Tajuk tak bole bla ko!!!!
Ayat nak sedapkan ati...hehehSemalam hari yang paling bosan. Bangun pagi kul 10 pagi. Laki bini terlajak tido tak sedor jam pukul 10. Ate bilik sejok...pastu, tah tak dengar lak bunyi bising. Mcm syok je tido semalam.
Bangun mandi, turun sarapan. Naik bilik. Tak ada plan nak kemana pun semalam. Maka akak tertido round ke dua... 12 tengahari sampai 2 petang... chaiyok... abang Jamani layan game... layan TV tah berapa round. Bangun je encik suami gomol2 pipi bini dia...
Zamani :- Jom ayang kita kuar... kita lunch dulu, kita gi tropicana city cari kedai u nak tengok tu than kita gi tengok wayangHa! pestime ko laki aku plan baik punya. Kalau tak dia tanya aku nak ke mana je kan??? so bangun, solat semua, kuar makan dulu.
Than terus ke Tropikana City... beli tiket wayang
"Green lantern" kat GSC. Wahhh terasa macam bebaru chinta plak. Ahak! Yer ke? Tak la... agak susah untuk kami nak dating2 cuti2 hujung minggu ni. Melainkan kalau nak cari barang ke apa, baru la kuar merayap. Buat apakan? Sakit ati je tengok barang2, nan ado duit nak beli.
Aku sajer nak tengok satu kedai baju ni. Tengok kat majalah cantik2. Tapi price tak tahula kan? Sekali ko! Paling murah RM 139... tu paling paling paling murah... haloooo baju acik ni tak lebih dari RM 49.90 tau. Kalau beli RM 49.90 tu pun termenung 4 hari menyesalnya...
Dah la salesgurl kedai tu sangat sangat la baik. Biasalah nak tarik pelanggan. Siap promoto. Tapi mmg la cantik baju kat kedai tu. Sadis!!! abang Jamani bukan nak tarik akak... dah tahu baju sana mahal2 tariklah bini dia kuar. Dia bagi semangat lak.. pilih la pilih la..
Aku kesian kat salegurl tu...nak bagi dia bosan semua baju dia tunjuk aku cakap tak cantik. Tak minat... dia cari lagi ni. Adoii tak berbaloinya baju semahal tukan?Tapi aku kalau org bagi service baik, aku tak sampai hati kata
tak tau... adalah baju yang 50% off. So dari RM 139 dapatlah RM 70. Itu pun rasa nak pitam!!!
So ku pilih tube ni. Mmg murahlahkan? Kalau ada lengan mahal! Makin tak cukup kain makin murah hahaha... bodo je. Itu pun RM 139. Kain dia mmg sedap la. (Walaupun aku cakap aku bertudung, nak cari yang separuh lengan atau panjang, alasan yang baik sbb kedai tu nan ado lengang tiga suku pun)
TAPI!!! dia bijak mengatur stategi soalan aku!
You can ware Inner like you wearing now or Cardigan or Jacket! Eeee masuk krusus fashion eh???
Erm pakai inner la nampaknya. since tak ada baju kaler oren, aku ambik la oren ni. Berkenan yang satu lagi tapi RM 169, 50% RM 80... nangis ko! baju raya confirm tak dapat.
Tapi dalam nangis2 pun rembat dua... hahaha. Aku tak sampai hati tengok sales gurl tu! banyak tu baju dia ambik suruh aku try. Itu pun aku cakap oh tak minat... tak minat. Tak suke material la... tak suke design la, tak minat kaler la. Payah nak say
NO kalau service baik ni. So yang ni la akak ambik
Nangis air mata duyung aku tau... tapi sbb dia sales gurl yang baik, dia kata baju2 ni bole besar kecik aku jadi sedap ati. So ko gemuk macammana pun boleh je gune. Zamani pun usap2 kepala aku... cakap tak pa. Sesekali beli baju mahal. Esh tak pernah aku beli baju bodo2 ni sampai lebih seratus. Dua helai lak tu... baju kurung tu lain la kan... tapi baju2 ni... waaaa meroyan. Sentap jap setengah jam dengan tindakan sendiri... haha tah apa-apa.
Tapi bila abang Zamani pujuk cakap nanti dia dapat gaji dia bayo, akak senyum sokmo...
Dan2 jalan kat situ nampak sales....
Sejak dua menjak ni, bukan aku je mengalami masalah baju tak muat. Laki aku pun sama. Tshirt saiz M semua dah tak selesa nak pakai. Ketat la, singkat la, banyak sangat bunyi. Maka dia asik pakai baju nan satu jela...akak lak sakit mata tengok dia pakai baju yang sama. Macam tak ada baju lain. Mmg tak ada pungggg
Tapi biasalah org lelaki, kita tak paksa, tak ada la yeeee....
Memula masuk Bossini. Mmg tak lawa. Macam2 kaler tak ada corak. Aku jadi bosan. 3 helai RM 44. Rasa tak puas ati la... suruh jalan2 dulu. Kot ada kedai yang lagi hebat?Masuk heng teng dah jadi org gila la 70% discount tuk baju. Hambik sampai RM10 sehelai... baju nak duduk umah je punkan???
Kali ni tak adonya nak merah2... bosan jugak aku. Zamani ni cerewet jugak. Tapi aku cakap cukup la. Cube ceritakan almari kita tu dengan warna2. Dah la aku semua baju nak hitam. Dia nak merah. Tak merah puteh plak. Bosan... kali ni kita kumpul semua warna!
RM 43 70% =RM 12.90
RM 39 70% = RM 10.90
RM 43 70% = RM 12.90
RM 39 70% = RM 10.90
RM 39 70% = RM 10.90
RM 50++ akak dapat 5 helai baju... nangis ko mengenangkan baju yang aku beli RM 140 kalau kat sini 20 helai baju kot akak dapat... sob sob. Kain dia sangat bagus. Bukan Tshirt yang tebal tu. Mmg lembut la... aku siap letak kat pipi lagi sementara nak bayo... hahaha...
Ala takat baju nak duduk umah, gi kedai, je apa la sangat org nak pandangkan? aku siap cakap kat zamani
"Siapa la eh yang bodo beli baju2 ni sampai RM 40 lebih... kita beli 5 pasang sama harge dengan satu baju yang simple ni"
Orang2 akaun macam akak mmg mengira sikit ke??? banyak ko! material pun best. Tak panas. Mmg jimat berganda2.
Cume aku tak puas hasil rembatan aku pasal baju tu... waaaa sayang ko nak pakai. Pagi tadi gi kerja pun tengok je baju tu kat almari... y la i so bodoh???
Tapi bila semalam ku try test pakai depan abang zamani dia cakap cantik... sejuk ati aku... walaupun ku tahu itu hanya kata dusta belaka... hahaha dia pun tahu bini dia mcm manakan???
Yang fenting... saiz abang Zamani semua??? upgrade to "L" yah sila tepuk tangan... daku berjaya membesarkan badannya... uhuuuh...