Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Sunday, January 29, 2012

Sweet like chocolate

Sajer tgk list follower kat twitter. When I saw zamani's profile ku terasa dia sweet. Hua hua hua. Me???? Sumpah gue tak update2 twitter info. Pasal apa?? Gue bute it! Kah kah kah. Tetiba bodokan? I pandai create je. Since ada BB ni, lepas install application kat phone itu je aku hadap. X pernah nak tukar info ke apa. Gambar pun nak tukar terkial2. I love you deeper la! Like drypers! Ha??? Tetiba kokan!
________________________________
Image taken with Screen Grabber.
Download it free from BlackBerry App World : http://bit.ly/screengrabber_appworld

Saturday, January 28, 2012

Aisyah and liya

Ari selasa lepas, my biras che ta g KPJ, emmergency di atas sbb tertentu (Panjang citer). Maka me and Zamani g la tgk kot apa yg bole bantu. Tengok aisyah,aliya and umar tengah tunggu kat ruang emergency hall tu. Biasalah nampak pak long and mak long diorg x dpt kawal diri. Lari, jerit semua ada la.

So kebetulan ada budak kat emergency room tu terjerit2 nak balik. Mak long gune kuasa dgn menipu bebudak ni

'Ha! Duduk diam2. Tengok akak nurse tu dah tangkap budak tu. Sbb tu dia jerit nak balik. Mesti dia kena ikat'

Aliya, aisyah dgn ummar terus diam. Takut terus. Hua hua hua

'Liya baik kan mak long?'

'Ha... Budak baik kena diam'

Aisyah muke takut2.

'Agaknya apa kakak tu buat eh kat budak tu?'

'Harus la dia kena ikat...' Umar terus peluk kak ngah dia. Takut...

Kejap je. Pak long dgn pak teh enterprem diorg buas balik. Apa pun ampun tatak nurse sbb saya berbohong. Lalalal
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, January 26, 2012

AmaniZamani

Semalam siapa tengok cerita melayu kul 7 tuh? Apa kalbu???

Aku suke tengok Akashah! I like! Tapi tak leh lawan Aaron Aziz la... may be aku hanya suke tengok muke mamat ala2 macho. Chewah... Muntah la kau.

Kan pasal dia nak buat DNA anak dia?Pasai bapak si ANA tu (bukan nama laki aku) nak tahu ANA ni anak dia, atau anak pada perogol2 bini dia. Abang Zamani biasa... emo!

Zamani :- Budak dah besar baru nak buat DNA! Awat hang tak buat time baby semua...

Aku :- Tah... bodo.

Zamani :- Kan dah susahkan budak tu... sian budak tu. Hang kalau sangsi. Budak tu lahir buat DNA, ni nak nikah baru nak buat. Esh kalau aku, lahir je buat DNA

Eh dia berangan nak jadi pelakon???

Aku:- Ha betul! Kalau you tak yah kot... gi jumpa doktor cakap "Doktor saya mau buat DNA" confirm doktor tu halau you... muke anak lagi potostat, lagi mau DNA! hang gila ka apa??? Sure doktor tu halau u... "gi balik jangan buang masa aku nak ambik DNA. Hang buta ka muke tu serupa"

Lalalalala... Zamani gelak tak hengat! Mengarut. Bercita2 plak nak jadi watak bengong dalam cerita tu.

Saksi gambar berikut... perlu ke buat DNA? Lalalalaa

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Itu la anak... itu ler suami!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

CidaZam bercerita lagi

Wednesday, January 25, 2012

Demam Korea

Situasi pertama :-

Ari tu gi Shah Alam, ambik spec aku kat Tesco Shah Alam. Around 8 malam lepas abang Zamani korang balik kerja. Kedai spec tu call lambat. Kul 7 baru call... abang Zamani boleh je nak singgah ambik cermin mata aku. Tapi dia on the way balik klang. So aku bagitahu dia

Me:- B! Jom ambik spec.

Dia diam jap

Me:- Bole tak?

Dia :- Ok... tapi balik kul sebelum 10;30 malam.

Hari tu hari selasa... biasa la ada RAWkan? Dia tak leh nak tinggal RAW dia tuh..

Me :- ohhh ok... ari selasakan...you nak tengok RAW. Ok!

Dia :- Bukan la... pumkin!

ushhhh aku gelak tak hengat... RAW! nama macam ganaskan? tetiba Pumkin??? ala ala lembut dan manjakan? tak sesuai ko!!!

Dia :- Best la cerita tu...

Yer yer yer what ever!

Situasi ke dua

Dia :- Kita nak ke mana?

Me :- Balik umah je la... nak gi mana pun

Dia ;- Sian Amani. Nak tak gi Icity?

Me :- Ok ke? Kang nak kerja esok.

Dia :- Baru pukul 10

Oklah aku setuju... on the way nak g icity

Dia :- Ermmm b rasa tak yah la... Amani kita gi lain kali je la...

Me :- Lorrr asal plak? tadi ok je...

Dia :- Lewat dah ni...

Me :- Ok... next time la amani...

Tanpa pikir apa pun ler...

Sekali sampai umah, cari control... tekan chanel 393... mmg tak sesuai la!

Sejak jadi bapak ni... alahai abang Zamani ilang macho deeee.... Bole plak mengadap cerita korea ni. Memula kami mmg tak suke. Tapi sejak maternity ari tu, duduk layan dengan my in law sampai mmg leka la menonton drama korea ni. Lepas satu, satu cerita menarik.

Tapi cerita ni mmg best pun... cerita anak durhaka! (Bak kata Encik Azizi) Ini yang abang long mu suke tengok. Kalau aku lebih berminat cerita yang berunsur curang curang ni... Zamani pasal kekeluargaan dia suke la...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pelakon utama Pure Pumpkin love... hahahah suke gambar ni. Nanti esok Amani sila jadi muke ibu... kita ambik gambar gini. Ibu yang garang, Amani yang soft2... yer ke bole? Sekarang nak senyum pun payah si montel tu!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Tuesday, January 24, 2012

Raja di julang?

Dah mcm raja2 di zaman firaun tau... Gaya mcm tu, bini suap kek ok. Sila tau... Mengada!

Berkelah

Semua berlaku tanpa di rancang. My MIL tetiba buat rancangan pagi tadi tuk berkelah kat sungai congkak. Kata my MIL, nak bawak cucu2 mandi sungai. Tapi at the end cucu2 semua takut nak mandi sbb air sejuk gila. Termasuk Amani Iman. Melalak2 sbb takut sejuk. So turn to be, wan dgn tok bawak anak2 berkelah, bukan cucu. Hehe ni kanak2 purba main ayor. Nasib baik menantu2 ada commitment jaga anak. Kalau tak??? Join masuk ayorrr sama.

Kami enjoy.

Monday, January 23, 2012

Baby polo

Selalu belikan tuk anak buah atau anak org. Tapi alhamdulilla rezeki amani iman. Dapatlah ibu beli tuk amani iman baby polo. Jeans and track pants. Opcos mesti kaler merah. Idok ler aku beli kaler fink. Tengok tag harus pengsan tp org kedekut mcm aku ni idok la nak habiskan duitkan? Dua seluar tu 70 percent. Jimat berganda2. Tak sabo nak bagi mak cik debab ni pakai. Harus la comei mcm ibunya!!!

Wednesday, January 18, 2012

Icity

Banyak yg berubah kat icty. Dah mcm fun fair aku tgk. Amani iman suke lni. Berbaloi kali ni masuk ok!

Tuesday, January 17, 2012

Olay

Bukan aku je yg sibuk menjaga muke. Abang Zamani pun kena turut serta. Dia tak minta. Mmg tak adanya nak pakai benda2 ni, ilang macho katanya. Tak kuasa nak telek muke depan cermin. Kang aku telek dia telek, tak jadi benda.
takat pencuci muke oklah. Ari tu aku pakai garnier. so beli garnier man tuk dia walaupun aku bukan suke fahrin ahmad tu. Tapi waaa minat arron aziz. Nak beli loreal man! Tapikan aku x pakai la loreal. Dulu pakai tapi x serasi. So sbb dah pakai olay tengok ada olay man, sambo je...

Bukan apa, aku rimas kulit berminyak ni. Especially dah bersihkan kulit waktu malam. Dah pakai nite cream semua, kulit dah elok nak rehat, sekali kalau bergesel kulit muke dia, dah jadi sesuatu. Gatal satu muke. Sob sob... Bukan alasan okey. So ku kata kat abang zamani

' Basuh muke dgn pencuci muke! Segar sikit'

Harus ikut perintah akukan. Hehehe. Nak laga2 pipi tolong bersih sama.

Aaa ni bukan cite lucah! Pang muke korang. Tapi kalau nak dia beli mmg idok la.... So far dia pakai means oklah...

Saturday, January 14, 2012

Umar qayyum

Ada macam justin biber tak??? Or may b jason marz? (Betul ke nama mamat yg nanyi lagu I'm yours tu?)Tak tahu nama belakang dia apa. Lupa sudah. Cuteeeee!

Si bulat mula mengereng

Happy bila tengok ada kemajuan anak sikir demi sikit. Ada org kata perkembangan anak aku lambat dr anak diorg yg sama lahir dgn dia. Well sila tau amani iman premature yang awal sebulan. So me mmg sabar menanti. Kalau dia sepatutnya baru capai 3 bulan. So sblm tua dlm perut lagi. Heheh. Walaupun badan dia lembek2 lagi, tp dia dah belajar menegereng. Ni sbb kedudukan tilam tu buat terpusing terus meniarap. Gud gurl anak ibu.

P/S I'm may be ibu yg garang. Anyway she develop from beginning pun dalam diri aku la... So she know better her mother compare org lain. Kalau sekrg pun kalau aku marah, dia tahu untuk x nakal and prefer abak ke, atuk ke, nenek ke ambik dia, sementara nak tunggu mak dia cool. I know la! She my doter. Dlm kandungan aku pun kalau aku tgh mara org yg tak ada kaitan dgn aku, dia akan tendang mcm marah sama. Tapi kalau aku tengah mara bercampur sedih dia akan diam sampai aku rasa tenang. Ciptaan Allahkan indah.

Celebrity Choice

First sekali...korang mesti tanya. Hang tu artis ke??? hahaha sukati aku la!

Payah dah kawin ni. Kang pakai cream halia, tahu je la. Bau tak sedap. Mula la somi tanya.... lepas mandi wangi2... sapu cream halia mustajab ka, cream halia lissa ka...

"Bau apa nih????" Tak syok betul! tanya dengan muke pelik, buat aku rasa pelik sama. Tapi betul... yang kawin tu sok tahu la. Macammana nak kurus? Sbb tu la time pantang bau busuk2 kan? Kalau tak??? Insya Allah anda murah rezeki.

Entah laaaaa.... aku tahu kalau nak kurus ni mmg payah. Apa lagi kalau ko jenis dengan somi berkepitkan. Mana somi pergi nak mengekor. Selalu lepas kedai mamak. Jalan2, singgah minum dan makan. Yang paling best kalau mak mertua masak!!! nak tutup mata bole la. Tapi idung tak leh tutup... bila terhidang, macam ko rugi je tak makan! Nawaitu, aallaaaa rasa sikit la. Sian mak dah masak.... ermmm terus niat bertukar. Esh sian mak masak banyak, kecik ati dia kalau AKU tak habiskan...

Hasilnya??? Kumpulan lemak2.

Maka akukan suke bazir duit ni. Derma kat anak yatim pun bagus. Semalam gi guardian depan umah tu. Aku biasalah. Kalau masuk watson, guardian, mana2 yang sewaktu dengannya, aku jadi khayal. Mula la feeling2 nak cantik. Tengok perut ni, rasa Amani Iman muat kalau nak sumbat masuk balik! Haizzzz

Semalam terlihat la benda ala ni... malas nak ambik gambo. Gune khimat gugel je

Ada bath scarp, dua cream badan. Harge?? RM 55! Kesan tak kesan aku tak tahu. Well benda2 ni ko ingat ko sapu terus menjadi ke? Opkos la kena diet, jaga makan, senam kena cukup. Kalau ko hentam semua ko makan, selamat jalan la...

Tapi akukan??? siapa tak kenal aku??? Bazir duit mmg juara. Tapi bazir duit sendiri je la. Idok la teman nak gune duit suamikan?

Sampai umah cium bau... wahhh tak kurus pun tak pa! (tetiba semangat ilang???) salah statement tu... mahal pun tak pa. Sbb wangi gila2. Boleh feeling pakai org tak tahu. Sumpah! aku suke bau cream dia.

Pagi ni pakai. Macam tak berkesan je... pakai scrub manja2 gitu. Mahal mahal ni! Tapi sedap lak baunya. Tak yah la nak pakai bath form. Than pakai cream. Ok je... sekali nak gi kerja panas lak badan ni...kesan ubat.

Kat situ tulis boleh tengok perubahan dalam masa 4 minggu. Kita tengok je la... kena ubah pola makan. Kena semangat bawak amani iman kat taman ni. Ini adalah niat awal ni, tapi sampai hari yang ke 14 aku masih tak buat. Anak nangis serah kat ayah atau ibu aku, suruh diorg yang bawak amani iman jalan-jalan. Habis lagu mana???

Hujung minggukan stay umah my MIL, boleh la nak bawak ke taman tu pagi2. Tapi abang Zamani menjatuhkan semangat...

"bebaik yang, pagi2 taman tu ada anjing... kang tak pasal2 kena kejar."

Mmg itu baik tuk kesihatan... wakakak kena kejar anjing maknanya ko excersice la. Tapi dalam badan yang berat mcm ni, kompom aku lari macam siput... jangan mimpi la nak lari macam road runner.

Ni nak cari suppliment ubat hilang selera makan... hahaha.. ada ke? share sikit. Tak nak yang buang2 ni. Tak kose acik nak cari toilet!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Friday, January 13, 2012

Cerita Amani Iman semalam



Semalam ada org tu masuk 4 bulan. Semalam balik umah ingat nak bawak dia jalan2 tapi tengok Zamani balik lambat sbb dia kata jam kat Shah Alam. Tak sampai hati nak suruh keluar. So makan umah je masak simple. Bihun kicap fav Zamani.

Chewahhh cerita masak kat umah... hahah nak bagitahu aku masak kat umah semalam. Hampeh!

Ayah ibu ambik aku gi balik kerja. Alasan nak bawak amani iman jalan2. Ok la ikut la, aku ok je nak drive ke opis. Sbb diorg kata Amani Iman dera diorg. Kalau kat umah marah2. Nak tido pun buat hal. Tapi masuk kereta ok je tido. Bak kata suami ku, dia takut kena tinggal.

Mcm kalau dia ambik aku kerja. Kalau dia terjaga tengok aku, dia akan tengok keliling dia, dalam kereta ke sampai umah. Kalau sampai umah mmg dia mengamuk, siap la ko dia buat perangai. Tapi kalau tengok aku, tapi ada dalam kereta dia happy2. Gelak2 pun ada.

Semalam mungkin dia pun tahu dia 4 bulan. Pelik dia tak nak tido. Minum susu pun nak mengamuk. So aku tak dapat nak agak apa dia nak. Jalan sudah, mandi sudah, minum sudah. Selalu lepas mandi, bawak jalan masuk umah settle! tido....

Kali ni payah. Rupanya dengar suara abak bagi salam. Bulat mata....

Terus je berbual sakan dengan abak dia. Siap macam gurlpren dengan boiperen. Sambil bual sambil pegang jari

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dah rupa ayam dengan itik bercakap dah. Abak dia main cakap, anak pun tah apa je berbual. Kalau kacau siap marah aku lagi. So cute! And Amani Iman! Ibu so jealous tau!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Thursday, January 12, 2012

Amani Iman 4 Month

Amani Iman 4 bulan sudahhhh

Kejapnya... Kalau tengok fizikal mmg dia membesar dengan baiknya. Alhamdulilla! Syukur padaMu Ya Allah. Berikan kesihatan kepada anakku, supaya dia sihat membesar seperti budak2 yang lain.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dulu aku risau je sbb dia halus. Sekarang, hehehe risau sbb terlebih besar. Sampai sekarang dia belum tunjuk nak meniarap. Kalau nak mengereng pun nak marah2 kalau dia tak berjaya. Yang syok bila bukak baju dengan pampers, dia boleh plak mengereng. Sajer... teringat bila gyne aku dulu cakap 'ur baby nervous'. Setiap kali scan dia akan elak muke dia, dari di lihat. So doktor cakap, dia baby yang sangat nebes. Aku rasa dia ikut peel aku sikit la... hahah kalau nak buat sesuatu mmg tak confident. Alaaa amani jangan la... ikut abak mu yang semua dia nak redah. Hahaha... may be we born in same month. Virgokan? Kalau buat apa selalu nak berhati2 dan perfecto! Muntah darah la korang.

Aku perhatikan Amani Iman ni macam nak buat something dia takut2. Takut tak boleh kot. End up dia akan nangis. Contoh kalau dia main2, dia boleh je pegang barang mudah. Tapi kalau ko hulurkan atau gantung barang mainan suruh dia ambik, dia akan CUBE angkat tangan dia. Padahal kalau tak suruh dia boleh je ambik. Perangaikan?

Nak kena pujuk dia...

"Angkat tangan Amani pelan... jangan nangis... pastu pegang la..."

Aku selalu buli dia. Jahatkan? Bukan, aku tak nak dia manja semua org nak buat tuk dia. nangis la macam mana, aku buat bodo je. Sampai Zamani tegur buat anak dara dia macam gitu. Bukan apa, biar la kalau bole dia buat semua sendiri. Anak sulung kenalah independent. Kang jadi macam omak dia, ha siapa nak jawab?

Panas baran consider tahap ibu dia la... tahap sentap, merajuk semua mmg ikut aku jugak. Muah muah muah. Dah pandai merajuk kalau org tak layan ke apa, eksen tak nak tengok muke org tu. Kang pura2 tengok TV, pura2 pandang tempat lain, yang best ko mengadap muke dia, kalau dia tak leh nak larikan pandangan mata, dia tutup mata... hahah eksen tido. Bila teringat balik, macam aku je kalau merajuk dengan abang Zamani, now Amani Iman telah follow.

Mood pun ikut. Cepat bosan dia ni.

Tang 'pungung panas' mmg ikut abak dia. Tak leh duduk diam kat umah. Dia tahu sebelum dia mandi pagi dia di bawa keluar jalan. Lepas mandi confirm kena kuar jugak. Petang pun gitu. So dia dah jadi itu satu rutin. Kalau nangis macammana bawak keluar sure ok punya. Itulah anak dara Zamani.

Yang best bawak gi mamak... dia akan tenung muke mamak ambik order. Berkenan betul tengok mamak kedai. kalau muke SHARK RUK khan ke, SALMON khan ke ibu faham la jugak... ni adoiii... tak pa la, jangan jadi ciri2 lelaki idaman dah besar nanti. Pitam ibu!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Muke excited bila dapat tarik baju masuk mulut. Dan tangan masuk mulut... berbunyi2 kalau dia isap jari tu

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dia akan tengok kita bila kita cakap "Amani Iman NO!" Muke budak degil yang ada ciri2 nak menentang cakap ibu abak besar nanti... pandailah abak ko ajo ko yer nak? Tapikan... aku selalu ingat aku tak leh berkeras. Nampak Zamani bagi muke kat Amani. Tu yang amani muke dia tu... wakakak ok joke joke... kalau anak dara dia nangis, cepat dia panic and pujuk. Aku??? Nangis kuat lagi Amani Iman... satu taman tak dengar lagi. Faham lak. Sedu sedu nangis. Tapi tak leh ada org yang backing dia, cakap aku masuk lubang idung dia je... hahaha.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ni semalam. Dah pandai main. Aku pegang dan goyangkan benda alah tu. Bagi kat dia, dia cube tiru gaya aku buat. Tapi tak leh nak control. Menangis minta tolong. Cubaan nak pegang dua tangan. Tapi tangan satu lagi payah nak pegang. Asik tersasar je. Abak dia bantu. Dah tu tak tahu nak buat apa. Hahah dia cube nak tarik tangan sebelah lagi. Kesian. Tapi aku diamkan, abak dia tolong dia lepaskan satu gengam. Happy la dia. Than dia cube pegang sekali lagi dengan dua tangan.

Semua sorak! Dia suke la. Sampai juling2 mata tengok mainan.

Mengereng tak boleh lagi. Tak tahu la... tapi dia dah kurang minum susu. Tido lasak jugak. Abak dia tido lantai. Kat umah tok mama ok je. Kat umah klang, Ya Allah, berapa kali bangun daaa... bukan bangun bukak mata, aku rasa katil tu lapang sangat. Sampai dia mengapai2. Semalam Zamani tido atas katil, dia bangun sekali tuk minum susu.

Ayo ini budak! dengan abak tak leh nak berengangkan???

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Gambar last sunday. Ibu beli tudung baru. Nak kemas tak leh sbb dia nak perhatian. Aku bangun je nangis. HA! ambik! jadi model tudung kejap.

Harap2 Amani Iman jadi anak yang soleha ye. Dengar cakap ibu dengan Abak. Tak mo dendam2 atau marah2. Ibu je tak pa. Awak tak yah lagi. Belum lagi... kui kui kui...

Apa pun Happy 4 month dear... walaupun tak tau apa-apa tapi ia bermakna buat ibu dengan abak. Well kami selalu over.

Amani bangun pagi ni dengan muke senyum... may be dia pun tahu kot. Nak cakap tak tau...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Makanan tuk kurus

Terasa sangat gemuk sekarang ni! Lemak sana sini! Ermmm mmg aku mengaku nafsu lepas pantang macam boaya. Dah tu mana leh pakai bengkungkan? Ada bengkung yang beli mahal tu simpan je kat umah. Malas nak pakai. Ini la akibatnya!

Tp mmg la c-sec teruk betul! Perut ni mcm bole sumbat amani iman balik je. +@":/)_::)/;

Semalam nampak benda ni kat rak jusco. Tak ada price. Oklah mungkin harge paling mahal pun 7-8 henget. Ada dua kotak. Hati berbelah bagi. Ok ambik!

Scan kat kaunter RM 21.90 ko rasa nak pitam tak???

Beli 3 barang semua RM35! Pasai apa??? Dua barang lagi cili merah dgn cili padi. Aku pun terdiam la... Takkan cili merah and cili padi mahal sgt??

Yer mmg mahal yer. Cili padi RM 3.95 dan cili merah RM 9.99????? Betul ke harga tu??? Berapa lama aku tak beli cili? Kot kat tesco or giant aku tak pernah bayo lebih dr RM 5 kot???

Barang mahal rupanya... Padan la aku gemuk! Hahah ada kena mengena ke?

Makanan org nak kurus pun mahal. Tak yah makan la! Tapi nasib baik... Encik somi hulur dua puluh henget ganti balik sbb muke aku dah macam nak bako jusco semalam!

Tuesday, January 10, 2012

Bekerja sbb apa?

Aku tertanya... pasai apa kita kerja? Bila kita kerja apa yang penting? duit atau tanggungjawab kita terhadap kerja.

Nak2 kalau org melayu ni... termasuk aku. MAKAN ULAR mmg banyak sangat.

Pencarian despatch... erm nasib baik kali ni dapat yang ok la. Atas nasihat abang Zamani yang boleh ku consider dia memahami jiwa dan hati pekerja... hahah sbb dia mengharap company dia buat gitu jugak, tapi hampeh. Maka dia bagi idea2... welll mungkin jugak pakej yang aku bagi ni budak ni bersungguh walaupun tengok muke macam bole lari je lepas ni.

Dah banyak despatch kot aku hire. End up mengada macam nak sepak je muke. Kalau dah kuar klang tak leh nak balik opis. Alasan, jam la, susah nak pusing2 la. What the hack! Yer la aku ni bukan despatch! Aku tak tahu la. Tapi mcm betul je sbb banyak kali hire despatch sama je. Kalau kuar pagi payah nak suruh masuk opis. Alasan banyak sangat,

Suprise budak Aliff ni. Adoiii aku tak leh tengok muke dia yang suci tu. Bru 18 tahun. So bila pandang dia aku rasa macam anak buah aku MIRIN. Of coz aku ada adik yang usia tu jugak. Betapa baiknya budak ni. Lepasan sekolah nak bekerja. kami provide phone kali ni sbb bagi allowance prepaid bukan main ko miss call. Dah tu tak mo angkat phone. Kena hantar remainder dari HR baru nak balas. Credit HR plak personal tak ada kena mengena dengan opis. Sangat cilaka! hahah aku ler tu.

"Pick up or return call. If not action will be taken..." itu la ayat aku kalau diorg mengadu bebudak ni tak angkat. Action taken, action taken... action bah itu! hahaha. Senang je, aku drag gaji ko!

So first day kerja mamat ni dah kena gi Subang and PJ. Budak lepas sekolah kot. Muke baik macam tak pernah kuar klang. Tapi nak bagi dia senyum pakej ke dua, dia boleh claim petrol kalau dia kuar dari Klang. Isi la banyak mana tapi max sebulan RM 150 je. Mesti la dia semangatkan? Extra RM 150 ni...

Sangat suprise. Sbb aku tak la pk apa pun. Kalau kuar klang mungkin balik lambat. Petang ke apa. Yang best bagi chq suruh bank in, terkial muke dia pandang aku. Tak pernah bank in chq. Alaaa ko muke baik la adik! Again aku tak ada la nak bela anak ikan... sumpah korang yang ada niat cakap macam tu eh! Macam aku cakap aku bayangkan anak buah aku atau adik aku yang kerja. So aku cakap minta tolong pak guard atau officer bank tolong. Ikut hati nak bawak dia gi bank train dia macammana nak pakai mesin deposit tu... ok akak ober!

Than pukul 11 budak opis aku suruh gi subang dan PJ... aku yang risau. kang sesat budak ni. Dia cakap bole pergi. Yang buat aku rasa dia baik. 10 kali dia call opis tanya mana tempat tu. Kesian tak? aku tak bagi lagi handphone, sbb dia baru kerja kot? Kang dia bawak lari telipong macammana? Tapi sbb dia call tu pakai prepaid dia, aku jadi kesian.

Sebelum lunch dia balik opis. Document dah selamat hantar dan collect. Terkejut mak!!! Asal despatch lain kata tak sempat itu ini???? Budak ni dengan sesatnya... dia manage dapat tempat and boleh balik sebelum lunch.

Ok mungkin itu semangat kerja baru... hahaha...

hari kedua, sian kena langar. Pulak da... call aku minta tolong.Aku org kuat mana leh kuar. Minta kawan aku tolong tengokkan. Kesian gila kot. Dia nak elak budak sekolah melintas, dia terlangar kereta org. Minah tu gila marah2 sampai call opis minta kitaorg bayarkan kereta dia.

Dia tak luka. Tapi dia kata badan dia sakit. Suruh gi klinik tapi tak nak. Mungkin dia tak ada gaji lagi kot. Hahah yang best aku berurusan dengan mak dia. Terasa aku tua. Hahaha. Sbb polis dah kata dia tak salah. Cine tu suruh jugak dia bayar. Agak2 la, budak baru kerja. Gaji pun tak dapat. Dah la tu minta opis advance. Cantik muke! pastu budak tu lari aku ke ganti duit dia??? hehehe... kata suke budak tu. Bayo la!

Cube despatch lain... teruknya aku tak tahu, call opis macam cedera parah, macam ko lumpuh satu badan yang nak ambik MC sampai berbulan2. Logik tak?? bengang betul.

Pagi ni gigih budak ni datang jumpa aku... tunjuk mata dia macam kena tumbuk sakit mata. Minta izin gi klinik. Aku bagilah kebenaran. Sian siot mata dia. Dalam 20 minit dia masuk opis bagi MC... muke risau dia kata doktor bagi 2 hari. Nak gelak pun ada

Aku kata kalau MC 2 hari tak pa la, rehat. Dia serba salah. Aku jamin gaji tak potong sbb MC budak baru kerja ke lama, mmg layak dapat 14 hari MC. Itu pun nak balik, sempat offer budak opis kot dia boleh hantar apa-apa. Aku yang bising... hahaha...

"Hantar je, collect kena collect, dia MC! tak nampak ke mata dia yang bengkak tu?" aku yang bagi muke... hahah

agaknya dia balik, sampai umah sms aku.

"Kak kalau ada Do, BL atau dokumen yang penting nak ambik, bagitahu saya tau. Saya ambik"

I was like.... baiknya... kalau la adik aku macam kau ni. Aku suruh dia rehat. Dia reply

"Dah mmg kerja saya kak... bagitahu tau."

Nicekan? So balik pada soalan aku, kita kerja tuk apa? Periuk nasi kita. Tapi bila dah cuti hati kat kerja. Pasai apa? Takut bos marah? Ada je aku tengok opis mate aku ni. Kalau berkerja berkira. Tapi ada yang ok. Macam selalu diorg mengadu ini itu, aku tak faham. Mmg sometime aku rasa nak marah. Banyak kerja kena buat. Tp aku pujuk ati. Belajar tuk diri sendiri. nak belajar kena bayar, dah ada kemudahan kenapa tak nak gunekan? Sendiri yang untungkan? Nak buat muke ketat, nak merungut2. Sometime aku rasa nak pijak2 org macam ni. Yang banyak merungut ni selalunya aku buat tak tahu je kalau bos tanya nak revise balik gaji nak bagi increment. Bila bos tanya aku jawab satu,

"Tak mencapai piawaian aku...kalau bos rasa dia ok, than increment base on ur judgement." Buat muke tersenyum...

Adakah aku tutup periuk nasik orang? rasanya tak... sbb apa yang kau bagi, itu yang kau dapat. Betul tak? Macam despatch aku ni, kalau dia tunjuk attitude yang baik sampai tengah tahun ni, bila confirm, insya Allah aku boleh bagitahu boss aku naikkan gaji dia. Tak banyak pun tak pa. Janji dia tahu kita hargai usaha dia. Kan??

Kerja penat2, reward diri dengan barang yang kita suke. Jangan plak habis kat tempat yang tak betul... jack pot, magnum, meja mahjong may be???? org yang buat gitu antara org yang aku rasa bengong. Buang2 duit je. Banyak cara nak habiskan duit. Habis benda yang tak pasti wat apa? Kalau menang??? rezeki yang tak halal ni, mana la nak kekal. Cepat kau dapat, cepat la kau habis.

Eh budak opis aku baca tak??? hahaha...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Aryssa and Amani

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Satu hari berjalan2 kat shopping sajer tengok key chin yang ada nama... memula nak beli nama Amani, konon nak letak kat beg jalan dia. Poyo si ibu nak org tahu nama anak dara diakan? Sekali cari-cari, Zamani tunjuk nama Aryssa... ohhhh miss my gurl...

So Abak will have nama Amani, Ibu akan ambik nama Aryssa. Tapi abak tak nak... dia yang memula kata tak yah beli, bila aku beli dia rembat letak kat kereta...

Lambang cinta kami... our beautiful doters

Aryssa and Amani...

So bila turn 'Qaseh Zulaikha' hahaha... jeng jeng jeng...

Nota Kecil :- Sengkak Rahim pun idok lagi dah pkioooo nama anak ke tiga plak...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

CidaZam bercerita lagi

Friday, January 6, 2012

Sakit awal tahun

Baru tahan azam (dlm ati) tahun ni x mau MC! Pukul 3 perut bergelodak mcm apa je tak leh tido. Tah apa aku makan semalam. Tapi aku pose semalam! Mana ada makan apa2. Teringat ni kes perut tak tahan pedas la ni. Arrr dah tua ni ada je sensitip. Makan pedas sikit pun nak cirit.

Amani iman pukul 5 dah bangun. Adoiii la anak! Abak dia dah tido kat lantai sbb anaknya dah lasak. Memusing tido. Mana dgn aku yang tak tahan nak ke toilet. Dalam toilet dengar dia nangis. Pastu diam. Abak dia ada la kot. Sian laki aku sumbat puting dlm mulut anak sampai tertido. Tapi si kecik ni ingat dah pagi ke apa??? Ajak bapak dia sembang. Hahah abak tak layan. Aku plak dlm keadaan mengantuk jugak ni. Aku tutup mata, dgn harapan bila dia tgk aku lelap dia lelap, tapi sejak dia dah pandai control tangan sendiri, dia tumbuk, cakar muke aku. Pastu buat muke comei.... Like 'ibu jom la bual2'... Pitammmmmmm!!!

'Amani iman!! Tido' dia gelakkkkk. Muke ibu tak garang habis. Ni sorg lagi lepas bapak dia. Antara org2 yang tak takut aku bila marah. Taj berapa kali ler semalam berlari ke toilet. Pukul 7 termenung kejap, nak g opis ke tak?? Kang tengah jalan cirit satu kerja plak. Ni nak g klinik pun tunggu tengahari atau petang. Ni pun nak tunggu kondisi badan ok. Kang nak menyinggah toilet plak.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, January 5, 2012

Bulan yang sangat sibuk

Closing for last year... mmg penat letih...

May be im not a gud leader... dah ada assistant tapi banyak jugak kerja sbb aku tak pandai agihkan. Bukan tak pandai agihkan... tapi tengok masam2 muke bila suruh buat kerja mmg aku cukup pantang. Boleh je nak kasi 'sengat' but im sure the relation and connection akan lebih teruk. Mula la nak pk nak resign bagaikan?

Bos memahami... that why i like my bos. Dia suruh aku ambik sorg lagi account exec... ehem ehem... rezeki amani iman, aku naik pangkat... tu yang kerja macam nak rak... tak boleh la aku nak tolak kepercayaan yang telah bos aku bagi.

I need one Account Exec. Tapi gaji tak la mahal sangat. May be budak tu aku tugaskan buat collection and jaga aging. Senangkan kerja dia??? hahaha... tu la tengah pk ni...

Abang Zamani... ideaaa plssss....

P/S Dia jadi pakar runding tuk aku... hahah tapi bini dia dapat credit.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Tuesday, January 3, 2012

Olay!

Abang zamani korg keep asking me apa dalam plastik beg guardian tu. Aku takut nak habaq.

Bila kali terakhir aku bz jaga muke?? Erm of coz sebelum mengandung amani iman. Lepas bersalin on off. Tapi lately tengok muke kusam. Mata mcm kena tumbuk. Pipi tembam tp loyot! Nak pakai botox uhhh tak mampu. Mana bole punkan?? Awal 30an da pk pasal botox??

Aku nak pakai 'lado haba' yer ke? Produk jepun. Sampai aku x faham apa botol tu tulis. Haha. Ada ati. Mahal OOOO benda mahal otak set mesti elok. Tapi nak beli satu set tak mampu. Bukan x mampu, takut bazir tak kena kulit. Produk jepunkan elok. Kulit asia.

Than nampak benda ni. Aku mmg pakai nite and day cream olay. Ari tu (setahun yg lepas) aku dpt discount satu cream 49.90 sekarang 69.90! Pitam beli dua RM 140. Beli ke tak? Ada sikit kat umah. Pakai tak habis, nak beli lagi??? Yang botol tu RM 129. Bila nampak promotion RM 148, korg rasa berbaloi tak?

Tutup mata je la... Rindu nak dgr pujian suami mcm dulu. Kui kui kui.

Monday, January 2, 2012

Hair fall rescue!

Org kata kalau budak main air liur, rambut mak gugur. Aku tak percaya actually. Lebih percaya pada fakta hormon badan kita penyebab rambut gugur.

Ekceli tak la banyak gugur. Tp perasan bila bukak ikatan rambut, bukan main byk rambut yg gugur. Jadi mencari penyelamat tuk elak rambut terus botak. Kang jadi geng abang zamani plak. Heheh.

Bole je nak beli murah2. Ingat nak try botol kecik TAPI!!! Akak tak leh tgk free gift atau cara packing cun cun ni. Dah beli menyesal. RM 29.9 tapi kalau beli dua botol kecik baru RM 19 jerk... Haizzzz.

Simpanan amani iman

Alhamdulilaaaa... Syukur akhirnya dapat jugak aku bukak simpanan tuk amani iman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails