kalau dia tak suke, dia diam... so ko sendiri kena pandai figure kenapa dia jadi gitu. Tapi kalau dia suke, dia sokong kau habis2...

Yang buruk??? tipu la kalau aku cakap tak ada. Tapi kita patut menerima kekurangan pasangan kita... itu je... walaupun aku rasa nak cekik2 diri sendiri bila marah...

Mungkin juga sebelum kami berjumpa, kami dah berjumpa dan cube hidup dengan pasangan lain... so sbb itu jugak kami rasa ini yang terbaik... so tak baik pun kena terima juga...

NAK JUGAK!!!

NAK JUGAK!!!

WALAU TAK BESH!!! HAHAHA



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Thursday, November 7, 2013

Turn To Five

Selamat Hari Jadi to Aliya Farhana....

Lama betul nak bulan 10. Dan dia tak sabar. Awal bulan 10 dah request nak hadiah apa... sbb perwatakan dia yang 'kasar' bila dia minta hadiah tu, mak long macam confuse. Betul ke dia minta ni?

Tapi your wish is my command...

Di sebabkan mak long elegik dengan apa yang liya inginkan, so pemilihan hadiah mak long bagi pak long pilih... so kalau tak suke, sila salahkan citarasa pak long mu tu yer... hehehe....

Sambutan besday pada hari sabtu petang. Berkumpul rumah tok... tok masak special tuk besday gurl. Tak adalah sambutan yang besar, cukup sekadar yang datang semua ahli keluarga. Janji besday gurl suke...

 Adik beradik yang pakai tudung on the day... special sikit. Cepat betul budak2 ni membesar. Eloklah semua nak pakai tudung. Org ckp kalau nak didik, biar dari kecik. Diorg minat tak pa la... amani iman mmg pantang la benda atas kepala.

Termasuk budak ni.... sikit tak tarik tudung tukan... Amani iman koleksi tudung tu dah buat pameran je kat rumah. Jangan harap nak pakai.


Kek besday princess....


Birthday gurl and cake birthday princessnya...


Shy birthday gurl... tapi dia sangat excited sbb besday dia paling hujung... sepupu lain semua awal2... so dia menanti dengan penuh rasa berdebar... awal bulan 10 dia dah bercakap mengenai hadiah yang dia nak... kek apa yang dia impikan...


Tok mama buat bihun, laksa, kuih karipap, nuget tuk sambutan hari tu...

 First time mak long tengok aliya, aliya baru je 3 bulan (mummy lepas pantang) , now Aliya dah besar... keletah... bijak... manja... dan sweet...



See how tak sabar dia... menunggu saat menyambut hari jadi... im ready u uols!!! Nasib baik bukan amani...kalau amani mcm ni, mak long besar hati... apa je dia nak, apa je dia impikan insya Allah mak long akan tunaikan... hahah hulur list belanja je kat pak long... kan pak long...kan kan kan... hahaha... mmg mak long minta penampar je dr pak long kalau macam tu... uhuhuh....


Bacaan doa dr wan buat cucu... normal rutin setiap kali sambutan hari jadi... tak kira la siapa pun...


 Ya Allah...jadikan Nur Aliya Farhana sebagai anak yang soleha... yang mendengar nasihat kedua org tuanya... jadikan dia hamba yang sentiasa takut pada azabMu... jadikan dia kakak dan adik yang baik, yang sentiasa menolong adik-adik dan kakaknya serta MAK LONG... hehehe....


Aliya dengan hadiah harijadinya.... walaupun mak long tengok pun Aliya agak kekok main, tapi belasah je la... as long Aliya happy... so Aliya Farhana...

Happy birthday Darling



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Tuesday, November 5, 2013

Kenangan....

Salam...


Nangis kalau tengok gambar di zaman dulu2kan.... Tapi hopefully tak menjadi la kesalahan nak upload kat facebook or blog ni, ken....

Pencetus motivasi? Nahhhh mungkin. Duduk la sebelah tong drum. Untung2 org tak nampak ko la dik. Hahaha... So sekarang nak sedapkan hati, tiap hari belek gambar lama... Sekurang2nya saya pernah kurus. Dan menjaga penampilan saya sebagai perempuan. Tunjuk kat amani esok, tak la dia sedih sama. Hahaha...tak la dia cakap atau mempersoalkan asal bapak dia boleh tangkap cinta dengan mak dia... Than betapa ruginya kau ikut muke abak.... Hahaha mesti kau tertanya2 nak, asal tak muke ibu. Kah kah kah...

Ayat nak sedapkan diri... Well gambar2 zaman jahiliah kita simpan je ler la yer...ni yang halal tuk di tunjukkan.

Ekceli aku nak tunjuk gambar back 2000 to 2001 kot... Time ni we all habis UTM buat diploma. Ini adalah kawan me yang terbaik... Tah... Dont know any list friend yang 'baik' tapi mereka yang terbaik. Sampai la sekarang. Alhamdulilla...

Let me re call this picture... Time ni daku kesedihan. Sedih pasal apa? Cinta je le... Bodo sungguh... Tapi tak tahu boipren mana satu. Hahaha banyak bebenor. Pakai tudung ni pun tak tahu kenapa. Sbb aku belum berhijab pun this time... Sbb me and linda sepesen... Kembar... Org cakap kami kembar. Dia tak pakai tudung this time. Tapi asal aku pakai eh? Tak ingat la...






Me and linda, everything nak sama... Kawan yang until sekarang aku rasa yang terbaik... Kawan yg menegakkakn keadilan kawan2... Sekarang ni ada lagi ke? Aku putus cinta, dia pun nangis sama... Motip? Husband dia cinta dia dari kami kat UTM sampai la sekarang... Hubby dia yang berambut panjang, nenek dengan sedara mara aku kat melaka tu tak berkenan panggil dia kutu rayau yang tak layak la kot kalau nak buat suami... Tapi Alhamdulillahkan... Hahah mati kena pijak dengan si Salleh der! Bila jumpa re call, mesti gelak... Tapi linda dan Salleh kawan yang paling baik... Hahah diorg tolong aku pun so diorg bole dating... Kah kah kah....

Aikan banyak masalah dalamam... Tanpa diorg tah la....





Linda, me and ely... Three of us... Bergambar. Time ni tak decide lagi nak sambung Degree kat melaka. Kan dah habis buat diploma... Yah... Now i ingat... We all keluar sbb pikir, aku akan balik klang for good. Time ni mar pun baru beli kereta... Kancil dulukan fofular... Hehehe so meronda2 la kami...





Linda, mar dan ely pulak.... Heheh zaman ni phone pun yang baling anjing....camera pun tak ada. So gambar manual... Sorg kena ambikkan... Jadi bertukar-tukar la kami...






Mar, elly and me.... Nangis tengok potongN badan yang kalah semut... Hahaha... Berapa saiz pinggang aku? 27... Yer tu paling kecik... Nampak je halus tapi seluar aku paling kecik 27 time ni. Rangka besar... Sekecik2 aku, seluar si fidah pun aku tak muat... Gila sampai 24... Heheh doluuuuuu....













Rindu saat dulu.... We all cube buat outing bulan 5 hari tu... Mereka tetap mcm dulu... Sama... We still in touch sbb kami tahu kami terbaik. Hahahaha...

Linda... Dia masih kawan yang suke bergurau senda. Kadang2 gurau dia sangat2 kasar... Tapi dia seorg yang terbuka... Tak suke dia cakap tak suke. Salah ko tetap salah...

Ely.... Seorg kawan yang suke menolong kawan dan bagi pendapat yang panjang lebar... Hahaha... Org gune short cut tpi dia still gune jalan lama... Adoi yaiiii.... Teringat dia terangkan pasal nak beli rumah... Sampai ke kementerian dia check itu ini... Dia seorg yang berjaga2... Berkira.... Tapi bukan berkira yang kedekut tu... Dia ni kira betul accountant... Kalau buat apa, semua faktor dia akan ambil kira... We all suke dia yang pikirkan masalah tuk kita.... Hahaha...tahuh2 ada penyelesaian...

Marr... Kawan yang ko boleh berkongsi segala rahsia. Dan dia sendiri seorg yang berahsia. Bayangkan for 3 years kot kawan, dia selalu ulang alik hujung minggu ke Port Dickson...padahal dia org rembau... Apa je dia ke PD. Rupanya boyfriend org sana... Cis.... Sampai ke sudah we all tak tahu. Dan penampilan dia yang biasa2... Siapa tahu bapak datang bawak kereta mercs dengan pemandu sekali. Tunggu depan kolej... Kawan baik pun tak tahu kan... Tetiba sentap seminggu.... Kenapa nak sorok semua...she low profile. Pantang kawan susah, mesti nak tolong....

Itu la kawan2 saya.....

- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, October 31, 2013

Terima kasih


Salam...

Perh.... aku ingat aku dah publish entry ni! Tapi ada dalam draft... adoi la hai... apa la nak jadi dengan aku ni. Nanyuk...

Maap la yer

Buat yang mengigati Amani Iman on her besday, saya ucapkan berbanyak terima kasih.... sebenarnya aku jemput korang ke majlis harijadi dia bukan la nak hadiah semata2.... sajer nak bagi amani iman gembira on her day.  Tapi terima kasih sangat la pada yang tak hadir tapi sudi ingat Amani Iman...

Aku dah blog agak lama... so ada juga reader yang lama yang ikuti perkembangan aku dari belum kawin sampai la sekarang... sangat terharu... tq...

Lepas besday amani iman, adik angkat aku yang aku kenal dia dr blog ni hantar hadiah tuk amani iman... suke la mak cik tu dapat bear... 



Hadiah tuk Amani Iman.... posman dah ronyokkan... cantik paper beg...

 
Nama pun anak perempuankan? Suke benda yang cantik2 macam mak dia... ahahaha... so bukak2 ada purple bear.... 



New friend.... Amani Iman with Purple bear....



Terus jatuh cintakan... nak ambik gambar pun lari2... stress mak cik... takut sangat org nak ambik bear dia...


Di facebook aku ada mention, amani iman kalau pergi shopping, kalau dia nampak Mickey dia akan lari cubaan tuk selamatkan mickey... ha ni pun sama... larikan diri takut mak pak dia ambik bear tu dari dia... oh anak!

 Kau mampu suruh bear tengok video??? hahahah... sayang sangat sampai tengok kena sama2.... aku pulak suke kacau dia... last2...


Cube ar ibu ambik! ini saya punya... milik saya.... kedekut anak aden ni... ikut siapa tah.... *jeling Zamani*

Apa pun to Anna dan Hafiz terima kasih banyak2 yer..... susah2 je post dari Kelantan....

Satu lagi cerita, Amani iman dah rasmikan separuh hadiah dia dapat... anratanya barang yang pak ngah nizam dan mak ngah nadia bagi tuk besday dia... bekas mickey... bukan main melangit puji...

Usshhhh shedap asik Mickey ( sedap nasi mickey)


 Bekas ari mickey pulak dari mak long Marina dan Pak long Amir....

 Bersunguh dia makan... walaupun merobek hati mak dia nak kemas lepas tu... tak pa la nak... janji kau makan eh!




Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Drama Mode S4

Entry lama.... tapi sajer je nak kongsi...

Suke mode Drama S4... tapi tu la, saya seorg yang tak sabar. Nak ambik gambar pakai mode ni kena penuh kesabaran. Tapi tuk the Farhana, depa tak kisah sangat. Lari laaaa 80 kali pun... hahah bila tak jadi buat balik, lari hujung ke hujung. So jangan di soalkan kenapa depa kuruih noooo...




Ku bagi arahan, jalannnnnn jangan berhenti.... hahaha...



This one nicekan? Lari laju sangat pun tak dapat nak capture...



Aliya pun bersedia.... suke sangat turun naik bukit yer anak2???



Gambar ni specialkan... Aisyah dengan Aliya gerak sama... and of coz, aisyah gerak paling laju so capture gambar dua. Atas dan bawah... Aliya pulak step by step... hahah siap bengang dengan kak long... dia jalan dulu tapi hasil tangkapan gambar, kak long dah ke bawah....



Hahah yang ni Aliya nak tukar tempat, still kak long menang, siap capture gambar kak long yang nak tengok hasil gambar ke arah juru gambar yang tak bertauliah... hahaha



Tuk Adyra pulak, patut jangan di tegur.... ni pun tak leh nampak camera... tengah jalan berhenti posing, hasilnya??? twin....

Dan yang paling best bila cik debab kita naik bukit...



Usaha naik bukit.... that's my baby!!!! dont stop yer nak... teruskan jalan tanpa menoleh ke belakang... kamu pasti akan berjaya...

Amani kalau suruh lari, dia mmg juara....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Tuesday, October 29, 2013

kenduri kawin

Salam...

Sabtu lepas, kami sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan budak opis aku... Dia org rawang tapi kawin dengan org klang. So we all decided to attend majlis kat Klang. Dokat dengan rumah.

Apa ke heinya bahasa aku sangat skema??? Hahaha... Nak ke Rawang perhhh jauhnya... Tahu je la abang Zamani... Ikut mood dia. Nak kata TAK pada bininya mmg taklah... Bila ikut tak suke pendam dalam hati... Hahaha... Takut bini ke sayang bini? Or tak sanggup tengok muncung bini yang sedepa nanti? Hahaha

Korang tahukan aku kerja hari sabtu alternate. So kebetulan tak kerja last saturday... Budak2 opis plak yang kerja terus dr opis. Tapi mmg sajer pergi pukul 1. Bukan apa... Senang la ada kawan. Taklah kebosanan... Budak2 opis aku semua sporting... Tak la buat haluan masing2. Kalau kata nak gi, gi sesama...

Yang kawin ni opis mate kami... shakirool...

Sejak amani iman lasak ni, kerja paparazi kurang... Payah... Ko sanggup ambik gambar? Sedangkan anak ko tak bole duduk diam... Abang zamani yang dulu kerja sukarelawan telah letak jawatan. Kerja sepenuh masa kejar anak... Perh stamina amani iman mmg susah nak di duga... Ikut genetik mak dia, mak diakan lembab macam siput... Tapi ini budak... Ayo tak reti penat.

So ikhsan dari budak opis...sila watsapp gambar2....




Time sampai je, mmg time bersanding. Bagus.... Simple je diorg ni...


Tengah masuk dewan pun bole berbual2... Kau mampu?? Hahaha....sempoi tul si shak ni...


Ni je yang aku mampu snap dr phone aku... Lepas tu mengejar si amani iman yang buas buat dewan tu, dewan lumba lari...


Clear pic... Terbaek....



Bila ada geng lagi seronok... Laluan pengantin, jadi track lumba lari antara amani iman dengan si Akiera (anak opis mate)


Anak siapa la.... Dah besar sok jadi olaraga yer amani iman...


Tak boleh duduk diam... Lagi ada kawan, lagi panjang langkah. Time ni Zamani mmg take over tengok dia...


Yang tak tahan depa minat pokok hiasan tepi tu....


Hahah siap mendongak cari apa agaknya,kan? Hahaha

Tak banyak nak ambik gambar... Ada anak mmg susah sikit nak menjalankan tugas sebagai blogger. Tapi tak apa... Amani tak menyusahkan punnnnnn....



Gambar budak2 opis...



Aku suke gambar shakirool kat frame tu... Hahah menarikkan? Bila ambik gambar mcm ni macam ambik gambar dengan'orang'. Pengantinkan selalu bz... Heheh.


Girlssssss...... Me? Hahah balik sudah... Anak dah tak tentu arah nak berlari...



Anak ku Amani Iman.....



Budak yang sibuk nak tahu apa dalam kotak berkat kenduri kawin....


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Tun Abdul Razak,Klang,Malaysia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails