Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Wednesday, August 31, 2011

Rayyan Yang Noti!

Cerita raya nanti la... tak ada apa yang menarik so far. Heheh

Tapi yng best dan mencabar ialah menjaga Rayyan. Jumaatkan ramai dah balik kampung. So baby sitter Rayyan nak balik kampung. Maka pagi Jumaat tu dia di hantar kat Klang.

Zamani dengar Rayyan nak datang, dia belikan bungapi tuk Rayyan. Fidah dah warning, dia ni lain macam sikit. So hati2....

Lepas buke, dia main mercun pop... ala bukan mercun yang dalam pasir tu, baling2 je.. tak yah pakai api tuk bakar. Mmg habis dia kejar kucing2. Hahah mmg lawak. Sian kucing2 aku. Mencicit lari. Si Rayyan suke bukan main lagi. Lepas tu pak long plak bagi bungapi. Mak long tak ada time tu. Sekali Zamani masuk. Aik sekejap je... si Rayyan lak menangis2. Ingat kenapa.

Rupanya Rayyan nak main lagi. Pak long kata habis. TERPAKSA kata habis sbb dia main ganas gila... libas semua org. Hahaha dia tak takut org2 keliling takut. So malas nak dengar dia bising2. Maka aku kuar sama. Dia dengan aku takut sikit. Dia siap janji nak behave. Ok kita tengok

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ni 3 minit sebelum je... kalau tak janji tak dapat.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Lepas 5 minit... dia buat macam ni... hahaha... menjerit2 aku, Zamani dengan Didi. Bahaya kot!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kalau korang tengok dia mmg tak takut. Main belasah je... Pusing2.. libas tangan kiri kanan... adoi hai rayyan

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Rayyan berani ok tegakkan tangan dia, api2 bungapi tu jatuh boleh kena kepala dia. Tapi dia relex! Puas ajar dia menegak 45 darjah.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pak long kena pantau! Bahaya budak ni!

Lepas dr tu je??? tetiba dia acukan api bungapi tu kat dinding, kat kereta. Konon buat welding. Sbb petang tu org datang buat oneng belakang umah. So dia nampak agaknya buat plak...



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Cucuk lantai

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tak tahan kat WKD aku tuh!!! nasib baik sempat tarik dia. Kalau tak? Bukan mak lon je nangis. Atuk ko pun nangis tau. Penat dia cat kereta mak long ok!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Nak cucuk dinding

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Malam tu banyak lagi bungapi. Tapi dasar keselamatan, kitaorg stop. Tak sangup ko! KAlau apa-apa jadi anak org pengsan. Apa nak jawab dengan mak apak dia.

Lepas dia main dia ajak atuk gi kedai beli bungapi... hahaha...

Kali pertama atuk malas nak layan permintaan cucu sbb takut kecederaan di malam raya... so lepas je main, nak pujuk dia punya pasal kita bawak dia ke jusco... itu satu cerita lagi... sambung nanti yer!

Monday, August 29, 2011

Selamat ari raya

Free Image Hosting at www.ImageShack.us



Sesungguhnya.... aku tak ada mode nak kojer.

Selamat Hari Raya buat pengunjung2 Singgah Sebentar. Maaf la kalau akak korang ni kelemahan nak buat wish raya ni...

Tahun ni macamtak semangat nak pose. Sbb pose pun tak complete sebulan...wakaka... tak pose mana leh rayakan? Ini la ayat mak aku tau dulu time kecik2.

So raya ni ku sambut alar kadar je. Kira dah masuk tahun ke dua, aku beraya kat sini sbb abang Zamani kena kerja pagi raya. Diakan cuti krismas je...tapi aku tak kisah. Janji beraya dengan dia, aku tak ada hal punya. Jauh2 ni la yang sebak sikit. Mau aku sms dia 3 minit sekali... hahaha...

Apa2 pun me and Zamani A.K.A CidaZam atau ZamCida ingin membuat ucapan ringkas tuk semua pembaca

Selamat hari raya...maaf Zahir batin buat pembaca2 blog aku. Tak kira la korang kenal aku ke tak. Kami ingin mohon maaf di atas keterlanjuran kata / penulisan sama ada yang di sengajakan atau tak di sengajakan. Buat yang mengenali, kawan2 dan juga saudara mara, harap di ampun dan minta halalkan makan minum, segala barang yang terpakai semua.

Di hari raya ni, berhati2 bawak kereta bila balikkampung tu ye. Sediakan ubat cirit birit sbb di khuatiri perut terkejut korang main bedal lauk2 yang pedas2 esok pagi... hahaha. sungguh tak baik akak ko ni...

Apa lagi???

So kalau ada open house ke apa, jangan lupa la jemput datang umah. Hehehe insya Allah akan di penuhi. Tapi tahun ni kak cida dengan abang Zamani tak buat sbb kami ada agenda yang lebih menarik...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

So every one...

~ SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN FROM US ~

Saturday, August 27, 2011

oooo balik kampung

Semalam bawak Rayyan gi jalan2...

Ya Allah mmg mencabar buat aku. Nasib baik pak long bole handle dia. Punya la baik. Memula main bungapi... aku ingat dia takut. Tapi dia happy gila. Mercun pop yang baling2 tu paling syok dia main. Habis semua kucing dia attack. Gambar aku post nanti yer.

Semalam jugak umah pasang gril dengan bumbung kat belakang. So may be dia tengok org buat welding, bila dapat bungapi habis dinding dan lantai dia cucuk... konon welding la... menjerit cik Tipah tau! Habis WKD pun dia cucuk2 sama. Nasib baik tak meninggalkan kesan... OMG! Sabar je la mak long dengan budak ni!

Than sbb dia baik sangat, me and Zamani plan bawak dia jalan2. Ingat nak kuar duit je. So request abang Jamani gi Jusco bukit tinggi. Rasa takut jugak sbb stroller tak bawak. Kang lari pengsan. So pak long cakap pak long pegang dia.

Janji dalam kereta dia jadi baik... sekali kuar je, dia lari... nasib baik pak long cekap! Masuk dalam troli terus dia diam... layan je. Senang sikit nak jaga.

Balik dari Jusco bukak lagu raya... tetiba dia ikut nanyi lagu Surdiman "Balik Kampung"

Balik kampung OOOOO balik kampung!

Balik kampung Oooooo Balik kampung!

Hati riang...

Me and Zamani terdiam jap... mana dia tahu nanyi lagu ni walaupun this is his second year sambut raya, tapi kalau dia nak bijak pun tahun depan la kot sbb now baru dia nak belajarkan? So ku tanya

"Pandai ayen nanyi. Mana dengar?"

"Pandai la... hati riang.... " Dia sambung lagi

"Wahhh bijaknya dia nanyi lagu ni? Rasa raya je kot lagu ni kuar?"

"Tu la pasal" Me jawab... sekali dia menyampuk

"Papa selalu nanyi..." Hahah kantoi! Sian adik ipo aku... rindu kampung yer??? wakaka...

Friday, August 26, 2011

Selamat ari raya

Mak long tak join... pak long tak ajak... SENTAP!

Hahah... tak kose aku! Biar all the AnA's entertain bebudak tu main bungapi. Sbb mak long suke panic.

Kang suara mak long lak lebih dr diorg. So bila Pak long, Abak, Pak cik, Pak teh dengan mak su ada, diorg ni main tak la buas sangatkan.

Cume sesekali tu si Aisyah masuk nangis. Ingat pasai apa. Rupa kena buli... nak nak laki aku tu. Asik bebudak ni sebut PAK LONG je.

Pak long tak kasi main

Pak long tak nak kawan la

Pak long, pak long, pak long! Laki siapa tu??


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Tahun lepas si Mama Liya ni menjerit2 tengok bungapi sbb takut sekarang tak lagi!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Selamat hari raya

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Aliya dah berani dahhhhh

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mesti dia cakap, halong hengok ni!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Umar tengok je la yer... Pak teh training jaga budak. Senang sok tambah 2 lagi boleh la handle... uhuhuhu...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Happy face

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Seronokkan main bungapi. Tapi tolong la... mesti ada pemantauan mak ayah. Walaupun bungapi. Peristiwa bungapi menyambo tangan hambo kecik2 ingat sampai sekaryang mercun semua ni tah ler tak tahu la kalau terkena. Sbb tu aku bising sikit kalau bebudak ni main...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Selamat ari raya semua... saya model bungapi 2011... hahaha

Malam ni main dengan tayen tanaji (Rayyan Khenaizi) lak... seram jugak sbb dia lagi ganas. Pak long kena pegang. Tak leh bagi dia pegang! kang dia cucuk kucing2 semua... hahaha

Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari jadi Umar!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Anak bujang Incik Azizi dengan Puan Azita dah setahun... cepat je kan? 21 Aug 2011. Bagus sunggu time pose. Mak long dengan pak long hutang hadiah besday Umar tahun ni.

Tak syok tul... tu la umar tak nak kuar time gaji. Tengah sengkek la sayang. So mak long tak plan pun nak beli apa-apa tuk Umar. Sian plak.

Sama je semua anak2 buah... macam anak sendiri. Cume boy ni mak long tak tahu nak beli apa. Gurl ni senang sikit banyak yang comei2. Dari pakaian, barang mainan semua lawo lawo... pak long plak sok ada anak lelaki sian anak bujang ai... rasanya game la kot idup anak aku tu. Dia sendiri tak tahu apa yang best tuk budak2 lelaki...

Mak long gak nak kena kerah otak sampai migrain2... hahaha. Ok mak long tipu. Mak long hutang dulu la umar hadiah besday eh?

Buat kat umah mak... biasalah kecik tapi meriah kalau semua dah berkumpul. Again mak long dengan pak long normally muke kitaorg sponser kek... hahah time ni pulus nan ado. Pastu mummy kata dia nak beli special kek tuk anak bujang dia, so oklah... lagi pun tatak ku kak sepinut bz dengan jualan kuih2 raya, so kompommm application ai di reject!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Budak bujang ni kompuse. Asal semua hurung dia... fofular sat

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kakak-kakak biasa... teruja lebih. Heheh. Bak kata Aliya...

'Tiapa Punye Bithday ari ni??? Antat tangan ia!!'

Yang adik tak tahu apa-apa gelak je la tengok gelagat kakak buat lawak birthday dia. kan ? Siap aisyah bagi tugas. Lepas Umar potong kek, kak long nak potong.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kek angry bird tak ada... so mummy beli kek ni. Wahhh my lucky number '7' ok... warna merah. Teruja lebih pak long ler

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tahun ni abang Ajies tak buat kek la mcam tahun lepas tu Aisyah. Tahun lepas ke tahun ni eh? This year! Mungkin bulan 10 ni kot? Kan tuk Liya?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tengok kek macam 7 tahun... heheh tapi sebatang lilin tuk si Umar Qayyum

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Umar teruja tengok kek and lilin... pestime ni! Harus la buat walaupun tak faham kan umar?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Umar bukan nak tiup kek... tapi geram dengan patung atas kek tu...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Lepas je potong kek, Umar sambar kepala burung masuk mulut. Alo alo sangat comei!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Yum yum yum... sedap semua... nak???

Nanti beli sendiri kat kedai kek eh? hahaha...

Happy Birthday Muhammad Umar Qayyum B Ana Nur' Azizi. Panjang la sungguh... ai pun nak tak nama panjang2la... hahah biar kena baling dengan pen jabatan pendaftaran negara...

Kah kah kah... gelak... sajer buat lawak! Gelak copat!

Wednesday, August 24, 2011

Lepas ni tido lena

Korang dapat gaji, korang buat apa???

Happy jekan? Nak shopping, nak beli itu ini. Lagi bila raya. Semangat nak membeli meluap-luap! Betui tak?


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Macam ni la aku bila dapat gaji... pening tolak ini tolak itu. Yang terkilan bila tolak credit card almost RM 1000 permonth... and aku ada 5 card ok! Pengsan tak pengsan.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Bahaya credit card ni, dah bayar ko pakai balik. Bila tak pakai interest plak. Bukan sikit ok... mcm aku adalah tahan diri tak nak pakai, nak bayar bulan2. Sekali tuh! Tengok interest charges dan tah apa-apa charges je RM 80.... puaka besarkan??? dah ada extra RM 80 plak kat situ. Baik aku pakai... hahaha...

Ok itu alasan org gila je.

Macam aku cakap la. Gaji ciput. So tutup than gali balik apa yang di tutup. Lagi kesian bila suami hulur duit kita tutup lubang kita gali tu. Sungguh tak adil rasa. Semua org terkejut asal aku boleh hutang macam tu punya banyak. So ini semua kisah lalu... bila pestime kerja dapat gaji, duit tu bersih tak tahu nak buat apa-apa. Aku plak pikir, sok laki aku la yang tanggung aku. Apa hal lak nak pakai duit sendiri. So no saving...

Joli dengan boiperen. Pantang dia nak apa, naaahhhhh swappppp! Yang bayo aku. Sungguh cilakakan? Buta mata hati.

So service kereta pun swap! Beli barang pun swap! Duit nak kata simpan tak jugak. Punya kedekut konon nak saving, bayar minimum payment je. Last2... bila reach to limit! sesak napas...

So lepas kawin plus bila plan nak ada anak, aku pilir balik tak leh jadi ni... esok anak sakit? Anak nak beli keperluan pampers, susu, than how?? Mana nak dapat duit? Kami laki bini bukan la gaji juta2... ratus2 ribu... puluh ribu, belas ribu pun tak... tu pun banyak jugak la kami jimat. Umah tak bayar sewa, bill air api pun berapa sangat. Kata la kalau incik Rusli halau kami... sob sob... tetiba drama! macammana???

Maka... pelahan lahan... saya telah berjaya!!!!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Out of 5! 3 credit card dapat di hapuskan!!! dan dua lagi tak dapat. Sob sob... tapi tak pa, yang satu hanya Virtual Credit card. Mean bayar bil2 je pakai benda alah tu. So limit pun tak la banyak. So insya Allah boleh cover. Nak langsaikan hutang terus tak mampu. Kang benda penting lain tak dapat nak buat plak.

Lepas ni kena plan betul2 financial. Bukan main dok buat account kat opis diri sendiri tak boleh nak buat.

Now aku dah terpikir... apply debit card dari semua bank... senang. Tak yah nak kuar2 duit. Kalau kuar duit pun, duit kita. Abang Zamani tersenyum bila lihat perubahan isterinya. hahaha.

Well kita ni orang perempuan. Bila kita kerja, duit tu kena ada. At least for emergency. Bukan tuk suami, tuk anak sok. Gigil tengok bill perubatan sekarang. Tapi aku tetap bersyukur dapat suami yang tak lupa tanggungjawab. Kalau dalam tangan dia bersih RM 400... itu la yang di hulur kat aku. I never question him apa dia buat dan ke mana gaji dia. Tanggungjawab dia sebagai anak pun kita kena consider. Janji duit tu ke tempat yang sepatutnya, aku tak ada nak komplain apa-apa...

Cume sentap je la kalau tak well manage harta suami bagi... hehehe

Lepas ni aku kena tutup mata. Shopping mean in cash. Tak ada cash tak yah berangan. Sbb now in my hand ada satu credit card. Niat as emergency. Tapi tu la... NIAT ni selalu terpesong ni. Minta sangat la... lepas ni mmg asingkan dalam bank yang ada debit card. Apa pun kena pakai cash. No more hutang2. Baru je nak bernapas.

Ni kena start saving balik ni... insya Allah boleh. Doa eh.

Nasihat adik2 yang baru kerja... korang jangan la cari pasal nak hutang2 ni. Makan diri. Tak nampak sekarang tapi tahun2 berikut nanti. Baru la tahu. Nak nak dah kawin. Tak leh tido sometime. Mmg la, aku pun dulu masa mude bila terima nasihat macam ni, aku cakap alaaa kawin sok suami la tanggung. Yer mmg pun. Tapi kalau ko dapat suami yang macam abang Zamani korang yang sudi berkongsi masalah tak pa... kalau jenis eh ko yang hutang asal aku lak yang kena tanggung??? Jangan sampai satu tahap kita di tinggalkan sbb suami tak tahan nafsu shopping isteri melampau-lampaukan?

Kenapa saya berubah?

Sbb saya sedih... bila nak beli barang aku tak pikir. Tapi tengok suami kesian. Zamani jenis nak beli barang pikir 3 hari 3 malam di ikuti dengan tunggu akhir bulan. Selalu aku je yang paksa dia beli sbb rimas dia dok survey internet la apa la... sedangkan dia berkerja. Cara dia pikir tu macam tak mampu sangat2 nak beli... hahah melampaukan?

Melalut la aku ni. Apa pun aku bersyukur. Lepas ni dah bole tido lena. Lepas ni tak ada la bank statement ke remainder datang umah... Insya Allah, ni baru isi form ni tak summit lagi...lepas tu mmg memerlukan perkhimatan encik gunting tuk hapuskan semua kad2 yang berat dalam beg saya.

Oleh itu... duit mak long dah habis... maka! pembahagian duit raya adalah sangat terhad... wakakak... tak pun pembahagian adalah sangat sangat kecil!harap maklum!

Tuesday, August 23, 2011

Seminggu je lagi

Yuhuuuuu... seminggu lagi raya...

Aku tak buat persiapan apa-apa. Balik kerja penat. Pastu satu masalah tulang punggung aku sakit bila nak jalan... adoiii... berat badan turun... ehem ehem... pelik...

Terpikir nak shopping raya tapi mind ni bukan nak sangat beli barang sendiri tapi tuk kedatangan org baru. Zamani pun sama je. Tiap ari tanya aku...

"Nak beli apa-apa tak?"

Pikir tuk dia, tapi bila aku tanya dia tak nak lak. Haizzz. Anyway gaji pun tak dapat lagi... khamis ni baru dapat, ha time tu la nak terhegeh2.

Sekali lagi listing raya nan ado... buat listing lain plak... hua hua hua. Banyak nak pakai duit lepas raya ni. Tu yang kami bercatur bagai. And to my sister Rafidah... sweet of you la mak ngah. Banyak sangat barang dia beli tau. Thanks alot.

Kuih raya pun tak ada... tak pa cari jugak khamis ni. Masalahnya raya Klang... siapa nak datang???

Ok nak balik... see yah...

Monday, August 22, 2011

Adakah aku menyekat rezeki org

Kalau kita di beri kepercayaan tuk menguruskan sesuatu, menjadi amanah bagi kitakan? Kalau tak laksanakan kira makan gaji buto plak.

Aku suke gila buat akaun. Mmg tak pernah menyesal ambil jurusan ni. Tapi bila di amanahkan buat HR (since opis aku tak besar mana pung). Aku jadi rimas. Sometime kita nak tolong bangsa2 kita ni, tapi kecewa bangsa kita ni la yang buat bangsa asing padang rendah kat kita

Tapi mmg aku akui, MELAYU MALAS!

Hahah jangan sue! Tapi betul. Aku kerja sini aku sorang je melayu. Agaknya bos aku pun sakit ati dengan aku tapi dia tutup mata je. Kaum dia yang lain perhh percaya tak, leave tak ambik. Mc jauh sekali! Aku? Leave ambik, Mc kalau malas nak gi kerja mmg selalu je ambik.

Bila aku kena monitor attendance aku rasa rimas. Korang bukan budak2 sekolah kot??? aku kena periksa satu2. Mengular je kerja. Kalau cuti tu tak rasa serba salah langsung.

Kalau tgk turn over tuk kos pekerjaan, mmg bangsa melayu la ramai. Asik berhenti je. So aku naik geram. Lately je aku jadi ganas!

Siapa tak buat kerja aku hold payment, hold salary. Mula la muke muncung sorang2. Habis??? Walaupun bukan harta aku kat opis ni, tapi aku sakit hati sbb bos aku baik. Korang susah dia tolong, korang tak cukup duit dia advance duit dia... sampai tak tahan, dia gune duit company to help staff sbb ada setengah diorh ni melampau. Madang tak cukup je gaji nak pinjam duit bos. Bos aku plak sekali dua, tutup mata, banyak kali bengang jugak. Sekali pinjam RM 100-200 pastu buat2 senyap. bila bos suruh minta aku, mmg aku kejar. Paling tak gaji potong akhir bulan.

Ni sorang mamat ni... benci pun ada... time dia nak minta kerja kat sini... punya la baik ko cakap dengan aku. Merayu plus call aku sehari tu banyak kali. Merayu nak kerja ni. So aku rimas oklah cakap kat bos sbb kita pun nak pakai operation.

Wahhh sekali now naik minyak... menghilang je kerja. Mentang2 ko operation. Buat tak tahu je masuk tak masuk. Aku rasa macam nak lempang je muke dia.

Org call tak jawab. Org sms tak reply. Pastu masuk kerja buat muke tak salah. Sbb apa??? dia selalu bangga bos aku sayang dia. Macam apa je perangai. Habis depan bos ko buat baik. Ni timbul masalah lak dengan manager dia. Suruh buat kerja tak nak. Habis ko makan gaji bute????

Bos aku kan baik... tak sampai hati nak cakap NO kat pekerja. Belakang marah setengah mati, tapi bila jumpa mamat ni mcm kena sembur plak... bagi peluang mau aku rasa dekat 10 kali!

Ikut ati aku, aku mmg tak nak dia. Buat apa? Dah ada anak bini kot? Kenapa tak serius nak buat kerja??? Datang dah la suke suki dia. Pernah sekali ada shipment penting nak uruskan, dia tak jawab call, bila bg sms nak buat tindakkan bagi surat, baru call cakap kes emergency! Tak ke ko rasa nak hentak????

Esh hilang sabar. Besok bos aku suruh aku handle dia dengan manager dia. Pegawai atasan dia dah merajuk sbb this guy over dr dia. Plus tetiba jadi kesayangan bos aku plak. Hangin la mamat tukan?

So me?? tah lately panas baran sikit... senang nak sembur i guess?? Menyesal aku rekemen ko masuk sini, kalau aku tahu perangai kau time tu. Kalau dia kena berhenti aku rasa serba salah plak? Tapi tuk kebaiikkan bersama rite??

Terlaksana juga

Thanks to Hubby...

Semalam tetiba je dia bersuara...

Zamani :- Ayang, i dah bersihkan kubur anak tau...

Me mcm terkejutlakan? Dia dengan aku kan ke mana pun sama. Buat apa pun semua kongsi. Tak tahu plak dia pergi.

Aku :- Bila?

Zamani :- 2 week ago kot. Yang I buke umah mak sengsorang tu? Singgah jap. I dah beli dah batu kecik2 letak kat kubur Aryssa

Allllaaaaa... miss that place gila2... lagi2 bulan puasa nikan? Last bulan puasa, aku ingat lagi aku pergi sana every week. But this ramadhan?? Tak pa... janji ingatan kami suami isteri tak lupa pada dia. Tanggungjawab kamikan?

Mula la teringat kes2 buang bayi ni. Kesian bebudak tukan? Mana kubur mereka? Di bunuh kejam. Tiada talkin di bacakan, tidak di mandikan, tidak di kafankan, tapi di buang macam buang sampah je. Siapa yang buat? Ibu bapa bayi itu sendiri. Sekurang2nya Aryssa kami sempurnakan sebagai hamba Allah yang lain. Allah berikan dia pada kami, kami uruskan permata berharga itu dengan baik. Bukan nak kata kami ni baik sangat. Aku rasa ibu bapa lain pun kalau di tempat aku akan buat benda yang sama rite?

Dan sebagai ibu, kalau boleh aku nak pilih batu tuk di letak kat pusara bidadari kecik tu. Tapi sama je kan? Kali ni abak dia uruskan. Alhamdulilla. If anything happen to me pun, aku percaya Zamani akan menjalankan kewajipan dia sebagai ayah dengan baik.

Erm mungkin ini adalah permulaan memikul tanggungjawab sebagai ayah dan ibu. Anak tetap anak. Sama ada dia ada ke tak ada, darah yang mengalir tetap darah kami. Doa kami sentiasa mengiringi dia di sana...Insya Allah.

Batu kecik tu satu pack RM 25, tapi Zamani cakap tuk budak2, diorg charge RM 10 je. Zamani suruh org2 yang kat kubur tu uruskan. Alhamdulilla... terlaksana jugak hasrat.

Mak ayah org lain bz beli baju2 raya tuk anakkan? aku harap amalan ni akan di teruskan, walaupun aryssa ada 10 org adik... waahhhhhh... pengsan ko cida nak 10. Rezekikan? Kalau Allah nak bagi?

Friday, August 19, 2011

Humayraa lagi



Share this video dengan korang... Puteri kecik ni dalam mengantuk2 pun org panggil dia, dia bukak mata. And bagi aku dengan zamani ni video paling berharga... hahah... sebb dia bukak mata bila dengar suara pak long kacau dia beradu...

Cium anak dapat pahala


Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Persediaan raya tahun ni

Ermm... dua minggu lagi raya eh?

Aku?? tah... persediaan raya tu mcm tak ada. Sbb umah baru siap. Patutnya lagi ler semangat nak raya, yer dak? Tapi tak la... umah masih lagi bersepah2. Mungkin esok panggil org lagi tuk bersihkan tuk final. Kabinet dah pasang, makin berpintu makin menjadi mak aku sumbat barang. Kalau masuk setiap bilik aku jadi mabuk dengan plastik2 barang2.

So kena buat something la. Makin besar umah, makin banyak barang plak.

Me semakin tak larat. Tu yang sanggup upah org. Sejam RM 10. Oklah tapi dia kerja mmg cepat gila ko!Kecik je badan. Tapi tah... mmg laju la. Dulu nak kemas tu panggil dia, aku upah dia RM 100 tuk 10 jam. Start kerja dr kul 9 sampai kul 7 malam. Settle umah ko! Siap sempat basuh ais box.

So kuih2 semua tak beli. Hahah nak order baru sedar ni dah minggu ke tiga puasa. Sob sob. Melaka pun kami tak balik. Ate umah macammana?

RAya tahun ni mmg tak ke mana. Abang Zamani kena kerja tahun ni. Dia yang volunteer. Sbb lepas raya insya Allah dengan izin Allah kami laki bni cuti panjang. Yahoooo... so tu yang masing2 mengalah dengan tempat kerja masing2. Tak pa kerja...

Bagi ku raya kat mana2 pun sama. Janji dengan suami. Zamani concern sikit seram nak tinggalkan bini dia kat umah. Suke nak post2 aku tau. Dia cakap lepas balik kerja dia akan terus je ke destinasi. Tak nak la! Tak syok. Ala tinggal umah bukan melalak nangis hentak kepala kat dinding punkan? Paling tak aku tido kat umah.

Next week gaji... baru la cari kuih raya kat mana-mana. Last year beli kat Subang Prade. Sedap kuih2nya... So beli la few jeniskan? Jadilah....

Baju raya pun tak ada. Memula kami macam malas la nak beli. Pakai je yang ada. Mana leh?? Aku boleh la. Lagi pun nan ado saiz. Zamani kena kerja pagi raya. So macam tak elok plak. Apa kata kawan2 dia plak. Tak happy nak sambut raya. Kan sunat berbaju baru? Ok minggu depan cari la mana2 kedai. At least beli baju melayu pun jadi la.

Banyak nak pakai duit sebenarnya. Beli benda yang LEBIH PENTING. So raya tahun ni macam so so je la. Yang penting bagi aku tahun ni aku dapat beraya dengan suami. Tak jauh dengan dia. Ibu ayah pun duduk Klang je tahun ni... pertama kali dalam sejarah hidup mak ayah aku kot! Tahun ni raya Selangor. Hahah duit habis buat umah so sembunyi!

Pang!!! sukati aku je. Diorg nak rasa raya umah baru. Tak ada org yang datang. Itu sudah pasti sbb kami tak ada sedara kat selangor ni. Ada tu ada la. Tapi diorg pun ada kampungkan? So pastinya tahun ni tengok Tv je la.

My family in law pun balik kampung may be raya ke dua atau ke tiga. So first raya bole la lepak umah MIL. Mungkin petang or malam raya pertama my parents balik Melaka jugak kot. Mungkin je la. As for me, ku ikut je Zamani. Dia nak raya umah family dia, ku ikut. Nak balik melaka pun ku ikut. Tak nak presure dia. Im ok. With my condition rite now mana2 pun boleh janji dengan dia.

Aku kesian tengok dia nak pikir pasal raya ni. Takut aku serba salah bagai. Dah banyak kali jugak aku cakap i dont mind. Tak raya mana2 pun tak ada. You nak duduk umah tido pun tak pa. Sbb aku bukan jenis isteri yang nak paksa suami kena raya sini sana. Cume sentap kalau tak dapat duit raya je. Hahahah

Tema tahun ni apa ye? Nak jugak la beli baju raya. Jubah ke apa. Abang Zamani reserve merah tahun depan, so merah tak leh ambik tahun ni...

Hijau nak b???

Sure Mama liya suke!!! Antik mak long dengan pak long.

Oh duit raya... agihan kena pecah ni. Anak buah makin ramai. Tu tak pikir pun lagi. Rayyan raya perak. So boring. Aisyah, Aliya dan Qayyum pun raya kedah tahun ni. Yang ada hanya Humayraa je la... hahaha yang tak ada tak leh collect duit raya ye... lepas raya baru collect. Tapi ada term and condition. Hanya valid beberapa hari... hahaha

Ok aku kebosanan sebenarnya... bye!

Thursday, August 18, 2011

Tiada alasan untuk tidak solat

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Salah kiblat pun tak pa...

Tak pakai telkung pun tak pa...

Beralasankan kulit buku pun tak pa...

Janji solatkan?

Selagi boleh Aliya cube muatkan dirinya supaya masuk dalam saf solat tu...hahahah

Dengar2 dia cakap "ALLAHUAKBAR!"



Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Kalau aku tengok pun sejuk ati... apa tah lagi kalau mak abak dia. Sejuk perut si ibu mengandung tengok anak yang di kandung tahu dan kenali apa itu solat. Kenapa kita solat all that. Kan?

Tak perlu la nak tunggu dia masuk sekolah. Bagi aku pendidikan awal ni bermula dari rumah. Kalau mak apak tak solat, macammana nak didik anak menjadi seorg muslimah/muslim yer dak?

Bebudak ni suke perhatikan apa jua mak ayah diaorg buat. So secara automatik diorg belajar secara tak langsung WALAUPUN mereka tak tahu macammana nak solat, bagi je sejadah tahu ler nak buat apa. Takkan nak buat alasan kaki plak? Silap2 alas kaki jadi sejadah.

Itu minda kanak2 sekarang. Org kata makin advance!

Ok Aliya mmg layak jadi MAMA LIA... ahahahah... ( sibuk dia panggil diri dia MAMA... )


Nur Humairah 'Adlina Bt Ana Nur'Afifi

Nak ambik napas dulu... panjang sungguh nama. Tetiba teringat kat nama Aryssa...

Aryssa Dania Zulaikha Bt Ana NorZamani. Panjang? Panjang tak? Heheh tak pa ada makna semua tu. Bukan nak letak suka2kan? Salahkan bapak sbb nama diorg yang panjang2... wakakaka... bertambah la panjang nama si anak.

Ok tarikh 13 Aug 2011 tambahlah ahli keluarga Hj Anwar. Jeng jeng jeng... my biras yang bersalin, aku yang kecut perut. Aku plak yang countdown. Mmg Humairah over cooked dalam mummy tummy. Itu yang pipi naik sampai menutup hidung... heheh... geram... rasa nak cubit2 je. Nanti mak long org pertama geget eh???

On the way to office sabtu lepas, Zamani sms bagitahu my biras selamat melahirkan bayi perempuan. Aku lak nak nangis... tah perasaan tu tetiba ada. Rasa nak ambik EL je... hahaha... tetiba jekan? Alasan sebenarnya tak mo gi kerja... lalalala...

So kul 3 macam tu gerak ke sungai buluh. Cari Hosp Sungai Buluh dan hati berdebar2. Hopefully baby ok. Bila nampak baby... alaaaa luruh hati mak long...comeinya...

Pak long mak long nak jugak!!! sob sob...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tadaaaaa..... geram tak? Sleeping beauty. Org tegur dia bukak mata sikit2 je. Yang penting Humairah sihat, dan sempurna. 'Terlebih masak' pun tak pa la... geram pipi dia tukan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ni hari yang ke -4... still sleeping. Bagusnya. Ibu dia kejut2 pun dia tak larat nak buke mata. Penat sungguhkan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Apa-apa mummy and baby selamat. Alhamdulilla...

Bila turn aku eh?? nebes nebes!

Wednesday, August 17, 2011

Berbuke di luar

Buke puasa kat luar ari ni. Sian abg Zamani. First time since pose mkn luar.



Selamat berbuke semua

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Tuesday, August 16, 2011

makin menjadi-jadi

Sometime aku rasa Zamani ni cute. Hehe. Dia mmg cute pun, if not tak kawin derrr dengan dia,kan? Well dia la penghibur ati. Kalau tensi tu dia jugakla yg buat aku cool.

Ari ni appointment kat HPJ. Ayah tak dpt hantar sbb dia nak g KL ada urusan. Incik rusli sgt concern dr dulukan? Dalam byk2 anak, yg payah dia nak lepaskan aku je. Adik2 aku jenis ati kering. So dia tak bimbang. Aku dia kata lembek! Cheh! Ini kak long der! Bikin malu je TAN??? Apa nak buat dady's gurl. Always be,kan? So bersyukur juga hubby yg perihatin. Nak drive sdri ke HPJ tapi zamani menentang keras. Blm kawin kena kawal dgn ayah dan kawin suami plak... Tak baik ingar. Hal2 mcm ni biaq diorg pk mcm ner ye. Akak dah suggest tak mo dgr pk. Janji appoiment tu kena gak gi...

Panjangnya cerita??? Ok time nak ambik ubat.

Farmasi : Puan ni ubat 'cair' darah. Puan pernah makan?

Me : aah pernah.

Farmasi : potong suku yer. Ambik tiap hari sampai doktor saran berhenti.

Abang zamani kalau bab g doktor, ambik ubat, dia suke celah sama. Bagus jugak. Kang kat umag dia take over jadi doktor plak.

Lepas semua selesai...

Zamani : ubat apa tu yang? Tu asprinkan? Ubat CEKIK DARAH?

Aku gelak kat situ juga. Makin menjadi sound trouble laki aku.

Zamani : gelak plak! Ubat cekik darah tu apa?

Me : B! Ubat cair darah... Ubat cekik darah i tak perlu sbb u ada... Dah cukup buat i cekik darah... Wakakak

zamani : gelakkan suami ko eh?! Balik makan ubat cekik darah ko tu. Haha tu i blur jap tu. Tengok mcm ubat asprin tp tukar lak fungsi.

Adoi aku gelak sepanjang jalan. Tapi muke abg zamani korg muke slumber je. Apa pun itu la suami saya....

Monday, August 15, 2011

Ramadan Buffet

Kan aku cerita aku berbuke kat Hotel Primer kat Klang ni? So jumaat tu kami telah pergi beramai2 kat sana. Bos belanja siapa tak nak.

Hagak meriah jugak la. Budak2 baru ni semua nampak lembut, sopan je dalam opis. Dah jumpa macam ni, masya Allah... sorang2 buat lawak, bual pun tak formal termasuk bos aku. Wah wah my bos siap boleh gurau2 ok dengan kitaorg. Yang operation side pun bole tahan jugak menyampuk. Nice la... great dinner. Boleh buat lagi.

Satu kepala RM 80... food ok tapi geramnya diorg tak top up makan yang dah habis. Bengang betul! Boleh je nak ajak abang Zamani feeling2 makan sini. Tapi dia tu kan tengah berdiet... ha! sok raya korang leh tengok abang Zamani pakai kebaya... wakaka

PITAM!!!

Boleh la nampak dagu runcing dia tuh... tetiba akak jeles tau dia kurus. Korang tengok gambar baru akak ni jangan pengsan plak... mengambil 3 hari tuk berpijak di bumi nyata yang aku sihat membesar bagaikan juara!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kitaorg sampai awal. Sementara nak tunggu azan semua beratur ambik makanan. Oklah tak panas ati sbb diorg semua tak macam org lain. Bagi kita muslim ambik makanan. And plus diorg ambikkan tuk kita sama... sweetkan bebudak opis saya?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

I memalu nak jadi bloger tegar...hahah tetiba! So sipi-sipi

Memula agak frust sbb nak sangat ambik gambar dengan diorgkan? Selalu kalau keluar diorg tak excited nak ambik gambar. Tapi new babies of NLSB wahhh terasa macam NKOTB (New Kids On the Block) lak...tak kenal NKOTB sila terjun sungai...wakakak...

Ke akak je veteran ni???

Ok the new babies NLSB sangat2 sporting dengan nak ambik gambar... sampai setengah jam tu ambik gambar je... layannkan je!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

NLSB new babies... kena jaga bebaik. Kena warning dengan my bos dah! Diorg lari mmg nan ado assistant tuk kamu! Cantikkan? From bawah(since dah terbalik gambar) Susi, Carmen dan Farah

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sibuk nak bergambar dengan akak garang kat opis nikan? Yer pengsan semua dengan kenaikan ku yang mendadak...wakakak tapi ada aku kisah??


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

This is my assistant. Carmen. Terbaik dari ladang. Gud assistant ok! Gue mmg jaga dia baik. If siapa buli dia, sila berhadapan dengan saya.



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Susi, me and Vanessa. Ok Vanessa is my bos wife. Cunkan? terasa huduh bila di apit dua wanita chantik! mencik!!! apa pun syukur at least tak ler cacat...kan kan kan kan? Admire dengan my wife punya bos... sbb dia mmg pandai jaga badan ok. Anak sorang but badan dia lagi kurus dari sblm kawin. Org kata dia stress... wakaka... pedulik la...janji cantikkan? Suami pun tak lari. Tapi we all banyak share la info pasal ni. Mana tahu boleh jadi tips di kemudian harikan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Korang leh tengok la betapa meriah or kecohnya bebudak ni. Gelak2 sakan. Akak yang tua pun perasan la mude... diorg 10 years younger than me la! Of coz la tak leh nak masukkan? Tak sedar diri namanya. Hahaha

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Another gambar kandit. Hahah benci aku yang bulat tu kan???

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Youngster la konon...aku paling tua... nangis!!! Bila semua nak ambik gambar dengan "kak cida' aku terasa... terasa... sangat popular? wakakak tak ada makna. Diorg takut nak gurau2 dengan aku sbb aku terlalu seyes sangat kot during kerja. Have to la... sbb susah kalau handle HR and Account. Kang baik menjadi2 plak... sendiri susahkan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ok kami yang ada malam tu... ermm tak nampak sangat gambar ni! Kita pakai gambar from my camera eh?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Bos saya yang paling hansem dalam gambar ni... he he he... setelah 5 tahun kerja di sini saya tak rasa dia hansem dah pun...hahaha... apa pun aku mmg admire bos aku. Bukan admire apa la... since aku dah lama dengan dia, aku faham sangat cara dia kerja. Dan dia mude lagi kot? apa dia hasil pun duit dia sendiri. Kini dia nak besarkan empire NLSB. And aku betul kagum dengan dia.

Apa pun to my bos... terima kasih atas belanja makan malam tu ye... jangan potong bonus kami plak...wakakaka...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails