Monday, April 19, 2010
Teremo sendiri...
Semalam kuar temankan En suami nak beli kasut Futsal... company dia seminggu sekali ada activiti sukan... so Che Aisyah nak follow mak long dengan pak longnya...
Me and Zamani tak biasa nak bawak budak2... normaly we all pergi mana2 bawak Aisyah, aku dengan Aisyah akan duduk dlm kereta... tapi kali ni semua keluar... so agak mencabar... anak org... ilang ke apa, kes nyayaaa jerk... dah biasa shopping menonong dua org je... bila ada budak jadi tak senang sbb kejap2 tengok Aisyah kat mana... walaupun bawah pengawasan Zamani, mak long still ghisau...
So time kat kedai kasut... me and Aisyah berbual2... tetiba dia nampak buai... aku dah gelabah... dia nak jugak duduk kat buai... sementara tu tangan aku tengah pegang kasut... kalau aku lari confirm satu kedai bunyi hahah sbb bawak kuar kasut dr kedai... Zamani around, tengah tengok2 kasut semua... so terkeluar
"B! Tengok ARRYSA... " Instead nak sebut Aisyah terkuar Aryssa...im not sure Zamani perasan ke tak... but that time hati aku mmg mcm kena langar lori... mati sekejap...
Think about her tooo much?? I tot semua ok... seem me pun tak la teringat sangat...
Aku tak pernah jumpa dia... tak tengok dia mcm mana... just 2-4 month interaction dlm tummy je, aku rasa teruk macam ni...
May be aku terlalu xcited time pregnant dulu...
Balik je semalam, tanpa aku suruh, Zamani berhenti kejap kat kubur... may be dia pun tahu i miss my gurl so much sampai tersebut2 nama... but kami tak cakap mengenainya... sbb kami dua2 tahu... this feeling tak akan hilang... sampai bila2... , expecially me... tak mo pikir tak mo pikir... sometime terpikir jugak...
Aku kena tunggu result 'thrombophilia screening'...
Aku kena rehat dengan cukup...
Aku kena jaga pemakanan aku...
Aku kena jaga kesihatan aku...
Aku kena jaga mentality aku...
Emosi aku...
Sbbnya doktor tu suspect aku ada darah tinggi... tapi tengok history medical time preg tak ada lak mention pasal high blood presure... so tu la langkah2 yang perlu aku ambik...
When plan to get pregnant aku kena jumpa pakar kat Putrajaya sbb diorg cakap aku kena ambik few ubat apa kejadah la semua...
Org cakap senang...ikut je la apa nasihat doktor... bla bla bla... tak yah tengok jauh2... laki aku pun cakap benda yang sama, kalau doktor suruh ambik ubat, ambik je ubat... tak susah mana pun...dia suruh jangan stress, u tenang2 la diri you... yah... betul... lagi banyak benda yang perlu aku jaga, lagi aku bertambah risau... mentality kot... u TRYING not to get strees... 'TRYING TO' itu la yang buat kita jadi stress...
Plus! aku rasa aku dah sihat... tapi bila kena rancang... itu yang buat rasa tertekan... but i know tuk elak benda2 ini berlaku lagi, aku kena ambik kemungkinan yang berlaku...
My husband banyak sangat membantu dalam me-naturalkan mind set aku ni...
"Tuhan uji kita mcm ni, we still have Rayyan, Aisyah, Aliya, Mira, Mirin, Naufal, Nazmi around us... kita rapat dengan diorg so that one day bila tiba masa kita ada anak, kita akan tahu hargai anugerah Allah tu lebih lagi... we never know apa yang Allah rancang tuk kita"
Yah mugkin...insya Allah...
Saturday, April 17, 2010
Nak masak kecoh sekampung
Tapi bagus jugak benda ni jadi... macam MIL cakap, at least aku tahu apa yang suami aku suke... tu laaa bangga lagi kenal dengan suami less than one year... ni la jadinya... bila pk balik, aah la... aku tak pernah tahu apa dia suke makan... yang aku tahu apa jua mak masak dia makan... so fav makanan dia ialah his mom's cooking...
Aku ni tiap kali datang umah mak nak je tanya apa rahsia masakkan... tapi tah... aku segan nak tanya...
First :- Aku takut kena gelak dengan adik2 ipo aku...
Second :- Aku takut ada org akan cakap aku ni poyo... tunjuk baik la konon...
Third :- Aku takut menyusahkan MIL... sbbnya... erkkk malu nak cerita... tapi tak pa la cerita je la... ada benda yang aku tak kenal... so aku takut kalau MIL sebut aku terkebil2 tak tahu bahan tu...kih kih kih
Aku nak belajar masak... selain nak berjaya dalam career... aku nak jugak berjaya dalam rumahtangga... chewah mula la nak peeeling peeeling...mungkin sbb aku membesar dengan ibu yang sepenuh masa suriumahtangga... i think apa yang ibu buat tu sweet... dia tak tahu nak masak... but aku suke cara ibu yang rapat dengan kami adik beradik... dan aku nak anak2 aku pun rapat dengan aku nanti, insya Allah...
Dan tuk itu aku kenalah pandai masak... aku tak nak dapat title semua ni... cukup sedar di hargai di mata suami dan anak2... like MIL rite now... aku percaya dia pun tak nak pingat, trofi semua tuk dapat title juara masak ke apa... kepuasan bila anak makan dan suami makan dan kemudian tido kekenyangan macam ular sawa.... hehehe. Cutekan? Bila tengok makanan di masak habis di jamah, than anak suami ada di rumah tak cari makan kat kedai, kita akan jadi puasati, walaupun penat.
Minggu ni Isnin sampai Jumaat gue masak ok... hoyeeee pencapaian yang boleh di banggakan... oleh diri sendiri... ha ha ha... so mcm biasa dalam dilema... nak masak apa balik kerja ni... so ku saja je la letak status kat FB...
Tetiba pulak laki aku menyampukkan... dia pun suke makaroni sup?? Aku tak tahu pun.... malas la nak layan, tak pa la esok2 aku belajar lakan? Sekali tengok kat status FB dia???
Than mak call... aku rasa nak jawab je call mak... ahak! tapi control... lambat pulak meeting puaka ni nak habis...
Lepas meeting habis je.... zazzzzzz akak terus masuk opis call mak...
Ooooo ok cubaan pertama... now i know abang Jamani better lakan? Aku tak tahu pun dia suke makaroni... rupanya mak kata kalau dia sakit ke demam ke, mak selalu buatkan dia makaroni sup... since dia tak makan bubur nasik... ha!!! aku tak rasa dia suke makaroni sup ke apa sbb dia mmg tak makan benda yang lembik2 macam bubur semua... so tak adalah aku nak masak... lagi pun dia tak suruh pun... kih kih kih sbb dia tahu bini dia tak gheti masak kot... lalalalala.... baik sungguh suami saya tak nak susahkan saya kan kan kan???
Alaaaa belum masuk sepital... kira paling idok pun masakkan tak sedap... kalau ku masak sampai masuk sepital, than aku rasa sila gantung lesen tuk aku masak sbb menyebabkan kecederaan... wakakaka....
Berbual2 dengan en Jamani malam kelmarin...
Aku :- B cube la cakap dengan ayang B nak makan apa... jangan la senyap sbb ayang tak tahu apa B nak makan... bla bla bla... nasib baik mak bagi resepi... bla bla bla... kalau tak bla bla bla bla...
Zamani :- Mana B tahu... kang suruh ayang masak, ayang tak reti, dah susahkan you bla bla bla
Aku:- Kalau u nak i pandai masak u kena la request...
Zamani :- Ok... nanti belajar dengan mak pajeri nenes eh... that my fav...ussss sedappp ooo mak masak...
Glubbbb... mak aiiiii... * kelip kelp mata pandang mak penuh simpati*
Dalam hati...
'Help...'
'Help...'
Nota Kaki Kudis :- MIL ada blog masakan... clik la kat tepi dinding aku... bole sama2 kongsi resepi... try la... bukan nak mengampu ke apa... link tu tuk aku senang ke blog MIL... tapi since dah ada kat situ, kot2 kalau korang terpikir / susah nak masak apa... clik je... Blog MIL tu baru so tak banyak resepi la... but tengok menantu2 semua semangat nak masak... im sure lama2 banyak la resepi nanti... cube la...
Saham akak masih tinggi ok!
Hansem jugak mamat ni... boleh la tahan... siapa agaknya nama dia yer?? Rasa2 dah kawin ke belum... esh hang ni cida... pantang betul... tapi sesekali perasan tak pa la kan??? Sempat jugak aku snap gambar mamat tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Nanti akak tunjuk surat nikah alrite??? heheheh... layannnnn
Friday, April 16, 2010
Tersentap sekejap
Kak ngah perli kak long ka??? wakakak... baca petikan di bawah ini... ini yang buat aku takut sebenarnya... ini realiti... MIL pun ada cerita benda ni berlaku pada ahli keluarga PIL jugak... baca dan renungkan la... kalau sayang perkahwinan, kita perlu bertindak... bukan sbb nak menunjuk2 tapi macam yang dia tulis dlm ni, tuk kepuasan kita... supaya suami sentiasa confident dan bangga punyai isteri yang chantik dan bergaya, yang boleh di puji oleh setiap mata yang memandang...baca ok! kita share sesama info yang bergune
_________________________________________________________________
Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri...
Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.
Pembaca Semua,
Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain. Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak.
Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.
Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa. Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.
Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.
Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.
Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.
Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.
Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik. Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.
Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakanseperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.
Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.
Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.
Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.
PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untukberseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita.
Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah . Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah.......
__________________________________________________________________
Rayyan yang Dermawann
Rayyan sejak dah pandai jalan ni, tahu kerja nak menyelongkah je...jalan sana sini, nak kena prhatikan dia, takut dia buat benda yang membahayakan dia... sbb dia buat kerja bukan main pantas lagi... takut apa-apa jadi... tengok je la...aku tak tahu kenapa dia suke sangat masuk bakul tu... jangan plak dah besar suke angkat bakul sendiri yer Rayyan... kui kui kui...
Mak aku pun tak leh nak mengalah dengan cucu...



'Mak cu... nenek simpan duit kat tepi ni...'

'Ni tuk mak cu... mak cukan dah banyak habiskan harte nenek... ambik la... '
Bukan main banyak dia bagi si didi... aku dok cakap bagi aku, tahu dia bagi aku berapa?

50 sen... itu pun sbb mulut aku membebel... dah tu continue bagi Didi...
Suke mak cu ko eh...
Call dari Rayyan
Aku angkat fon... dengar suara Fida gelak2 kat belakang... tapi tak macam biasa dia suruh anak dia cakap dengan aku... kali ni suara dia berbual dengan sepol.
Oh Budak moksss nak cakap....
HA HA! Kap kap... aaaaa Ha! Ha! (Rayyan sebut hello HA HA, mungkin dengar mak dia kalau bual kat telifon ha? ha?)
Mata nak terpejam layan je la...
"Tayen nak gi umah umi dah eh... dah sarapan ke lum?" Aku tanya...
Ha Ha! Ooooo Kap! Kak! Opss OOooooo.... Da da... nek?
Erm bahasa ayam... tahu2 terputus... pastu bunyi fon lagi... dengar suara Fidah bual dengan Sepol lagi... yang best anak dia terus bercakap
Oiii ha ha... key, hahahah... eh oooo pak pak.... kak kap...
Apa hal si fidah ni??? Aku pun layan layan... sekali tu terdengar
"Wei... tekan number siapa tu???" Dengar suara rayyan nangis... confirm berebut fon dengan mak dia la tu... dengar suara sepol plak
"Apasal?"
"Tah dia call siapa tah, Tayen call siapa ni? lor dia dial number Along paaa... " Pappppp letak....
Aku terpinga pinga...last week aku terkejut tengok dia berlari... dan ari ni dia call aku??? esok apa lak? dia datang sendiri umah aku??? ha ha ha... very the cute... rayyannnn rayyannn
Oh nanti aku upload gambar dia berbual kat fon macam business besar... tulah anak tu mengikut cara mak apaknya... kalau berbual kat fon dah sebijik dah... ngeh ngeh ngeh... apa pun jangan ajo anak yang bukang bukang ye...
Thursday, April 15, 2010
Shopping lagi
Ini yang lemah kalau kuar shopping... sampai Alamanda, ku masuk nichi... menyesal pun ado jugak... sekali tu berkena plak dengan baju ni!!!!
I like! Bukan baju tido la... adoi yaaaiiiii... kain sejuk... warna ok sejuk mata memandang... harga??? Ermmm ni lemah sbb mahal... RM 49.90
Mahal la tu... aku beli baju Rm 30 ke bawah je... malas nak beli baju mahal2 ni... badan elergik... HA! ambik ko!!!! Kalau nak basuh pun idoklah aku terpikir 18 ribu kali boleh masuk mesin ke tak... kalau kicap sambal ka tumpah ke baju ke, idoklah teman terkilan sangat... macam aku cakap la... jenama berjuta sekali pun tak akan mengubah penampilan kita... kalau dah tak chantik idok la pakai baju tu tukar jadi chantik... kalau gemuk idak la kamu jadi kurus... kalau baju ghupo tu... acik confirm beli... mahal pun mahal la...
Ok jangan kecik ati, atau terasa... ini hanyalah pengakuan iklas dari org yang tak mampu nak beli baju mahal2... yer saya mmg tak mampu...
Aku suke sbb ada tali tali ni... senang nak abang Jamani nak bukak! wakakak dush dush! amboiii suke eh korang... Tak ada maknanya benda tu tak effect apa pun... tapi mcm uniq gitukan? Satu lagi yang bahagian getah... apa org panggil? Smoking? Smoker? Snorkeling? Larikssss.... Perut dengan peha dah rupa barney yang kaler purple tu... lagi nak pakai macam ni... kan?
So tutup mata je la bayar RM 50... laki ai dah jeling2... bulan ni dalam tak paka baju mahal2 ko beli berhelai2 plak...
Tengah jalan2... ternampak baju RM 10 henget!!! Oiiuuuu tu buget akak tu... terus je sambar!!!
Baju 10 henget... oklah ni... kalau koyak kali pertama pakai pun aku tak heran... kata 10 henget! kan???
Pastu tengok laki aku sian dia... asik bini dia je beli... dia baju lama je... sian kami kan kan kan... lalalala... so terus ku beli baju ni tuk dia... minat sangat baju kaler org tua tau... cube la ambik kaler ceria sikit, oren ke... hijau glosy tu ke... wakaka... kan? Dari jauh aku nampak ko...
Discount! from RM 70 jatuh RM 20++ hahaha macam aku cakap kami laki bini tak mampu... lalalala...padan muke org yang beli baju sma jenis tapi bayo RM 70 henget tu yer... sbb tu la fashion berubah la... tak sampai sebulan dua... ko update mcm mana pun buat apa buang duit... duit tu buat amal pun ada gunenya... tak pun bagi aku ke...
En suami biasalah... mmg baju dia semua
Nak nampak kuruskan? Perut tu kasi masuk dulu ya... heheheh...
So monday tu, aku dah gediks nak pakai baju yang mahal tu... ahahah... gilo ko baju mahal tu!
Ok boleh kaber peyut! Sori ku bukan foto gedik... kaku plak nak ambik gambo sendiri...
Chantik kan?????? Baju aku? Ermmm nak kata akak chantik pun ok juga... ku tak komplen... lalalala...
Baby harness...
Mulakan entry dengan muke pak long and mak long... wakakak...Chewah background kedai baby... apakah??? Bukan la berita baik aku mengandung ke apa... tapi menemani Fida dah Sepol window shopping kat Alamanda last sunday.
Rayyan dah pandai jalan ooooo... org baru dpt kaki... kerja nak berlari je tak gheti nak jalan elok sangat. Yang pidah pun, anak baru je jalan seminggu... dia tak tahan... sbb Rayyan tak mo duduk kat stroler dia, tak nak dukung, nak berjalan...
Anak buah saya... comei macam saya jugakkan? Tak macam muke mak atau apak dia... wakakak comei je claim muke sendiri... gelak syaitonnn

See... boleh main kejar kejar dengan pak long... seyes wei... aku risau gila sbb Sepol dengan Fida kalau dah singgah satu tempat tengok barang, dia leh lupa anak dia... jangan memain sbb Rayyan dan pandai berjalan2... bukan takat jalan tapi berlari... penat nak kejar...
So fida geram! Terus masuk Mothercare... dan beli baby harness... adoiii dulu aku cukup sedih bila tengok mak apak ni tambat anak diorg... dah ghupa anjing pun ada... tapi kena kat anak buah sendiri... Sepol tak kasi, tapi Fida cakap tak larat nak kejar Rayyan... dah la semangat... dia dengan bapak dia nak la dengar cakap, takut... dengan Fida harammmmm nak faham bahasa...
Time beli tu... aku tengok je... siannya anak buah aku... itu jam beli... itu jam pakai...
Papa dan pak long bertungkus lumus memakaikan Harness tuk rayyan
Sorang je anak... kalau dua tiga aku rasa Fida beli kandang kot... wakaka larikssss...
Yang memegangnya si Didi... aku siap warning Didi lagi... jangan tarik dia... ikut dia... itu sebenarnya fungsi Harness tu... jangan budak sedap jalan ko tarik plak... dia bukan anjing... nak tarik2 kawal... benda tu berfunsi dia tak ilang itu je...Rayyan macam faham je... dia buat perangai dia lari sana sini... Didi 10 minit je pulang balik kat mak apak dia...
Anak ko buas... penat aku! hahahaha....
ok saksikan video ini yah
Di akhiri juga dengan gambar terbaru kami... hahaha... sebagai penutup cerita... tetiba jekan??
Wednesday, April 14, 2010
Semangat Raya
Masa :- 12.45 tengahari...
Tarikh :- 13 April 2010
Hari :- SELASA .... cap lock lagi ni.... Hari berkerja tak ada cuti umum!
Bunyi lagu ungu 'Andai ku tahu'... haaaa ring tone aku tuk dia...syahdu sikit!
Aku :- Ha! baru free nak telefon tatak????
Fida :- Wei tatak... aku nak beli kain tuk ko ni... ko nak warne oren ke ungu??
Orennnn???? apa kelas... aku macam pelik sikit.... minah ni kat mana???
Aku :- Ko kat mana ni???
Fida : - Aku kat Jakel ni...
Aku :- Woiiii tak kerja ka???
Fida :- Ada training...
Aku :- Ko training kat Jakel ke???
Fida :- Otak ko! Kat area sini la... ko nak tak? aku belanja ni tuk raya... tapi laki ko sendirian Berhad eh...
Aku :- Awat ko baik sangat ni? Ni nak aku bayar ke? Ala aku gurau la ari tu
Ari sabtu tu dia balik Putrajaya, belikan kain baju raya tuk ibu dengan didi... aku saje je cakap... aku punya mana? Actually Fida kalau raya dia mmg semangat sikit...mcm aku aku tak pakai sangat baju kurung... so ulang pakai 10 kali baju pun tak kisah... tapi kalau dia tahu akak dia ni tak beli baju tuk raya, dia mesti belikan... kira dia sponser la... sweet tak adik saya?
Fida :- Cantik la kain kat sini... aku tak tahan... ha ha ha... aku punya dah banyak... tak pa aku belanja... nak warna apa? Oren ke ungu?
Aku :- Ungu la... laki aku macam nak pakai orenkan
Fida :- Alaaaa oren la... aku dah belikan ibu warna ungu...
Tanya org... org dah pilih banyak lak bunyik!
Aku :- Tanya aku lagi buat apa... eh jap... beli warna biru mude... lite blue...
Fida :- Ha?? Tak leh... aku anak beranak pakai biru mude tahun ni...
Aku :- Alaaaa aku nak pakai baju tuk majlis kawin laaaa... dah alang2 ko nak belikan?
Fida :- Lain lain kaler....
Aku :- Siol je... kang raya aku pakai la lain... adoiii baju hantaran kawin aku pun aku tak buat baju la... tu baju raya aku...
Fida :- Tak de tak de... aku dah cop biru!
Degil lak...
Aku :- Puteh???
Fida :- Orang nak sambut raya la... pilih warna ceria...
Aku :- Ikut ko la Pidah oiiii... oren ka... ungu ka... biru ka... merah ka...
Dia gelak...
Fida :- Ok ok eshhh banyak org ni... kang aku call
Fida fida... sweet... tak pernah lupakan family... tak macam akukan? Kih kih kih...mcm tu la kami... dari kecik sampai la besar. Nak bandingkan aku, aku ada sikit lupa daratan...compare to Fida, dia gi mana2... dia akan tanya nak apa... sampai sekarang pun... org dah ada lakikan... segan la walaupun dia niat nak bagi kang laki dia cakap apa plakkan?
Sbb tu kalau aku belikan barang tuk Rayyan, aku harap sangat Zamani faham... Alhamdulilla Zamani faham... kalau aku beli barang tuk Rayyan ke apa tak pernah la dia tarik muke masam ke apa... sbb dia tahu Fida banyak sangat tolong akak dia ni...lagipun adik beradik aku tak ramai... Didi pulak kecik sangat... darah remajakan... ada je la, nak minta tolong kena upah dia macam bagi pertolongan besar je...
Kami berdua mmg tak pandai nak minta ayah apa-apa...sbb kami tak di manjakan dengan barang2 mewah ni. Nak barang tunjuk result dulu...nampak gayanya tahun ni kira pakai oren la sayang yer... ha ha ha...
Di sebabkan Fida sponser aku tahun ni... kita tepek la muke dio kat sini yer...
Nak kena potong tangan nih!
Sejak dah kawin ada babu kat umahkan??? Semalam balik kerja dah mandi bagai dia bukak almari... mmg la bukak almari, takkan bukak ais box nak ambik baju, yer dak??
Almari aku tak la besar mana, takat tuk aku dengan dia oklah... ada 4 pintu... satu tuk aku dan satu lagi mmg baju dia sahaja... baju duduk umah mmg ku letak dlm laci... asing!!! kalau campur rasanya aku jadi badang kot...mmg pantang kalau baju yang ku susun elok lintang pukang.
Time dia lepas mandi, aku baring atas katil sambil tengok facebook... than dia dah siap wangi, dia ajak makan... aku bangun... dan nampak laci baju tak tutup... padahal dia dah nak kuar bilik... this is not first time... banyak kali dah...aku pun tak tahu kenapa dia suke bebenor tak tutup laci almari yang dia bukak. Selalunya ku tegur kesalahan dia bila dia tengah pakai baju, sikat rambut (eh dia ada rambut ka???) pakai jam dan sewaktu dengannya la...so jawapan dia mesti
kejap la... B tengah pakai bajukan?
Kejap la... B tengah pakai jamkan?
Kali ni... dia dah kuar kat depan pintu bilik...peluang ku tuk sound tepek kat dia!
"Eshhhh ni laki siapa la yang PEMALAS nak tutup laci baju ni! Ada balachi eh yang kena buat... "
Habis marah la ni! Dia pandang aku semacam... tak senyum ni...muke habis confuse... ingat muke bersalah.....korang tahu apa dia jawab???
"Laki ko la... takkan laki mak cik sebelah lak masuk umah ni..." Wakakakak dia gelak!
Alamak salah soalan laaaaaa... so kami gelak2 turun bawah... since dia nak kuar lepas makan (konon nak gi main futsal) dia naik, ambik baju extra kot... aku pun tak tahu la... sbb aku kemas meja makan. Bila dia dah pergi aku naik sekali lagi!!!Ingat nak lepak bilik, seram duduk kat bawah sorg2... bila naik... ermmmm mmg nak kena potong tangan encik Zamani ni....
Keadaan laci baju dia bila aku naik bilik semalam. Korang tengok!!! tengok.. dah nama pun LAKI akukan...mcm dia cakap la, kalau laki mak cik umah sebelah dah lama aku bagi notis kuar umah dlm tempoh sejam... nak tak nak buat la... ni semua nak kena charge hujung2 bulan....kerja bertambah gaji hujung bulan pun bertambah la jugak ye... setuju En Zamani???
Pesanan buat en suami :- lepas ni kalau susah sangat nak tutup laci, nanti ku cabut laci tu ye! ini la susah manjakan suami ni... kalau anak ikut perangai abak! mmg ku piat telinga sorang2...






























