Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Tuesday, November 18, 2014

Speech Therapy

Salam...

Siapa cakap jaga anak tu senang??? Bagi makan, bagi pakai, ada duit lebih kau bagi lebih. Tapi macam anak, mak bapak pun sama. Kalau semua anak tu tak sama, sama juga dengan mak bapak tak semua sama. Tapi yang sama semua mak bapak nak yang terbaik untuk anak2.

Aku tak peduli dengan apa org nak cakap. Over sangat? Macam aku sahaja yang ada anak? terpulang. Wat i did adalah untuk kepentingan anak2. Baik Amani Iman maupun Ammar Yusuf. Harap masih tidak terlambat nak betulkan kesilapan dan kelemahan anak. Bila anak usia tiga tahun, melihat perkembangan dia agak merundum dari budak seusia dengannya, aku rasa aku perlu buat sesuatu.

Tapi nak ubah anak, mak bapak kena main peranan. Setakat ko membaca, ko buat reserch tapi tak buat apa2 sama sahaja kau baca sesuatu tanpa pegisian. Sama ada korg sedar atau tidak, cara korang melayan mereka turut akan berubah. Dan cara mereka berinteraksi dengan kita turut lain, sbb makin besar makin dia belajar banyak benda.

Tantrum/mengamuk

Sign of autims... budak yang tk ada autism pun kadang2 mengamuk. Kepelikan amani mengamuk and can last to one or two hour. Mengamuk benda yang kecik. Below 2 year dia tak pernah mengamuk. Dia sentiasa dengan dunia dia. But now tak dapat mengamuk. Mencederakan diri dia dengan menugut kami hentak kepala kat lantai dinding.

Without rasa bersalah ok! Cara dia hentak tu macam 'Hati aku lagi sakit dr aku cederakan diri sendiri'

As mom i tried to be firm. Tapi terdetik jugak. Takkan aku nak keras ati kalau dia dah sanggup nak cederakan diri. What if time dia buat tu mmg kuat and cererakan diri dia. Dia buat berulang ulang ulang sampai ko surender peluk dia or bagi apa dia nak.

Org cakap senang, tak yah org la, Zamani pun. Suke cakap biar, dia tak bodo nak cederakan diri dia. Hei u talking bout kepala tau. Kalau apa2 jadi kat kepala dia, menyesal tak guna! Tapi cara zamani berkesan. Sbb time tu akak nangis dalam bilik tak sanggup nak tengok apa jadi anak beranak tu

'Situ tak kuat amani... kat sini kuat. Kasi dinding ni pecah' Bapak dia warn anak dara dia macam tu. Gila!

Tapi bila aku tanya Zamani, Amani tak teruskan niat cederakan diri dia, and plus sampai sekarag dia dah tak buat lagi. Hehehe...

When we discover autism ni, makin banyak yang aku baca tuk pengetahuan aku nak 'tekel' anak yang special ni tau. Dari ko marah2 better you find solution. Dalam mencari tempat yang boleh bantu Amani Iman, aku di suggest tuk ke tempat ni. Yang boleh buat terapi tuk autism dan speech terapi ni. Aku dah survey harga, semua agak mahal. Sejam boleh capai RM 200. Tapi kat Malaysia, Child Development ni sangat sangat rare nak jumpa. Sbb tu swata ada tapi mahal nak mampus! KO mampu tak mampu je la.

Bagi aku kalau ko hantar anak kau ke tempat yang paling mahal sekali pun. Atau ko carikan dia guru terhebat macammana pun, kalau ko serah semua kat situ takkan ke mana. So ko sendiri kena main peranan sbb bagi aku jugak parents adalah guru yang terbaek di rumah. They learn apa yang bermula di rumah. Jadi untuk merubah anak, kita kena ubah diri kita sendiri. Jangan harapkan semua jadi dengan sendiri atau semua jadi dengan duit.

Amani jugak akan tantrum bila dia belajar/nampak/masuk persekitaran baru. Sama macam ko hantar kat Gbob, the sama issues. Tapi time Gbob benda baru bagi kau. So kali ni aku lebih bersedia. Sedia dia akan mengamuk sbb dia tak biasa dengan tempat baru, Mmg betul, bila masuk je pintu masuk Greatlife, dia dah merengek.

Maju setapak dia terus nangis macam tahu apa yang berlaku.



Aku gunakan ST short form Speech Therapy dan OP untuk Occupational Therapy

ST tak boleh di jalankan sbb amani tak boleh nak control diri dia. Dia tak nak di paksa dan tak mahu berkerjasama sewaktu sesi ST di jalankan. Puan Nurul ST hari tu... katanya Amani di kelas sebagai moderate Autism. Patut bersyukur sbb dia jenis Autism yang  active. Sbb dia sangat becok cume apa dia cakap org tak faham hihihi. And she is clever. Bangga aku ok.  Siapa tak banggakan? Age amani selalu budak menghafal, tapi dia tak hafal. Dia kenal huruf dan nombor and of coz kalau number dia masih tak tahu 'nilai/value' nombor yang di tunjuk. Dia kenal shape jugak, square , circle, rectangle, triangle........

"Dia dah sekolah?"

"Play school aje."

Mak panik, terapis bg amani bentuk semi circle, aku pun terpikir apa shape tu? Amani cakap!!!!

"Its mooonnnnnnn! good job" Sendiri puji diri sendiri. Heheh tapi cakap diakan jerman, so terapis tu tak faham belakang, Tahu moon je.

2 minit lepas tu dia nak main lain, tak nak duduk betul2 dan dengar arahan. Arggghh



Tengok sampai kena kepung. Sbb dia nak jalan2 je. 



Dah tak tentu arah. Hihi apa je terapis tu cakap dia dah tak kisah dah. Dah tak focus dan mula nak bergayut dengan aku.

Tapi macam aku cakap, sbb kali ni aku lebih bersedia. Dan kali ni jugak aku dah tahu macammana nak tekel behaviour amani iman. So aku pun rimas dan aku tak nak terapis tu buat assessment yang amani ni lagi teruk sbb she ok kalau ko pandai handle dia. Bukan aku cakap aku pakar, may be ST ni dia pakar dalam speech kot so bab kelakuan dan behaviour dia bukan master. Amani ko kena tunjuk dia, kalau ko tak tunjuk dia lost.

Contoh ST bagi shape dalam cube tu. Korang tahu amani hentak2 macam nak pecahkan cube tu. Oiii anak oiii kang ko di kategorikan ganas plak...

Serba salah, nak tegur ke tak? I mean perlu ke aku masuk campur? Kang kata aku memandai plak. But dont blame ppl. Diorg tak kenal anak ko. Bagi diorg bebudak yang datang semua masalah. ST tu terjerit2 suruh amani stop, amani buat pekak je. So when aku cakap

'Amani, STOP! Sit pls'

Dan dan dia bole faham. GBOB train mak pak stop gune perkataan jangan, tidak bole ok... try la! Amani iman mmg faham kalau aku cakap amani STOP! she immediate akan stop. Yang tak stop mulut dia. Hihi

Terus aku cakap kat amani

'Tengok ibu buat... bukak macam ni.' Close back the box... ok je! Ko ni amani, buat jantung ibu stop la nak!




'Oh this is moon and this is star'  Bagus anak omak!tapi sekejap je la. Kelemahan amani, kalau dia buat sesuatu, tak mencapai apa yang dia nak, mmg mengamuk sakan la... Bila aku dah nampak dia naik marah, aku yang minta kebenaran keluar.



Muke stress...

Kelemahan amani, dia tak reti nak ubah sesuatu. Masudnya kalau ko pusingkan benda yang dia buat, dia lost dah. Tak tahu nak buat apa. Itu kekurangan dia, Bila tak leh buat, dia bosan dan nangis! Hahaha.

Aku post video kat bawah tuk tatapan korang. Jeritan histeria. Itu la yang kami hadap bila dtg hangin tak baik dia. Tp bila ST bukak pintu, dia bagitahu amani ni mengada. Dalam dia mengamuk tangan jalan buat kerja puzzle yang dia bagi. Mcm aku cakap ST ni bahagian speech. Kalau OT sure they know how to handle. 

Amani tak bole continue buat speech. Bazir duit sbb dia kena tenang, kalau dia mengamuk, susah tuk buat terapi sbb dia takkan bercakap. 

This is what make me feel sad.

So di sebab first time. OT session is free....tapi may be pakarkan. Aku keluar jugak amani melalak2. Tapi dengar suara OT suruh buat few activiti. Lama2 dia diam. Seronok main dan buat activity.

Yes!good job.... well done amani!

Dengar OT cakap macam tu dia dah ok la tu.


OT tengah memujuk anak dara ni suapaya lebih tenang....



Ammar Yusuf pun kita bawak sama.Sambil buat tuk kakak, buat aktiviti untuk Ammar. Ammar insya Allah may be cara kita didik dia dah boleh ubah cara lain. No gajet kot. Sbb bagi aku gajet ni la pemusnah! Tak yah budak la, nilai kita sendiri.

Sejam jugak. Lepas tu OT buat rumusan tentang Amani.

Tak sabar
Tak focus
Tak boleh nak bagi tumpuan sbb lasting 2 min je dia dah bosan.
Tak boleh nak dengar arahan
Masalah sensory

Masalah sensory diorg letak berus lembut sapu kat tangan Amani, menjerit mcm kena apa pukul. Tapi bila OT tu buat depan aku, dia ok plak. Esh amani ni.

Tapi yang sensory tu sejak buat urutan spinal walking, amani dah ok kalau org peluk dia. Itu ajaib lepas buat spinal walking, Alhamdulillah. So at least aku tahu sbb dia buat sentuhan tu sbb dia tak suke! Bukan sbb dia ada masalah sensory.

Aku akan share spinal walking video. So bole la belajar sama. Anak tak ada autism pun boleh je buat. Kita org tua pun boleh buat. Stress2 tu buat spinal walking tu hilang stress dan penat. Serius beb! I tried! Cume sayang tak ada siapa nak buatkan tuk saya. uhuhuhu


Selfie dengan anak bujang saya ni. Sian dia, sejak dua menjak ni terabai sekejap sbb tak nak kakak terasing.





Sekitar greatlife physo. Terpikir nak buat sini sejam RM 80. Diorg suggest tuk ambik dua jam. Measn OT dulu, lepas amani tenang baru start ST. Tapi apa yang OT buat adalah sama je dengan GBOB yang beza one to one basis la. OT cakap amani kurang berkawan. Kat Gbob ramai kot dia buat dunia je. Tengah cakap tetiba dia terkekek2 dengan sorg budak.

Than soalan killer SP sama ada amani pandai makan sendiri atau pakau baju sendiri.

Haaaaa perlu ke dia makan sendiri??? Age dia dah patut rupanya. Balik2 je terus suruh dia makan sendiri. Dlm hati risau dia tak dpt control diri dia. Syukur bole je




Ibu selalu underestimate awak amani iman... sob sob. Mungkin dia lapar sbb tu dia habiskan semua nasi kat pinggan tu. Atau mungkin jugak dia ke happyan sbb dpt makan sendiri. 


Tuhan benar2 menguji aku sbb dulu aku selalu pandang macammana la mak mak ni boleh bagi anak diorg makan sendiri. Mak sedap makan anak sedap buat serak. Org kedai marah, kita tengok pun geram. 

Kalau anak2 org yang berlari sana sini, kita rimas. Kalau korg perhatikan bebudak yang active motor skill diorg cepat develop. Makan sendiri, pakai baju seluar sendiri. Ada pro and cons la. As parents kena jugak pantau. Kat umah org hagak2 la nak bagi anak makan sendiri. Kat kedai oklah. Lepas2 makan lari sblm org kedai maki seranah kau. Kat umah ubah la jadi ibu yang rajin mengemas. Walaupn sidai baju nangis, sapu rumah nangis, janji anak ko belajar sudah.





ku sudahi video penderaan ... opss kalau org tak tahu agak cakap mendera budak dlm tu...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali

Al- fatihah.....

Buat insan yang tersayang. Nenek ku kembali ke rahmatullah pada 3 Nov 2014. Jam 8 pagi.


Mendengar berita itu, aku menjadi terdiam seketika. Nenek mana? Mak aku call time aku dah sampai opis pagi tu. Suspen sbb aku masih ada 2 org nenek. Kami panggil nenek melaka dan nenek Singapore. Nenek Melaka of cos duduk Melaka, ibu pada ayah. Dan nenek Singapore duduk kat Singapore dan dia mak pada ibu.

Nenek Melaka mmg dah lama sakit. November 2014 ni genap lah 3 tahun dia sakit. Stroke.

Mmg keadaan menyedihkan, akhirnya Allah menjemputnya. Tak tahu apa yang aku rasa. Tapi aku pasti sepupu2 aku turut merasai kehilangan dia. Adat la org tuakan, suke membebel dan adat jugak kami cucu2 tak suke dengar leteran dia. Siapa yang suke dengar leterankan? Tapi leteran itu yang akan kami rindu buat selamanya.

Penderitaannya berakhir....

Itu yang mampu aku katakan. Alhamdulillah aku sempat melihat jenazah dia pada hari itu. Sempat cium tapi tak sempat nak minta maaf sebab diri ini tahu, banyak sangat benda yang buat dia sedih ketika hayatnya.

Aku lupa dia pernah menjaga ku walaupun hanya untuk setahun dua

Aku lupa tangan yang sentiasa menghulurkan belanja ketika aku bergelar pelajar

Aku lupa dia pernah bangun menyediakan sarapan, makan tengahari dan makan malam

Aku lupa dia sentiasa menunggu aku di depan pintu rumah menyambut aku pulang dari kelas

Aku lupa dia yang sakit mencari org tuk menghantar aku ke kelas malam sbb tak mahu aku naik bas malam2

Jasa yang aku lupa dengan peredaran masa aku membesar.

Nenek damailah nenek di sana... Tenangla nenek di sana... rehatlah nenek tanpa perlu risau tentang apa yang berlaku pada anak, cucu dan cicit di sini.



Di setiap sudut ada kelihatan bayang2nya... Rumah yang sentiasa di jaga bersih....kami suke menyakat nenek sbb tahu nenek pantang rumah berselerak. We know we will miss her.

Benarlah kata org bila 'dia' tiada maka kita mula akan menghargai setiap apa yang di buat tuk kita.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Friday, November 7, 2014

Update

Salam....

Anak2 dah tido... lega! Kalau tak diorg yg tido aku la yg tido.

Tadi dah tido jap so now terasa nak update.

Macam2 minggu ni. Dah la pindah opis. Isnin lepas nenek melaka aku meninggal. After suffer stroke for 3 years. Tak tahu nak kongsi cerita yg mana. Dua2 aku nak cerita. Tp i would write special entry for my arwah nenek later. Talk about work skrg eh...

Now officially kerja kat putraheight. Pergi kerja sendiri. Bawa haluan dengan abang zamani. Ahak... menyampah statement tukan. Buat masa ni boss memenuhi keperluan aku. Kadang2 rasa macam berharga sangat. Dia nak aku selesa. Tempat kerja jauh tp aku rasa tenang. Kawasan opis tak semak. Masuk2 putraheight tu mmg lapang sangat. Kawasan opis tp ko bole menari2 kat tengah jalan raya. Hahah sampai mcm tu.

Kawasan elite. Kedai makan pun banyak. Tp macam aku cakap x bz sangat. Semak kat highway je. So far aku keluar umah awal 730 pagi. Mengadap jem kat hicom nunnnn. Lepas tu ok dah. Setengah jam je klu x jem.

Wkd tak betul lagi. Insurance n road tax dah hidup. Nak bawak ke bengkel. Ermm boss siap rekemen tempat kawan dia. And nak bantu buat major overhaul. Dan buat masa ni hamba pakai kete anak dia... aduh sangat segan. Kereta kesayangan anak dia. Anak dia sayang nak jual kereta tu. Sangat berharga..walaupun skrg anak dia dah ada kete sendiri yg setaraf dengan dia. Hihi... harap2 la x ada apa2 kereta org.

Kita pun akan marah kalau org tak jaga kereta dia dengan baik. Macam siput aku bawak kete. Takut betul kalau apa2. Mungkin minggu ni cari bateri dan hantar kereta cepat kat kedai. Cepat siap cepat jugak aku pulangkan pada dia.

Bukan bos je baik. Wife dia pun sangat la down to earth person. Mmg awal minggu dia bersungguh bersihkan opis. Dia yg sibuk angkat2 barang. Siap bg katalog suruh aku pilih perabut. Kerusi mcmmana yg aku nak. Adoi layanan penghargaan macam ni payah nak cari tempat lain tau. Haha

Siap hantar kerete kelisa anak dia ke bangkel tuk service. Tukar tayar sbb aku dr klang. Siap tinggalkan smart tag dan reload touch n go lagi. Bagi aku kete pun minyak full. Tak berkira betul. Segan plak rasanya.

Hari2 penat. Balik cepat pun jem. Balik lambat pun jem. Bila balik terdampar tak larat. Badan dah tua. Itu pun ammar yusuf breastfeed... kalau x lagi la jauh x rapat dia dengan aku. Amani iman aku dah rasa dia dah tak rapat dengan aku. Balik kerja dia nampak aku tegur macam biasa x excited sangat. Lagi nampak rapat dengan zamani.

Hahah baru seminggu dah nampak eh perubahan anak. Kalau setahun??

Anyway hujung minggu pun x kurang banyak sangat aktuviti nak buat. Erm lagi la pasal amani iman dengan autismnya. Banyak yg kena buat. Skrg jadi baik. Status fb pun nak update terkial2.  Gosip group kat watsapp pun ada kala clear sbb tak sempat nak baca. Masa dengan anak dan suami hanya hujung minggu. Masak pun ke laut dah sekrg.

Tp org lain pun kerja gak yer dak.

Mungkin masih blm dpt serasikan diri. Insya Allah lama2 ok la kan. Tp aku rasa tenang di tempat baru. Sangat tenang. Tak dgr apa2 yg menyakitkan kepala otak. Harap2 lakan....

Oklah nak mandi solat n tido.  Ku sudahi gambar kat opis baru. Hihi... berlagak ko eh cida.... eh bukab belagak la. Org dah sediakan apa lagi...

Kebas aje laaaaaa....

Thursday, October 30, 2014

Autism is not disease


Autism is not disease

Not

Not

Menyedapkan hati sendiri. Sbb all day berperang dengan diri sendiri. My previous entry about autism, aku cume suspect sbb amani iman menunjukkan dia MACAM ada autism. Jauh di sudut hati harap2 itu hanya la perasaan aku sendiri. Than aku mula baca all about autism. Skrg ko upload status kat FB je ramai yang tolong. So ko tak yah pening2 and just pick advice yang membantu. Pasal i totally zero pasal benda ni.

Mana nak mula. Macammana. Bagaimana. Semua bermain kat pikiran ni. So ppl pls dont walk away from me yah. Nasihat2 anda sangat saya hargai.

So i start join Autism group. Itu langkah pertama yang aku buat. And to tell you bila masuk group tu, perasaan bercampur baur. Sbb i still can bersyukur, ada yang teruk dr Amani Iman. I  keep compare my doter still can do this can do that. Tapi aku tak bole diamkan diri sbb tanda2 amani pun bukan sesuatu yang normal. So KONONnya aku sedang menyiapkan diri tuk sebarang kemungkinan. If she autism aku kena ada back up plan untuk dia. If tak ada pun tak pa, anggap sebagai salah satu pengetahuan yang perlu ada bagi pemahaman diri sendiri. Sbb kalau korang nak tahu, kalau umur dia 3 tahun senang sikit kita nak detect. Kalau 2 tahun ni masih samar2 lagi dan susah nak bagitahu. Org kata prepare for the worstkan.......

So malam kelmarin Amani Iman nangis tak henti. Nangis yang jenis meraung2. Bila tanya dia nangis je. Dia bole sebut 'sakit' tapi kali ni dia nangis, tak tunjuk jugak apa yang buat dia nangis.  Selalu dia sedar dari tido, takat merengek je. Lepas tepuk, tido balik. Ni sampai tendang2 tak pasai kena dengan abak dia.

Pukul 4 pagi pun sama. Aku dah jadi zomba. Dia nangis macam tu ko ingat Ammar tido mati? Budak tu ko bernafas kuat sikit pun dia terjaga. Dengar kakak nangis kena marah plak dengan ibu and abak, dia pun pasang telinga je.

I tot its end there......

But nenek call cakap nangis tak henti sampai sesak nafas. Tanya pun tak jawab apa. So balik rumah bawak dia pergi Pead yang selalu kita pergi.

We talking about doktor yang Amani selalu pergi. Tak ada doktor lain selain doktor tu. Dia punya takut menjerit2. Sampai doktor tu kalau nampak aku yang masuk. Dia dah senyum and dah tunjuk tangan kat amani

'Ok doktor tak buat apa2 kat you... jangan takut'

Dia punya nangis, ko nak cakap pun tak bole! Doktor check napas dia pun dok 'sakit ibu...sakit'

Aku cakap aku tak tahu apa masalah dia, sbb dia nangis terlalu kuat and she not even tell us what happend. Doktor cakap salur napas dia kecik so mungkin dia tak selesa sbb dia aktiv tapi stemena dia tak cukup. Tu yang buat dia tangis. Sebak dengar. Malam tu aku laki bini siap marah and pukul dia sbb nangis tanpa sebab. Siap nak suruh dia tido bilik air la apa. Dia tetap gak nangis kuat2. Aku plak letak minyak kat perut. Bodo ubi! Letak kat dada mungkin dia dah tido. Tapi no sign batuk or selsema yang aku bole detect dia tak leh nak bernapas!

Terus aku bagitahu pasal amani.

'Is she autism doctor?' Tanpa berpikir panjang......... jawapan doktor yes!

Ko rasa apa ko nak buat lepas tahu benda tu. Well walaupun aku rasa aku dah ready for that tapi impak dia lain bila kau tau masalah anak kau. Punya kau kaji, belajar, tanya org pasal autism bila get to know, ur mind terus.....

Autism??? Macam word baru dalam kepala. Terus minta surat rujukan. Walaupun muke tenang tapi hati macam apa je.

Surat rujukan ke HUKM


Its not a disease. Pujuk ati. Tapi ibu mana yang tak rasa sedih. Sedangkan anak ko demam ko boleh risau tak tido malam. Its not end of the world pun. Tapi aku kesian kalau tingkah laku amani kekal sampai dia dewasa. And autism yang serius bole dpt keistimewaan OKU.

Aku mula pk macammana nak elakkan dia dari terus tersasar jauh. Kena banyak latihan/perhatian aku kena bagi kat amani. Takkan nak biarkan dia bercakap sendiri sedangkan kita tahu dia ada kelemahan. Macammana dia sekolah esok? Macammana pergaulan dia? Macammana kalau org buli dia? Macammana org dera fizikal dia?

Boleh ke dia melawan? Boleh ke dia luahkan? Boleh ke dia mengadu? Boleh ke dia bagitahu aku?

All this question keep bermain di fikiran. Dan meleleh air mata. Kesiannya anak ibu. I wish i can help you. Wish to help??

I still can help her. Masih bole. Cume segalanya perlu bermula dengan rancangan yang teliti. Sbb autism kau kena banyakkan latihan fizikal dan banyak terapi. So apa pun ko kena cari jalan supaya semua dapat membantu Amani Iman.

Terapi

Kelas GBOB in my mind right now!

Sblm nak dignos si Amani Iman autism, aku ada buat appointment on speech terapi sbb aku ingat dia lambat je cakap. Nampaknya nasib menyebelahi aku sbb tempat yang aku nak pergi ni tuk terapi anak2 autism jugak. Pengasasnya juga join group Autism ni. So mungkin boleh teruskan kalau aktiviti ni membantu. Aku tanya jugak time buat temujanji tu, adakah anak di beri latihan one to one atau group. Rupanya one to one. Ko rasa amani nak ke? Tentu je tak nak. Tapi Alhamdulilla mmg diorg cakap kalau tak dpt hanya penjaga akan masuk dlm. Lega dengar. Aku tak sanggup nak dengar amani iman menjerit nangis semua.

Than lepas je upload gambar surat tu, berderet sedara dan kawan2 tanya pasal ni. Aduh maaf yer. Saya tengah tak tenang. Tak bole nak pikir. Semua nasihat saya terima cume nak bagi ruang. Bila aku cakap minda tak selari dengan hati ni aku banyak pikir. Macam mana nak buat. Hati tak habis tertanya ok ke ok ke?

Ada jugak tetiba risau tentang anak diorg pulak. Katanya ada gak simtom2 ni. Kalau rasa perkembangan anak tu pelik jangan la lambat dapatkan pertolongan. Itu je aku cakap. Aku bersyukur sbb masuk play group amani banyak sangat membantu. Sangat sangat sangat... nak kena beli kalung bunga tuk pengasas GBOB dan tearcher Anne. Diorg bukan tolong anak aje tapi tolong aku sama, buka mata aku macammana nak berinteraksi dengan anak. Apa yang patut kita buat. Show them apa yang diorg perlu buat dr arahkan mereka buat dan belajar.

Let them learn, aku dulu pegang sangat la benda tu. Tapi sebenarnya show them how! Mmg diorg guide habis2. Aku rasa yuran RM 200 sebulan, untuk satu hari yang mengambil masa sejam suku or setengah sangat berbaloi dengan apa yang aku dapat. Walaupun its not 100 percent berjaya cara didikan aku, tapi Alhamdulillah at least aku tahu nak guide amani iman. Mmg syukur yang tak terhingga dan tak terkata. So parents something. And ini yang aku bole share here.


Tak semua tanda tu ada menunjukkan anak autism. Diorg kena di sahkan oleh pakar. Sbb tu bawak ke pead dan dapatkan pengesahan. Dah dapat slowly diorg akan tunjukkan atau rujuk kita pada siapa yang kita perlukan. Kalau mampu gi la swata, kalau tak mampu kerajaan pun ada cume kena beratur. Sbb hal2 macam ni sangat sangat kurang kat negara kita. Sbb org Malaysia sorry to said, tak ambik berat sangat tentang anak2 ni. Kalau mat salleh cepat je dinosis. Sbb tu la sekarang macam2 Autism la, ADHA la, hyper la... Nak atau tak je sekarang ni. Kita anggap dan rasa anak kita bole belajar sendiri. Aku tak cakap org, itu yang jadi pada aku.

Tapi autism ni diorg sebenarnya ada keistimewaan yang tersendiri. Iaitu kekurangan mereka ada keistimewaan yang org lain tak ada. Kita, parents kena pantau and make this as special gift. Allah memilih aku dan zamani untuk tolong Amani Iman. Dan Allah juga menguji aku untuk terus kuat untuk anak2. Aku ni kalau tak ada benda2 macam ni mmg tak ada nak ambik tahu or bukak mata. Paranoid aku ni juga penyebab amani jadi tak berdikari. Tak percayakan pada keupayaan anak, tak percaya pada ketahanan anak dan tak percaya pada kemampuan anak. Bayangkan umur amani 2 tahun lebih baru la nak latih dia pegang cawan dan makanan. Sbb sebelum ni takut jatuh, tumpah, umah berserak. 

Anyway.... video ni tuk korang nilai, hihihih.... faham tak apa dia nanyi? Kat Gbob ada pasang lagu Itsy Bitsy Spider terus je si amani minta. Minta aku nanyi plak... mak tahu Version melayu yang separuh jalan. Tak ada la plak tahu lagu ni...Tak sepopular twinkle twinkle.Sekali dengar macam itchy itchy spider. Sampai sudah aku ingat Itchy kau tahu! Google and get the lyric. Nanyi dah hafal dulu! maknya pun. Pastu baru boleh ajar. Sampai terbelit2 lidah nak bagi amani iman dengar perkataan yang aku sebut. Ternganga -nganga mulut aku nak menyanyi. Tapi korang tengok, korang faham tak dia nanyi?

Water spout..........
Dried Up.....
Washed......

Itsy-Bitsy Spider


The itsy-bitsy spider
Climbed up the water spout
Down came the rain
And washed the spider out
Out came the sun
And dried up all the rain
And the itsy-bitsy spider
Climbed up the spout again





ok... next plan aku bawak amani ke Greatlife tuk terapi. Pasal ke HUKM will find out soon.

XOXO

Thanks for reading!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Friday, October 17, 2014

Birthday Review

Salam...

Birthday review at Anw!

Letak sikit muke en bear root bear ni so that i can stay cool. Padahal tak la cool mana.


Sesiapa nak buat kat Anw sila la pk banyak kali. Mmg menawarkan pakej paling murah. Mc donal paling murah, sbb boikot punya hal ari tu, mmg tak buat. Not in list tempat nak buat besday party.

Nak di bandingkan ayam dengan bear, aku prefer bear lakan. Walaupun dah terima aduan yang service tak berapa nak elok, aku tetap rasa tak la seteruk tu. Tapi mmg seteruk tu la!! Marah punya hal tak tahu nak mula dari mana. Adik aku Fidah cakap service bad. Tetamu sampai kena beratur beli makanan sendiri. Yer ke? No la... may be salah kot. And aku survey and baca semua blog yang pernah buat besday kat Anw semua happy2 entry. Tak ada langsung la komen buruk ke apa.

Memula nak buat kat Batu Tiga, kalau korg perasan Petronas yang kat batu tiga tol. Anw ada 3 outlet je bole buat besday parti. Bila aku call event manager batu 3, cara dia layan macam apa je! Sakit hati kita wak! Penerangan pun alar kadar. Aku tak bole org macam tu, ada gak gaduh nanti. Mmg cancel bila pakej di beri kad invitation out of stok! bole???

Tapi hati memberontak nak jugak wat kat situ. Tah siapa nak sambut besday tah

Try kat Pj Drive in. Kali ni tak yah nak cover2 la. Siapa yang google nak buat party kat situ biar baca review ni. Aku bukan nak burukkan but jangan terkena la.  Aku call dulu event manager. So its happen dia peramah. Semua yang tertulis dlam pakej ado. So aku tertarik. Pergi plak buat booking bayar RM 200. Tengok diorg ada banyak room parti. Which is good la. Ko nak open space ada, nak bilik aircond ada. Aku pilih bilik aircond la kan. Aku siap mention apa yang adik aku cakap. Event manager tu siapa cakap. EH TAK LA KAK... AKAK ORDER JE DENGAN SAYA. SAYA AKAN ADA SENTIASA SEPANJANG BIRTHDAY EVENT TU!

Ini janji dia ok.

Akukan kalau buat event apa2 expecially besday ni over. Mmg korang pun tahu. Last besday amani 2 tahun, macammana aku struggle. Sbb kan kes penat maka aku decide nak buat kat luar.

Kesah sedih bermula! Majlis pukul 3 pm to 430 pm. Aku ulang balik deposit booking RM 200 bg tuk booking. So ko rasa booking tu tuk apa? Aku call manager event (ME) 3 hari seblm besday, tuk reconfirmkan balik waktu dan tempat.( Sbb ada 2 bilik sambut besday, open and close). Than 28 Sept, aku keluar umah 130 ptg. Dengan jemnya semua sampai 2.30 ptg.

Salah aku ke kalau aku cakap kat tetamu, pls come tepat kul 3 ptg sbb majlsi bermula that time......

Aku sampai je few tetamu dah sampai. Ok lah masuk2 pergi ke bilik event! Siap bermanga!!! bermangga tapi kalau dalam tu dah seiap bagai i dont mind. Bukak je terus sambut besday. Tul tak? Aku tengok..............


Meja tunggang terbalik........ ok fine

Ada plastik2 atas meja ......... ok fine

Belon jenis tak ada angin....... ok fine

2.45pm masih tak ada siapa pun yang datang bukak pintu tu. Dah la staff Anw tak mesra alam. Aku rasa macam aku begger tau, mana Ezan... mana Ezan... semua tak tahu. Hangin sudah! Tetamu makin ramai sampai. Than aku dah tak tahan aku gi serang kaunter.

'Mana Ezan!' My voice dah firm nak meletup. Bole lagi budak kaunter tu cakap tak tahu... bla bla bla macam malas...

'Look! akak ada event pukul 3... u call her cause my guest already here!' 

Time2 macam ni kena speking macam ko balik dari london. Badan aku mengeletar tengok budak2 dah start lari kat luar kawasan Anw. Baru la nak sampai pesan. Aku call minah tu dia cakap dia kat opis. Siap sms

'Akak tunggu saya ada kerja!' 

Aku tunggu kerja ko siap??? aku?? Hangin dah. Apa tah lagi bila aku tengok ada tetamu dah start beratur kat kaunter to make order! Cilaka! Ambikkkkk....

Call tak jawab aku sms 'Datang skrg! pintu tak bukak and guest akak dah beli makan sendiri!'

Dalam 5 minit datang tanpa muke bersalah. Bukak pintu hangat!!! Aircond tak bukak. What the fish. Malu muke tak tahu letak mana. Guest masuk. Time tu aku baru nak menyusun goodies, baru nak susun meja hadiah, batu nak menyusun meja kek. Yang best! atas meja ada tahi cicak! So korg pikir la sama ada diorg ni betul2 put us priority or not!

'Makanan???'

'Jap saya tengok dah ready ke lum yer'

' How the plan sekarang?' 

'Makan dulu, than bila bear masuk main game and potong kek'

Ok aku sokong... dia bawak masuk 40 ketul ayam dan air. 25 Sausage tunggu dulu, Fries pun kuar. Letak je mmg beratur org. Yerla lapar kot!!!! Dah la 25 hotdog a.k.a Frank Junior tak ada. Dah tu dia asik menghilang. My sister dah cakap

'Long makanan habis' 

Bila dengar makanan habis aku keep order la... masuk 30 ketul lagi... kentang goreng... order macam tak ingat cost nak bayar. Its ok janji semua makan. Lama2 melampau. Letak habis letak habis. Yang sepatut dalam pakej tak kuar2. I mean the hotdog. Mana? Minta dia, jawapan 'Jap saya check'

Adoiyai!

Check apa lagi!!! Kau patut siapkan semua. Sama ada aku datang ke tak datang, i already pay u RM 200 deposit. Tak rugi dow! Kalau aku tak datang pun, kau boleh jual tapi asingkan event! And worst bila dia asik ilang, aku dah ilang sabar. Dia datang cakap

'Hot dog habis la kak!' Time tu aku rasa macam nak pitam kat situ. Masalah aku ke??? Hotdog habis than??

'Boleh saya replace...........' Tak habis cakap aku terus cakap

'Replace apa yang ada!'

Bawak kuar chiken buger. Sepatut 25 ketul dia bawak by batch jugak. Bawak kuar 12 dulu... than balance lagi tah berapa minit lepas tu. Air aku tengok lebih dari 60 cawan. Melampau la aku rasa. Stop! Nasib baik aku buat goodies, jana sikit otak nak bagi air mineral. Pls take air mineral. Bukan kedekut tapi service bodo macam ni tah2 ko charge aku 100 cawan padahal ko bawak kuar 50 /60 cawan. Ye la dalam keadaan macam tu apa je bole jadikan?
Goddies tuk kanak2 dan kek and mineral tuk org dewasa



Sangat malu ai uols. Aku tak tahu nak alihkan pandangan tetamu. Ye la mana bear pun tak tahu. Aku tanya mana bear. Jap bear tengah siap! Ko make up ke bear tu. Bawak masuk at least alih perhatian semua. Depa tentu la nak makan je bosan.

Ada radio tapi tak pasang. Aku jugak bukak sendiri. Bukak hitfm. Lantak la ko di situ. Dah macam parti bisu dah. Lagu tak ada apa pun tak ada. Dia bagi alasan dua event hari tu and dia layan sorang. Time management ko fail! Tahu nak sambut 2 event masa yang sama pandai2 la, sama ada cari org atau aturkan masa. Bear pun satu. Bukan 2 dah kena kongsi. Ko nak cepat je sbb apa? Event sana pun nak pakai bear.

What the bear!

Bila zamani minta tambah order, i said stop! Sbb diorg masih blm kuarkan balance burger. Air mineral tu minum la. Tak ada org control pun!

Lepas majlis habis, its time to basuh budak tu. Mmg mengigil. Dia pun tengok aku dia bersalah... soalan pertama aku

'Kenapa tak siapkan semua dulu???' 

Dengan suara mengigil dia cakap mmg procedure diorg, siapkan makanan semua LEPAS customer datang.

soalan kedua aku 'Than deposit tuk apa?' Masih lagi dalam keadaan hormat tanya. Padahal meluap2.

Keseluruhan event... kalau nak jadi event manager yang berjaya. Kau patut plan dengan betul Kau tau kau! Bukan aku, bukan customer!

Sejam seblm majlis tolong bukak aircond, susun meja, lap meja sekurangnya2. Sampah event lama tak di buang walaupun semua kertas2. Check ke tak? Balon tiup la baru. Asingkan makanan sama ada customer datang atau tak org dah place deposit RM 200 per. Bole ko jawab hotdog habis? Ko dahulukan customer kat kaunter? Diorg ko boleh le jawab hotdog habis diorg leh order lain tak mati or tak mengamuk pun diorg. Tapi aku ni u janji lain bagi lain, aku rasa nak cekik je.

All together RM 700! Pitam. Ha nak ambik murah sangat ambik la ko! Tambah RM 500 setelah tolak deposit. Uols, i bukan kedekut. Nak buat besday anak, niat sedekah tuk hiburkan hati anak lagi2 usia 3 tahun dia dah pandai berkawan dan faham apa itu besday. Aku tak kisah bayar lebih IF service not this bad. Makanan lambat seminit dua i dont mind. Rancangan teratur, i dont mind. Sampai aku paksa dia kuarkan bear sbb nak tarik perhatian tetamu so tak la terasa makanan tak ada. Sementara tu bole la top up makanan elok2.

Than dah la tak terima debit card/ credit card. Kitaorg pulak buget the most tambah pun 100 - 150 je. Sekali!!! Hambik RM 300. Berlari jap la abang Zamani korang cari ATM.

Bila dah bayar semua, budak tu siap salam cium tangan minta maaf. Dia minta aku jangan report to HQ sbb dia tahu salah dia.

Ermmmm..... benda dah lepas, tapi kalau kau nak berjaya dik, ko kena pandai la buat event2 ni. Time management penting dik. Balik muke masam sbb tak puas ati kesian dan malu ai pada tetamu. Yang lambat datang dan ada yang tak dpt makan.


Hadiah dari tetamu. Terima kasih dan maaf sekiranya ada yang tak dpt makan pun pada hari kejadian tu.

Tuan puteri yang kepenatan. Terus baring je tanpa tengok hadiah dr kawan2

Hadiah dr Anw. 

Hadiah dari bakal menantu... hahah sporting mak mertua tulis on behalf anak. awwww.....


Ok bagi aku la kan..... buat la kat KFC. Adik aku buat dulu bagus. Semua cukup, semua dah sedia. Tak yah nak macam org gila! Mana nak cari manager event, mana nak layan tetamu, mana nak control makanan. Tu tak termasuk anak buah merengek minta tolong mak long bukak pintu nak main play ground kat belakang!

Tu pun satu isu. Aku tahu panas. Ada pintu tuk ke play ground. Dah habis majlis br pintu tu bukak! kalau awal2 ko bukak sempat la aku prepare apa2kan.

Anw hire aku je la event manager. Takat sabtu ahad punya event wa tak ada hal! I like plan2 ni. no worries


XOXO

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Thursday, October 16, 2014

Hope for the best

Salam


Kalau Amani Iman tahu apa yang aku buat sekarang, aku rasa dia tentu kecewa dengan aku. Aku tak percaya pada kebolehan anak sendiri. Padahal aku la org yang paling rapat dengan dia. How can i underestimate her, kan?

Terima kasih sbb banyak feedback from friend and family. Bersyukur sbb aku di kurniakan org perihatin di sekeliling aku. Ekceli this isu agak sensitip. Dan tak banyak ia melukakan hati aku sebenarnya. When ppl said eh anak kau tak normal, apa ko rasa? Mesti kau juga macam aku akan cakap, eh kau siapa nak komen anak aku tak normal??? Betul tak?

Aku terima dengan terbuka.

Yes cara terbaik ialah buat pemeriksaan supaya aku sendiri puas hati. Makin aku mendalami 'autism' aku semakin cemas. But aku rasa cukup untuk tahu apa itu 'Autism' and start to move forward untuk mengatasi masalah-masalah ni.

I really hope amani ada masalah on speech sahaja. And not Autism.

And i got drastic respond jugak... adeh jangan la buat mak cik nebes. Ekcelikan i dont know apa yang Zamani rasa, but he always tenang je. He always told me yang percayakan kebolehan anak. Sama jugak aku hantar dia ke GBOB dulu. Malam tak bole tido. Tapi dia yakin dengan Amani Iman. And look amani sekarang. She love to go GBOB. Dia dah bole main mainan dan masalah plak bila keluar je nak mainan. Nak sangat anak ko jadi macam kanak2 lainkan!!!! Rasakan kau!!!

Bila aku duduk berbual dengan teacher amani lepas kelas dia, ekceli nak bayar school fees, bukan aku je, mak2 kat GBOB mengajukan soalan pada teacher Anne dan secara tak langsung aku pun dengar la apa yang patutkan. Tak tahu macammana bole tercelah isu Autism ni. Hati tiba2 je resah.

And aku tak selesa nak kongsi secara terus. Sukekan post and letak kat blog tengok respond org, kot2 amani ni normal.

Tah2 aku yang autism... hihihi... bab pergaulan, aku or zamani mana ramah sangat?!!! we all memilih kawan. So mungkin ke amani macam tu??? Aku prefer to have close friend sorg dua. Lebih2 ni semak otak. Zamani lagi la! kalau kat opis takat opis la. Apa jemputan ke apa pun pikir banyak kali. Kalau aku cakap tak nak pergi dia relex je, tak rasa bersalah ke apa. Kawan2 dia tuuuuuu 3 org tu. Kembar siam dia.

Ana Nur'Azizi
Ana Nur'Afifi
Ana Norzawawi

Ana NoorIzati dia tak pernah pun ajak gi minum kedai mamak. kih kih kih... (cume buat lawak)

So Zamani is Autism toooo???

So ada kemungkinan sbb tu amani become bersendiri? Yes dulu we tot like that. Now Ammar ada, dia boleh harap jugak tengok2 kan adik.

Ok! korang mesti cakap aku ni poyo... entry first bukan main cari persamaan. Beb, kalau anak korang? aku rasa korang jugak akan cume menafikan.



Selalunya bila hati tak tenang mengenai kesihatan dan perkembangan anak, i will prefer to my couzen. Doktor biasa dan bukan pakar kanak2. May be advice sblm aku melakukan tindakkan. And as doktor walaupun ko tak pakar tapi sekurangnya kau tahu la tengokkan. Bila dia jawab macam ni aku rasa sangat2 lega. Not to say 100% la.

Ok enuff la apa yang aku nak cerita. Tapi aku nak sangat tahu cerita Fynn Jamal. Semua cakap rujuk cerita dia. And ada komen cakap kita ada sekolah Autism? Ok tak la tahap tukan. Teacher Amani pun cakap most of the activity lebih kurang macam kat kelas jugak.

Now aku nak try bawak amani pergi jumpa pead. Erm may be pantai Klang. At least la kan tuk tahu perkembangan dia macammana. If normal akak bole focus on speech terapi dia sahaja,

Tapi kalau ada... may be bole tanya doktor untuk refer ke mana2. Hosp Gov pun aku tak kisah sbb aku tak rasa amani begitu teruk. Oh yang tak tahu! Aku pun baru dapat tahu...

Mr Bean is Autism. Watak. Bukan pelakon tu. So yang masih tak tahu apa2 gambaran, aku rasa ko sebut Mr bean semua org tak nak anak jadi macam tu. So bila dia happy dia tak tahu nak buat apakan... terkepak2 tangan tu. Itu la amani iman buat. Risau tak? Kecik2 we tot ia cute. Tapi dah besar ni nampak pelik.

Bila dapat tahu tu je aku akan cube alihkan perhatian dia. Mesti aku sebut Mr bean semua akan cakap 'oooooooooooooooo'

Kan! but i think ada bahagian autism which im not sure.




If  Pead kata dia ok. Than aku rasa aku perlu cari tempat tuk speech terapi. Buat masa ni aku latih amani tengok kartun. Kat gbob ada cd GOGO the Adventure. Simple english tau. Amani suke ulang cakap, so bagi dia tengok benda2 macam tu. At first aku rasa dia follow je lama2 aku rasa dia faham.




Mcm mana mak dia duduk tengok cerita melayu, macam tu la dia tengok GoGo ni.

Erm. Aku lega bila menulis. Mata mengantuk...

Auto publish entry... selamat malam semua.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us









CidaZam bercerita lagi

Tuesday, October 14, 2014

Autisme

Salam....


Dari google ini yang aku jumpa. Penerangan yang senang mengenai Autisme.

Autisme ialah sejenis kecelaruan yang tidak diberi perhatian yang serius oleh ibu bapa disebabkan oleh kejahilan mereka. Sedangkan mengikut Persatuan Psikiatrik Amerika (APA) pada tahun 2000, kadar autisme adalah 2 hingga 20 orang dalam setiap 10,000 manusia. Terdapat kanak-kanak yang menghadapi isolasi yang serius sejak peringkat bayi.

Mereka mengasingkan diri daripada pergaulan, pertembungan mata dan amat sukar untuk berinteraksi serta melahirkan perasaan hatinya.

#Ramai di antara mereka melukakan diri sendiri atau melakukan perbuatan yang sama secara berulang-ulang selama berjam-jam. Secara tradisional, situasi ini dikenali sebagai ‘infantile autism’ (berasal daripada perkataan Greek, Autus bererti diri). Kini, para penyelidik mendapati bahawa kecelaruan ini berlaku seumur hidup dan memerlukan ketabahan yang tinggi khususnya daripada ibu bapa untuk membantu anaknya.

Terdapat ciri-ciri umum untuk kecelaruan autistik. Antaranya adalah ketidakupayaan dalam komunikasi. Kanak-kanak autistik menghadapi masalah untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif.

Mereka hidup dalam dunia sendiri. Pada peringkat bayi, anak autistik tidak peduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya. Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri serta menunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk. Mereka tidak suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi. (Amani Iman mmg susah di pegang/di sentuh kalau dengan org yang tidak di kenali. Even dengan nenek, atuk dan mak cik2 dia pun dia payah nak serasi kalau aku dah Zamani ada. Pada mulanya aku rasa ianya normal. Tapi kalau ajak dia main pun dia tak suke berkawan dengan kanak2 sebaya dengannya. Dia suke menyendiri. Dia tak suke org sentuh barang dia, tapi dia tak melawan. Paling tak mengadu dengan aku je)

Jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaan muka dalam pertuturan. Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan hubungan dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri.

Hampir 50 peratus daripada anak autistik tidak dapat menguasai teknik pertuturan. Anak-anak ini mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar ‘echolalia’, iaitu mengulangi perkataan orang lain.


Contohnya kalau ditanya :

‘Annie sudah makan?’.
Dia akan membalas dengan mengulangi hampir keseluruhan ayat dengan berkata :


‘Annie nak makan?’.
Dalam kebanyakan kes, bukan sahaja perkataan diulangi malah intonasinya juga sama.


(Yes... she like burung kakak tua, ulangi setiap patah perkataan sesiapa pun. Tapi ada kalanya dia bole bercakap tapi tidak lebih dari 3 patah perkataan. Dia akan ulang apa juga yang aku cakap pada dia mau pun org sekelilingi dia)

Walaupun ada segelintir anak autistik yang dapat bertutur, namun mereka tetap menghadapi masalah berinteraksi dengan sekeliling secara berkesan. Selain itu, anak autistik memperlihatkan tingkah laku dan minat yang agak luar biasa. Annie misalnya suka menyusun alat permainannya dengan cara yang sama pada tempat yang sama.

Tiada siapa yang berani menyentuh atau menukar cara susunannya. Sekiranya alat permainannya hilang atau pernah ditukar cara susunan, dia akan mengamuk dan melonjak-lonjak. 


(Yang ini sangat ketara!)

Anak autistik sangat sensitif terhadap kehilangan benda. Mereka mempunyai kesabaran menyusun berpuluh-puluh biji guli secara teratur setiap hari tanpa berasa bosan. Mereka dapat mengesan dengan cepat walaupun kehilangan satu atau dua biji gulinya. Keupayaan yang menakjubkan ini digelar ‘maintenance of sameness’ iaitu pengekalan kesamaan.

Anak autistik sanggup menggunakan masa yang panjang untuk mengulangi sesuatu perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan, melambai tangan di depan mata sendiri atau menggigit kuku. Sekiranya perbuatannya diganggu, mereka akan mengamuk dan menunjukkan ketidakstabilan emosi. Anak autistik sering melakukan sesuatu mengikut kemahuannya tanpa merujuk kepada orang lain.


(Amani bole melompat selama sejam ok... dan dia juga boleh berlari dalam jarak yang sama berulang ulang ulang kali)
Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme berumur empat hingga enam tahun yang diberikan pendidikan khas menunjukkan perkembangan memberangsangkan, boleh belajar di sekolah biasa, bermain dengan kanak-kanak lain, malah fungsi pembelajaran juga bertambah baik.


Sebenarnya ramai yang menegur, tapi aku menafikan. Amani seorg yang normal. Cume pertuturan dia sahaja yang lambat. Tapi she already 3 years but dia gagal tuk bercakap macam budak2 lain. Tak apa Amani, take your time. Walaupun Amani lambat cakap tapi its impress me bila dia bole kenal abjad (A to Z) dan (1 to 10) and now dia mengupgrade diri sendiri tuk kenal (11 to 20). Pada awalnya aku ingat dia menghafal tapi sebenarnya dia mengenali huruf di usia 2 tahun setengah.

Setiap kali dia di puji, dia akan kepak2 mcm ayam. And i just get to know that is the sign of Autisme.

Bila dia jadi macam tu, dia tunjukkan gerakkan yang kita tak faham...

'Tell me mommy, tell me what should i do next / tell me mommy i want more'

Ahhh nak nangis! Bila dapat tahu, baru sedar yah! Amani sering kepak/flip tangan dia bila dia gembira. Dia jugak bole melompat tanpa kira penat. Aku yang penat tengok dia melompat2. Asalnya dia akan berlari berulang kali di ruang tamu, than dia bertukar melompat.

Pening kepala bila memikirkan. Aku kesiankan perkembangan dia. Macammana dia bila dia masuk sekolah. Penerimaan kawan2. Even sekarang dia dah mula faham bila aku marah, bila aku tak suke apa dia buat yang boleh mendatangkan kemarahan pada aku. Cume aku kesian dia tak tahu nak cakap. Selalu aku tanya

'Amani kenapa?'

'Amani nak apa?'

Sama ada dia menangis atau di senyum atau dia akan senyap. Itu yang buat aku sangat sangat risau. Kadang2 kawan sebaya dia cube main dengan dia, dia elakkan diri. Bila dia nak main dengan budak yang seusia dia, mesti aku dengar soalan

'Awak tak tahu cakap eh amani' You can see she straight away walk away from that kids. Sedih tak? Selalu notis benda tu. Ke kebetulan dan aku yang terlebih sensitip?

Kadang2 dia akan ulang balik setiap perkataan kita. Macam yang tulis kat atas tu la. Bila dia cube cakap mmg susah nak faham. Bukan susah, tapi mmg kita tak faham apa dia nak cakap. Dan itu kadang2 buat aku selalu naik hangin dengan dia, di awalnya aku rasa dia sengaja cakap macam tu, tapi bila berkawan dia cube cerita sorg pun tak faham. End up Amani Iman akan main sorg2.

Awalnya sbb aku rasa dia mmg di bentuk dr perut macam tu. Sbb akukan selalu takut, selalu risau, selalu tak confident. Even time kitaorg buat detail scan pun doktor nampak Amani adalah neves baby. Dont ask me how doktor tau. Tapi aku tak ambik penting benda2 tu.

Tahlah... aku bukan raih simpati kat org. Sbb mungkin jugak ini perasaan aku sahaja. Selalu aku rasa ia adalah normal. Cume amani lambat. Macam aku cakap aku bole bangga dia kenal huruf! Boleh urut dada. Perkembangan otak dia adalah normal. Bila dia lebih gemar mencipta mainan sendiri aku rasa dia creative but nampaknya ia sebenarnya dlm dunia khayalan. Which is tak normal.

Aku cume risaukan dia. Sampai bila agaknya? Aku nak sangat dengar dia berbual. Minta dan luahkan apa dia rasa macam bebudak lain.

Bila sakit dia kan sebut sakit...

Bila sedih dia sebut sakit.... pointed at heart. Hihihi... sakit hati?? Agaknyakan.

Bila gatal dia sebut sakit.

Bila dia di buli dia langsung tak tunjuk siapa buat dia ke apa, dia hanya peluk dan nangis. No sound ok. Itu lebih menyakitkan hati seorg ibu. Macam aku lak meronta

'Tell ibu amani! what wrong?? Let me help you. Ibu tak bole tolong amani kalau amani tak bagitahu'

Ibu mmg sangat sensitip. Sememangnya aku sensitip, tapi rasa terlebih sensitip bila aku masuk hospital terpisah dengan amani for few days, i know time tu dia rindu aku tapi dia tak tahu nak luahkan. So since situ aku mula rasa apa dia rasa. Tak nak dia kecil ati, tak nak dia terasa asing.

Ermmm... lets Allah decide what the best for us. Insya Allah semoga semua di permudahkan.



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Wednesday, October 8, 2014

Hari Amani Iman di AnW


Hola.

Sblm cerita berkulat baik aku ceritakan di sini kesah sambutan besday Amani Iman...

Sambutan on 28 Sept. Mak pengantin memilih hari bahagia di buat di PJ Drive In, Anw. Setelah di kaji beberapa tempat. Anyway kalau buget Anw adalah pakej paling murah. But nanti ku ceritakan. Cume sekarang nak kongsi cerita hari bahagia anakda.


Gaya terkini anak dara. Oh anak cepat sangat la kamu membesar. Aku selalu cakap kat Zamani pasal gambar Amani ni. Bayangkan anak dah remaja gitu. Cakap kat adik aku, dia komen lagi buat hati gunda gulana.

' Ha gaya tak macam nak sambut kat Anw ni. Cara ni 20 tahun akan datang dia tak nak pun mak pak dia sambut. Sambut dengan kawan2 la. Dari gaya Amani macam nak sambut besday kat Pavillion'

Ok Amani Iman. Read this. Kalau betul la statement mak cik ko di atas, mau sambut sendiri, sendiri cari duit yer. Nak ibu abak sponser kalau kitaorg nak sambut besday ko kat Mcdonal pun ko kena terima. Ha ha ha. Ibu dah taman azam nak belajar masak. Tutup mata takat tetamu 50 org ibu leh handle. Kah kah kah. 

Parti setat kul 3 petang sampai la ke 4.30 ptg.

Tetamu ramai jugak yang hadir. Unexpected pun ada. Alhamdulilla. Bole la beramah mesra.


Baju ni siap dalam masa 3 hari. Hihi. nak tema pocoyo sangat. Sian perekanya, migrain memikirkan. Adoi la, sian plak bila dia cerita. Tak yah la pocoyo sangat. Agak2 la aku nak pakai baju mescot tukan.

Tak banyak yang aku buat sbb semua atas Anw... (harapannnnn) eh ada 'harapan'kan? nanti akak story la. Tapi now nak share saat yang indah seberapa yang bole. Bersyukur sbb kali ni dapat berjumpa kawan2 lama. Tak sangka semua datang. Happy iuols. Di sebabkan besday i pun sept, rasa tumpang majlis anak. Kawan omak lagi meriah.

Kawan GBOB amani pun datang. Seronok si Amani iman. So next year target kawan2 Amani sbb dia dah ada kawan. Heheh Besday Ammar Yusuf je la ye kawan ibu and abak bole menyelit yer.


The food.


Drink 

Abaikan tarikh pada gambar. Sbb setting camera tak berapa nak canggih gitu. 



Goodies 

Ni nak habaq mai. Goodies kek (pastik yang ada mineral water) che buat sendiri. Rasa taubat plak rasanya. Dari pagi ke malam uols akak buat. Org lain buat kek dua tiga jam, akak buat berjam jam sampai siap ada org resque ko! Dugaan. Tapi puas hati. Buat sendiri bersama keringat jatuh. 

Mulai tahun depan kita order sudah. Penat betul tau!Tapi hati sejuk bila somi puji. Amani pun puji. Uuuu sedapnya. Tapi dia bukan makan pun. Haha kelako.






Erm....... my guest


Full house!




Aliya! Sedap tak kek mak long buat? hihihi. Nasib baik ai beli accessory party. Laku la jugak bebudak pakai.


Jemah cerita dengan mak mak kat GBOB


Ammar dengan mak long and pak long dia.


My school mate 1997. Yang cucuk pipi bukan yer. Happy betul bila semua berkump macam ni. Dan best anak2 la berkump. Kata mak mak semua kawan, now bawak anak2 tuk join yer.

Around 4 pm macam tu acara mula! Yer lambat gila. Sepatutnya jam 3.00 pm tu. Game mula dengan kehadiran yang semua org tunggu. Mascot Anw


Sayangnya anak dara ai takut nampak bear ni. Kah kah kah sangat tak sesuai ko nak!


Dengan abak yang hansem. Maka nampak bear tu dia melekat dengan Zamani tak nak turun. Abak pakai baju Supermankan. Harus la jadi hero anak dara.


Kek Amani Iman pada usia 3 tahun. Sedap. Tapi tak dpt rasa. macam pisang goreng panas.


Nak potong kek. Sesi nanyi lagu happy besday


Yang ni sangat lawak. Sbb??? Amani ingat dia tetamu agaknya. Bila semua sebut 'happy birthday to amani iman...' reaksi dia terus macam tu. Tetiba malu malu kucing plak. Terus tak nak buat apa2, melekat dengan abak dia. Macam kena meminang plak.  


Sbb dia tak nak tiup lilin, mak dia yang tiup lilin. Kita sebaya. Hahaha. angka belakang '3' tak yah tunjuk kat org ok. Ammar maintain cute and macho. Bagus anak ibu.



Tak tahu apa yang kami perhatikan. Hahaha....


 Time ni amani tak perasan. Ada hadiah tuk besday gurl. Si beruang tu yang bagi. So alihkan perhatian dia agar dia tak terkujat. uhuhuh


Abang beruang siap melutut bagi hadiah. Menjerit si Amani ko tahuuuuuuu. 

Than terus acara game. Tiga acara. Musical chair, dance with bear and acara tiup belon kasi pecah!


Musical chair. Eh Bff  GBOB amani iman... Mikail


Acara menari dengan bear. Mikail jugak. Sporting la mikail. Auntie like you la darling! Amani? Tu tengah teruja dengan class mate dia yang pakai unipom sekolah. hahah. Dok tunjuk kat aku 'Good morning'

Good morning tu lagu sekolah dia. Hahaha. May be u can see budak yang pakai baju hijau and oren. Terkejut Iqmal, Amani rindu dengan sekolah dia. 



 Nasib baik mak amani tak turun. Mau lari semua. hahahah



Acara tiup belon sampai meletup. 


Nampaknya budak2 tak main, wakil bapak. Tak tahu siapa menang eh? 






 Dan yang paling tak duga, kawan2 zaman blogging pun datang. Yani dari dia belum ada anak kot sama dengan aku. Kitaorg tengok je anak org hahah. Menumpang kasih. Masing2 dengan somi. Now dah dua anak dia, Alhamdulillah.

Sama juga dengan Mimy vogue ni. Dulu aku jumpa zaman dia belum kawin pun ok. Mmg hansem la anak dia. Selalu tengok instagram je, bila nampak alahai, so hansem tau.

Tq korang sbb sudi datang. Maaf la banyak sangat kekurangan majlis amani iman ni.



 Puteri ni tak leh panas sikit, mula naik hangin. Baju pun dia tak selesa sbb aku tak pernah pakaikan dia baju panjang2 ni, payah dia nak mengankang. Ha ha ha. Tak senonoh bunyi dia. Tu yang minta abak dukung sbb asik tersungkur.

Dia tetap main sendiri. itu la anak aku. Alahai ikut perangai abak betul.




Ku sudahi dengan gambar kami anak beranak... loteh cerita panjang2. Lepas majlis pengantin pompuan ilang. Rupanya abak tukar baju. Hahaha... sungguh tak best abak mu Amani Iman. Bagilah anak tu jadi frozen sekejap walaupun ko sebenarnya pocoyo amani iman.

Heheh....

LOvE Hug Hug... Kiss Kiss...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails