Tuesday, October 19, 2010
Buat aku ketagih dan gemuk
Sekarang dah macam KENA ambik tiap2 minggu. Murah pun murah RM 4 henget je... tapi tah... sedap ku rasa melampau2...
Ekceli aku minat Secret resepi punya, tapi mahal... mau bengkok abang kesayang ku itu... jelly dia tu penambah perisa...yum yum...
Seminggu makan luar, seminggu sebat air ni... dan dalam seminggu berat ku naik 2 kg!!!!! oh tidakkkkkkk selamat tinggal ais belen choc ku...
Monday, October 18, 2010
Inai merah di jari
Lama betul tak jumpa diorg. Kebetulan mak sekarang dah bz dengan tempahan jamuan makan. So kena korban sikit tak dapat nak ambik cucu-cucu. Che ta dengan Mr Ana pun susah sikit nak datang Shah Alam sbb ada baby kecikkan? So boleh la tahu kepayahan, kalau Mr Ana gi kerja takkan che ta nak drive dengan bebudak tu? Kang Aliya smack down Qayyum habis...
So kena la tunggu hujung minggu... senang tunggu Mr Ana jadi drebar.
Than since mak su ijat kena Cagu, Tok mama buat la inai tuk mak su Ijat pakai. Org kata kalau cagu ubatnya inai... sejuk dan cepat kecut. So bila dah buat, maka yang balennya bagi bebudak ni la... mmg happy la bila tok mama offer pakai inai...
Tapi ni kali pertama mak pakaikan Aisyah inai jenis daun ni. Selalu tube je. 5 minit cuci. Tapi kalau benda nikan berejam2 ko kena tunggu. Bebudak ni boleh ilang sabar.
:: Lebihan inai yang ada, cukup la tuk 10 jari yang cute mute tu ::
:: Aliya yang menunggu turn dia pakai::
:: Lepas kak long (Aisyah) , kak ngah (Aliya) plak ::
Sajer je aku usik Aisyah...
Aku :- Eh nak kawin eh?? Pakai inai??
Aisyah :- Mana ada?
Aku :- Ye la jadi pengantinkan kena pakai... Aiysah nak kawin dengan siapa?
Terus nangis... hahah alamak! kena kawin paksa ka??? lariksss...
Tapi pakai yang jenis ni, mmg tak tahan. Lengguh satu hal. Kalau budak mana nak tahan. Kejap je la. Nak basuh. Aliya plak berkali2 terlangar barang, terus janaman.
:: Hasil tangan si Aisyah::
Lepas buat ni terus minta cuci. Sbb dia biasa pakai yang tube tu... 5 minit je dah merah menyala. So ynag ni mmg kena tunggu lama sikit.
:: Jari-jari comel Aliya::
Working at 5 am??
Bila ku balik macam ni la keadaan suami ku...
Hahaha... aku yang naik rimas cara dia tido... tak sakit ka badan? Nak kejut selalu kesian, tengah sedap tidokan? Ermmm Zamani kalau dah tido yang boleh buat dia terkejut pun hanya dengar suara mak atau abak... yang lain, jangan bermimpi nak bangunkan dia.
Dasyat tak dasyat la... sampai nangis2 aku kalau nak kejutkan dia. End up selalu tersentap. Hahaha...
Macam ni la Zamani, dia kalau mengantuk dia boleh tido mcm2 gaya... hahaha... Sbb tu kalau sampai uma, aku akan buat kerja siap2... masak ke apa ke. Tapi minggu lepas tak masak sbb daku sakit. Tu pun paksa diri tuk basuh and lipat baju je.
Tapi minggu ni Insya Allah. Bak kata Awie
"Kak long nak bangunkan along kena sebut nama panjang dia... sbb abak selalu kejukkan kitaorg sebut nama panjang. Konfem ar bangun sbb mcm sesuatu kalau nama tu di sebut panjang...."
Ermmmm dah terlebih panjang dah ku sebut...jangan kata gerak... dengkur makin kuat... korang ingat ni kisah dongeng? Dah cukup la time gi Singapore... dia punya penat sampai tertido kat hall. Tengok aku kejut yang lain pun leh jadi hijau sama. Balqis anak (zy) siap telek, tepuk tangan Zamani, mmg tak bangun. Its like when he sleep, he shut down all system terus. Dan yang teruk bini dia lakan? Sampai ari tu kereta ku tak leh start kat opis. Nak nangis call tak angkat. Nasib kawan opis tak balik lagi, tumpang dia balik. Kalau tak?? tunggu je la sampai dia bangun... time tu aku kejung tunggu dia sorg2...
Tapikan... bila jadi macam ni. Rasa macam nak beli sofa bed. Senang sikitkan nak tido. Bukan apa, kalau tak bangun akak pun leh join sekali... jeng jeng jeng!
Sama tapi tak serupa
Ok korang tahukan? Tak tahu meh aku cerita. Aku mmg suke kalau nak pakai boria dengan Zamani... hahah biasalah korang pun suke kalau boriakan? Kalau tak pun warna sama lebih kurang halal pun tak pa? Betul tak?
Macam aku dulu pueh la nak mencari baju perempuan dengan lelaki. So selalunya aku akan cari baju T yang ladies maklumlah badan kurus dulu...
:: Baju fav kami... "Super" ::
:: Baju Liverpool kami, hadiah pertunangan dari mak cu and pak cu ::
Lepas kawin dah bertudung, tahu2 la baju t-shirt ladieskan kecik2...akak sedar diri... hahah nak bagi alasan pakai tudung, kata je la shape body dah lari banyak...kan kan kan?
Selalu je di tegur... sampai adik Zamani perli
"Korang nak kena pakai baju mesti sama eh?"
Alaaa kang korang ada bini korang tahan je la telinga... abang mu pun sama gak, tak pakai baju yang kak long beli kang kak long tersentap, dah kena tido mengadap dinding...wakakak...
Kira ok la tu... sok jadi macam che ta and Family, dah jadi umah sukan. Wakaka... kalau hijau semua sampai aisyah, aliya kena pakai baju hijau. Ha baru harmoni. Tunggu aku ada anak, aku buat warna pasukan umah. Kijam tak?
Tapi Zamani jenis tak kisah. Dulu muke kelat jugak la. Bila tengok aku beli baju mesti sama dengan dia. Tapi dia dah rasa fun kot. Sekarang dia over dari akak lak...
Now kat uptown ada jual t-shirt lelong... murah jerk RM 10. Tapi design satu2 baju tu mmg satu. Cume kaler2 banyak la. Habis selongkar nak cari baju yang sama. Tapi sure tak ada. Yang ada kaler yang lain. So time nak raya tu Zamani beli baju ni...

Sepuluh henget jugak. Zamani berkenan yang biru sbb dia tak ada baju kaler biru tu. So baju tu ada 2 kaler lagi, puteh dan merah. Puteh banyak sangat. So aku ambik merah.
Dah satu lagi dah jadi fav abang Jamani korang. Asal basuh, dia pakai. Asal basuh dia pakai. macam bebudak sikit suami ku ni. Sbb dia kalau dah ada satu fav baju tu, dia akan pakai. Yang penat bini dia la... penat tak ilang lagi basuh, sidai, lipat gosok. Tahu2 dia pakai... chet!
:: My one, always prefer black ::
:: time ni Zamani pakai baju tu... so paksa dia duduk betul2 nak ambik masuk blog :
:: His fav shirt now ::
First time dia pakai baju ni dah kena kuah sambal... perhhhh... pueh la akak menyental. Tapi tak pa baju murah tak la terkilan sangat. Kalau lebih RM 10... akak akan bertukar menjadi ijau ok... yer sila tahu akak korang ni kedekut...lalalala
Saturday, October 16, 2010
Thank you readers
Wahhh buget fufular lagi... *lambai tangan ala ala ratu*
Korang mmg best! Lately aku tersenyum bila ada org tegur kat Facebook and let me know korang adalah silent reader aku... aku tak marah, tapi suke sbb boleh la aku tambah kenalan.
Aku tak nafikan ada jugak kawan-kawan yang aku kenal baca menarik sekali kawan2 office, kawan2 sekolah, university semua baca sama blog yang tah apa-apa tu... (Blog aku eh, bukan Blog si Deqna) lariksssss....sejak aku bukak page Singgah Sebentar kat FB tu, Alhamdulilla aku dapat la lihat mereka yang aku tak kenal. Of coz ada invitation...hahaha yang invitation tu aku PAKSA korang suke aku...lalalal kejikan? Kalau tak tak mo geng!
Yang best Zamani pun kena ooooo... cepat2 dia clik "like" sbb bini dia memekak , dan ulang kata2 pedas berulang kali... *gelak syaiton*
Me :- B! Tak clik "like" kat page i pun?
Zamani :- Page apa?
Buat tak tahu ke saje tak nak tahu??? ha!!!
Me :- Alaaa... i buat page kat Facebook... you tak clik pun.
Dengan muke sedih tengok dah 19 org clik 'like' tapi nama suami aku tak ada...korang boleh bayangkan tak? *statmennt cari pasal* dulu bukan main, dia sahaja yang tahu apa aku buat dengan blog tu...
Me :- Eshhh... dah ada 19 org like my page! 19 org.... 19 org b! B dengar tak 19 org.... mak abak pun siang2 dah clik like... bukan susah pun... bla bla bla.... 19 org B...19 19 19
Hahah bini gila siko ko ulang 19 kali....
Zamani buat muke... action konon tak tahu...hahahah...
Me :- Tak sangka betul.... 19 org ooooo... tak pa la... nak buat macammana, dulu belum kawin bla bla bla...sob sob sob... dah kawin...bla bla bla
Zamani :- Dah dah... i dah like blog you... eshhhh paksa org lak suke blog dia...tu i dah jadi org ke 20! Pueh hati mu...
Me :- Ermmm patutnya sebagai suami you patut jadi yang pertama....bla bla bla
Hahahaha... nasib baik korang tak duduk satu umah dengan aku. Kalau tak kena jugak paksa... lalalala... ni jumpa Fida, aku zikir la pulak kat telinga dia... suke la suke la... kah kah kah.
Tapi hanya pada meraka yang aku kenal la... giler apa. Tak ada paksaan tuk korang baca. Tapi blog aku dah bela singa... nampak singa kat tepi tu??? ha??? paksaan jugak tu... ikut aku cepat! Kalau tak dia geget... wakakak... kang kalau korang termimpi2 i tak tahu yer...
Apa pun you all thanks alot...
Sian ai kan nan ado kawan... eh siapa cakap tak ada kawan??? Korang la kawan2 aku... sbb aku tahu di saat aku sedih korang ada di belakang aku. Korang simpati dan banyak bagi nasihat. Di saat aku happy jugak, korang ada tersenyum sama. Terima kasih korang yer...
Friday, October 15, 2010
Thank you Acik Unggu...
Gapo dio? Benda alah yang aku try buat 3 hari tak buleh2... Masuk blog mama amani ni, sekali tengok dia dah buat??? Mana leh jadi! Dengan muke yang tebal, tanya di macammana nak linkkan kat blog.
Masalahnya aku tak dpt link page singgah sebentar dalam FB... binawe betul! Jadi dengan baiknya Puan Eida telah membantu dengan memberi link saya... terus jadi... teruja lebih2...
Tak dapat ku nak membalas kebaikan dia... special entry kira okeh la yer. Bukan aku tak nak ajo korang. Tapi seyes aku buat page tu pun main try and error je. Sekali jadi macam tu. So step kelam kelibut.
So Eida... thanks yer atas tunjuk ajar anda. Sanggat kagum... hahah mesti dia pun nan ado mud nak kerja ni... copat je dia membalas msg aku... i love you la amani! eh nama anak plak...hehe ok lah kang sebut nama En Shukri lain plak... hahah lariksss ampun.... jangan kata Yus dengan Zamani sekali tampo aku laju2... uhuhuhu. Ok gurau je...
Thanks friend...
Mohd Affendi? Siapa ni?
Ok aku register one number fon ni. Kira nak dekat setahun jugak la dengan service provide ni. Tah nombor siapa tah aku pakai sekarang. Sampai sekarang ni jugaklah org dok cari mamat ni... Mohd Affendi... perhhhh yang call semua bukan main lagi...
Pihak bank call banyak kali... dok cari... masalahnya aku sampai kenal plak suara minah bank tu. Berpuluh kali cakap wrong number tak jugak faham bahasa. Bila kata wrong number than dia letak je. Sampai one day call lagi kena maki la minah tu.
Tak bosan ke call org? Saya sampai kenal suara awak. Ini number saya, saya tak kenal siapa Mohd Affendi.
Than tah siapa2 cari mamat ni jugak... Suara macam nak gaduh pun ada. Macam aku sorokkan si Affendi. Eh tak ada kerja la.
Sms during raya ke apa jangan la cakap. Melambak2 wish, jemputan umah terbuka pluss jemputan kawin pun ada. Tapi Sms pun aku tak kisah sangat.
Dua minggu lepas tu dpt sms pukul 2 pagi... scray tak???
~Lu suruh fahmi of tpn dia sblm gua baling tengah jalan!~ Dah la mamai... dapat sms mcm tu... apa ni? Nasib ko la FAHMI kalau fon ko kena campak... aku bukan Affendi
Dan dua ari lepas??? Ada perempuan call...
Number tu selalu miscall je. Tapi aku malas nak jawab kalau number tak kenal ni. Tapi kali ni ku biarkan dia bunyi lama. So angkat. Dah buget mesti cari Affendi
Perempuan tu :- Affendi mana?
Aik... salam nan ado... tanya bukan main baik lagi?
Aku :- Wrong number
Aku terus letak fon... than dia call lagi.
Perempuan tu :- Mana Affendi?
Aku :- Salah nombor la. Tak ada org nama Affendi kat sini
Perempuan tu :- Awak ni siapa ni?
Cukup pantang betul aku. Ko call aku ko tanya aku siapa?
Aku :- Awak nak cakap dengan affendikan? Tak ada org nama Affendi. Saya dah pakai num ni setahun lebih dah. Mmg semua cari Affendi. Ini fon saya, bukan Affendi. Awak ni siapa?
Ha! geram sungguh. Dah call org dan org kata salah number lagi tak percaya. Gila apa?! Gi cek la number ni kat center provider tu. Atas nama Affendi ke nama aku?!! Tak percaya jugak?
Perempuan tu :- Saya ni isteri dia....
Sore nak nangis... sudah! Aku peduli apa? Kalau isteri Ana Norzamani harus la aku naik hangin. Dah memang aku tak kenal siapa Affendi. Tapi dah dengar suara dia macam nak nangis tu kesian jugak la... kata isteri. Aku dah pakai nombor ni setahun lebih. Mesti Affendi ni menghilang diri.
Aku :- Ini nombor saya. Saya dah pakai nombor ni setahun dah,kak.
Terus perempuan ni jadi agresive...
Perempuan itu :- Tak pa.... nanti akak telefon balik!
I was like... woit!!! Dia terus letak. Aku dah buat aduan ok tapi diorg cakap tak leh nak buat apa-apa... boleh tak mana-mana service provider next time kalau nak recylce nombor, tunggu setahun ke atas bule? Tak la menyusahkan org. Bodo!
Than sampai sekarang perempuan tu asik call. Tapi dengar suara aku dia letak. Mis call lagi. Aku rasa geram plak
Than berbual dengan Zamani...
Aku :- Dia kata apa tau b... 'Saya bini dia'... ada aku kisah. Suami aku Zamani...
Zamani :- HA! ni b nak bagitahu ayang...kalau ada pompuan cakap dia isteri Zamani, tolong! minta tolong jangan nak main sergah B je... minta tolong sangat yer... apa pun tanya. Macam kes ni... kot laki dia nama sama macam B, ayang percaya, ayang confirm serang B... dah banyak kali tau ayang selalu nak dengar cakap org, masam muke... serang B...
Aikkkkk terkena plak! heheheh
Aku :- B cakap macam B buat je?
Zamani :- See ini yang i cube nak cakap.
Yer yer saya salah...
Zamani :- Celah mana b nak kawin kalau kita selalu sama? Pernah nampak B pergi mana2 tanpa ayang? Kalau ada pun keluar kerja. Kalau B kuar dengan kawan2 B pun, paling lama 3 jam. 3 jam nak kawin apa? Dah tu duit B semua ayang pegangkan? Celah mana nak kawin dengan anak org?
Ku muncung... yer yer...
Zamani :- So ada apa-apa, ask me first. Kalau you tengok i tergagap ke, apa ke, than nak maki, maki. I mmg tak suke org nak marah2 tanpa usul periksa. You pun tak suke kan kalau i tetiba sergah you marah tak tentu pasal.
Yer yer.... insya Allah... tak janji... heheheh
Singgah Sebentar now in FB
Biasalah mengisi masa lapang... tak ada kerja cari kerja. Ekceli aku buat mcm ni sbb nak senangkan korang jugak... aku faham korang agak susah nak tinggalkan jejak kat blog ni. Aku pun tak tahu siapa yang baca blog aku ni. Dan kalau boleh nak la berkenalan. Org kata biar ramai kawan. Pengalaman blog lama membuatkan aku ada 'serik' sikit nak open komen. So sori pasal benda tu.
Walaupun aku tapis, tapi tetap lepas... biasalah org kalau tak suke kita, diorg akan cube sedaya upaya nak tunjukkan diri tapi menutup identiti sendiri. Dan aku mmg jenis tak leh kena serang macam ni... hati lembut... hakkkk tuiiii lembut. Kang sedih lebih2. Dok teringat berhari2. So nanti jiwa sendiri kacau. Kalau korang rasa aku ni 'over' korang bagi tahu aku tau...jangan serang-serang... tak mo eh.
Macammana nak bagi tahu aku??? ermmmm.... since blog ni one way communication. Maka ku connect blog dengan twitter dan Facebook... dunia semakin maju... wakakak... harusla kita gunekan sebaik mungkin. Thanks to bloger2yang tak kedekut ilmu.
Dah tu semalam tak ada kerja, dok nak buat benda lain tetiba terbuat lak page kat FB... hahaha belasah!

Seronok kat blog pun leh tengok status FB. Ingat nak buat macam ni. Dah jadi lain plak... seronok buat page kat FB... mula la terpikir nak linkkan blog dengan page ni.
Lepas tu Zamani balik kerja tanya aku kenapa dia tak leh view gambar2... apa??? chewah panic! May be line opis dia tak elok. Ataupun opis dia dah tak bagi dia view blog aku dah... wakakak... tu yang terpikir tu. Buat so kat FB pun org boleh baca blog aku.
Tak kisah la korang kata aku perasan ke apa... ada tak ada org baca blog ni pun aku tak kisah... *ayat merajuk*...

Gambar semua full... tak yah nak tunggu download ke apa... baca sudah yer anak-anak...
Thursday, October 14, 2010
Perihal Pilih Menantu...
Habis la bakal isteri/suami si abang dengan Alesya... mak kamu sangat brutal sekali dalam memilih menantu... wakakak so berhati2 dari sekarang ye... korang baca la. Baca dan faham bukan masuk ikut mata kuar ikut mulut.
Kena ingat mak bapak org tak sama dengan mak bapak kita. Kalau mak bapak kita boleh tahan dengan kita tak bermakna mak apak org lain boleh tahan dengan perangai kita. Hidup umahtangga ni banyak paternnya... tak semua sama. Tapi kena perbaiki supaya org tak mengata. Macam aku, aku sensitip sikit. Org mengata pasal diri kita,umahtangga kita, bole tersentap oooo... tak ada maknanya nak tebalkan muke terima apa org cakap pasal keburukan kita. Malu tau...
Mak bapak mertua saya tidak la sempurna, tapi bab kebajikan anak cucu ni mmg priority diorg. Walaupun mereka tak pernah kisah macammana umahtangga anak2, tapi sesekali bukak mata, fahami perasaan dia sebagai seorg ibu. Sama juga buat suami saya tu. Bukak mata, mak mertua mu sedih bila kamu membiarkan anak dia terkontang kating dan kamu bz main game....wakakak mati tu statement bini dia, ada kena mengena dengan mak mertua dia... ha ha ha...
Aku takut sangat kalau tingkah laku ku ini boleh menyinggung perasaan mak ayah mertua ni. Bukan apa kita nak hidup sebagai keluarga selamanya. Dalam erti kata lain, bila ko dah kawin, mereka automatik jadi mak ayah kita. So suka atau tak kena terima. Kena adil dan saksama. Kadang2 org2 tua ni bukan nak sangat kita mewahkan diorg dengan barang. Cume masa kita tu je... diorg dah tua so masa ni nak spen masa anak cucu. Tapi kalau menantu buat perangai ikut perasaan sendiri, than susah la si suami. Ini mak yang ni isteri. Kan pilih mak, malam kena tido luar. Kan pilih bini plak, mak mogok tak nak masak fav makanan dia... hahah kalau bini pandai superb masak tak pa... kan kan kan? Than anak2 plak jadi tak rapat dengan ahli keluarga sendiri.
Oklah bebel panjang plak... baca la entry kakak Punat... eh Pnut ni...
Ok, saya terbaca satu status akak ni lebih kurang gini le bunyinya akak ni jauh senior dari saya la.. katanya seorang kawannya berpesan kepada anak lelakinya "kalau nak kawen esok carilah isteri yang rajin, pandai mengemas rumah, pandai memasak" pastu ramai mengomen.. wanita yang suruh anak lelaki dia cari isteri rajin dan pandai memasak tu cukup baik kah untuk dapat isteri begitu?Wahhh very the bom jangka kan??
hiks, saya pun cam besa, mulut insuran mahal, jadi tak berapa nak sayang sangat.. eh dalam hal ni jari le.. terus saya komen, "jangan nak cari isteri rajin, pandai masak, pandai mengemas, tapi si lelaki pemalas nak mamp*s, londeh seluar, spender bergulung, bior kat lantai je." WTF What The FUNNY la nak menantu pompuan tip top kena prepare anak jantan tip top juga dak?? tapi betul la kan nak suruh anak lelaki cari isteri complete package, make sure anak teruna awak tu complete package je, tak guna juga takat keja beso, tp ego nak mampos, bak orang kampung saya cakap "no way man, it's not easy"Jangan le saya esok jadi emak macam makcik tu. Ye la..la ni masih muda.. muda ke?? boleh la kondem-kondem orang nak pilih menantu, esok-esok entah-entah tima kita nak bermenantu lagi lorat dari makcik ni.. huii jangan lee.. anak dah la tak ramai, lagi nak pilih-pilih... ishhkk..
Bagi saya bonus la kalau perempuan tu pandai memasak, tapi tak pandai memasak, boleh belajar memasak, tp jangan le malas memasak, hat tu kesian gak anak teman weii maklumlah dia dah besa membesar bagai johan emak dia suka masak-masak.. (suka masak dan pandai masak lain ye, saya tak pandai masak, tapi suka memasak) ni namanya percubaan riak secara merendah diri agar tidak dikeji ramai orang tak pandai masak, tetapi slowly belajar memasak, baru-baru kawen bukan nak masak untuk ramai-ramai org makan, lain le duk ngan mertua, adik beradik ramai.
Kalau baru kawen takat makan berdua, ellehhh ai dulu goreng nasi je memalam. Takkan tu tak leh buat ye dak.. takat-takat, masak ikan/ayam masak kicap, buat sambal belacan takkan tak boleh kot kan?? lelain menu tu pelan-pelan la buat.. bak kata orang kampung saya lagi, better late than never dak? Tapi kalau dah naseb lelaki dapat isteri lawa cun melecun, tapi tak nak goreng ikan, takut terpercik minyak la, tak mau hiris bawang sebab takut kuku rosak ke.. malas nak cuci pinggan, kang tangan kasar.. tu over nama dia. Gamak-gamak tak reti masak pun, koman-koman beli sejenis lauk berkuah, balik tu goreng sayur, goreng ikan, buat sambal telur ke, sweet sour ke, jadi la.. Sekarang internet berlambak resepi gali je, balik try le.
Saya dulu masa tak der bibik semua kerja buat sendiri, tapi Alhamdulillah, ada kerja-kerja yang pakcik gebu tu suka rela buat sendiri elllleehh bukan apa, kita buat dia tak puas hati, dia kan penyakit perfercionist sikit jadi kerja-kerja sidai kain, lipat kain kompem keja dia, dia sidai baju ada aturannya, lipat baju ada standard lipatan dia, dan susunan dia.
Jadi koser saya ikut standard dia, sendiri bikin la. Dah tu, kalau saya sudah masak semua, biasanya longgok je pinggan mangkuk dalam sinki, konon-konon ala-ala kejap-kejap lagi nak basuh, tapi being pakcik tu, mana boleh dia nampak benda berlonggok dalam sinki macam tu, lepas makan dia bereskan sendiri apa dia tak berkenan nampak tu. bagus strategi saya kan
So anak-anak saya syarat dia senang je.. cari isteri/suami anak-anak yatim piatu. hahahah senang tiap kali raya kompem raya kat rumah saya, dah le anak dua orang je, kalau dua-dua balik ruman mertua, mau saya ngan pakcik gebu buat muka tak malu, kami pun pi beraya rumah mertua depa sekalik. harap masin mulut, dapatlah saya menantu lelaki/perempuan anak yatim piatu... besar pahallaaaa buat baik ngan anak yatim.. kan..kan..kan...
Saling memerlukan
Biasalah lelaki. Mana tahu nak beli2 hadiah nikan? Lagi2 tuk wedding. Zamani selama kawin dengan aku mana nak bagi hadiah suprise2 ni. Tak reti, dia nak cari hadiah suruh aku pilih sendiri. Cheh tak 'gamble' la lu bro... sesekali bagi bini teruja lompat2 macam beruk apa salahnya.Kan kan kan... *mengidam camera* hahahaha.... dush dush... apa jenis pun tak kisah janji bukan pakai kodak yer...
Beli kat Alamanda... tak banyak pilihan. Tapikan aku berkenan la pinggan mangkuk English sytle ni.
So kami pun memilih ini sebagai hadiah tuk pengantin.
Nampak tak? Chantikkan? Sangat berkenan kalau ada kat umah. Tapi berdua je. Dah la jarang terima tetamu. Harapan je la....
Tapikannnnn.... Zamani kata tak lengkap. So dia buat konsep pembahagian hadiah. 'Saling memerlukan' pandai je laki aden tu kan? Siap cakap omputeh... tapi aku translate kat sini... kalau tak ada salah satu, tak lengkap. Macam tu la umahtangga.
Cheee cheee wahhhh...
Maka kami beli ini secara asing...
Tadaaaaa.... you like??? I like babeh!!!
Korang percaya tak, pembalut adiah dengan kad ucapan tuk wedding habis malam tu??? Giler kentang putar la! Ramai bebenor 101010 org kawin. Yerlah tarikh tu pun angkasawan kita kawin jugak. Semua pakat beli hadiah kat Alamanda ke pun?? Haizzzz
Sekarang dah senang. Ada kaunter tuk balut hadiah. Malam tu boleh tahan ramai la jugak. Sementara tunggu laki aden cari pembalut hadiah yang sesuai. Sampai turn aku nak tak nak cakap je la pakai pembalut hadiah parkson...kantoi sudah tahu beli kat manakan? Chet! Kot yer dah tahu 101010 ramai org kawin, beli la stok pembalut hadiah banyak2.
Giler tegaq la aku malam tu... snap gambo... tak pa, adik nak fofular tak??? muah muah muah... macam la popular sangat. Kui kui kui...
Tapi itu konsep kami tuk Zureen dan Francois... 'Saling memerlukan'... yang lawaknya. Berkat tuk majlis kawin mereka...
Tadaaaa... apa di dalam?
Cawan dan telur rebus... biasalah perkahwinan org melayu tak ada telur rebus tak sah! Yang seronoknya ialah bila
Kami dapat benda yang sama tuk door gift wedding mereka... wakakak... Statement Zamani...
"Ini Baru betul... saling memerlukan..."
Chet!!! Anyway ku suke... thanks Zureen and Franscois... Selamat pengantin baru...