Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Salam readers!

Chewahhhh... me and Zamani ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan tuk hari isnin ni. Diam tak diam, tahun ni alhamdulilla aku sambut dengan Zamani as isteri tuk kali ke -3. Wahhhh vangga vangga! Alhamdulillah...

So di kesempatan ni, aku nak minta maaf dan harap apa yang ku tulis di sini,kalau ada yang tersinggung, maaf ye. Wahh ucapan macam sambut raya terus ni! Apa pun harap dapat di mulakan ibadah dengan hati yang bersih. Jangan ponteng2 puasa suka2 ye. Gunakan bulan yang mulia ini tuk beramal dan beribadah. Mencuci segala kesilapan kita selama setahun.

Dan tuk cozen2 yang berada jauh nunnnnn di mana-mana... harap raya nanti kita masih boleh berjumpa. Walaupun puasa kita tak dapat nak berbuke sesama. And bulan puasa ni, me and Zamani dapat anak buah baru... yehhhhh...harap perjalanan baby selamat ye. Sajer nak kuar bulan puasa jugakkan? Tak pa...janji dia sihat umminya pun sihat. So ada ahli baru dalam family. Last year Umar Qayyum... tahun ni baby baru jugak. Alamak! Mak long dengan Pak long kena tambah duit raya ni...heheh. Tapi bebudakkan tak bagus pegang duit? Kih kih kih...dan dan je.

No spekulasi!!! Bukan my family side. Zamani punya. Tapi apa pun we still happykan?

Ok apa pun korang... selamat menjalani ibadah puasa. Now aku dah terbayang2 kuih makmur tau... tak suke bayang2... nak depan mata ni... heheh...

Friday, July 29, 2011

Fobia shopping???

Pernah rasa fobia tak shopping???

Mesti korang kata aku gila... benda yang paling best!! yah.. perasaan happy/keinginan tu ada. TAPI tah... setiap kali melangkah aku hanya mampu pegang... bukan sbb benda mahal ke apa. Tapi fobia.

Mereka yang sama dengan ku relex je letak2 barang dalam troli, dalam beg shopping. Tapi aku??? teragak2... nak beli ke idok? Dah beli ku simpan dalam bakul... keinginan ati nak tengok dan belai2 semua barang tu... tapi aku takut. I did that before but perasaan gembira bertukar hiba dan sedih. Tak nak rasa benda yang sama...

Setiap kali aku beli barang, aku makin takut... semakin takut semakin aku berdoa... jangan la di ambil segala kenikmatan itu sekali lagi. Izinkan dan permudahkan semuanya.

Ni nak pose... semalam abang Zamani pose ganti. Alaaa alaaa alaaa... macam budak 5 tahun puasa. Heheh tido sampai tak larat nak bukak mata. Anyway dia penat kerja sepanjang minggu ni.Sehari je tak pose last year sbb demam so ganti pun sehari je la... bayangkan tu sehari. 30 hari puasa... kalau aku bz nak beli2 barang, tah ok tah tak mudnya? Nak beribdah lagi bulan puasa ni, pengsan jugak la ko nak shopping sakankan bulan-bulan puasa ni?

Tak tahu la... survey dah berapa kali survey.

Pergi pun hanya melawat dan survey harga...

Bila Zamani tanya, beli la... aku terdiam jap...ok ke beli? Tak tahu la.

Heheh untung laki korang kalau korang macam aku, nak beli barang pikir banyak kali. Bukan aku tak suke. Tapi aku takut... bukan takut duit habis. Takut gembira sangat berakhir sedih. Jangan pikir bukan2? ermmm that is the bad side of me. Dulu pun aku tak pikir sedih dan kesan, terlalu happy kesan teramat dalam.

Sbb tu abang Zamani selalu cakap dalam dunia ni macam2 org

Ada yang dah terantuk baru nak sedar dan berjaga2.

Ada yang dah terantuk tapi tak sedar2 jugak

Normal feeling i guess?

Dia yang aku tahu

Semalam goship dengan suami... pasal isu scandle kat opis. Abang Zamani meluat dengan one gurl yang gedik tekel member opis dia yang dah beristeri. Well i know bout this jugak la... so ku tanya dia.

Me :-Alaaa biasalah. Cube you kalau i satu opis dengan you, sure i datang kat youkan? If not you cari I. Betul tak?

Zamani :- Esh... kalau you macam tu, mmg tak ada nak jadi gurlfrend i...bini jauh sekali. Seyes

Me :- Alaaa tak dapat lagi. Kalau ada pun you sama syok layan.

Tapi aku terpikir seketika... bukan nak puji laki sendiri. But Zamani jenis kalau kerja mmg dia tak suke di ganggu. Ia bukan berlaku lepas kawin yer. Dulu time kami bercinta pun sama jugak. Aku jenis sentapkan??? Hahah dulu baru2 cinta tu, biasalah sms. Email... try call jugak. Tapi yang aku tahu aku jadi sakit ati bila dia tak layan. Ha! So dari terus di sakiti than baik jangan kaco. Kan?

Mean kalau ko Sms dia, kalau dia bz, ko boleh baca 'bau' menyampah dia nak layan. Tu yang buat aku sentap. So kalau org kata kat aku "Eh ko tak report ke kat Zamani this and that" mmg tak ada. Semua lepas kerja ATAU dia cari aku. Hahaha... Jadi org perempuan! Anda perlu jual mahal. Biar lelaki cari kamu yer. Jangan sekali terhegeh. Walaupun di sebalik tabir anda mengigit ibu jari anda! tapi tak payah!!! dia pun bukan nampak pun...kan kan kan?

Actually aku mmg jenis nak perhatian lelaki or boyfriend kalau bercinta. Adat la, sesiapa punkan? jenis tak faham. But dengan Zamani, tah... aku selalu jadi sakit hati dengan dia bila dia tak layan, sibuk berkerja dari aku... hahahah so dengan erti kata lain!!! Jangan sakitkan ati kamu dengan mengantar SMS time dia tengah BZ!

So kat situkan aku terasa sangat selamat la... hahah at least aku tak la tercabar dengan perempuan2 gediks ni kan? Tapi manusiakan??? boleh berubah. Kalau jodo, ha tak leh kata apa la. Ustaz pun boleh tukar kalau iman tak kuat. Nikan pulak org biasa..yer dak?

So abang Zamani pun cakap

Zamani:- Kalau you gedik tak ada nak jadi Girlpren i... mmg tak suke perempuan gedik2 ni. Aku rimas.

Satu lagi...jangan la ko tanya dia 2-3 kali... mmg mampus... ko boleh tengok dia menyinga... Tu pun akak makan ati. Sometime tak fahamkan? Maklumlah akak darah jerman jugak,susah nak faham bahasa melayu . Tanya dua kali, mmg muke dia muke huduh... malas nak layan. Masuk tiga kali ko dengar dia menghembus napas macam badak nak serang org, langkah jaga2... tanduk dia tumbuh tuk sondol ko yang tak gheti bahasa. Hahaha...

Tapi kalau dia!!!!!!!

Tanya 80 kali tak pa... bila aku marah. Pandai plak dia jawab

"Kalau you tak jawab pun tak pakan?? kenapa nak marah2???"

Pandai lak jawab mcm tu... kalau dia??? tunjuk muke je kita fahamkan? Tapi itu la dia yang aku tahu. Perubahan yang akan datang tah... tak tahu a...sbb tu kalau tak penting aku tak pernah cari dia time kerja. Sms je... tu pun mention,'kalau bz tak yah balas'

Thursday, July 28, 2011

Interview

Kerani di perlukan kat opis aku.... ha! mau cerita. Semalam bos aku dah hire sorang general clerk. Umur 18 tahun... dalam hati aku teringat kat adik sendiri. Ermmm budak sekarang mmg pandai berdikari.

Dia minta RM 800 since bos nak org2 baru ni stay sampai pukul 6.30 petang tiap hari kecuali sabtu dan ahad. Aku di pertanggungjawab la tuk call ambik kerja. TAK ADA INTERVIEW ok... kita nak urgent. Silap kat situ la. Tapi nak salahkan bos pun tak leh jugak. Sbb takkan dia bos besar nak interview general clerk plak. So aku ikut je la... call budak ni suruh masuk kerja. Aku offer dia RM 800 and OT Allowance RM 100 permonth. Janji ko kena kerja 9.00 sampai pukul 6.30 petang.

Ermmm baru puji budak ni... tengahari cabut! Puaka!!! bengang jugak sbb aku la kena dengan kawan aku... kena marah dengan boss kaw kaw... tetiba teringat adik sendiri yang kerja sekejap berhenti... pengsan.... sama dengan je adik aku rupanya. Bos aku kata kami tak layan dia baik2. Habis??? nakbagi dia kerja boss??? duduk je? Bagi la kerjakan?

So today interview lagi. Dua candidate. Kawan rasanya. Tapi tengok resume sorang 21 tahun dan sorang 18 tahun. Yang 21 tahun tu oklah kerja tapi berhenti sbb tak tahan. Gaji Rm 800, kerja sampai 10 malam kadang2. Tak leh claim OT. Dia tak tahan so dia berhenti...

Budak no dua... 18 tahun... aku terkujat!!!

RESUME dia hantar sama dengan budak semalam yang kitaorg offer tapi lari during lunch hour. Mmg bila aku nampak resume dia tu mmg aku dah tawar hati. Semua info sama. TERMASUK hobi ko yang suke memasak dan on line itu... hahaha.

Ni interview kerani je ni... interview sampai dua org...wakaka... aku dengan marketing manager. Sbb apa?? Sbb bukan assistant aku. Assistant yang nak tolong marketing2 ni. Kang aku pandai2 tak sesuai aku di persalahkan... so aku bab bargain gaji je la...

Yang best tanya apasal berhenti. Slumber dia jawab.

"Saya gaduh dengan staff" Bryan marketing manager aku pandang aku gelak... aku slumber cakap.

"Working enviroment sini lagi la macam pasar." Pandang bryan...

"She work under May... i dont think so. Kang gaduh."

Terus dia cakap dia tak kisah... dia boleh control this and that... ermmm fail!!!Tapi boss aku nak dia sbb dia lawa!!! cantik. Bos aku nak hire dia supaya boleh tolong wife boss aku kat opis ni. No harm to try. Tapi aku tak rekemen, nak jugak apa-apa jadi dont blame me.

Gaji dia nak RM 1000... so aku bargin RM 800 pluss OT allowance RM 200. Padahal mmg tak nak pun... sajer je la...

Serik... sijil pun tak ada. Kerja pun bertukar2. Dont think dia suit la. Walaupun gaji dia much rendah dari yang pertama tadi.

Now bos nak cari assistant tuk wife dia... mana plak aku nak cari??? Ada yang area port klang nak jadi kerani?PM me... looking Feremfuan sahaja... Yang betul2 nak kerja je yer... yang purak2 tak payah! tok sah nak susahkan aku... hahaha...kijam

Aku malas nak buat iklan la... buat kat sini je... hahah buget satu port klang baca blog aku... kui kui kui

Buah tangan Dari Ausie

Kalau aku tak update ni... mmg ada org marah! Bagi tak iklas namanya ni...wakakak...

Kan adik aku si Fidah baru balik Aus, Melbourne? So haruslah ada barang tuk kakak dia. Kalau tak SENTAP ai!!!!! HAhah... tak la... aku tak harap pun. Maklumlah duit Aus dah tinggi dari USD so kesian la. Diorg nak berholidaykan?

Tapi diakan kaya! Mana leh tak beli. Banyak jugak dia beli. Tuk semua sedara2 sepupu rapat pun dapat. Tapi malas nak snap gambar. Cume aku snap apa dia belikan aku je yer...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Motip T-shirt ni??? hahaha dia kata takkan nak bagi Didi plak...since aku dah kawin so boleh la dia nak promote diri dia. Konon dia comei la??? Baju ni baju budak2. But nice. Rayyan tak muat. Dan Fidah siap cakap, Rayyan tak yah pakai. Tengok muke makcik horror sorang2... pang sat lagi.

Tuk Zamani T-shirt Orkley (yang famos amos kat Australiakan?) gue pun tak sure

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tengok saiz?! 'S' and "XS" ingat badan abang ipor ko kecik gitu ke??? Hahah tapi mmg muat pun. Tq... senyum sokmo laki ai ko!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

For me... 'L' saiz... hahah sangat kureng ajarkan? Tak pakai lagi. Bit panas kain dia. Akak sejak dua menjak nak puasa ni, terasa oven melekat kat badan... asik panas je. Kadang2 malam pun Zamani berselimut bagai aku rasa macam nak tido kat dalam ais box je tau! hahah kalau muat dah lama dah masuk uols

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

shawls for me... nice!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

And nougat. Boleh plak teringin nak benda ala ni... hahah nasib baik dia belikan. Banyak mcm2 perisa tapiiiii aku tetap suke yang original... yang baling dinding, dinding pecah tu??? kui kui kui. Aku tahu makan benda ni pun sbb mak cu dengan pak cukan selalu gi sana. So bawak balik benda ala ni, so sedap. Tapi di sebabkan aku ni doktor suspek ada kencing manis, maka aku kurangkan makan. Stop dulu... esok lusa bole sambung. But seyes... i like!

Ok yang atas tu gambar google eh.

Itu sahaja. Selebihnya banyak barang ibu... ku malas nak snap la. But apa pun kita kasi tepek gambar dia kat sana eh. Kang SENTAP plak


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

One happy family!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Miss my two cozen Shilla and Fadillah... rindu ketat-ketat (wakaka)

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

To shila and Andy, me and Zamani really miss both of you. Sorry tak dapat join vocation kali ni. TAPI!!!!! sedang usaha! Kami plak akan datang nanti. Doa2 lak mata wang Australia turun naaaa.... seronok bila sedara ada kat sana. Nak jalan pun sonang,kan? Insya Allah satu hari nanti.

Car wash

Pe'rak jap aku...

Korang pernah masuk car wash yang mesin tuh? gila la... benda ni mmg lama dah ada kat Malaysia. Cume aku tak pernah nak torai. Sbb aku rasa tak selesa mesin yang jalankan kerja.

So kat kawasan umah aku mmg ada. Ari tu balik ambik abang Zamani kerja dia terus masuk car wash ni. Murah je...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kereta sahaja RM 3

MPV, dan sewaktu dengannya yang besar RM 5

Kalau nak compare dengan kedai car wash biasakan? So akak terlebih xcited la. Ada few kereta jugak la yang nak basuh kereta.Mmg cepat la!

Tapi aku cemas jugak. Tetiba teringat cerita The Final Destination. Siapa tengok? Yang dalam car wash. Tetiba ko punya bumbung kereta terbukak tak leh tutup plak. Air masuk kereta, lemas... oooo imaginasi saya dah ke laut dah... gigil!!!

Aku :- B!! kalau jadi mcam Final Destination macammana?

Zamani :- Mengarut la ayang ni. Mana ada... ok la.

Aku :- takut takut...nak turun la

Zamani :- mengada la! tak ada benda la. Tengok semua kereta tu ok je.

Dah dekat situ baru nak turun, dengan aku2 kang basah! Seyes uols... mmg tetiba aku panic bila teringat cerita tu. Alaaaaaaa mcm panic semacamkan. Suami sendiri mmg bukan nak tenangkan. Gelakkan aku. Tapi aku coolkan diri snap2 gambar. Hahaha bangla yang ada kat situ pun felik dengan kitaorg agaknya...

Ini couple baru datang Malaysia ka? Atau kami yang baru datang? macam beruk comei, cun, hansem tak pernah nampak benda ni...hahaha... harus puji diri sendiri. Tak ada nak gelar diri beruk!Sepak laju2 kang

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Memula diorg sembur sabun buih tukan? Tu ada la pekerja yang kasi sabun kereta ko!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mmg sesuatu bila ada dalam kereta tau. Bunyi macam kereta ko kena telan dengan mesin ni. Hahaha...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ready???

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ni paling seram. Menjerit macam aku yang kena berus...hahah gila la! Malu laki sendiri je.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dah sudah berus tu, air curah... makkk macam sesak napas aku dalam kereta tu... perhhh feeling pelakon Final Destination tu... hahaha... bule?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ni paling haram la... kereta ko bergerak ok. Nampak tak palang tu? "Perhatian Jangan Tekan Brek" seyes aku suruh zamani tekan brek sbb apa palang tu dah nak dekat dah dengan cermin kereta. Tapi palang tu tak naik. Menjerit aku... B!!! tekan brek... nak langar tu.

Bisa jatuh jantung gue ok!

Zamani gelak2... mentang2 dia dah pernah basuhkan? Tapi betul! kalau korang pun, dahlah enjin tak mati. Dah tu benda tu tak gerak. Aku rasa mau la 1cm kot dah nak sentuh. Rupanya tu angin tolak air cermin kereta. Lepas je mmg kering cermin kereta ko...

Kepala lutut geletar Tuhan je tahu... sampai umah aku kena gelak dengan Zamani.

Zamani :- kita bawak WKD nak yang?

Aku :- Tak nak la... bawak kat kedai depan ni pun bagus. Mana la tahu mmg malang nasib kita. Eshh macam cerita tu macammana

Zamani :- Esh Pengaruh filem! Tak adanya benda tu jadi

Aku terpikir kalau aku la try cube2 nak basuh kereta kat situ... esh macammana agaknya? Mmg aku tekan brek kot... perhhhh seriau!

Fuyooo aku cerita macam cerita advanturekan? Padahal??? basuh kereta je pung... sok ada anak, mmg kena gelak!

Wednesday, July 27, 2011

Renovation Umah

Ok setelah sekian lama aku menahan entry ni... sekarang baru berani buat sbb umah dah complete 80%. Semua dah siap tinggal wiring dan cat sahaja. Wiring pun buat hari ni mean tinggal cat je la.

Dari bulan 5 kot... sekarang baru siapa. Adoi mmg siksa! Barang mak ayah aku mmg banyak gila. Lepas diorg pindah balik dari Putrajaya. Bayangkan time diorg pindah Putrajaya 2009, bapak aku beli semua baru. Dah tu bawak balik umah ni mmg double la semua.

Meja makan double

Ais box double

Mesin Basuh double.

Sempit ko umah. Nak nangis. Terus je Incik Rusli buat keputusan buat Renovation. Besarkan dapur dan tambah bilik. Sbb anak2 bilik atas. Depa malas nak tido atas. So nak buat bilik satu tuk diorg. So plan di buat... aku la arkiteknya... wakakak... belasah je. So 25 haribulan 5 mula sesi mengubahsuai. Cari org semua.

Gue tak berani nak letak sini. Zaman sekarangkan? Semua boleh jadi. Tak nak la. So lepas siap semua baru la okkan? Bising sedara mara dan adik2 suruh aku update dalam blog. Ate datang tak nakkan? Senang je korang arah2 gitu eh? rasakan dua bulan korang tertanya2 mcm mana umah pak long and mak long (A.K.A mak ayah aku)

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Inilah umah aku sebelum reno. MPK nak gambar umah lak. Bagus jugak untuk aku cerita kat korang. Belakang umah aku beso la jugak. Bole la tambah bilik / ruang kat belakang. Sbb umah ni dah 20 tahun lebih dah. Yer la adik aku Raudhah lahir kat umah ni. Umur dia je dah 18 tahunAku duduk umah ni umur aku 8 tahun. Beza aku dengan adik aku 12 tahun... jeng jeng jeng. Soalan math. Kira sendiri berapa tahun umah ni...

So plan umah... bilik bawah tu akan di buat bilik santai. Kecik je bilik tu, nak masuk katil pun tak cukup. Solat pun sorang je leh masuk. Bilik air lama pecah jadi store. Dapur bertukar jadi bilik dining. Dan bilik ibu ayah di belakang than Dapur baru add.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ok... belah kanan dapur dan belah kiri bilik. Yang kotak kecik kat tengah2 tu toilet. Ambik masa 3 minggu jugak la. Lagi pun banyak tergendala sbb hujan. Payah sikit la.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Puan Tipah melawat tapak bilik. Heheh. Ni bilik diorg. Memula nak pecahkan bilik bawah tu gabung bilik. so besarlahkan? Tapi mcm over besar plak. So better ada bilik satu lagi, kata cik tipah kot ada cucu, boleh buat bilik baby. Hahaha... ok jugak tu. Walaupun anak hanya 3 tak bermakna cucu limitedkan? Insya Allah kalau ada rezeki ye.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ok antara bilik lama dengan bilik baru buat gitu je. Batu2 tu nak kasi cahaya masuk. Sbb bilik tu akan gelap gulita.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dari bilik atas. Mmg tutup habis.

Than pemilihan tile, kami (me dan Zamani) dapat kuasa dari ibu dengan ayah tuk pilih. Cume bilik ibu je la.. dia nak warna merah. Kan dia dengan menantu dia satu kepala? Nak merah sangat. So ni je la ada. Merah pink pink.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dah macam tikar getahkan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Bilik yang nampak panjang je...tak berani nak pijak tile ni time ni. Sbb baru tampal. Kang kantoi dengan wak wak yang kerja ni. Diorg siap tutup jalan pintu masuk.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Syiling bumbung bilik ibu. Kelas kooo krawang2... berbaloi2 rasa harge dengan hasil kerja tau! I like!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Masih lagi basah.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dapur

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pintu dapur lama dengan tepi tu pintu bilik. So sebelum umah siap mmg diorg tak pecah. Dah settle semua baru diorg pecah dapur lama.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Bilik air sebelum pasang tile.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tile bilik air

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sekali lagi Fink Fink... i dont like Fink but what to do... merah nan ado, so yang paling dekat warna ni la yer.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ok ni bukan pekerja asing tapi LAKI aku... diakan suke enterprem kalau bini dia ambik gambar. Buget muke masuk blog...wakakaka... tak suruh pun mmg akan letak. Takkan nak letak gambar org lain plak? Harus lebam bijik mata ku kan?

Ok pintu antara dining room dan dapur dah siap!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tadaaaa hasilnya!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kabenet pun di pecahkan... so ini akan jadi dining room nanti yer anak-anak

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pintu belakang umah.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Syiling bumbung dapur. Lawa2 pun bukan org pandangkan? Ingatkan diorg letak kat dining hallkan? Kat dapur. Motip dektektif conan? Tak adanya nak letak lampu jurai2... i dont like! Dapur je kot??? hahaha...tak kisah la. Kang tengok la pakej yang dia nak bagi ni kang

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Motip gambar ni??? ermm tah... main snap jekan? Tapi tu tempat letak ais box kat dapur. Sok nak basuk dapur tak yah nak angkat2... siram je air. Tak ganggu. Ini idea menantu pemalas, si Zamani.... wakakak ampunnnn yang... dia tak nak sok dia susah angkat2 ais box, dia bagi idea kat mak aku...org tua tu??? ok je...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tile dapur. Susah sangat nak cari kaler. Datang Cik Tipah lak sibuk nak cari gelap sbb MALAS nak jaga. Sudahnya Itam Puteh!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Zoom kasi tengok


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dan gambo yang terakhir. hahah tak tahu nak buat closing story... itu je. Nanti balik aku torai la ambik gambo banyak2. Dah siap dah. Mungkin sabtu ni basuh umah kot. Maid partime pun dah cari. So sabtu ahad ni mmg sesi mengemas ler nampaknya. Senin dah posekan?Nangis ko kalau tak siap. Tinggal grill belakang umah je tak pasang. Lepas tu sukses! Boleh raya umah baru. Semangat sikit yer dak??

Apa yang aku suke pasai boss aku

Aku dah kat sini dah hampir 5 tahun... tak tahu kenapa aku rasa 'selesa' sangat kat opis ni. Walaupun jaga tak seberapa, tapi Alhamdulilla la... increment pun mmg ada sepanjang aku kerja sini. Setahun dua kali. Alrite la tukan? Bonus pun dapat. Walaupun tak la 7/8 bulan but still ok la.

Tah... cume time kerja je la aku tak suke.

Tapi boss aku mmg baik... baya laki aku je... 35 tahun this year. Dah bukak company ni almost 11 - 12 years kot. Sekarang ni dia mampu berdiri belagak dengan usaha dia... hahah... boss aku hansem. Tapi sebab 5 tahun aku tengok muke dia... erm hansem lagi abang Jamani...wakaka. Kalau tak lama dah tekel diakan? Majority siapa pun, baik client, supplier, bank, pekerja2 gov ni kalau jumpa dia, sure call aku, cakap

"Eh your boss hansem la..."

Dah tu... tengok la umur. Pakai BMW, baju pun buruk tapi Amani Exchange.

And paling paling aku suke pasal dia. Dia mmg faham kebajikan pekerja. Mmg senang nak tolong staff. Baik sangat sampai aku sakit hati kadang2. Dan dia tak pernah belagak bos. Dan semua manager yang dia hire semua lebih sudu dari kuah... rasa nak ludah2 je!

And semalam dia jumpa aku... cakap dia ada berbual dengan budak despatch aku ni. Mamat ni awal2 kerja mmg bagus. Lately dia punya performance turun sikit. So dia cakap mamat ni bagitahu dia, dia kerja malam. Aku plak berang... itu hak dia nak kerja. Kita bayar gaji so apa pun dia kena settlekan kerja. Mana boleh bagi alasan!

CHewahhhh sbb tu Allah tak bagi aku jadi bos! Mmg jahanam!

Boss aku tetap cool... siap cakap kat aku slow talk dengan mamat ni. Kalau dia perlukan duit, baik dia berhenti kerja yang dia buat malam2 tu, and focus dengan company aku. Since kami perlukan operation yang sometime nak kena ke port malam2 butakan? Gaji akan di selaraskan. So senang. Dia cakap

"Mana ada org buat kerja dua sekali dalam satu hari. Bila dia nak rehat? and effect performance dia je.Baik kita naikkan gaji dia, than kita minta dia assist operation bila perlu...okkan?"

Otak bos aku ni nak save je... hahah means tak payah la dia tambah org. Kalau org yang dia ada dia boleh gunekan. Naik RM 500-800 oklah dari nak habis RM 1300-1500. Tak masuk EPF and Socso lagikan?

So pagi tadi atas permintaan bos aku, aku pun tanya la mamat ni. Dia kata dia jadi jaga sekolah. Malam... shift pukul 1 pagi sampai 7 pagi... bulatsss mata aku. Siannya....sbb isteri dia final year. So nak kena bayar yuran. Sob sob... akak emo... akak emo...

Aku suruh dia culculate average yang dia nak, kita try adjustlah. Ermmm bila duduk2 ni, aku terdiam jap... dia baik sangat... itu yang aku suke pasal dia. Means kalau nak minta tolong tu mmg dia bagilah. Kalau staff ada masalah kerja pun, dia bagi loan. Tolak pun dia suruh tolak berpada2. Kalau dia tengok jumlah gaji pekerja tu sikit dia akan tanya aku apa org tu nak makan? Hahaha mana aku tahu? Dia tak bising ko lak perhatin lebih2... wakakak itu la boss aku. But ada jugak staff yang ambik kesempatan. Aku lak yang naik hangin. Lebih2 lak.Macam nak buat loan tak ada masuk akal...

Macam... nak beli tanah!

Nak beli alatan pin ball!

Tah apa-apa tah... mmg reject! Heheh tapi kalau dia tengah marah!!! siap la...so far aku dah masak la dengan perangai bos aku ni... tah la... nak cari kerja lain tapi hati risau... boleh ke aku dapat boss yang sebaik boss aku sekarang? Yang memahami?

Tuesday, July 26, 2011

Telephone untuk Ibu dan Ayah

Ok nak cerita...kisah terharu.

Last week telephone ibu rosak. Telifon ibu pun hasil second hand anak2. Bila kami beli phone baru, phone lama bagi kat Ibu. Siankan? Bukan apa. Sbb ibu pun bukannya pakai sangat telephone. Dia suke ambik gambar. Sms pastu call je. Sms pun terkial2. So jarang la dia sms. Aku ajar dia bukak je baca. Selebihnya dia suke aje call

So phone tu rosak. Eshhh mmg tak tenang ati aku. Dia tunjuk kot Zamani atau aku boleh betulkan, tapi mmg bukak bateri pun sama je. Dah la dia sorang kat umahkan? Apa-apa jadi susah plak. Nak tekan butang satu apa pun tak leh. Dah on off pun still sama. Mmg minta tukar la.

Tengah bulankan? So kalau nak beli pun hujung bulan la. Tapi ibu pun tak mintak. Dia sayang phone tu. (mungkin alasan dia tak nak susahkan me or zamanikan?) Paling tak pun kenalah aku gune credit cardkan. Nak guna cash pun nak pakai, kot apa-apa.

Pastu Zamani bisik kat telinga aku sabtu lepas....

Zamani :- Jom yang...kita pergi Alam Centrel

Aku :- Buat apa?

Zamani :- Cari barang. May be kita boleh survey phone tuk ibu. Risau jugak dia duduk umah, apa-apa sok susah dia nak call.

So ok lah...may be kita survey dulu. Beli yang biasa2 je. Basic phone la. Cari2... jumpa dan bertanya. Dapatlah satu phone yang within the buget.

Nokia c-1. Oklah

  • Ada memori 2G
  • Camera basic
  • Bole MMS
  • Ada lagu2 (hahah ni yang syok sbb mak aku mmg layan lagu2 jiwang kalau dia sorg2 kat umah so dengan ada lagu2 ni boleh la dia dengar.Phone lama memory hanya 512 so limited 2-3 lagu je)
So oklah bagi aku... tapi sbb nak surveykan? So nak bangun cina tu halang turun harga lagi... ambik ko! Discount banyak ni. Garu kepala. Pandang Zamani... dia kata kat cina tu ok... i was like... ehhhhhhh kenapa??

Zamani senyum cakap kat aku...

Zamani :- Tak pa la... tuk ibu. Kita bagi. Sian dia. Kita pun jarang belikan dia barangkan?

Oh sangat terharu. Kita ke?? rasa duit dia... hahah akak tumpang nama???

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Puan Latipah new phone. Bila balik Zamani hulur kat dia, happy bukan main lagi. Tapi itu pun dia berat nak ambik sbb dia kata kenapa bazir duit beli phone semua. Sbb dia nak antar phone dia repair la... apa la.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Sebak sehhh...

Dah tu dia minta setting semua. Siap ring tone set lagu fav dia, termasuk lagu2 anak2 bila call. Dia cakap

"Kalau ibu tak angkat jangan marah eh... ibu nak dengar lagu" Sanggup ko!

"Ibu... kalau nak dengar lagu, kat play list ni ha... " Tunjuk2 dia. Ajar dia, so dia faham. Phone nokiakan senangkan kalau SMS. So phone lama motorola. Mmg payah nak ajar dia sbb banyak sangat opition yang mengarut. Aku pun confuse. Apa lagi dia. So now dia dah pandai SMS! Clap clap clap... dah tu nak sms dia kena taip panjang panjang...short form ko hantar, ko akan dapat reply

~Along tulis apa? ibu tak faham la~

OMG! Terpaksa la aku tulis sepanjang2.... tak ada agka 'dua' nak tunjuk kata ganda. Kena penuh. Tapi tak pa la... semalam syok lak layan sms dia. Hahah tergelak2 aku kat opis ni

~Ibu ari ni tak payah ambik, sbb Zamani ambik along~

Dia reply

~ Yes...thank you~

Aku mcm blur... yes? tq??

~Kenapa cakap yes thank you? Macam pelik je jawapan ibu~

~Kenapa?~

~Tulis la 'ok thank you'~

~ Oh yer ke? Sorry la tapi betul ke ibu tulis ni?~

~ Betul. Ok je. Cume kelakar la cara ibu jawab~

~ Ok long. Ibu nak tengok TV. So bye-bye~

Glubb.... macam budak2. Dah jadi nenek dah kot??? layannnnn....

Itu cerita ibu. Ayah pun sama je jugak. Dia pakai phone ala 3310 dulu... ayah pun sama. Sms lagi la dia tak tahu nak baca, tak tahu nak reply. Kalau org sms, gelabah suruh bacakan, dan reply. Itu la ayah. Aku terpikir jugak nak belikan dia phone. At least screen kaler. Dan sound tu biar la sedap di dengarkan? Tapi kalau aku beli phone yang bukan basic phone dia tak gune pun function2 tu. Dia mmg beli phone tuk guna org call je.

Aku call selalu je dia tak dengar. Bila tengok ibu happy2 dapat phone baru aku rasa serba salah. Ada je phone yang RM 88. Tak ada camare, tak ada MMS cume kaler screen je. Tapi macam hina sangat kot... hahaha... mcm tak ada beza, anyway bukan dia tak mampu beli, tapi mmg dia tak gemor. Cume mana la tahukan ati org tua. Mengharap anak bagi kot. Tapi anak buat dekkkk je. Hahah sampai cucu pun tak nak main phone dia, Rayyan tengok phone ayah pun dia tanya ayah aku

"Kung kung tak ada gambar eh?" Budak tu hantu nak ambik gambo je kerjanya. So zamani cakap next month kita beli for ayah plak since phone dia boleh gune.

Pastu fidah call, gosip adik beradikkan? dia cakap dia nak belikan. Marah aku plak tak bincang dengan dia, so boleh la tong tong. Alah itu pun phone ibu rosak, kalau tak, tak ada la kami nak beli mendadakkan? So for ayah Fidah transfer duit kat aku. Si kaya tu dia kata murah gila2... so belilah ayah phone yang sama. Tahu, atau tak tahu pakai belakang cerita. So ahad tu pergi balik kat tempat yang sama, kedai yang lain. Ada warna merah. Aku dengan Zamani tak nak ambik sbb itu kaler fav ibu. Mampus dia minta tukar. Sbb malam tu dia tanya aku tak ada kaler merah ke? Rupanya banyak kaler phone ni. So with the same price mcm phone ibu... Fida belikan tuk ayah warna biru.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ekceli aku ingat phone ni phone lama... rupanya model baru tuk basic phone user. Sbb apa??? Msg dia boleh tukar to 'inbox' dan kepada 'dialog' mcm blackberry dengan iphone tu... ada kotak dialogkan?

Perhhh tercabar...wakaka sbb E72 aku pun tak gitu! tapi tak leh gune setting tu tuk ibu. Kang dia confuse. So let her dengan apa dia faham. Heheh... okalah senang ati la. Walaupun tak canggih mana tapi at least oklah tak la call diorg je, sorang line cepat mati (bateri problem kot) Sorang lak tak dengar. Tention aku kalau call diorg nak jerit2. Nak dail banyak kali sbb phone ibu kena on off tah berapa kali!

And thanks to Encik suami jugak la. Perihatin walaupun diorg my parentskan? Erm makin sayang la mak mertua kat menantu tu eh??Kui kui kui.

Bila kita dapat senangkan hati org yang kita sayang, kita pun rasa happy rite?

Monday, July 25, 2011

Sudah besar dah dia

Fb akukan dah deactivate.

So si Fidah selalu suruh aku tengok gambar terbaru rayyan. So ari ni mud mondaykan? So activate sekejap. Jadi kepochi tengok status kawan2. Uhuhk! So bila nampak gambar2 ni... alahai! teharunya mak long

Kenapa masa jalan begitu pantas sampai kita tak sedar yang org yang kita sayang dah besar. Rutin harian rayyan lepas mandi, dia akan minta coco crunch dan lepak tengok Barney dia kat dalam play room dia. So tengok la bilik tu berselerak. 70 kali kemas pun sama je. Tak pa dalam bilik siapa pun nak nampak??


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Cepat je dia dah besar. Sayangnya dia masih soarang tak ada adik lagi. Tak ada kawan. Tapi kalau ada adik tak adanya dia nak duduk diam macam tu,kan? Wajib kasi selerak satu umah. Tapi itu kalau ada adik. Mak dia sibuk cari harta nak kasi anak2 senang... wakak dush dush!

Tapi mmg gini. Kalau aku datang pun dia nampak barney tu mcm apa je. Mmg tak berganjak sikit pun. Yer la sama dengan dia... wakakak padan sekarang ni nanyi

I leeeeppp you... you leeeeppp me... terlebih2. Siap usap2 pipi org.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tekun

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Jangan memain... ada pistol! Ha... omaknya gilo... anak sekecik gitu beli X-box. Yer rayyan ada X-box, of coz atas nama bapak dia punyalakan? Tapi kalau dah bukak dia je yang duduk main, siapa tak tertekan. Termaksuk pak long!!! wakakak....

Zamani :- Rayyan ada x-box ni yang buat migrain ni...

Aku tahu tu dia nak satu... tengok la... esok lusa kalau ada duit terpijak2 ni boleh la beli. Ukur kemampuan sendiri. Tak cukup PS2 dan PSP di rumah??? Oklah kalau aku ada anak baya rayyan ok lah boleh beli. Riadah sama2 dengan abak dia yang gila game tukan? Mcm adik ipo aku. Santai2 dengan anak layan game. Oklahkan? Depan mata tak risau la apa-apa...

Hai budak... cepat sungguh ko besar

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Rayyan 3 bulan tahun 2009

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Rayyan sehari 2009

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Rayyan sejam di lahirkan.... 2009

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Rayyan seminggu 2009

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Rayyan 4 hari lepas kuar sepital... kuning... 2009


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Rayyan 2 minggu...

Oh anak buah ku dah besar dah kamu... mak long jugak gigit jari tunggu anak sendiri. Sok kamu je la jadi abang beso anak mak long... lawakkan? Dia jumpa budak2 perempuan yang sama usia dia, terus naik pangkat "ABANG"

"Abang cium sikit... jangan takut...jangan takut..." Heheh macam nak buat tak baik je kat anak org... hahah anak siapa la ni??? Cepatkan masa berlalu... aku mak sedara pun terharu... anak sendiri besar lagi la sentap! Cepatnya anak aku besooooo???

Betul tak? Cubak jangan tipu aku yah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails