Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Monday, November 5, 2012

Day off

Sebagai ibu yang berkerja, pastinya aku hanya dapat luangkan masa dengan amani iman ahad. Hari biasa kalau aku balik pukul 6 ptg oklah. Kalau lambat selalunya dapat mainn dengan dia hanya sejam dua sbb dia tido awal.

Dan bila dia dah besar ni dia dah faham. Bosan duduk rumah. Ke mmg dia itu genetik abak dia yang tak bole duduk rumah? Panas je pungung tu kalau duduk umah.

Balik balik kalau dia bosan bawak dia gi umah tok mama... Balik balik kalau tengah bulan nak tunggu gaji, bosan2 bawak gi umah tok mama... Hahah kita org jalan jauh sikit bagi dia puas hati perjalanan jauh.

Sbb dia takkan boleh tido, resah gelisah je kalau tak jejak kat kereta. Imagine tak? Ko balik kerja penat, tak sampai hati tengok anak ko ketuk pintu minta pintu di bukak dan dia boleh keluar.

So hari ni kita jalan2...

Ready to jalan2. Bangun pukul 9 pagi. Than siap terus gi sarapan dulu.


Nasi lemak seri sarawak adalah nasi lemak terbAekkk...


Well some time dia mmg serabai sikit... Hahaha. Bukan sikit tp mmg selalu.


Dah cantik2 si gadis ayu tetiba nak 'berlemuih' chewahhh betul ker ejaan tu? Yg tak tahu makna sila bukak kamus org utara... Haha mesti laki aku vangga!

Lepas sarapan kita ke gm. Niat hati nak cari barang tuk aku. Tapi hati hancur bila tahu GM klang tak ada Atm machine???? Dah tu debit card pun tak boleh gune, dalam wallet ada 30 jer... Apa ko nak beli? Bodo betul. Macammana buat perancangan. Kena la tahu yang itu penting zaman ni...bila dapat tahu GM tak ada mesin Atm, terus tertutup pintu hati nak membeli. Ada diorg suruh aku gi withdraw duit kat jusco? Ingat jusco kuar pintu GM terus jusco ke? Jalan kaki satu hal jauh, naik kereta buang minyak je. Jauh jugak.

Terus ajak abang zamani gi jusco...

Tak ada sebab. So abang zamani terus ajak kidz fun zone, kan dia happy time besday dia dulu? Punya la ramai org... Murah pun murah... Setengah jam RM 6 je.


Tengok cara dia duduk... Tak sopan langsung. Baju gaun macam puteri, tapi duduk kat stroller dah macam jantan. Puting kat mulut tu yang tak tahan. Ni tunggu zamani gi toilet. Kang masuk dulu, zamani tak leh nak masuk dah. Kang org ingat dia tebiat plak nak main.


Banyak lagi game, tapi dia belum pandai jalan lagi. So aku pun malas, punya banyak bebudak kat situ, seyes macam sakai bebudak ni main. Kalau kecik aku tak kisah tau, ni umur 10-12 tahun... Ko tahu la sekali masuk bukan tahu ada org ke tak, main lompat je. Aku dengan zamni yang emo. Macammana pihak pengurusan boleh lepaskan diorg masuk sedangkan ada had ketinggian je yang boleh main.

Ko bayangkan amani iman masuk je dah tengelam, so budak2 yang bersaiz anak gajah ni main lompat. Yang lompat macam sakai satu, yang ada baling2 bola. Sakittt oooo...ko pasal apa meroyan masuk sini?

Aku jegil mata kalau diorg main hampir terkena Amani iman. Again mmg la bagi dia kawan, nama pun budak, tapi kalau 10-12 tahun dah ada otak dah... Ada tiga org budak tadi yang mmg aku dengan zamani bengang. Sekor mmg saiz badan besar, dia duduk belakang amani, time tu amani nak turun slide. Amani turun dia terbaring kat hujung slide tu, budak ni dah ready nak turun... Menjerit aku...

'Wait!' Terus je suara cikgu besar. Aku tarik amani bawa ke tepi. Dia terjun ok! Terjun. Berderau tengok cara dia main. Jangan kata hempap amani la... Hempap aku mau aku masuk hospital sebulan.

Ada budak perempuan ni dah besar gak la, maybe 10 tahun, feeling swimming pool kuak lentang dalam bola2 tu sambil tutup badan dia...budak lelaki cina ni terjun. Imagine kalau terjun atas badan dia. Aku tak kisah la sbb tu mungkin sedara ke adik budak lelaki tu,

Datang sorg budak lagi main campak2 bola... Gila! Dia campak kat amani... Eh, ko pasai apa. Aku tenung dia, dia baling makin kuat ha! Abang zamani buat suara king kong sambil tunjuk isyarat tangan. Amani mcm blur kejap. Ari tukan dia main tak ada org sbb weekday.

Than ada budak india perempuan ni, umur dia 5 tahun kot... Nak kawan dengan amani, dia pun baling bola kat amani, so aku ajar amani baling bola kat dia pulak... Wakaka... Tak la main la sama, sbb umur lebih kurang consider kecik? Balingan dia pun tak la sakit mana. Amani gelak2. Tapi! Lebih pulak tendang bola2 tu sampai tertimbus anak aku... Aku tegur terus sentap keluar dari situ. Hahaha


Happy banyak bola...


Amani dengan dunia dia sendiri... Ajak keluar lepas tu tak nak... Hahaha... Sudah sudah... Makin lama makin risau aku tengok. Ganas betul budak2 ni.


Ha sempat try motor... Merengek2 nak naik...


Amani ni imaginasi dia selalu tinggi tau... Siap masukkan jari nak start moto...sbb kunci tak ada. Hahah

Lepas je dah puas main, happy gi makan. Makan nasi ayam. Aku ambik nasi extra tuk amani iman, habis separuh. Itu yang abang zamani cakap nak kongsi dengan amani iman? Hahaha... Lapar sungguh dia.

Ekcelikan dia ni dah pandai minta barang. Kami malas nak layan dia. Opcos tak faham apa nak sbb dia belum pandai cakapkan, tapi tunjuk benda mengarut. Hahaha casing phone la, pasu bunga la, bunga la... Mana kamu berhenti, dia pun mula tunjuk barang and nangis2...

Aku segan jugak,tapi aku kena marah dengan zamani. Buat tak tahu, dia penat kang dia berhenti. Tak yah tanya aPa dia nak. Sbb esok dia gune tektik tu nak barang dari kita... Glup... Ah bapak ko ni amani... Tapi apa pun aku kena setuju... Nak kaya tak???? Hahah so jangan layan perangai anak yang pelik2...

Sekian terima kasih

Syukur

Syukur... Itu je yang dapat aku ucapkan bila tengok amani iman cepat belajar. Selalu aku solat, aku mmg solat dalam bilik. Amani iman ada di beri pada nenek atau atuk dia kalau aku solat. So dia mungkin jarang tengok aku solat depan mata dia.

Mungkin dia belajar dengan nenek. Tapi syukur la.

Kebetulan ari tu zamani balik kerja lambat, amani iman pulak nak tido. Layan dia sebelum dia tido. Abak dia lepas mandi solat magrib dulu.


Dari mula zamani solat dia pandang sampai la abak dia beri salam dia terus tegur.


Baru aku lepaskan dia merangkak...


Sila abaikan baldi di situ... Hahaha. Aku patutnya angkat dia, tapi dia merangkak ke arah zamani dan duduk berdoa ikut abak doa.

Syukur Alhamdulillah. Budak2 ibarat kain puteh. Menjadi ibu dan bapa mmg mudah tapi yang susah bila mendidik anak2. Aku selalu risau pasal didikan ni, yerlah kita pun tak sempurna manakan? Tpikir jugak macammana nak ajar dia solat, macammana nak ajar dia jadi anak yang dengar cakap. Macammana nak ajar dia itu ini... Rupanya mereka belajar dari melihat apa yang kita buat.


Semoga amani iman menjadi anak yang soleha... Sejuk je hati tengok anak belajarbenda yang baik kan???

Cup train...

Ermmm rasanya budak minum botol susu sampai bila yer? Aku tanya jugak zamani, nak bagi amani iman isap botol sampai bila? 7 - 8 tahun ke? Peringkat umur berapa yang patut amani berhenti minum pakai botol susu?

Haha abang zamani cakap mana dia tahu? Anak dia pun baru je sorg... Hahaha bengong. So we decided to train amani iman guna cawan. Cawan isap dia fail! Sbb aku beli cawan isap yang kena isap baru air keluar. Amani iman bukan isap tapi mengasah gigi. Tah apa2 je mek tukan? Nasib baik harge cawan tu 6 henget je. So tak la terasa.

Since dia dah tahu isap straw, aku beli cawan yang ada straw. Dah la straw lembut, maka dia buat kunyah pulak... Akak kan ibu yang tak sabar, terus je simpan kalau dia dah mengarut main2 macam tu. So jumaat lepas, bagi dia air gune cawan ni... Erm mau la 20 minit tunggu dia nak isap. Nampak air liur dia je masuk dalam cawan tu. hahaha

Tetiba basah je baju... Dia dapat isap tapi mungkin sbb dia dah kenyang air, maka dia sedut dan luahkan... Kira macam mulut bocor la macam tu.

Aku diamkan je.., tak pa air kosong. Isap la. Sbb ibu nak latih kamu gune cawan.


Gigit dulu...


Baru sedut... Lepas tu baju basah macam mandi ... Syok sangat dia belajar benda yang baru... Uhuhu

Sunday, November 4, 2012

November di Ingatan Part 3

Tahun 2008 memberi sejuta makna buat aku. Setelah berkahwin dengan zamani, aku jalani kehidupan sebagai isteri zamani [yerlah takkan jadi isteri org lain fulak] Rezeki kami hadir sebulan lepas nikah. Tentu sahaja perasaan gembira tu bukan sahaja untuk kami tapi untuk seluruh ahli keluarga yang lain.

Awal kehamilan je dah menunjukkan problem. Tapi aku berjaya menahan kandungan sehingga ke tempoh 26 minggu.

November juga... Aku kehilangan permata hati yang kami nantikan. Hati ibu mana yang tak hancur. Kau rasa dia membesar, kau rasa dia bergerak dan yang best kau dapat melihat dia seminggu sebelum dia pergi. Aku buat detail scan pada minggu ke 24 minggu. Doktor pastikan semua berjalan dengan baik. Progress bayi kami sihat dan berkembang normal seperti kandungan biasa. Doktor tu tunjukkan secara terperinci perkembangan baby ketika itu.

Tapi doktor bukan tuhan. Pada minggu ke 25, aku mmg kurang rasa gerakkan baby. Tapi aku dapat rassakan macam bola yang melantun dalam perut tak seperti yang aku rasa 3/4 minggu sebelum tu. sebab itu kandungan pertama, aku assume baby bergerak. Rupanya bila jasad tak bernyawa dia bergerak mengikut gerakan aku. Aku tak pernah tahu.

Its sad when doktor confirm dia tiada lagi... Tak tahu apa yang aku rasa ketika itu... Susah nak gambarkan. Dan itu bukan saat yang terindah buat ku. Menulis tentangnya ketika ini pun buat aku rasa sebak...

Kami namakan dia aryssa zulaikha... Kekuatan yang cantik sifatnya. Tapi end up we decided to name her Aryssa Dania Zulaikha... Kekuatan yang hampir cantik... Ia tidak sempurna sepenuhnya.

Dan 19 november tu aku tak tahu nak panggil apa.... Tarikh kematian? Tarikh lahir? Aku sendiri tak pasti nak sebut apa. Tapi apa pun, 19 November tu memberi kesan buat aku dan zamani. Dah hampir 3 tahun dia pergi tapi kesannya masih sama. Tiada beza... Hakikatnya kami telah kehilangan puteri kami...


Hanya ini sahaja yang ada.... Kenangan buat puteri ku Aryssa Dania Zulaikha...











By the way i miss my old blog... Rasa nak sambung menulis di sana, tapi dLam masa yang sama aku suke menulis di sini. Aku tahu zamani pun kadang2 jengah blog lama aku, jadi ia sangat bermakna bukan buat aku, tapi buat kami... Dia dan aku.

Tersentuh bila dia balas wats app aku bila aku mula berbicara tentang blog lama....


Yer ada kebenarannya.... Blog lama kenangan aku, dia dan aryssa...

Singgah sebentar blog aku, dia dan amani... Maaflah kalau korang rasa blog ni membosankan. Aku tak mengharapan pembaca yang ramai sebenarnya. Blog ini sekadar menulis coretan kisah akudan sekeliling ku...

Ranya cukup tiga partkan? Hahah setiap tahun aku akan ulang cerita yang sama. Hehehe... Bila november je aku bukak cerita memori daun pisang ni lagi. Harap tahun depan adalah entry pasal november lagi... Hehehe...








November di ingatan PART 2

Apa jadi dengan kisah aku???

PART TWO

That nite... Dua pagi... Aku buat keputusan tuk sms zamani...lupa ar tapi ayat aku simple

Salam zam... Just wanna tell you that its over between me and him. Anyway sorry kalau kacau you, salam.

Tunggu... Reply laaaa

Reply laaaa...

Dapat reply der...bunga raya hati ahkak! Dia cakap dia tak boleh tido. He expecting my sms... And kitaorg bersms pulak sampai la pagi...masih tak call ok. Itu pun dah pagi terus gi kerja dengan semangat sbb nak berchatting pulak. Gila tak gila... Kentang tak kentang kitaorg. Hahaha... Penangan org bercinta mandi tak basah tido tak lena.

Yang paling best org kata kubur my ex masih merah aku dah gedik tak sampai satu hari bercinta dengan org lain. Hahaha... Pergi mammm...aku akan menyesal seumur hidup kalau buat dek dengan zamani.

So aku terus tertanya pasal relationship aku dengan zamani. Dah bersayang, berdarling dah ni. Bila declare pun tak tahu. Hahaha. So aku kuatkan hati tanya dia. Serius ke hubungan dia dengan aku? Well kita tak kenal, berchatting, email, bersms, call pun belum lagi ok time tu! Dah tu????

Kebetulan dia dah letak resign letter kat opis dia. Oh lupa nak habaq, zamani kerja kat penang time tu. so he back for good! So dia cakap,

'Bagi i masa... Once i balik selangor i promise meet your parents. And i will talk to my parents pasal you.'

'So berapa lama agaknya tu?'

Time tu raya haji awal bulan december. Zamani resign 28 december 2008. Tapi awal bulan december mmg dia balik shah alam. So dia cakap that time dia balik boleh la dia settle apa yang patut. Well aku tak heran sangat that time. Sbb aku pun tak yakin semua cepat sangatkan? Ko tanya aku nama adik2 dia pun idok ku tahu time tu. Jangan cakap salah silah keluarga dia, apa dia suke pun aku tak tahu ok.

That moment, kami bermms gambar je...

First pic yang dia hantar... I told him... Eh muke you macam my uncle. Tapi aku ingat aku je la perasan. That nite bila aku bukak email ni, mak aku lalu sebelah aku. Dia stop...

'Pak cu anta gambar?' Bila masa pulakkkkk...

Ingat org ada affair dengan pak cik sendiri ke? Hahaha




Ha terus je jatuh chintaaaa... Gambar yang ku tatap tiap malam.


























Lepas puas bersms, zamani call aku FIRST TIME on 28 november... Yeszza...something wrong dengan line malam tu... Tengok ada voice mail. Number dia... Ha kejung.. Jeng jeng jeng

Dengar suara dia yang macho... Tak ada lorat utara ok...

' hye sayang... Just wanna wish you good nite. I love you...' Hakak sempat la jadi sabariah dalam cerita ibu mertuaku. Wakaka part dia guling2 feeling dengar suara kasim selamat kat radio tu...

Terus ada keberanian call ok!

'Salam... Hye... Sorry line phone ni teruk sikit. Tahu2 masuk. Voice mail'

Terus berbual tak hengat. Time tu zamani pakai top up, aku pakai bill. Ha ambik. Berbual sampai pukul berapa pun tak tahu. Ikat perut la aku bulan tu. chinta punya pasai.

Suara cik abang kita mmggggg macho. Hahaha. Ekceli dia lelaki utara yang pertama aku kenal. Aku mmg tak ada kawan lelaki yang berasal dari utara. Tak pernah terpikir dia org utara pun sbb dia cakap macam biasa je.

Jadi aku selesa kawan dengan dia. Blog aku yang selalu sangat mengundang rasa sedih, marah, tak puas hati kini berbunga2 cinta. Tapi tu la, akukan selalu tak ada keyakinan diri. Zamani mmg confident suke kat aku ni, aku tanya dia, kalau apa yang dia baca dalam blog tu bukan aku macammana? Dia cakap dia redha... Redha la kan... Sbb ko baca blog aku yang tah berapa tahun usianya ketika itu. Wakaka. Ke aku yang risau? Heheh

Esoknya kami bermms, bersms. Nak vedio call belum boleh lagi time tu. jadi dia bagi gambar2 yang manis buat aku... Antaranya?

Msg bergambar.... 'Morning sweetheart... Bla bla bla... I dah bangun, bersiap nak pergi wedding my friend....'


Report......

Aku pun dapat je gambar tersengeh la macam kerang busuk.

















Kang 30 minit hantar lagi mms


'Miss you sayang...kan best kalau u ada. Boleh temankan i' ok ayat reka... Cam tu la report selalunyakan? Nak kata la dia gi sorang. But ekceli mmg gambar ni dia gi wedding kawan dia kat penang time tu. sblm nak keluar tu sampai la ke sudah report memanjang.

Aku? Knowing zamani macam lain dari lelaki lain. Sbb? I keep report to my exS (banyak ex boiperen tau) tapi diorg haram la nak report. Tapi after kawin, harapan la nak repot. Tipu dan dusta semua lepas tok kadi akad dan dia menerima akad.


*mud keciwa*



So 7 december zamani balik tuk bercuti kat shah alam dengan keluarga. Yang best main objectivenya adalah nak kenal dengan aku... Kira first date.

Dia kerja ari sabtu tu... Aku pun kerja jugak that time. Lepas je kerja dia bertolak ke shah alam. Oh sangat tak sabar, jantung degup kencang.

Dating pukul 8 malam... Tapi pukul 5 dah keluar rumah. Oh tak sabarnya. Di sebabkan zamani jarang masuk klang, dia sesat. Dia sampai rumah dia pun pukul 4 macam tu, so kasi dia relex mandi semua, lepas magrib jumpa kat jusco bukit tinggi....

Waiting for my hero....

Nice pickan? Alahai kurusnya akak... Macammana la nak kurus macam ni? Haiz.









Yer kami memalu kucing... Ekceli aku la yang malu. Almaklu laaaa org kata kalau ada karen dalam hati jadi gitu la...







First date kat green box. Ha mmg idok la. Au dah la ketaq lutut. First date kat bilik karaoke? Kalau suara ko sedap oklah... Kalau salah langkah, mau kena reject ko. So zamani dan kawan aku sorg tu je yang nanyi. Me? Nanyi dalam hati dah la yer. Hua hua hua.
Dating bawak kawan.... Cube kalau berdua? Tengok kami dating sampai kedai semua dah tutup ok.... Hebat tak hebat?








Kawan kami bagi peluang, so kami lak macam serba salah nak tinggalkan dia sorg2 kat belakang.









Aku yang asik toleh ke belakang. Hahah nebes. Baikkan? Kami tak pegang tangan pung... Hahaha time ni agak risau kot kena reject.









Alhamdulilah. Nov 2013 genap 4 tahun perkenalan. Semua berlaku dengan pantas. And harap hubungan ini kekal sehingga keakhirnya :)

Saturday, November 3, 2012

Gajet

Zaman sekarang ni kalau tak ada smartphone, kalau tak ada gajet, you can consider ketinggalan zaman, yer ke? Skrg semuanya di hujung jari je. Ko tak perlu nak ke luar dari rumah pun tuk mengetahui apa yang berlaku di luar sana. Betul tak?

Kalau phone aku kena bar, aku dengan zamani mmg tak boleh nak duduk diam. Hahaha. Serta merta pergi bayo. Ekceli aku malas jugak nak beli gajet2 ni. Aku paling selesa dengan Bold 4 aku sekarang ni. Walaupun banyak handphone anroid di pasaran, tah la aku mmg minat dengan qwerty key board. Blackberry mmg bagus tuk email. Nak update blog pun senang sebenarnya. Tapi short story jer la. Klu nak cerita berat2 mmg kena bukak laptop.

My laptop tah berapa tahun aku tak gune. Haizzzz. Klu sesekali nak update cerita best pakai pc opis jerk. Tp klu kat opis pun kerja aku dah melambak. Tak sempat nak update apa2.

Sometime bit frust jugak. Sbb aku menulis since 2007. Start menulis gune frienster jer. Aku ingat lagi first time frendster keluar application tuk blog. Seronok la, lagi2 bila tengok ada respond. Than aku tukar to multiply. Funtion multiply mcm frienster tp khas tuk blog. So ko bole kenal org2 yg menulis blog sama. Until aku jumpa blogspot. Semua aku tulis kat situ. Personally aku mmg seorg yg tak banyak cakap, muke aku in reality mmg payah la nak senyum. Hahaha...kawan pun tak ramai sebenarnya. Tapi aku suke menulis.

So raya tahun ni, aku balik singapore. Than tengok anak2 sepupu aku semua ada ipad, galaxy tab, iphone. Bukan la nak bersaing dr segi kewangan Benda tu pun hak milih mak bapak diorg. Tp aku notice budak2 sekarang pemikiran diorg sgt cepat. Kita yg tua ni pun terkial-kial nak belajar. Ofcoz setiap benda ada keburukan. Kita cerita pasal kebaikan dulu. The main reason aku nak ada ipad sbb amani iman. Sian budak kecik ni ketinggalan dgn budak sebaya dia. Bila ada unsur education terus pasang niat nak beli. Ofcoz as parent janganlah ikut selera sendiri. DownloAd Oppa-ganam video kasi tunjuk anak,harus lakan... Mcm aku, tiap2 malam lepas amani tido, aku akan cari apps yg dia bole belajar. Aku bukan cik gu... So nak mengajar kena ada skill. Tak perlu la nak dload game terlalu banyak tuk budak2 ni. Itu yg mengakibatkan unsur khayal. Which diorg akan mengadap game 24/7. Makan ke mana, minum ke mana. Kita cakap pun diorg buat dengar tak dengar je. Yg syok! Selagi bateri tak habis selagi tu la mengadap.

Well permulaan/ perkenalan ipad pada amani iman pun mula2 agak sukar. Sbb dia kecik lagi ingat tak tahu apa-apa, rupanya dia dah tahu tengok vedio2 clip kanak2. Lagu2 mcm twinkle2, baba black ship, old macdonal. Lagu habis je mula dia suruh kita ulang balik. Its not gud sbb risau mata diorg rosak. Kang tak pasal dia kena pakai spek. Ibu dgn abak dia dah la rabun, lagi la sekarang dia dah lasak. Kalau dalam kereta mmg tak reti duduk diam. Jadi bukak ipad mmg dia senyap je la sampai la sampai tempat destinasi nak di tuju. Sblm ada ipad, pakai iphone zamani, sudahnya bateri selalu habis, call pun susah la nak dpt.

Amani pulak alhamdulilla tak pandai nak berebut dengan org. Mungkin belum masanya lagi. Bila tengok budak2 lain tengok kartun kat iphone,tab or ipad, sian aku tengok dia. Budakkk biasalah, ada yang kedekut mmg bawak lari mana2. Yang amani iman pun terkenkang2 la mengejar sepupu2 dia nak tengok sama apa diorg tengok. Esh jadi mak yang sensitip ni susah. Tapi buat apa ko kerja kalau kau tak mampu bagi anak kau benda yang dia nak? Ekceli mak dia pun nak. Wakakak.

Zamani tanya aku jugak, perlu ke ipad tu? Terdiam jugak. Satu keperluan atau hanya keinginan? Ermmm kalau kena gaya jadi satu keperluan la. Hahaha nak punya pasal. Tapi sorry eh aku bukan jenis isteri yang merengek dengan somi suruh beli. Sbb aku berkerja. Yang nak aku,kan? Tapi keizian tu penting yer. Walaupun duit kau tp izin tu penting. Berkat sikit. Tapi kalau suami yang beli tuk hadiahkan isteri, than apa yang ko boleh atau nak cakap,kan? Kebas aje la without berkata apa2 berserta senyum seminggu sampai ke telinga.

Zamani dia tak heran sangat, janji anak dia diam sudah, but aku tak rasa itu bagus. So parents! Kena tetapkan bila masa anak boleh main gajet2 ni. Amani kalau tak dapat apa dia nak, dia mula bebai, tapi as parents kita kena kuatkan ati kita. Diam! Buat tak tahu je. Penat berhenti la. Bila dia berhenti melalak, baru la kita bagi. Itu pun with limit.

Itu tuk anak2... Tuk aku yang kaki facebook, twitter, intagram, blog, mmg amat bergune la. Hahaha. Oklah phone blackberry dan ada one gajet for leisure. Tak perlu nak bukak dan bawak laptop kehulu ke hilir,kan? Sebelum time tido pun boleh 'jenguk' dunia luar. Sometime tengok katalog handphone latest hati teringin tp tak kot sbb i prefer blackberry lagi. Heheh. Kalau my blackbery ni rosak, erm mmg cari benda yang sama jugak la... Bila BB 5 or 4B nak keluar? Hahaha ni istilah aku... Tak ada maknanya sbb tak dengar pun ura2 pengeluaran new blackberry. Tapi mmg betul aku buat kerja tau. Malam pun balas email, rajinkan aku? Hahaha....

November dalam ingatan...

November datang lagi dan saya hanya mampu tersenyum...

PART ONE




Aku tak akan lupakan saat indah berkenalan dengan en somi. Kira time ni kitaorg dalam saat getir la.. Dan aku pilih dia on november 2008. Perhhh lama eh?

Nama pun memorikan? That time aku masih bercinta dengan seseorg dan dia plan nak kawin dengan aku. 3 tahun menunggu, selama 3 tahun putus baik balik, putus baik balik. Macam gitulah hubungan kami selama 3 tahun. Sama ada aku baik hati atau bodo tak tahu la. Macam loooseerrr tau bila dia buat aku macam terhegeh2. That time umur aku dah 28 tahun.

Alasan dia tak boleh nak kawin dengan aku sbb aku bukan keturunan syarifah... Oh plsss... Dia yakinkan aku dia akan kawin dengan aku tapi dia nak pujuk parents dia. 3 tahun... Mungkin aje dia tak buat apa2... So tak pa.

Org lonely macam aku ni, tak ada siapa la nak cerita. So balik2 tulis blog cerita pasal kebodohan tunggu dia la... Plus aku luahkan pada my friend pasal benda ni. So dia kenalkan aku dengan zamani yang ada problem cinta sama dengan aku. Ekceli dia kenalkan aku dengan zamani july 2008. Kena paksa chatting dengan zamani. Hahaha... Nick name ANA... Ah bosan der aku... Malas nak layan lelaki yang setia dengan exgurlfrend sampai nak simpan nama gabungan Ana Zamani. Kah kah kah...

Conversation chat time tu sangat bosan. Mungkin sebagai syarat nak puaskan hati org tengah. Than we all diam tak tegur sapa

My EX that time mmg jeles orgnya. Id password aku mmg dia ada. So dia mmg check my id and delete or akan cari pasal kalau ada id name lelaki. Ohhh sayakan jenis yang setia... Setia la sangat! [ Mata ke atas]

Dia tak delete nama zamani sbb mungkin ada Ana... Hahah mungkin jodo kuat di situ.

November la bibit mula perkenalan. Chewah. After long silence tetiba ANA Zamani tegur i... Time tu tengah gila update blog ar... Conversation time tu sangat menarik when dia tegur and bebual dengan aku. That nite conversation sudah buat kupu2 terbang dalam perut. Banyak sangat hal aku dia tahu ni... Biasaaa nak mengayat kena study dulu. Rupanya dia baca my blog before that conversatioRn. Baca dulu, kenal baru berani nak tegur. Dia tak ayat... Tapi dia berbual dengan aku macam lama kenal. So aku hanya syak dia dapat tahu info dari kawan yang kenalkan kami je.

Biasalah, time tu tengah gaduh dengan my Ex. Kecoh pasal nak kawin la. Hahah aku yang emo tak nak jadi anak dara tua that time. Bluekkk.

So hati ni kira mcm tenang la bila berbual dengan lelaki yang..... Erm macammana nak cakap eh? Zamani bukan try mengayat tapi dia memberi pendapat dia sebagai seorg lelaki. So malam tu conversation tu mcm seronok. But opcoz aku wanita yang sangat kental la kononkan. Konon setia pada cinta yang satu.

The next day zamani approch me by sending email kata2 nasihat. Doa la apa la... Macam tiap hari ko dapat bunga gitu. Ym je pun.. Setiap pagi wish good morning. Than yang best, tiap entry yang aku tulis dia akan tulis kat ym...

'Nice entry' ayat tu je dah mampu buat aku tersenyum sepanjang ari. So kalau entry macam lain macam je, dia akan ym aku and tanya kenapa.

Ok one reason yang mungkin buat aku minat pada zamani that time mungkin sbb dia jual mahal. Hahaha. Kitaorg bual dalam ym je tapi cara dia macam buat aku tertanya, dia ni mmg suke aku ke atau sajer nak buat kawan? Dia layan aku baik gila lepas time pejabat. Means dulu aku lepas kerja je apa nak buat? Bukak laptop je la. So i be on line 24/7 tau. Siang kat opis, lepas pukul 530 balik rumah, malam pukul 8 dah online. That my routine.

Zamani antara lelaki yang tak mintak my number. Ehhhh ko kenapa nak bual dalam ym and email je? Opcoz la that time aku nak sangat tengok kesungguhan dia. Aku cerita pasal my ex pun dia macam ok, tak ada nak jadi batu api. Dia tak buruk2kan my ex. Sentiasa bagi pendapat. Ha tu sbb la aku berbelah bagi nak tinggalkan my ex.

One day yang aku ingat, aku gaduh dengan my ex. Gaduh Besar!!! sbb dia marah aku tulis kat blog pasal my feeling pasal nak kawin. Dia kata aku buat dia stress. Kepala hotak dia la kan. Makin menjadi2 pulak aku tulis entry. One reason sbb aku suke zamani punya respond. Hahaha.

That nite aku chatting dengan zamani. Penuh rasa sedih. Tangan menaip sebelah tangan talking to my ex. Zamani cakap aku kena bagi kata putus dan tak boleh la nak bagi masa. 3 tahun tu dah patutnya lebih dari cukup.

'Tell him someone already plan nak meminang you... You kena bagitahu dia so that dia boleh buat decision dia. Kalau dia masih teragak2... You should decide yourself'

Aku pun laju je la cakap macam tu kat my ex. Aku bagi sampai end of week. Aku nak dia terus terang dengan parents dia. Fullstop. By that time aku sebenarnya dah agak... Takkan jadi punya. Sbb aku kenal la mamat tukan.

My ex pun cakap ok... Dia akan cube cakap dengan parents dia. So that nite aku mcm blur. Letak phone terus chat dengan zamani.

Eh siapa pulak yang nak pinang aku? Malu la akukan kalau my ex tu masih tak dapat restu mak ayah dia than how? Kata ada org nak minang, ha siapa? Tahu zamani cakap apa?

'I sanggup kalau u bagi i peluang' oooo saya nak pitam. Than conversation tu end macam tu je... Apa ko rasa? Tertanya2 lakan.... Oiii baru nak climax feeling. Nak bla?

'This is my number, if you need to talk to someone, i be there.' Lagi la ko tak tentu arah. Eh kenapa dia tak nak ambil my number? Shit. Takkan nak terhegeh bagikan...

That nite aku rasa teringin sangat nak berbual dengan dia. Aku sms tapi tak sent, hahaha. Satu malam tak tido sbb nak tunggu esok pagi.

Email aku dapat the next day adalah doa... Doa penerang ati. Lagi la aku rasa terharu... My ex that time tak call langsung. Ahhh petanda tak ada jodoh la tu. that time hati sudah jatuh pada zamani. Aku tak peduli la pasal ex aku tu. bagus jugak kalau mak ayah dia tak setuju. Senang... Tapi aku bukan perempuan yang senang2 nak pergi ke lelaki lain. Sbb zamani pun sometime nampak seyes, sometime nampak tak.

So hari yang aku patut tunggu jawapan my ex tu, mmg genting. Sebelum dia call aku, as usual aku chatting dengan zamani. Hahah tak boleh bla malam tu, sbb macam aku nak break dengan zamani plak. Sbb it will be end kalau my ex make move yang aku nak la. Macam2 ayat keramat dia la.

Aku ada mention nak sangat sms dia, terus je mamat tu cakap, 'why you dont just sms me sweetheart?' Kauuuuu!!! aku belum dapat jawapan matahir aku der... Kau dah panggil aku sweetheart? Terus la dia bukak cerita dia dah lama sukekan aku. But dia cume nak aku tahu je. Tak ada niat nak ganggu relationship aku. Kalau aku happy dengan ex aku tu dia doakan aku bahagia. Time tu mmg tak sabar nak tunggu panggilan my ex tau...

When my ex call i told him...

' good luck... Wish you alll the best sayang....'

Ah kita kapel je la wak! Saya dah gila bayang dah ni. Zamani terus off line that nite. Aku terus bual dengan my ex. Tanya keputusan dia. Macam biasa drama minggu itu...

'You bagi i masa...' Haha aku tak nak dengar...

'Ok i think that over between us syed. And i mean it... '

'You ada lelaki lain ke?'

'Yah sbb tu la i suruh you decide. Better i pergi pada org yang nak i...' Bla bla bla sampai kul 12 malam. Dah letak, official putus. Satu masalah nak sms zamani, wakaka.

Nak sms ke tak? Dah pukul 12 lebih ni...

Nak ke tak?

Sampai kul 2 pagi dow belek phone. Pasal apa aku bodo tak bagi number aku?

Eh kalau dia main2 je macammana?

Pening hotak tatak dik!

[Ok sambung la cerita esok.... Hahaha]

Friday, November 2, 2012

Draffcraft

Hye pal!

Terlebih excited.... Haruslahkan sbb aku telah berjaya menemui application yang aku cari selama ini. Penulis blog mcm aku ni sentiasa mencari application tuk tulis blog. Kenapa aku jarang menulis skrg ni? Sbb aku bz... Kerja sekarang makin banyak, kalau nak tulis blog time opis hour mmg susah. So aku perlukan application yang boleh menyenangkan aku. Rasanya banyak entry yang aku nak kongsi kat sini tergendala tau. Mencik. Nak tulis entry lama pun mcm tak syok. Dah kira berkulat dah. Tak layak nak tulis pun kat blog.

Gigih jugak la cari application yang sesuai tapi tak ada. Sampai la aku jumpa yang ni!


Blogger icon tu sebenarnya application tuk iphone, kalau dulu korang cube cari balik ada entry aku yang gambar tak ikut turutan, tu aku gune application tu je la. Sometime tulis than save kat draft. Esok gi opis,betulkan susunan gambar kat pc gune destop application. Sangat leceh. Upload gambar mmg laju. Aku syak yang blogger application ni tuk short entry, long entry yang syok sendiri tetap tak ada. Ada pun tuk wordpress. Mmg banyak application wordpress compare blogspot.

So i get this application. Its like offline blog/ entry. Ko tak perlukan internet pun kalau nak tulis. Menulis yer aku tak kata untuk publish. Publish ko still perlukan line internet. Means off line pun ko boleh je menulis kalau kau nak. Nak stop menulis sbb nak makan ke, mandi ke, solat ke pun bole. Just off than kalau nak sambung balik pun tak ada hal,

Draffcraft... Blogspot ke, wordpress ke, apa juga jenis blog pun boleh link kat sini. Macam aku, aku punya blogspot so link to blogspot account sekali sahaja. Dah tu bole tulis dengan actionnya.... Hahaha



Draffcraft ni application dia FOC je, tapi limit sampai 10 entry... Trial pertama sangat memuaskan hati. Laju pun laju... Aku tak payah nak pening kepala dah buat entry sekerat sekerat bila anak nangis ke apa. Stop means you stop, boleh je continue, tak payah nak save bagai. So aku beli application ni dengan harge $0.99 hua hua... Nak berkira jugak ke? Kalau convert malaysian money pun dalam RM 3 je kot. Pakai debit card je. Pakai la sampai ko bosan.

Belah kiri tu semua entry yang aku dah buat tapi tak post to blogspot. Haaaa suke tak? kira macam draff la.


Yang ni pulak entry yang dah di post! Jeng jeng jeng.

Tapi ofcoz tak boleh lawan la entry di blogspotkan. Ko boleh kaler2, tukar font bagai. Vedio pun tak boleh upload, haiseyyyy. Ada yang tahu others application yang senang nak gune tak?


Bole upload gambar dengan mudah.


Boleh edit entry2 yang korang nak...


So pilih entry mana yang korang suke than publish. Mcmaku, blogspot ada dua blog, lama dan baru, so pilih je nak letak mana yang ko suke....

Senangkan?

So every nite lepas amani tido atau sementara nak tidokan dia. Aku akan buat satu entry dan akan post esok pagi sebelum pergi kerja. Ehhh idok ler temam nak mengadap blog 24/7,kan. Create je bila kamu ada masa terluang. Sometime kalau keluar ada jumpa wifi, just pilih entry mana dan post to blog. Habis cerita. Tak perlu risau pasal gambar. Cume vedio je tak boleh nak upload.

Any idea tak korang?

Thursday, November 1, 2012

Rambut serabai

Masalah rambut serabai bukanlah masalah ibu malas nak menjaga rambut anaknya. Lagi la rambut anak perempuan pasti ibu-ibu inginkan rambut anak yang rapi. Betul tak? Tapi kennn menjadi tanya tanya kenapa rambut amani iman ni mmg tak terurus. Nampak lurus tapi bergulung2 di hujung rambut. Kalau ikut aku mmg freezy tapi aku kecik2 rambut lurus tau... Hahah kena angin pun mcm tuuuu jugak.


Tak mungkin la aku kan? Hhahah... Mak ngah pun rambut lurus der....

Aku tak la syak zamani, sbb dia lelaki. Plus aku tak pernah tengok rambut dia. Hahaha apa pun kanda tetap di hati dinda *flying kiss*

Tapi arintu aku terlihat gambar lama zamani kat facebook... Ha! Baru dapat pastikan ini masalah keturunan ni...


See sbb dia lelaki so takkan la mak mertua aku nak tocangkan rambut dia plakkan? Sangat sesuatu jadinya. Hahaha


Ini bole di maafkan lagilahkan, bole di katakan 10 minit sekali mmg aku betulkan dengan jari aku... Kalau tak lagi jahanam... Hahaha

Lagi2 kalau dia panas...

Amani org kata kecantikan perempuan tu di nilai bila dia bangun dari tido nakkkk.... Hahaha...

Ha ini la yang korang puji dia comel. Pagi2 sblm turun ini la wajah anak kesayanngan hamba...






















Zamani dan anyah... Mmg jenis rambut zamani freezykan.


Tebal jugak rambut amani ini, dia panjang bahagian bawah, atas masih lagi pendek. So plan aku nak kasi rambut atas tu panjang so bila dah sama panjang maka senang la kita potong. Ken?...
























Anak dan abak sama je kan?

Wednesday, October 31, 2012

Umar qayyum and amani iman

Umar qayyum mmg tak boleh jumpa amani iman... Hahah

Aniiiiii.... Ha pangilan manja abang umar yang super macho. Amani iman agak garang. Bukan hagak, tapi mmg garang.

Muke umar macam zamani kecik2... Erk nak tunjuk bukti jugak ke?


Mummy umar banyak tengok muke pak long ni? Hahaha... Tetiba plak...apa hal? Dah nama pun darah yang sama.

Amani pulak org kata dah besar ni muke aku. Ha elok la tu. gambar di bawah adalah cara dak ana norzamani tekel si cida rusli. Hahahah


Umar dulu baik dengan humayraa... Asik kena cium je budak tu. dengan amani dia asik nak gaduh je, tapi kecik2 muke amani banyak muke zamani, so umar yang mmg muke pak long kalau dengan amani dah macam abang adik. Mmg abang adik pun, apa la aku ni... Maksud aku dah macam kembar. Tapi bila cinta hati umar pindah kuantan, maka dia baik dengan amani.

Tapi!

Kalau dia tengah main game, amani lalu pun umar buat dekkkkk...


Amani pulak dengan umar tak suke, tapi kalau umar tak layan tercari jugak la... Mula2 tengok pak teh bagi umar main game, dia menyelit


Pastu tak puas hati... Kena kacau jugak


Belum tengok abang umar marah or pukul amani... Harap jangan la,kan... Tapi paling tak, sakit hati sure nangis... Hahaha

Tell you mcm pak long mu juga... Hahahaha... Tetiba...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails